Resepi Daging Dendeng | Mudah Sedap | Menu Wajib Raya Qorban
Vložit
- čas přidán 14. 07. 2020
- Raya Haji dah semakin dekat ni.. terbayang banyak daging qorban penuh dekat peti ais nanti. hehe.. Jangan risau, jom buat Resepi Daging Dendeng! Comfirm sedap dan cepat je habis..
RESEPI DAGING DENDENG MUDAH SEDAP | MENU WAJIB RAYA QORBAN
Bahan-bahan
* 15 biji bwang kecil
* 10 ulas bawang putih
* 3 batang serai
* 1 1/2 inci halia
* sedikit belacan
* 2 genggam cili kering
* 900 gram daging
* kicap lemak manis, kicap masin dan sos tiram
CARA PENYEDIAAN :
Potong daging kecil-kecil. Pastikan potong dengan cara yang betul. rujuk video ye. Kak Long ada tunjukkan caranya.
Rebus sehingga daging empuk. Dan lembut, angkat dan toskan. Sejukkan sekejap. Air rebusan daging simpan 1 cawan
Blend kasar bawang kecil, bawang putih, serai dan halia.
Blend cili kering. Terpulang nak blend kasar atau hancur.
Daging tadi, dah sejuk tuang 1/2 cawan kicap manis dan kurang 1/4 kicap masin. gaul sebati dan perap 1 jam
Selepas 1 jam, goreng daging sehingga garing. Guna api sederhana
Guna minyak yang sama, tumis bahan blend bawang tadi. Masak sehingga naik bau, masukkan sedeikit belacan. Kacau rata.
Masukkan cili kering. Masak sehingga cili betul-betul masak.
Masukkan 1/2 cawan kicap manis dan sedikit sos tiram
Kemudian, masukkan daging . Gaul rata.
Masukkan air daging 1 cawan. Masukkan sikit demi sikit sehingga habis.
Perasakan dengan perasa jika perlu. Kak Long masukkan gula sedikit.
Masak sehingga agak kering, rasa semua dah cukup. Dah siap!
Daging Dendeng Kak Long dah siap..
#DagingDendeng
#ResepiDagingDendengPerak
#PortResepi
Tq,kak long beri resepiya.
Tgk pun dah sedap.. Pasti akan cuba ni 👍👍👍
Saya dah buat.sedap sangat.🥰
sedapnye
Sedapnya 🤗 🤗
Terima kaseh..👌👌👍
Waalaikumsalam Mantap daging dendeng
owahhh...ada daging...boleh buat nie...nmpk senang dn mudah cara buatnya...
Air daging tu masak nasi. Sedap yakmat!
Tq resepi.
Terima kasih berkongsi resepi yang sedap menyelerakan ini 😋👍
Menu yg sedap...teruja kalau kena dengan nasi puteh panas hujan2 ni kan best..
Ni betul2 Nampak sedap
Terbaikkkkkkk
Trima kasih kak long. 👍🏼👍🏼
Nahhh ini favorite keluarga saya Sis setiap lebaran pasti ada menu ini, tq resepinya ya
Assalamualaikum kak long, sy dah cuba resepi kak long mmg sedap 👍🏼👍🏼 minta izin guna resepi kak long utk buat berniaga ya
Nyaman
Terbaik!!!❤️❤️❤️
Nk cuba hari minggu nanti... sdap nmpak