Homade Kuey Teow yang lembut dan gerenti jadi. Jus buah Markisa dan Penang Char Kuew Teow yang sedap

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 24. 02. 2022
  • Assalamualaikum
    Tinggal di kampung merupakan satu impian.. Kenangan alam kanak-kanak, berlari anak di tepi sawah yang luas terbentang.. mengutip kerang di gigi air pantai yang memutih memang nolstagia yang tak mungkin dapat di ulang...
    Indah sungguh suasana desa yang permai..
    Penat bermain panjat pulak pokok jambu batu atau mempelam muda untuk mengalas perut yang mula berkeroncong. Kicauan burung dan kokokkan ayam irama halwa telinga yang cukup asyik. Selagi tak dengar jeritan emak.. pasti tak akan pulang lagi ke rumah..
    Seronokkan kenangan silam...
    Kali ini kak ita nak kogsikan resepi Homade Kuew Teow yang lembut liut dan gerenti jadi.
    Cara membuatnya yang cukup mudah dengan bahan yang sangat mudah di dapati di dapur rumah. Jom kita mulakan
    HOMADE KUEY TEOW
    250 gm Tepung Beras Cap gajah lima kalau tak ada boleh campur ( cap gajah 3 + cap gajah 1 )
    100 gm tepung ubi
    650 gm air
    1 sudu teh garam
    1 sudu besar minyak masak
    Cara ~
    Satukan semua bahan
    Panaskan kukusan
    Sapukan minyak pada loyang
    kukus loyang yang di sapu minyak 3 minit
    masukkan 1 senduk adunan
    kukus 3~5 minit
    angkat setelah gelembung dan masak
    sapukan minyak atasnya dan biarkan sejuk
    Ulang proses yang sama. Setiap kali nak kukus kena sapu minyak pada loyang dan kukus dulu loyang yang di sapu minyak sebelum letak adunan.
    sediakan dulang ,boleh alas daun pisang dan sapu minyak supaya doh tadi tak melekat
    lapis kan dua atau tiga keping lipat dan potong
    lepas tu pisahkan setiap kepingan ~ rujuk video
    dah siap Kuew Teow yang lembut liut dan sedap!
    PENANG CHAR KUEW TEOW
    Sediakan bahan sos dan bahan paste chili
    ~Untuk paste tu terpulang boleh nak tumis dulu atau tak nak tumis pun boleh. Tapi kalau nak simpan lama sebaiknya di tumis
    ~Paste Chili ni boleh dapat banyak kali masak. Untuk satu serving kita hanya gunakan 2-3 sudu besar sahaja bergatung pada kepedasan selera masing-masing
    Chiili Paste
    3 ulas bawag merah
    5 tangkai cili kering
    4 tangkai cili padi
    2 batang cili merah
    miyak utuk menumis
    ~ semua bahan ni di kisar halus
    Bahan Sos
    2 sudu besar light soya sos
    1 sudu besar dark soya sos atau kicap ABC
    sedikit lada sulah
    ~ satukan . Sukatan ni untuk satu serving sahaja anggaran 1 ~ 2 orang makan sahaja
    250 gm Kuew Teow
    1/2 cawan kerang yang di kupas
    4 ekor udang yang di kupas
    1/2 cawan taugeh
    daun kucai secukupnya
    1 biji telur
    3 ulas bawang putih ~ dicincang
    bahan sos
    3 sudu besar paste cili
    miyak utuk menumis
    ~ cara masak boleh rujuk video
    JUS MARKISA
    3 biji buah markisa ~ ambil isinya
    1 biji lemon
    air gula secukupnya
    air
    ais
    ~ Jus Markisa ni memang sangat sedap!
    ~ cara buat boleh rujuk video
    Terima kasih sudi menoton, jangan lupa subscribe ya !

Komentáře • 70

  • @sitinanihjb2996
    @sitinanihjb2996 Před rokem

    Terbaik kebun niii dah berhasil dgn baik cantek terbaik 👍🏿👍🏼👍👍🏿👍🏼👍👍🏿👍🏼👍🏼👍

  • @mamypretty3194
    @mamypretty3194 Před 9 měsíci

    kemelayuan sangat ..sangat suka! lagilah perkakas masak paten dulu² ....aduh!!! nostalgia betullah ...huiii sayuu taw

  • @ahbee37able
    @ahbee37able Před 2 lety +16

    A very beautiful video. So well-composed. It shows the peaceful harmony of a Malay village life.........in Malaysia/ or Indonesia. Congratulations to the photographer, producer and supporting team.

  • @sitinanihjb2996
    @sitinanihjb2996 Před rokem

    Dekat mana nii hebat kebun 👍👍🏼👍🏿👍👍🏼👍🏿

  • @smartyprincess7610
    @smartyprincess7610 Před rokem

    T kasih.. Terbaik penuh kedamaian..

  • @TokwanKami2020
    @TokwanKami2020 Před rokem +4

    Kenapa dah lama tak buat video...Tokwan suka hasil video dan cara masakan yang ditunjukkan..semoga terus maju jaya

  • @EddySilitongga
    @EddySilitongga Před rokem

    Kat mersing ni kg saya.. depan Pulau Setindan..
    sawah padi kat air papan.. 👍👍👍

  • @littlepieceofshirt
    @littlepieceofshirt Před 2 lety +4

    Sedapnya kueh teow lagi dgn permandangan sawah pada waktu matahari nak naik.. damai sungguh kehidupan di desa. Semoga sihat dan cerita selalu.

  • @ahbee37able
    @ahbee37able Před 2 lety +5

    Thank you. Very well demonstrated. I love Penang char kuey teow.

  • @yazidyaseedlerta8125
    @yazidyaseedlerta8125 Před 2 lety +7

    Buka je CZcams tgok channel ni recommended... impressive kak...teruskan berkarya dan tunjukkan keindahan bumi Malaysia...♥️♥️

  • @marukobee3855
    @marukobee3855 Před 2 lety +3

    best nya suasana...tenang je..macam suasana dulu dulu..

  • @antiduct
    @antiduct Před 2 lety +3

    Kak Ita, rasa tenang je tengok video akak. Saya orang bandar jadi saya sangat suka tengok video kehidupan kampung di channel akak

  • @sitiasni1370
    @sitiasni1370 Před 2 lety +6

    MashaAllah..indahnya suasana dan pemandangan...sdpnya char kuew tiaw semua buat sendiri..terbaik🤩

  • @ameedaminah4063
    @ameedaminah4063 Před 2 lety +3

    Sedap nya air Markisa yummy

  • @khuzaimahcooking1169
    @khuzaimahcooking1169 Před 2 lety +11

    Masya Allah indah sekali sawah padi.

  • @srikandi1853
    @srikandi1853 Před 2 lety +2

    Cantik view..shooting luar tak membosankan..Tq

  • @rusilahkassim6067
    @rusilahkassim6067 Před 2 lety +2

    Ya Allah cantiknya permandangan kak ita suka sgt...👍👍💖💖

  • @nhms_hidayah_tia8707
    @nhms_hidayah_tia8707 Před 2 lety +3

    Tq adik Ita atas video yg menarik. Meski xbyk ckp tapi mesej sampai dgn latar belakang dan muzik yg mempersona. Selamat maju jaya.

  • @julianadawod6556
    @julianadawod6556 Před 2 lety +19

    Subhanallah cantiknya pantai.. swh padi.. pohon mekisar.. kt mane itta.. terpegun akak.. kedai cina dulu2 dn payung kertas.. Nostalgia betul.. terbaik itta.. Semoga terus berkarya ya...

  • @jaarazak4410
    @jaarazak4410 Před 2 lety +4

    Assalamualaikum.. Mari sama-sama kita mengucapkan Selawat buat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
    ‎۞اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
    ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD..

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před 2 lety +4

    Alhamdulliah terus menerus bagi sokongan padu Semoga sukses terus dipermudahkan segala nya terbaik Terima kasih

  • @AbdulAziz-fj7qp
    @AbdulAziz-fj7qp Před 2 lety +1

    tgk sambil makan..layan ahhh😌😌😌

  • @zanariahzanariah9029
    @zanariahzanariah9029 Před 2 lety +4

    Kak Ita yg sngat kreatif , teliti dn sentiasa mempersembahkan hanya yg terbaik...terima kasih banyak kak❤️

  • @Eida77
    @Eida77 Před 2 lety +1

    Assalamualaikum..baru terjumpa chanel Azlita masam manis terus follow.. kehidupan kampung memang seronok sangat. kenangan zaman kanak2 paling seronok

  • @greenyellow1200
    @greenyellow1200 Před 2 lety +1

    MANTAP👍💖

  • @azureenr2812
    @azureenr2812 Před 2 lety +3

    Terima ksh auty ita..jatuh cinta dgn segala detail dlm video ni..perkakas dapur, masakan, suasana, muzik dan layanan auty kpd suami❤

  • @qash6
    @qash6 Před 2 lety +2

    Happy suka bila dengar suami akak ckp hmmm sedap🥰 Selamat berpuasa kak, baru jumpa your channel. Lawa rumah akak, suasana kampung, passion fruit tu amboi...walau saya tak pernah dibesarkan atau rasa kampung suka tenang tengok😍. Food videography semuanya best👍i like. Music latar menyentuh jiwa alahai☺ i sub...terbaik kak💫Semoga Allah memberkati akak yg kongsi recipe org2 dulu...💖

  • @aydensafiy6018
    @aydensafiy6018 Před 2 lety +5

    salam akak , saya memang minat kat kak akk dari zaman blog ni ada you tube pulak adoi jatuh cinta sebijik macam youtube seorang korean women yg duduk pinggir bandar masak petik2 dari ladang sendiri :)

  • @michaelina372
    @michaelina372 Před 2 lety +1

    Terbaik lah... Pucuk markisa ni blh d buat sayur tumis. Sedap.

  • @mirmie_art
    @mirmie_art Před 2 lety

    Wow klasik

  • @sazlilukaya2252
    @sazlilukaya2252 Před 2 lety +1

    sedap telinga m'dgr musik melayu lama..kita ksi up.up.up lg

  • @haniibrahim2073
    @haniibrahim2073 Před 2 lety +6

    great presentation, unique and nostalgic. keep it up !

  • @aishahtishah6642
    @aishahtishah6642 Před 2 lety

    wowwww seronoknya ada kampung..... sesekali teringin juga pergi ke kampung-kampung bila musim raya.... insyaallah nk merasa juga suasana berhari raya di kampung.... dapat suami pun semua ahli keluarga duduk KL samalah macam sy dilahirkan di KL dan dibesarkan di KL.

  • @JaliahSamani
    @JaliahSamani Před 2 lety +3

    Terima kasih sis utk resipi ni .. insya Allah buat utk buka puasa nanti .. rindu vlog mcm ni selalu .. semoga terus sukses & saya sentiasa menanti video terbaru Azlita Aziz ❤️❤️

  • @shashaliha1345
    @shashaliha1345 Před 2 lety +1

    Dh macam berada kat zmn negara persekutuan tanah melayu macam zmn2 dlu..klasik😍😍

  • @baizurashariff3503
    @baizurashariff3503 Před 2 lety +3

    Aunty Ita! Your presentation is awesome!! My favourite food 😋

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 Před 2 lety +2

    Superb presentation and rare. I loves your channel akak. Thanks for the recipe akak.

  • @Ezai1980
    @Ezai1980 Před 2 lety

    Pn. Azlita mmg kreatif, dari zaman blogger lagi. 👍

  • @nuraisyahsalihen3892
    @nuraisyahsalihen3892 Před 2 lety +6

    Saya kagum dengan cara kak Ita dengan layan suami,masak dengan kasih sayang..hidang cntik2 ..masak sedap2..suami pun berselera dgn masakan kita...xde nk compare2 dgn mskn org lain ..kalau bini masak pun dah sedap mcm hotel 5 bintang😁... patutlah org kata ikat perut suami kena pandai masak...saya pun tgh2 belajar☺️☺️

  • @ngahnlokmal4726
    @ngahnlokmal4726 Před rokem

    Bagilah sukatan bahan2

  • @zaitunsovilinus3712
    @zaitunsovilinus3712 Před 2 lety +2

    Alhamdulillah up load vedio lagii

  • @karigulai4457
    @karigulai4457 Před 2 lety +1

    Kerang sekarang sekilo berbelas inggit..bestnya klu boleh p cari kutip camtu ja..😆

  • @aznimzakaria9491
    @aznimzakaria9491 Před 2 lety

    👍👍👍

  • @ameedaminah4063
    @ameedaminah4063 Před 2 lety

    Cantik nya kampung gorgeus....kat mana tu....

  • @ainurmarizarazali4373
    @ainurmarizarazali4373 Před 2 lety +3

    terbaik k.ita..😘

  • @muhamad1890
    @muhamad1890 Před 2 lety

    YaAmpun ingt kn ada channel dianxi xiaoge je.. rupanya tempatan pun ada

  • @ervinaervina7157
    @ervinaervina7157 Před 2 lety +2

    Hlo Mba Ita, yg ku tggu akhirnya muncul. Semoga sehat selalu ya, slm dri Vina Indonesia.

  • @nrshawalniabdhamid6738
    @nrshawalniabdhamid6738 Před 2 lety +3

    Sy x sabar nk tggu menu puasa dan raya!!🥰

  • @Kay_MK
    @Kay_MK Před 2 lety +3

    1st time saya tonton video puan, terus jatuh cinta 😍. Sebelum ni dok tengok video masakan dr China Dan Nepal je..tak sangka org Malaysia pun boleh buat video yg cantik dan menarik 👍🏼. Good job utk puan dan team!
    Suka tengok puan masih menggunakan bekas tin, rotan kayu, kaca, tikar mengkuang yg jarang2 jumpa. Beli tepung di kedai pun masih bungkus guna kertas suratkhabar dan ikat tali, memang rare.
    Moga terus kekalkan tradisi dan Selamat maju jaya puan 👏👏.
    Done subscribe!

  • @mancingbilal7219
    @mancingbilal7219 Před 2 lety +2

    Slmt mlm ka

  • @ahmadfariszawawi4365
    @ahmadfariszawawi4365 Před 2 lety

    liziqi malaysia

  • @zm7830
    @zm7830 Před 2 lety

    Mcm buat laksam je

  • @doublen155
    @doublen155 Před 2 lety +1

    bagusnya akak beli barang dapur tak pakai plastik... thumbs up!!! #zerowaste for that, i'll subscribe your channel ❤

  • @zainalamri985
    @zainalamri985 Před rokem

    Betul ke cari kerang mcm tu?cantik jer kerang yg kutip tu.x payah guna pencakar cari dlm selut ke?

  • @stiengineering7920
    @stiengineering7920 Před 2 lety +5

    Tq kak ita. Sangat seronok tgk video ni. Suasana nostalgia & kualiti video tahap profesional. Sy doakan kak ita dimurahkan rezeki , dipanjangkan usia & bahagia bersama keluarga.

  • @missmy1220
    @missmy1220 Před 2 lety +3

    Waahhh..kat jb dah ada bendang. Nampak sgt saya dah lama tak blik johor😂😂. Best sgt video kak ita.

  • @aziyani7392
    @aziyani7392 Před 2 lety

    Kg kat mana yg masih jual tepung bungkus dlm kertas ni? Ikat tali pulak tu..

  • @meaww7373
    @meaww7373 Před 2 lety

    Sejak elektrik Dan gas Naik berganda Ganda, nak lagi Ukraine kena Serang, tak boleh lah nak buat masak kukus kukus buat sendiri. 😥😅 . Tak tahu apa nak jadi dimasa depan .wallahualam...
    Jangan Ada catuan elektrik Dan gas sudahla.
    Susah....