HIJRAH BERSELAWAT | EPISOD 3 - PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 15. 04. 2024
  • Rancangan ini berbentuk Selawat dan Tazkirah dianjurkan oleh TV Al Hijrah. Hijrah Berselawat dijayakan bersama Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre, kumpulan Inteam, kumpulan ArRayyan. Bermula dengan alunan bacaan ayat Quran Surah Al Baqarah ayat 17, diikuti Selawat oleh kumpulan secara berjemaah diikuti tazkirah oleh Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre yang menjelaskan kelebihan berselawat dan mengharapkan syafaat Nabi. Perjuangan Nabi dari mula mengembangkan Islam dengan pelbagai rintangan dan pada tahun ke sepuluh, berkurangan halangan, namun baginda kehilangan bapa sudara Abu Talib dan selang tidak berapa lama, isteri baginda Siti Khadijah pula meninggal dunia, kemudian baginda ke Ta’if berdakwah namun di sakiti oleh penduduk Ta’if. Nasyid secara berjemaah, diketuai oleh Zayne dengan tajuk Maulaya. Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre meneruskan Tausiyah beliau dimana pada awal dakwah baginda, rakan-rakan di Mekah memboikot dakwah baginda. Namun satu hari ketika Nabi bersedih akibat kehilangan dua orang yang disayangi, baginda dibawa Allah dengan peristiwa Isra’ dan Miraj. Nasyid secara berjemaah, diketuai oleh Sufian Suhaimi dan Inteam dengan tajuk Tholama. Seterusnya tausiyah menjelas keinginan umat Islam untuk berjumpa nabi. Nabi begitu seronok apabila Allah temukan nabi dengan para Nabi di Masjidil Aqsa dan solat berjemaah diimamkan oleh baginda dan seterusnya baginda melalui Miraj dan berjumpa secara personal dengan para nabi terdahulu sehingga ke SidratulMuntaha dan menerima perintah menunaikan solat fardhu lima waktu. Apabila baginda menceritakan peristiwa Isra’ dan Mikraj kepada penduduk Mekah, maka secara jelas berlaku pemisahan diantara mereka yang percaya dan mereka yang tidak. Nasyid munajat bertaubat kepada Allah yang diamalkan oleh Imam Syafie. Peristiwa Isra’ dan Mikraj merupakan ujian kepada umat Islam berkaitan iman dan taqwa mereka. Ia menguji kita samada keyakinan kita kepada nabi dan Allah adalah secara total atau masih ada keraguan. Peristiwa Isra dan Mikraj menunjukkan bahawa Nabi Muhammad merupakan manusia yang paling mulia disisi Allah.
  • Zábava

Komentáře •