1931 I WARISAN SEJARAH JOHOR I MASJID OLAK SEPAM PAGOH MUAR, JOHOR I DOKUMENTARI

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • Kali ini MalayaTube membawa anda menziarah Masjid Olak Sepam, Pagoh, Muar Johor yang telah dibina semula pada tahun 1931 di atas tapak masjid yang asal . Tidak dapat dipastikan sejak tahun bilakah tapak masjid yang asal telah wujud. Jika dikaji sejarah, Pagoh telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi . Ia dikenali sebagai Kota Pagoh.
    Kedudukan masjid ini terletak betul-betul di pinggiran sungai Muar. Kemungkinan besar masjid yang asal adalah sebuah masjid kayu yang telah musnah ditelan zaman dan juga kawasan tersebut sering dilanda banjir kerana kedudukannya yang berhadapan dengan sungai menyebabkan bencana alam sering melanda di kawasan ini.
    Pada tahun 1961 iaitu 30 tahun kemudian, ia telah dibesarkan dengan menggunakan batu bata dan dibina bumbung genting 'Marsille' menjadikan masjid ini mempunyai senibina dan keunikannya yang tersendiri iaitu kombinasi tempatan dan barat.
    Malangnya banjir besar 1971 yang berlaku di seluruh Malaysia kecuali 3 negeri di utara, turut menenggelamkan hingga ke ruang solat masjid ini.
    Oleh itu masjid yang baru telah dibina di kawasan yang lebih tinggi dan selamat tidak jauh dari masjid lama ini. Sejak itu masjid lama ini dibiarkan kosong dan usang hingga telah hampir musnah.
    Tetapi oleh kerana struktur binaan dan bentuknya yang unik serta sejarahnya yang tidak ternilai, atas usaha penduduk kampung, Jabatan Muzium dan Antikuiti (JMA) telah melakukan kerja-kerja konservasi dengan mengekalkan bentuk asal masjid dan siap sepenuhnya pada 12 APRIL 2003 dan menjadikan ia warisan sejarah negeri Johor.
    Masjid ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor pada 14 Syaaban 1424 bersamaan 14 Oktober 2003
    #muar #pagoh #masjidtertua

Komentáře • 14