MUAR | Muar Bandar Maharani Bandar Diraja | Bandar Muar, Johor Darul Takzim | Sungai Muar (4k Video)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh. Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.
    Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.
    Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.
    Bandar Muar terletak di muara Sungai Muar. Bandar ini berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur dan 50 km ke utara Batu Pahat.
    Muar kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka.
    Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara, pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka.
    Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488). Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan penting buat Sultan Melaka ketika itu dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis, Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.
    Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu ‘Fortaleza de Muar’ bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh.
    Muar adalah bandar di-Raja di barat laut negeri Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat (1855 - 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar dan Kesang) telah diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali Iskandar Shah.
    Sultan Ali adalah pewaris sebenar Kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggung. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor.
    Pada awal tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah menitah Muhammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor untuk membuka Bandar Muar yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama ini diberikan oleh Maharaja Abu Bakar.
    Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.
    #malaysia #fawwazmedia

Komentáře • 24

  • @waghihnesmilan586
    @waghihnesmilan586 Před rokem +5

    Aku dan fmly pernah menetap dkt sni dlm bbrp thn..skrg dh balik ke negeri asal...jauh sudut hati mmg rindu dkt Muar sgt la mendlm...tmpt unik dan tenang..mkn pn best2

  • @ronda-rondakita96
    @ronda-rondakita96 Před 7 měsíci +1

    Tanjung Emas , more beautiful at nite, ...Tanjung Ketapang , a place to view a beautiful sunset

  • @dhanyalin1809
    @dhanyalin1809 Před 9 měsíci +2

    Aku tinggal dekat muar dr 2002-2017 (15thn),, sungguh hati ini rindu sgt2.. Adek akak makcik pakci baik2,, trimakasih Malaysia.. Smg smakin maju dan damai aamiin.. Salam rindu dr JABAR.. 🙏

  • @renifazdrillah5012
    @renifazdrillah5012 Před 6 měsíci +1

    Aku pernah tinggal Kat muar dr THN 1999-2004 kerja Kat Poh Huat, sekarang aku sudah jadi pengusaha perkebunan kelapa sawit di Kalimantan Timur Indonesia,salam buat orang" muar

  • @putradrone
    @putradrone Před 2 lety +3

    Muar bandar terbersih. 👍👍

  • @kopeesoosoo8740
    @kopeesoosoo8740 Před rokem +2

    Alhamdulillah 🤲 Muo makin hari makin cantik makin terkenal, terima kasih buat admin buat video yg mantap utk daerah kelahiran saya ✌️👍🤝😉

  • @sitikhadijahhaimi6896
    @sitikhadijahhaimi6896 Před 6 měsíci

    Cantiknya. Tak pernah sampai sini. One day nak pegi sini.

  • @travelatmalaysiawithazmils

    Awesome drone video.

    • @FawwazMedia
      @FawwazMedia  Před 2 lety

      Many Thanks, bro! Lama tak nampak video baru.

  • @rezaprayoga2570
    @rezaprayoga2570 Před 2 lety +4

    muo city is clean and beautiful. miss you so much

  • @spartawalker6358
    @spartawalker6358 Před 10 měsíci +3

    Tempat lahir aku

  • @istarmobile1359
    @istarmobile1359 Před měsícem

    Teringat tahun 1997 - 2022

  • @Permaimerah
    @Permaimerah Před 2 lety +2

    pernah duk traders, pemandangan cantik...

    • @FawwazMedia
      @FawwazMedia  Před 2 lety

      Benar. Traders rasanya hotel paling top di muar

  • @mdtutulislam9178
    @mdtutulislam9178 Před 10 měsíci

    Aku perna duduk de muar 14. Tahun sekarang de bangladesh

  • @user-bq3nx4ov3o
    @user-bq3nx4ov3o Před 7 měsíci

    Terima kasih atas video yang menarik ini. Kami pelajar diploma animasi dari UTHM Pagoh ingin meminta izin untuk meletakkan video ini dalam projek animasi kami. Kami harap tuan dapat memberi kebenaran.

  • @mastudio4193
    @mastudio4193 Před 8 měsíci

    Cantik videonya. di sini saya memohon kebenaran tuan untuk menggunakan video tuan sebagai pembelajaran. diharapkan tuan dapat memberi kebenaran. terima kasih.

  • @hidayahbonbon
    @hidayahbonbon Před 11 měsíci

    terima kasih atas perkongsian video yang sangat menarik. saya minta izin di sini menggunakan video ini utk tujuan memperkenalkan sek saya yang berada di kawasan muar. sy harap tuan memberikan kebenaran. sekian terima kasih

  • @afizi1213
    @afizi1213 Před rokem +2

    Haihh sayang bandar Klang pun tak secantik ni nama je bandar diraja tapi tak dijaga baik