HIJRAH BERSELAWAT | EPISOD 4 - RAMADAN & AL-QURAN

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 16. 04. 2024
  • Rancangan ini berbentuk Selawat dan Tazkirah dianjurkan oleh TV Al Hijrah. Hijrah Berselawat dijayakan bersama kumpulan Inteam, kumpulan nasyid tempatan serta menjemput Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebagai pentausiah yang berkongsikan tentang ramadan dan Al-quran sempena bulan puasa dan nuzul quran . Bermula dengan alunan bacaan ayat Quran Surah Al Alaq, diikuti Selawat Marhaban Ya Syahra Ramadhan oleh kumpulan secara berjemaah diikuti tazkirah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang menjelaskan keutamaan Al Quran dan peristiwa Nuzul Quran dimana ayat pertama diwahyukan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’ di Jabbal Nur iaitu tempat dimana Rasulullah SAW berkhalwat untuk muhasabah diri untuk memperbaiki diri, untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan mendapat nikmat kebergantungan kepada Allah SWT. Seterusnya nasyid berjudul Assalamualaiyka/Maulaya diikuti tazkirah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang menyambung peristiwa Nuzul Quran di Gua Hira’ dimana pada malam tersebut Rasulullah SAW didatangi Malaikat Jibril lalu meminta Rasulullah SAW membaca dan baginda menjawab tidak pandai membaca lantas Malaikat Jibril memeluk kuat Rasulullah SAW sehinga Rasulullah balik ke rumah dengan ketakutan dan meminta untuk diselimutkan dan intipati peristiwa ini ialah untuk meyakinkan Rasulullah SAW bahawa apa yang berlaku adalah kenyataan. Apabila dinyatakan bahawa itu merupakan benar, maka dapat dijelaskan Rasulullah menjadi Nabi bukan dari kehendak diri tetapi merupakan pilihan Allah SWT. Peristiwa Nuzul Quran menafikan apa yang diturunkan adalah rekaan Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW seorang yang Ummi iaitu buta huruf. Diteruskan dengan nasyid Ya Badratim dan Selawat Badar, tazkirah diteruskan dengan dalil Quran diturunkan dalam surah Al Qadr. Malam Lailatul Qadr merupakan malam penuh berkat dan hadiah Allah kepada umat Islam. Adalah digalakkan umat Islam mengingati peristiwa besar berkaitan Islam termasuk malam LailatulQadr. Malam LailatuQadr merupakan penghormatan kepada Al Quran dan untuk umat Islam mengamalkan apa yang ada dalam AlQuran. Diteruskan dengan doa Khatam Al Quran dalam bentuk nasyid. Tazkirah seterusnya menyentuh Al Quran sebagai mukjizat, juga merupakan mukjizat yang kekal lama. Mukjizat Al Quran ada pelbagai antaranya ialah mukjizat sejarah atau Dharifi, Adabi iaitu tatabahasa dan sastera, tasyria’i iaitu hukum hakam, ilmi iaitu ilmu sains dan sebagainya. Kesemua mukjizat ada dalam ayat pertama yang diturunkan supaya kita terus membaca kerana manfaat membaca amat besar. Diakhiri dengan selawat Nabi.
  • Zábava

Komentáře • 1

  • @muhamadzulkiflimdzain6711
    @muhamadzulkiflimdzain6711 Před 2 měsíci +2

    Assalamualaikum...... terbaik... terima kasih atas perkongsian.... Allah Hu Akbar.... Alhamdulillah