KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KONKRIT TOP

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 29. 07. 2022
  • PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMILIH KONKRIT TOP
    Kita semua tahu yang table top jenis konkrit dari dulu lagi sudah digunakan. Kekuatan dan ketahan konkrit top juga tidak boleh disangkal lagi. Dalam setiap kes, ketebalan, bentuk, tekstur dan warna, semuanya ditentukan oleh tuan rumah sendiri. Untuk tiles pula, anda boleh pilih mana-mana saiz dan corak yang anda hendak gunakan.
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ni Uncle Andrew hendak kongsikan beberapa kelebihan dan kelemahan konkrit top. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
    Meja konkrit ‘Reinforced Concrete (RC)’. Ini menjadikan table top konkrit lebih kukuh. Table top jenis ini adalah tahan lasak dan mampu menampung beban yang sangat berat. Konkrit top secara amnya mempunyai kemasan setebal 75mm - 125mm, ianya nampak besar dan tebal. Oleh itu, Uncle Andrew lebih galakkan anda menggunakan table top jenis konkrit pada dapur basah berbanding dapur kering.
    Sebelum anda memilih konkrit top, sini Uncle Andrew kongsikan beberapa kelebihan konkrit top:
    1. Konkrit sangat tahan lasak jika dijaga dengan baik
    2. Senang dicuci, jika joining antara tile dikemaskan dengan baik.
    3. Tahan calar dan tidak melendut.
    4. Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap haba panas dan api. Jika anda meletakkan kuali atau periuk panas diatas permukaan konkrit, ia tidak akan meninggalkan kesan atau merosakkan permukaan konkrit anda.
    5. Harga kabinet bahagian bawah akan menjadi lebih murah jika ada hanya pasang frame dan pintu kabinet sahaja. Tetapi jika anda hanya memasang frame dan pintu kabinet sahaja, masalah seperti bau yang kurang menyenang kan, air bocor, dan lipas akan merebak dia sepanjang kabinet bawah.
    6. Kalis air. Anda tidak perlu risau lagi dengan masalah tabletop mengembang atau roboh dalam jangka masa panjang.
    Apa kelemahan konkrit top pula?
    1. Kos apabila hendak baiki bahagian tile yang rosak atau atau sumbing agak mahal.
    2. Terdapat risiko untuk tile bahagian hadapan terjatuh dan tile bahagian atas longkah atau tercabut.
    3. Risiko keretakan. Jika objek yang terlalu berat jatuh ke atas permukaan konkrit akan ada risiko untuk satu atau dua tile retak atau pecah. Dalam sesetengah kes, anda mungkin akan hadapi kesukaran mendapatkan corak atau warna tile yang sama bagi menggantikan tile yang pecah itu tadi.
    4. Resapan air pada bahagian sinki boleh berlaku dalam jangka masa panjang, jika tukang yang diupah tidak mengikut spesifikasi pemasangan yang betul.
    5. Apabila menggunakan tile bersaiz 2’ x 2’, setiap 2 kaki akan ada joint. Sambungan antara tile jelas kelihatan dan menjadikannya kurang cantik dan tidak kemas.
    6. Menelan kos yang tinggi, jika anda ingin menukar konkrit top ke table top yang lain. Anda perlu pecahkan dahulu konkrit top yang sedia ada sebelum hendak membuat table top yang baru.
    7. Sukar untuk dibersihkan kerana kotoran akan melekat antara sambungan tile. Kuman atau bakteria juga senang merebak.
    8. Harga boleh jadi mahal jika anda hendak membuat konkrit top beserta carcass pada bahagian bawah.
    Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu sebelum anda membuat pilihan dan tempahan table top nanti. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.
  • Jak na to + styl

Komentáře • 29

  • @normala6735
    @normala6735 Před rokem

    Tq uncle

  • @clip012
    @clip012 Před rokem

    Hi Uncle Andrew, boleh tak buat tajuk nano sinki? Sink dapur yg multi function ada glass rinser, dispenser sabun, faucet boleh tarik dan sebagainya tu. Adakah material nano itu tahan.
    Subscribed! Wholesome content. Terima kasih.

  • @hafizalwi3443
    @hafizalwi3443 Před rokem +1

    Terbaik uncle

  • @kusutslalu1
    @kusutslalu1 Před rokem +4

    buat konkrit top, finish boleh pakai quartz atau porcelain slab, lebih baik daripada pakai carcass, dalam tu pakai tile keliling bawah top supaya senang nak lap dan dibersihkan.. teknik ini lebih baik dari finish tile, cuma hrga lebih mahal tapi tetap berbaloi daripada pakai carcass yg tidak begitu tahan lama.

  • @zainabahmad4223
    @zainabahmad4223 Před rokem +1

    Hi uncle Andrew, mana lebih baik, tabletop yg direct Dr kilang tanpa concrete atau concrete top balut dgn porcelain/quartz stone?

  • @mudismail
    @mudismail Před rokem +1

    👍

  • @redapplepieable
    @redapplepieable Před rokem

    Uncle, macam mana mau conceal inlet outlet water dispenser?

  • @hidupkeranaallahtaala9679

    Tq unclr andrew...share info..
    Actually i mmg minat concrete top sbb tahan lasak..

  • @hazimhalim2650
    @hazimhalim2650 Před rokem +4

    Yang terbaik, pakai konkrit top & quart stone…. 😀

  • @anaid5387
    @anaid5387 Před 2 lety +1

    Uncle, boleh review pros and cons kayu kitchen top? Kayu jenis apa yang sesuai lasak untuk dapur yang masak2 masakan Malaysia (banyak tumis, deep fry, pkai lesung batu) kat pasaran, kayu kitchen top popular tak kat Malaysia? Ada variety? Kindly advise.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +4

      Uncle Andrew sangat suka table top kayu.kitchen cabinet di rumah sebelum ini saya gunakan beechwood.
      Kayu boleh wujudkan suasana dalaman yang kontemporari.Di pasaran, kita boleh dapat pelbagai jenis kayu seperti Nyatoh,chengal,Semangkok,Merbau, Jati,Walnut,Oak,Cherry dan lain lain.Kayu yang berlainan mempunyai tekstur dan warna yang berlainan. Ia boleh menjadikan ruangan rumah kita kelihatan unik dan elegan.
      Tetapi kayu ada kelemahan terhadap air ,terutama kawasan keliling dengan basin.Kayu juga perlu dijaga dengan rapi ,sesetengah kayu mempunyai kekerasan permukaan yang rendah.Ini menyebabkan ia mudah tergoris atau calar. Kotoran atau sisa makanan mudah tersangkut di celah celah urat kayu.Ini menimbulkan masalah kesihatan.
      Di Malaysia,Kayu yang sesuai boleh cuba kayu chengal (dalam 1 ketulan tanpa sambungan) jika sukakan warna dia.Ia tahan terhadap air.Permukaan dia agak keras dan boleh dijaga dengan mengunakan olive oil.
      Kitchen top kayu bukan pilihan utama di pasaran Malaysia.
      Harap dapat jawap soalan Puan.

  • @akauakau7808
    @akauakau7808 Před rokem

    Tajuk table island please..

  • @rahmah2905
    @rahmah2905 Před rokem

    Hi uncle Andrew. Boleh bg cadangan design utk wet kitchen konkrit & dry kitchen moden di buat bersebelahan. Tq

  • @nurulhafizah-un3cd
    @nurulhafizah-un3cd Před 5 měsíci +1

    tiles size berapa untk nampak cantik ? selain 2x2 ucle maklum xkemas. jd sy nak tahu size tiles

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 5 měsíci +1

      Guna stone yang besar…sambungan sikit dan karang kelihatan.

  • @pasumitahmoorthy1203
    @pasumitahmoorthy1203 Před rokem +1

    Kalau kitanak pilih tiles untuk tebaltop jenis apa Dan size apa tq

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Ramai owner suka buat table pakai tile,Selalu 2' x 2' jadi pilihan ramai.

  • @munirahmahadzir8601
    @munirahmahadzir8601 Před 2 lety +1

    Bahan apa yg diperlukan utk ttup joint di antara tiles?

  • @syafiqsuhaimi6214
    @syafiqsuhaimi6214 Před rokem +1

    Rumah apartment sesuai ke buat konkrit top,lantai boleh retak ke if guna konkrit top?

  • @muhammadaminuddinrosnizan3755
    @muhammadaminuddinrosnizan3755 Před měsícem +1

    Carcass tu apa uncle andrew?

  • @aizuddinariffin1637
    @aizuddinariffin1637 Před rokem

    Terima kasih kongsi tips uncle. Dapur rumah saya wet kitchen pakai konkrit dgn tiles 2x2. Dah 8 tahun pakai masih tahan.
    1. Ada risiko tak tiles 2x2 untuk kembung ,merekah & meletup? Tapi bahagian dry kitchen pakai quartz susah nak bersihkan.