Daging salai masak lomak cili api, bawal goreng dan sambal mangga muda.

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 13. 09. 2020
  • Ada request minta kak ita tunjuk cara nak buat daging salai. Biasa inilah cara kak ita sediakan daging salai, salai atas tungku dapur arang. Tapi kak ita hanya gunakan tempurung kelapa dan sabut kelapa sahaja. Cara yang paling mudah yang kita boleh buat di rumah, yang selalu mak-mak kita dulu pun buat. Salai daging pun tak banyak, untuk sekali makan sahaja. Salai ni, daging hanya di masak menggunakan kepanasan asap sahaja. Kerana kita nakkan bau dan rasa asap pada daging.
    Salai daging ni ambil masa yang lama dalam 3-4 jam , tapi pastikan hanya asap je.. jangan ada api kalau tak rentung lah daging tu..
    Menu simple ini kak ita gandingkan dengan ikan bawal goreng, telur asin dan sambal pelam muda.
    Sesekali kita menikmati hidangan kampung ni... memang berselera sungguh makan. Lebih lagi bila ada ulam-ulaman ikan masin pasti makan tak ingat dunia....
    Bagi yang tinggal di bandar tak boleh nak bakar daging macam ni jangan risau. Bakar dalam oven juga. Letak tempurung kelapa dalam oven dan bakar hingga ia mengeluarkan bau asap. Masukkan daging dan salai atau bakar dengan suhu yang perlahan hingga daging kering.
    DAGING SALAI
    daging batang pinang
    cuci bersih gaul garam dan kunyit, perap sekejap
    salai atas dapur arang guna tempurung kelapa dan sabut hingga kering dan masak
    Bahan kisar
    10 ~ 15 tangkai cili padi suka pedas lebihkan
    3 batang serai ~ 2 kisar 1 ketuk
    2 inc kunyit hidup
    1 helai daun kunyit~ hiris
    4 keping asam keping
    2 batang rebung hiris ~ dan rebus
    garam dan gula secukup rasa
    * daging lepas salai, rebus kejap
    * cara masak rujuk video
    SAMBAL PELAM
    1 biji manga muda ~ di racik halus
    bahan tumbuk
    1 inc belacan
    1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
    10 biji cili padi
    4 biji cili merah
    4 ulas bawang merah
    1 ulas bawang putih
    garam dan gula secukup rasa
    * cara masak rujuk video
    Terima kasih kerana sudi menonton
    jangan lupa surport chanel kak ita dengan like, komen dan subscribe
    terima kasih atas sokongan

Komentáře • 118

  • @sbjan7655
    @sbjan7655 Před 3 lety +8

    A real work of art 👍 Tahniah Puan. Tourism Malaysia boleh joint venture untuk promote sebagai authentic masakan dan budaya Melayu. Very well done 👍

  • @varunvin8392
    @varunvin8392 Před 2 lety +6

    I am Malaysia Indian 🇲🇾 but suka sangat makan masakan melayu asli ❤️❤️❤️keep doing the best kak

  • @ainashahirah7243
    @ainashahirah7243 Před 3 lety +21

    One of the best Malaysian youtuber❤️

  • @surihalim5056
    @surihalim5056 Před 3 lety +8

    Terbaik puan, suka tengok suasana kampung dan bukan senang nak menghasilkan video yang berkualiti begini👍

  • @videohidupku3057
    @videohidupku3057 Před 3 lety +7

    Tengok tangan... mak oi, ni tangan orang rajin ni !!!
    ماشاء الله تبارك الله

  • @gohardorgohome8565
    @gohardorgohome8565 Před 3 lety +1

    Baru dengar muzik, saya terus tekan butang subscribe. Kalau china ada liziqi, malaysia pula ada azlita masam manis. Keep it up kak. Semoga generasi muda x lupa masakan & muzik tradisi macam ni. 💪😘

  • @idaramli8922
    @idaramli8922 Před 3 lety +2

    Assalamualaikum Kak Ita😊..terkeliur tengok akak masak, Yang bestnya semua bahan² ada sekitar rumah..Terasa asyik menonton kena pulak dgn background muzik Tu..syahdu.Terima kasih ats perkongsian

  • @nabila5501
    @nabila5501 Před 3 lety +1

    Rindu mak bila tengok video ni

  • @zulaikhamarani1578
    @zulaikhamarani1578 Před 3 lety +7

    Sedapnya k.ita...😍
    Semuanya fresh dr ladang....
    Tertunggu2 video akk. Moga sukses selalu. Moga jd panduan n pedoman kpd anak2 muda yg dah makin jauh dgn resepi org2 lama ni....👍👍👍

  • @jibbythepencuri
    @jibbythepencuri Před 3 lety +1

    Setanding li zi qi dan traditional me.. Terbaik👍

  • @izzatulhusna_
    @izzatulhusna_ Před 2 lety +1

    Masha Allah sedapnya tengok 😭
    Duduk perantauan ni susah nk dapat mknn kampung 😔

  • @sitilaila4134
    @sitilaila4134 Před 3 lety +2

    Asli...mmg terbaik

  • @mohamadhelmi517
    @mohamadhelmi517 Před 3 lety +2

    Boleh pegi jauh channel ni..👍

  • @MuhammadImran-sg7gu
    @MuhammadImran-sg7gu Před 3 lety

    Excellent video, gaya tradisional Melayu yang menarik

  • @sitihayaton9322
    @sitihayaton9322 Před 2 lety

    Set hidangan yg mantap dn menyelerakan!!!

  • @mrs.w9262
    @mrs.w9262 Před 2 lety

    Lengkap hidangan lauk kampung ni.
    Mmg terbaik😋

  • @Kaizoeditor
    @Kaizoeditor Před 2 lety

    Sedapnye....my favourite Malaysia 🇲🇾 CZcamsr

  • @emmamary918
    @emmamary918 Před 3 lety +4

    Latar belakang music yang bagus. Makanan yang enak2. Tahniah saya ucapkan. Tidak jemu menonton videonya.
    Selamat maju jaya

  • @sitinanihjb2996
    @sitinanihjb2996 Před rokem

    Bawal goreng 👍🏿👍🏼👍👍🏿👍🏼👍👍🏿👍🏼👍🤓

  • @fairusyunus9983
    @fairusyunus9983 Před 3 lety +1

    Selain tgk cara masak..best tgk video nya..ngn music traditional..

  • @nasrie85
    @nasrie85 Před 3 lety +1

    sedap sangat ni favorite sy masak lemak cili api daging salai...pehhh mesti semua pedas2...pedas pon sedap sangat.

  • @rosminiahmad8656
    @rosminiahmad8656 Před 7 měsíci

    Slm puan. Saya cukup minat tngk channel puan dan bestnya mnghidang menu sedap kpd pasangan.

  • @fatinnatazha
    @fatinnatazha Před 3 lety +3

    Ya Allah sedappnyaa!! Bahagia tgok video ni!! Keep it up!! We want more videos from you kak!!

  • @maizatulakmal210
    @maizatulakmal210 Před rokem

    Cantiknya video ni ....tahniah

  • @narinshah5497
    @narinshah5497 Před 2 lety +1

    Wuuyaiii sodap ehhhh... terbaikkkk...

  • @idabanisah1948
    @idabanisah1948 Před 3 lety

    Sedap nyeeee

  • @nasninaniey3804
    @nasninaniey3804 Před 3 lety

    Bestnya.. Masak dlm suasana kg.. Muzik yg mendamaikan.. Rasa mcm kt kg je... Menu masak ala kg paling best.. Sedap2 pulak tu.. Akak jgn tukar muzik taw, suka sgt muzik ala2 kg cam nie.. 😍😍😍

  • @mashitahzainalabidin2462

    Terbaik kak ita 👍❤️

  • @UmmiAtiyahAtifsKitchen
    @UmmiAtiyahAtifsKitchen Před 3 lety +1

    Sedappnya lemak daging salai..nti nk try juga tq resepinya..jom singgah channel ummi in shaa Allah bnyk resepi2 menarik ada😍

  • @ainurmarizarazali4373
    @ainurmarizarazali4373 Před 3 lety

    Terbaik kak ita..😘

  • @floraros3887
    @floraros3887 Před 3 lety +2

    Sedapnya 🤗 🤗

  • @fq6967
    @fq6967 Před 3 lety +2

    sedap ni😊

  • @rohmiagustilanah1684
    @rohmiagustilanah1684 Před 3 lety +2

    Alhamdullilah sedap

  • @sitiawatiffromli1729
    @sitiawatiffromli1729 Před 3 lety +2

    Terbaik kak ita👍👍

  • @BersihMalaysiaku
    @BersihMalaysiaku Před 3 lety

    Teringat arwah nenek saya bila lihat video ni. Terima kasih puan. Terus subscribe! Every details reminds me of her. Cumanya nenek saya letak belimbing buluh ganti rebung. Dagingnya letak dalam niru dan salai atas alang dapur kayu. Alfatihah buat Hjh Tipah bte Hj Sudin. Aaminn.

  • @nuranisha1727
    @nuranisha1727 Před 3 lety

    dasyatlah editing ,view dia semua.macam kite masuk dalam kampung ni sekali

  • @lyndaraf554
    @lyndaraf554 Před 3 lety +1

    Kagum sgt tgk video sis,terbaik

  • @ruzanakassim1858
    @ruzanakassim1858 Před 3 lety +1

    Wow.. Terbaikk..
    Betul2 cara kampung....

  • @lizawahab1565
    @lizawahab1565 Před 3 lety +2

    Ya Allah sedapnya kak itaa.....tgok pon dah tau sedapp.....best vid as usual...

  • @syafiqahsazali1735
    @syafiqahsazali1735 Před 3 lety +2

    Terbaik kak Ita terima kasih diatas perkongsian ini 👍

  • @izzahathirah7754
    @izzahathirah7754 Před 3 lety +3

    Terus jadikan akk idola...😍

  • @eyrahchannel5649
    @eyrahchannel5649 Před 3 lety +2

    Mantap gaiss

  • @mamypretty3194
    @mamypretty3194 Před rokem

    bestlah tengok ...baru mengikuti

  • @nuriyatulhamiza9499
    @nuriyatulhamiza9499 Před 3 lety

    Best nyaaaaaa

  • @himobil346
    @himobil346 Před 3 lety

    😍😍😍😍😍😍 enaknya

  • @himobil346
    @himobil346 Před 3 lety

    Rindunya kampung😍😍😍😍😍

  • @shahhh7rockkroll521
    @shahhh7rockkroll521 Před 2 lety

    tq ilmu memasak yg d beri...muahhhhh😋😋

  • @saeimahahmat6974
    @saeimahahmat6974 Před 3 lety

    Terliur tengok masakan daging salai
    Suka sangat suasana kat kampung..nyaman. menghijau ..
    Tak jelak tengok berulang kali

  • @boomshakala2605
    @boomshakala2605 Před 3 lety

    perghhh meleleh air liur tengok

  • @esteebrown4102
    @esteebrown4102 Před 3 lety +3

    This is soo good!🥰😋😋😋😋

  • @ceritanura
    @ceritanura Před 3 lety

    Video akak betul2 buat saya terinspirasi... 🧡

  • @nmj3735
    @nmj3735 Před 3 lety +1

    Aduduh...sedapnya🤤🤤
    Teringat kedai mkn kt Pedas/Linggi tu...

  • @reineregina7881
    @reineregina7881 Před 3 lety

    Enak

  • @NA-gq3jw
    @NA-gq3jw Před 3 lety

    🌸Masyaallah anda yang terbaik dan terhebat dengan masakan yang sedap dan hebat.Tahniah ...resepi yang lengkap sekali dengan sayuran🌸

  • @rosekalass8054
    @rosekalass8054 Před 3 lety +1

    sedap kak.terbaik

  • @nurilamin829
    @nurilamin829 Před 3 lety +7

    Sedapnya masak lemak daging salai, lama dah tak makan. Terbaikkk.

  • @singlemomcookingchannel3792

    Super sis good luck to you 👍

  • @dklpacat
    @dklpacat Před 3 lety

    Sodap ea gulai mo rebong

  • @idrischedin8265
    @idrischedin8265 Před 2 lety +1

    Tksh..one of the best vd& odio.Aamiin

  • @sitizamani6453
    @sitizamani6453 Před 2 lety

    Yummy...... Very delicious. One of my favourite dish. Alhamdulillah.....Semoga terus buat content yg bmanfaat. Aamiin ya Rabb. Tqsm for sharing
    🌸💝🌸Melaka

  • @faridahajiahmad4805
    @faridahajiahmad4805 Před 2 lety

    Content menarik....shooting Ada class...congrats sis....salam msian from Melbourne sis 🤲👍👍

  • @dadihsutra
    @dadihsutra Před 3 lety

    K.ita...dah boleh jd Li Ziqi da ni. 😍😍😍😍 suka sangat.

  • @JasmaniaMohdAli
    @JasmaniaMohdAli Před 3 lety

    I like......., teringat masa memuda tinggal d kampung, opah. Memang ngam, daging salai masak lemak dengan rebung segar. Kena betul dgn sambal mangga dan ikan goreng. Mak mertua lalu d belakang,tk nampak dah...😃😃😃

  • @aznitanita1696
    @aznitanita1696 Před 3 lety +2

    Salam.. Best ni terliur cek nonton

  • @sitihayaton9322
    @sitihayaton9322 Před 2 lety

    Tkasih Pn Azlita sudi berkongsi resepi masak lomak cili api daging salai?
    Resepi asli orang negeri sembilan ke tuu??

  • @fatimahsaad7240
    @fatimahsaad7240 Před 3 lety +2

    Bestnya kk ita...sdap ni...rsa smngat tgk vedio ni klo ari2

  • @nuruljannah3590
    @nuruljannah3590 Před 3 lety +2

    Sedap sgt ni kak ita🤤🤤

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před 3 lety +1

    Salam
    Tanpa penat dan jemu terus bagi sokongan padu
    Pada saluran CZcams Azlita
    Semoga sukses terus Dipermudahkan segalanya
    AMEEN ya rabbbal alamin

  • @arithmetic6180
    @arithmetic6180 Před 3 lety

    not sure why i only came across your channel today. super love! everything was well shot, rasa tenang tengok.

  • @greenyellow1200
    @greenyellow1200 Před 3 lety +1

    MELELEH AIR LIUR DEN😋😘😍

  • @aneshhniss5515
    @aneshhniss5515 Před 3 lety +1

    Inspired me a lot. Tq kak

  • @syahadahyusoff103
    @syahadahyusoff103 Před 3 lety

    Sedap nyee.. puan azlita buat laa video kek pandan gula melaka 😊

  • @rahimahrahman3916
    @rahimahrahman3916 Před 3 lety

    sayo ni org n.9 , jadi daging salai masak lomak cili api ni , selalu yo buek , uboh lado api tu banyak sikit , bia de lobih podeh , kan sodap , di campo ngan terong telunjok , torong belando , pucuk ubi , oiii ! sodap boto tekau ea , cubo try yo

  • @iis_iis
    @iis_iis Před 3 lety +1

    Sedapnya masak gulai daging salai. Seronok tengok kk ita masak macam nak ikut sama masak jer.

  • @ROZEKTV
    @ROZEKTV Před 3 lety

    aaaa sambal mangaa muda😭😭😭😋😋😋😋

  • @missmademoiselle9451
    @missmademoiselle9451 Před 3 lety

    I'm drooling..... Very high quality video. This channel should get moreeeeeeee views 🎀🎀🎀🎀

  • @nurulhudapuwasa1632
    @nurulhudapuwasa1632 Před 3 lety

    Gabungan meletup kebabom. Kena pulak dengan nasi panas. Mengancam 😄

  • @teacherzaidah
    @teacherzaidah Před 3 lety

    Saya peminat Tegar video kak ita

  • @esteebrown4102
    @esteebrown4102 Před 3 lety +1

    Second recipe 🥰🤤🤤🤤

  • @noorjihan6695
    @noorjihan6695 Před 3 lety

    Maa Sya Allah you're e best kak love this recipe so authentic so delish I seriously 😋 want to try Subahana'Allah Alhamdhulillah
    Syukran Jazakumullah Khairan to all involved in sharing
    Allahumma Thsumma Aameen
    🤍🤍🤍 🕋🤲 Singapore

  • @nikroslinajaffar1220
    @nikroslinajaffar1220 Před 3 lety +2

    Assalamualaikum... Sis nak resepi kek gulung boleh x.. 😊😊

  • @tunteja______
    @tunteja______ Před 3 lety +1

    Like 60 💜

  • @rool13958
    @rool13958 Před 2 lety

    terbaik la puan 👍🏼 semua buat sendiri, santan fresh, perah sdri..pki lesung instead of blender, gigih 💪🏼..serius nmpk sedap mnelan air liur dbuatnya..teruskan bkongsi resipi video menarik mcm ni puan 👏🏻👏🏻

  • @rockit2ya
    @rockit2ya Před 3 lety

    mcm kedai punya mknn bukan rumah kg....

  • @ayongika6077
    @ayongika6077 Před 3 lety

    Salam kenal

  • @kamarol210
    @kamarol210 Před 3 lety

    Kak Ita buat sendiri ke semua video ni?? Lawa benar... Suka presentation dia

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před 3 lety +1

      Ya dik 😍 terima kasih 🙏

    • @kamarol210
      @kamarol210 Před 3 lety

      Saya follow akak since dari zaman belajar kat Uni dulu sampai skrg... Follow blog akak.. Suka sngt akak punya perfectionism buat masakan, video, dan gambar.. Semuanya nampak elok sedap mata memandang.. Dan really appetizing..

  • @jannahcookbook
    @jannahcookbook Před 3 lety

    Ralit sungguh tgk video.....likes 1000x
    Paling syok bab perah kelapa..lamanya tak buat camtu..asik dok beli santan siap je...hihi...

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah Před 3 lety +3

    Kak ita. Daging utk masak lemak tu anggaran bpa kg/ semua yg disalai tu ke? Tqia ❤️❤️❤️

  • @syamsfchannel1860
    @syamsfchannel1860 Před 3 lety

    Muzik ni upload di mana ye puan

  • @shuhidahmorat3475
    @shuhidahmorat3475 Před 3 lety +4

    Aduh mk oi. Sdpnya! .semua sdp2. Mcmnilh qajin dn pndai memasak kg lg...saya yakin suami brtambah sygle kt akak.alhamdulillah br video cam gini lh x jemu tgk.. Bangga sya nonton u.

    • @nasninaniey3804
      @nasninaniey3804 Před 3 lety

      Betul tu... Seronok tgk, rasa mcm ada kt kg je.. Mendamaikan.. Menu pun sedap2 👍👍👍

  • @yuslinamohdsani8046
    @yuslinamohdsani8046 Před 3 lety +2

    Kak Ita masukkan rebung ke tu dlm daging salai?

  • @ayongika6077
    @ayongika6077 Před 3 lety

    Sis

  • @zilazaidon688
    @zilazaidon688 Před 3 lety +1

    Ada setengah masakan ita letak cukup rasa... Tp yg ini tak letak kan.... Knp ya...

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před 3 lety +1

      Nak letak blh tak letak pun tak pe
      Klu nak letak aji pun blh 😅 ni ita tak letak sebab nak rasa asap tu .. takut ilang plk rasa daging salai