Video není dostupné.
Omlouváme se.

MATERIAL KABINET DAPUR PALING POPULAR

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 1. 12. 2021
  • Tahu tak pentingnya untuk kita tahu jenis material kabinet dapur sebelum pemasangan? Ramai yang sudahpun ada gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman. Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan?
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ni Uncle Andrew nak kongsikan 4 jenis material kabinet dapur yang selalu kita dengar dipasaran. Teruskan menonton untuk mengenali setiap jenis material yang ada. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh kongsikan diruangan komen.
    Selain daripada rupa kabinet dapur yang cantik anda turut perlu mengambil kira beberapa faktor lain seperti :
    - Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang
    - Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan
    - Kekalisan kabinet dapur terhadap air
    - Kehadiran serangga perosak seperti anai-anai
    Terdapat pelbagai jenis material kabinet dapur yang menjadi pilihan sama ada 3G Glass, 4G glass, arcylic, melamine dan sebagainya. Jom kita tengok persatu pilihan yang ada dipasaran dan bergantung juga kepada budget anda.
    Okey material pertama Melamine /ABS Melamine. Melamine diperbuat daripada serat papan, habuk papan, dan gam sintetik atau pengikat yang sesuai, dan di mampatkan. Setelah itu, ia disalut dengan Laminated Melamine yang kemudiannya di kilangkan dalam pelbagai corak dan variasi warna. Antara kelebihan Melamine adalah:
    1. Pilihan ekonomi / murah.
    2. Tidak mudah untuk calar.
    3. Tahan kelembapan
    4. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari.
    5. Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna.
    6. Handle pintu yang sesuai adalah jenis Knob, Potongan 45°, Hidden, Built-in Handle.
    Permukaan Melamine tahan kepada air tetapi ia bukanlah 100% kalis air. Jika ia tidak dipasang dengan baik, air boleh masuk ke bahagian dalam kayu dan akan menyebabkan kayu mengembang.
    Material kedua, 3G Glass Door. Jenis pintu seperti ini tidak menggunakan kayu tetapi glass dan aluminium sahaja. Mungkin ada juga yang terfikir adakah pemilihan penggunaan glass akan memberi kesan yang tidak selamat kepada anak-anak. Jawapannya adalah tidak kerana material glass yang biasa digunakan adalah yang bermutu tinggi dan bingkainya menggunakan built in handle. Antara kelebihan 3G Glass Door adalah:
    1. Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
    2. Sememangnya kalis air
    3. Tidak mudah calar.
    4. Kemasan warna ada 2 variasi iaitu spray paint dan graphic sticker.
    5. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden.
    6. Kotoran di pintu kabinet dapur mudah dilap atau dicuci.
    Antara kelemahan 3G Glass Door pula, aktiviti biasa didapur tidak akan memecahkan 3G Glass Door, tetapi bahagian tepi pintu ini mungkin akan sumbing akibat haus. Hinges yang kuat juga diperlukan untuk menapung berat pintu.
    Material ketiga, 4G Glass Door. 4G Glass adalah urutan generasi daripada 3G Glass yang di tambah baik. Material 4G Glass diperbuat daripada kaca yang disembur cat dan kemudian ia ditambah baik dengan profil rangka aluminium yang tersembunyi. Ini menjadikan rangka aluminium pada bahagian sisi pintu kabinet tidak kelihatan. Harga 4G Glass lebih mahal berbanding pintu 3G Glass Door.
    Antara kelebihannya adalah:
    1. 100% kalis air
    2. Kotoran tidak lekat sebagai contoh minyak dan kuyit.
    3. Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
    4. Mudah dibersihkan
    5. Tidak mudah calar.
    6. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden Minimalis atau Scandinavian.
    Material keempat, Acrylic. Berbeza dengan 3G / 4G Glass, Acrylic adalah bahan seperti kaca tetapi terbuat dari 'termoplastik lutsinar' dengan ketahanan yang kuat.. Bahkan, bahan ini juga mempamerkan sifatnya yang menyerupai kaca. Permukaan acrylic kelihatan lebih menarik disamping mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga corak. Terdapat dua jenis pintu acrylic iaitu, acrylic tebal dan acrylic nipis.
    Kedua-dua acrylic tebal dan nipis dihasilkan dengan cara yang berbeza. Acrylic tebal dilekatkan pada sekeping kayu dan hasilnya mempunyai garis sambungan yang sangat jelas. Sementara itu, acrylic nipis dilaminate pada kayu melalui mesin tekanan tinggi dan hasil kemasan acrylic nipis lebih bagus dan kesan sambungannya tidak kelihatan dengan jelas.
    Semoga dengan sedikit info ini dapat memberi ilham kepada anda yang ingin membuat tempahan kabinet dapur. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus kongsikan dengan Uncle Andrew diruangan komen.

Komentáře • 191

  • @Norazinah1
    @Norazinah1 Před rokem +26

    Good info. Fasih berbahasa kebangsaan. Tahniah Uncle Andrew. Terima kasih.

  • @hayatimohd1079
    @hayatimohd1079 Před rokem +5

    Tq...info YG d berikn...amat jelas dgn Bahasa melayu yg sangt fasih 👍💞

  • @2ra83
    @2ra83 Před 2 měsíci

    Uncle... Boleh give information about costing for every type of it. Thank u... Like your video very much... So details and it helps me a lot

  • @rees4448
    @rees4448 Před rokem +2

    Tq uncle. Walaupun sy lewat tgk video tpi amat mmbntu. Moga uncle trus wat video

  • @maziahabdulhalim1824
    @maziahabdulhalim1824 Před rokem +1

    Tuank yo uncle diatas pencerahan yg diberikan boleh teruskan info ini

  • @dygmash9562
    @dygmash9562 Před 8 měsíci +1

    Tq uncle..dpt tips dri uncle 😊

  • @Zerotwostudio
    @Zerotwostudio Před 3 měsíci +1

    Terbaik, uncle

  • @mohdrezalmohddesa7545
    @mohdrezalmohddesa7545 Před 2 lety +5

    thank you uncle. So much help form this informative video.

  • @prushothmanrathakrishnan5068

    hi unlce andrew,
    can you explain the quality of the product in a accending order and explain about Formica wood .
    thank you.

  • @laiwana6039
    @laiwana6039 Před 2 lety +1

    Wow uncle tq for tips nya, dapur bahagian corner camana ya, bila dapur yg sempit tq

  • @zalikhakhalid5912
    @zalikhakhalid5912 Před 2 lety +11

    Uncle Adrew, it's about time to open a branch in KL.. I would definitely be the first to visit.. Kuantan is so far away. You have friends in KL/Selangor area doing the same business as you that you can recommend?

    • @ilawatihas9393
      @ilawatihas9393 Před rokem

      Hello uncle bagaimana dengan nyato kayunya tahan ke

  • @Arian_7112
    @Arian_7112 Před rokem +1

    Tq uncle andrew informasi sangat jelas nenek suka

  • @nagesvariseralathan4249
    @nagesvariseralathan4249 Před rokem +1

    Terima kasih atas perkongsian

  • @akulahmohditu
    @akulahmohditu Před 7 měsíci +1

    Terbaik uncle. Auto subscribe

  • @hanahhajiahmad9434
    @hanahhajiahmad9434 Před rokem +1

    Tq Uncle..sungguh bermanafaat.

  • @mika7288
    @mika7288 Před 2 lety +2

    Tq uncle for the video. sangat membantu

  • @deankhan7692
    @deankhan7692 Před rokem +2

    Done sucscribe, terbaik la uncle. Thanks for info. Cuma for next time, lagi bagus kalau uncle tmbh sikit info dengn harga semsa barang. At least viewers blh buat budget bersesuaian. 😁

  • @norinimispin2858
    @norinimispin2858 Před 2 lety +2

    Terima kasih atas perkongsian dari Uncle Drew..,
    Oh ya, nak tanya harga kalau kabinet 3 G Glass door..., Dan yang lain2..!??

  • @darusrazali5248
    @darusrazali5248 Před 2 lety +2

    Terbaik ....jelas

  • @nurishahaniakamarudin7417

    Info sangat bagus uncle. Tapi bagaimana pula untuk kita tahu materials digunakan untuk permukaan atas kabinet?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Terima kasih, Uncle Andrew ada videos lain yang ada penerangan mandalam tentang materials utk permukaan.

    • @nurishahaniakamarudin7417
      @nurishahaniakamarudin7417 Před 2 lety

      @@UncleAndrew1111 uncle jika dibanding kan cabinet aluminium dan plywood mana lagi okay?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      @@nurishahaniakamarudin7417 setiap material ada kelebihan Dan Kekurangan masing², Aluminium tak ada masalah dengan air tetapi harga lebih tinggi. Manakala plywood diperbuat daripada kayu,kandungan glue yang digunakan kebanyakan mempunyai kandungan Formaldehid yang tinggi, Gas ini sangat bertoksik dan akan mengancam kesihatan manusia. Tetapi harga dia jauh murah jika dibandingkan dengan aluminium.

  • @syedhafiz8988
    @syedhafiz8988 Před 2 lety +2

    uncle, macam mana cara nak elak daripada anai2 ye?ada coating yg perlu kita sapu tak sebelum nak pasang kabinet supaya tak diserang anai anai? (saya pernah baca 1 tips di FB, dia kata sebelum pasang kabinet, simen belakang kabinet perlu dicampur dengan garam terlebih dahulu. betul ke?

  • @nurulhafiza8110
    @nurulhafiza8110 Před rokem +1

    Tq uncle untuk info yang terbaik ni

  • @narin3423
    @narin3423 Před rokem +1

    Uncle tolong buat perbandingan table top konkrit vs kitchen cabinet.

  • @amyameen
    @amyameen Před 2 lety +3

    terbaikkkk! uncle andrew 👏🏻👏🏻👍🏻👍🏻

  • @sitinazariah7590
    @sitinazariah7590 Před rokem +2

    Hello stret t to the point. Pintu cabinet mna yg bagus.uncle.pening nk fikir

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Pintu atas kesukaan masing masing.
      Jika dapur dalam keadaan lebih pada hiasan dan keadaan penggunaan minimum, boleh pilih mana mana materials ikut kesukaan.
      Jika dapur dalam kegunaan yang maximum dan penjagaan yang minimum, maka pilihan materials yang tahan dan lasak digalakkan. Seperti: 3G & 4G glass.
      Jika baget adalah unsur utama yang dipertimbangkan,maka pilihan materials Melamine boleh diutamakan.

    • @sitinazariah7590
      @sitinazariah7590 Před rokem

      Tq uncle andrew

  • @primepatriotone2443
    @primepatriotone2443 Před rokem +1

    Apa komen uncle mengenai bahan aluminium dan stainless steel.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Material Aluminium dan Stainless Steel ada ketahanan yang baik terhadap air dan ancaman anai anai.Kawasan dapur yang kegunaan maximum boleh kita pilih Material ini.Namun harga kadang kadang menjadi pertimbangan baget.

  • @raffzackk
    @raffzackk Před 2 lety +2

    terima kasih atas perkongsian uncle ❤

  • @azimahmohamed5417
    @azimahmohamed5417 Před 2 lety +3

    Maklumat berguna. Terimakasih Uncle Andrew

  • @MrWisegallery
    @MrWisegallery Před 2 lety +2

    Uncle, terima kasih atas sharing. sangat bermanfaat. apa beza pula dengan pintu 5G?
    Juga, di mana kilangnya di lembah klang untuk membuat tempahan untuk DIY cabinet rumah sendiri?

    • @fatmanazihah1816
      @fatmanazihah1816 Před 2 lety

      Uncle Kayu apa yg digunakan utk menyaluti acrylic tebal Dan nipis.Adakah Kayu kat dalam tu tahan lama

  • @MrKelifu
    @MrKelifu Před 2 lety

    Tq for sharing, uncle andrew =)

  • @KT-ph6pb
    @KT-ph6pb Před 7 měsíci

    uncle andrew..ape itu wpc dan adakah ketahanan nye lebih bagus dari solid plywood laminated kabinet?dan apekah kelemahan wpc kabinet

  • @zulfadhlizainal7515
    @zulfadhlizainal7515 Před 2 lety +3

    Hai uncle. Terima kasih atas info yg berguna. Nama lain acrylic ialah HPL? Atau material berbeza sebenarnya antara acrylic dan HPL

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Hi,
      HPL ada short form untuk High Pressure Laminate. Biasa digunakan untuk buat table top.
      Manakala,Acrylic adalah materials yang selalu dipilih untuk buat pintu dan end panel kitchen cabinets.

  • @espiegirl88
    @espiegirl88 Před rokem

    Tq uncle..antara melamin dan blockboard spray paint mana lagi bagus dan kalis air

  • @naziahsyakirah1528
    @naziahsyakirah1528 Před 2 lety +2

    Uncle andrew, saya pernah dapat nasihat untuk buat kabinet menggunakan material laminate. Boleh terangkan?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Laminate merupakan material yang agak cantik dan harga murah jika dibandingkan dengan material lain.
      Laminate sendiri merupakan material yang agak tahan terhadap air,calar,panas dll.
      Tetapi Laminate perlu ditampalkan atas kepingan kayu buatan seperti plywood, block board, Mdf board dll.
      Masalah yang timbul adalah pada glue yang digunakan tidak lekat dengan sempurna , selalu mudah terbuka dan terkopak.
      Papan buatan pula ada masalah kangungan Formaldehid yang mengancam kesihatan manusia.
      Melamine adalah lapisan coating yang dilekat pada papan buatan selalu kita jumpa dipasaran adalah ecoboard atau ada yang gelar chipboard.
      Papan buatan ini ada masalah kandungan Formaldehid juga. Namun pembeli boleh dapat information yang lebih semasa buat keputusan semasa tempahan.
      Gred yang berlainan ada di pasaran seperti yang ramai pilih adalah E2, Ia paling bertoksik dan tidak sesuai untuk kegunaan dalam rumah.
      Di Pasaran boleh kita jumpa gred seperti E1 , E0 , NAF , dll.

  • @ratakacanteekkk7163
    @ratakacanteekkk7163 Před 5 měsíci +1

    Kabinate yg terang boleh nsmpak dslam

  • @syamimmustafa973
    @syamimmustafa973 Před 11 měsíci

    So apa yg bagus untuk kita pilih ye? Haha Saya tgk glasses mcm ok

  • @khadijahariffin7739
    @khadijahariffin7739 Před 2 lety +2

    Hallo uncle Andrew ..saya berminat nk buat penmbhan dapor moden yg sedia ada...blh dtg kermh saya di nilai impian ..nilai ..nk tunjuk pd uncle cabinet yg saya mksudkn ..

  • @norrihaabdullah5347
    @norrihaabdullah5347 Před 2 měsíci

    Uncle material Block board kalis air ke? Adakah block board berkualiti utk kabinet

  • @miya-wu3cx
    @miya-wu3cx Před 2 lety +2

    hi uncle andrew, terima kasih utk perkongsian. sekiranya rumah adalah potensi kawasan banjir setiap tahun yg akan menenggelamkan sebahagian rumah. boleh cadangkan material kabinet dapur yg sesuai? terima kasih

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +2

      Boleh buat meja concrete, pintu pakai material aluminium dan composite panel, acrylic, kaca...semua materials atas ni tahan air.

    • @norhafizahabdhadi9699
      @norhafizahabdhadi9699 Před rokem

      @@UncleAndrew1111 uncle, maksud di sini solid aluminium dan ACP ke?

  • @nasrinahijamudeen7301
    @nasrinahijamudeen7301 Před 2 lety +1

    Hi uncle. Cabinet blkg uncle guna material apa dan code warna apa uncle? Cantik sgt

  • @KillerRabbies
    @KillerRabbies Před 2 lety +2

    Uncle, minta pendapat. Jenis material kabinet mana yg dapat bertahan lama sampai 20 tahun?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Material biasa boleh jer tahan lama. Ini semua atas cara kegunaan masing². Penjagaan dan penyelengaraan adalah perlu seperti plumbing work di kawasan basin terutamanya.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Material yang murah seperti table top HPL boleh jer tahan lama jika dijaga.

  • @kuekmenglie8726
    @kuekmenglie8726 Před 2 lety +3

    Perkongsian yang amat informatif👍👍👍
    Apa pandangan uncle terhadap aluminium composite panel untuk buat cabinet dapur?
    Ikut pandangan uncle,Kalau kabinet berwarna cream/beige sesuai dengan color tabletop apa ya?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Aluminium composite jika digunakan untuk side panel kiri kanan kabinet tidak ada masalah,jika pada shelf dan bottom panel,saya rasa terlalu lembut dan tidak sesuai untuk kegunaan susun atur barang² berat seperti makanan tin,Pinggan Mangkuk kaca yang berat.Maka pilihan combinasi composite panel pada side panel dan Aluminium panel pada shelf dan bottom panel adalah salah satu penyelesaian.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Aluminium composite juga ada sedikit cabaran pada end panel dan infill semasa kita buat finishing.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Cabinet warna creamy senang matching dengan table top warna gelap seperti hitam, dark gray.Table top warna pitih juga salah Saturday pilihan,cuma perlukan penjagaan kebersihan yang rapi sebab kotoran mudah kelihatan.

  • @loosappa989
    @loosappa989 Před rokem +3

    Hi uncle. Kitchen cabinets fully aluminium boleh tampung berat quartz atau marble table top tak?
    Jika carcass wall unit cabinet dibuat dari hollow galvanized steel, boleh ke tampung benda-benda berat seperti periuk belanga mangkuk besar-besar?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +2

      Kitchen Cabinet yang fully aluminium tiada masalah untuk menampung keberatan table top batu yang berat seperti Quartz Stone, Granite juga marble,Jika ia dipasang dengan cara yang betul.
      Carcass dibuat daripada holo steel jarang sekali kita jumpa di pasaran.Ikut logic ia patut lebih kuat dan mampu menampung berat.Tetapi atas juga cara pemasangan dan structure serta size yang ditentukan setiap Carcass.

    • @loosappa989
      @loosappa989 Před rokem +1

      @@UncleAndrew1111Thanks for early reply. Jika cara pemasangannya guna french cleat dan bolted left & right every 2-door wall cabinet, adakah ianya boleh menampung berat tersebut? Saya risau takut wall cabinet tersebut jatuh

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Wall cabinet selalu kedalaman kabinet 300mm sahaja.Berat yang mungkin apply pada cabinet terhad.Cara kita pasang itu jika betul,Tak ada masalah. Boleh juga pasang tall unit yang boleh ikatkan sama wall unit yang gantung pada dinding.Ia jauh lebih kuat jika kita apply load yang tinggi.

    • @loosappa989
      @loosappa989 Před rokem +1

      @@UncleAndrew1111 ok uncle thank you so much for your help. Your idea sangat2 membantu. Saya nak cuba DIY sendiri kitchen kabinet di rumah. Harapnya berjaya lah seperti yang dirancang.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Semoga berjaya 👍👍👍👏👏👏

  • @mohamadkhairibinkasim5923
    @mohamadkhairibinkasim5923 Před měsícem

    kelemahan setiap material?

  • @wahidahhassan7490
    @wahidahhassan7490 Před 2 lety +2

    Angkat meterai yang bagi digunak untuk dapur warna hitam dan kelabu sesuai tak

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Warna hitam & kelabu (gelap) untuk dapur sesuai je sebab senang jugak matching dengan kitchen electrical appliances yang kebanyakannye warna dark grey & hitam, dan kurang kelihatan kotor. Untuk dapur yang luas dengan penggunaan warna gelap akan beri effect elegant, untuk dapur ruang kecik masih okay, tapi perlu pencahayaan yang cukup dan menarik.

  • @norbayahabdulghani3586
    @norbayahabdulghani3586 Před rokem +1

    Hello Uncle. Adakah cawangan di Johor Bahru?

  • @muhammadfarhanabubakar4835

    Uncle, kalau dekat perak boleh supply tak... 😊😊

  • @tatfazly1415
    @tatfazly1415 Před 2 lety +1

    Tq info...done subscribe

  • @umiabi9278
    @umiabi9278 Před 2 lety +1

    Hello uncle...kdai kt mn

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +2

      You are most welcome to visit our showroom
      🏡
      *Showroom Location :*
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      *Waze:*
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      *Google Map:*
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ *Business Hours*
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

  • @marhayuibrahim2922
    @marhayuibrahim2922 Před 2 lety +1

    Harga mengikut material, ketahanan pula bagaimana?

  • @saufansalleh7396
    @saufansalleh7396 Před 2 lety +2

    Hi sir..apa pandangan u tentang material alumimium? Dan apa pandangan u kalau tidak memasang cooker hood tetapi hanya mengguna ekzos fan sahaja? Adakah akan merosakkann kabinet dapur yang di bahagian atas dinding? Tq

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +2

      Material Aluminium 👍👍👍,tahan air,tak ada masalah anai anai juga ada 2nd hand value atau jual Aluminium scrap.
      Jika tidak pasang Cooker Hood,bukan sahaja asap dan Minyak terbang merata,tetapi juga suhu ruangan memasak akan meningkat mengikut masa memasak.Ekzos fan yang biasa cuma boleh sedut sebahagian udara sahaja dan tidak bergitu berkesan. Pengmasangan ketinggian dan kedudukan dari tempat memasak juga mempengaruhi hasil efisiansi.
      Wall cabinet alam rosak tak?
      Ini bergantung kepada ketinggian pemasangan dan juga cara penggunaan masing².

    • @saufansalleh7396
      @saufansalleh7396 Před 2 lety

      Kalau sy menggunakan cooker hood yg slim adakah ok?

  • @munirahmahadzir8601
    @munirahmahadzir8601 Před 2 lety +2

    Uncle, lagi baik untuk letak aluminium ke untuk bawah sinki atau guna saja material yg sama dengan kabinet lain? Sbb pernah terbaca boleh bantu halang isu kabinet rosak kalau ada sinki bocor dan sebagainya.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Bahagian sinki ada tempat yang paling awal akan mengalami kerosakan disebabkan air atau kelembapan yang tinggi . Carcass Aluminium memang antara pilihan yang baik untuk mengantikan papan buatan daripada kayu. Cabinet kita tahan lama walaupun dalam Keadaan penjagaan minimum.

  • @aquaguppy3962
    @aquaguppy3962 Před 6 měsíci +1

    done subscribe

  • @nurfarahjanberi7798
    @nurfarahjanberi7798 Před 2 lety +1

    Uncle nak tayeplywood nyatoh dgn mdf .. mana satu lg ok ye..

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Kalau dibandingkan dari segi ketahanan terhadap air...Nyatoh ply lebih baik daripada MDF. Material MDF sangat sensitive kepada air.Ia mudah meresap air,berkembang dan naik kulat walaupun dalam kelembapan tinggi sahaja.
      Nyatoh Ply juga akan rosak jika selalu terdedah kepada kelembapan tinggi. Material yang lebih tahan adalah solid Nyatoh. Namun,harga pula perlu dipertimbangkan.

  • @kasturidevi2759
    @kasturidevi2759 Před 2 lety +2

    Hello Uncle Andrew, need ur expertise.Im interested in 4G cabinet but mine is a dry kitchen so theres no cooking. I hv sink ,build in oven and washing machine.Cld you please advise if all of this fit in together? Its 870 square fit apartment.tq

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Before to start, need layout plan and site photos. Lagi best kalau ada site measurement. 😁

  • @clip012
    @clip012 Před 2 lety +2

    4:49 acrylic sebenarnya 100% kalis air ke tak? Mana yg lagi mahal, acrylic atau 4G glass?

  • @sitinazariah7590
    @sitinazariah7590 Před rokem +1

    Bli kat mna kedai kitchen cabinet ke.

  • @ZamirAizat
    @ZamirAizat Před rokem +1

    Kalau material formica pula mcm mna?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Formica adalah salah satu jenama produk High Pressure Laminate. Kelebihan Laminate adalah kerja mudah dijalankan tanpa mesin² yang remit dan mahal.Permukaan laminate selalu mudah dijaga dan senang dibersihkan. Hasil panampilan Laminate adalah cantik dan pelbagai pilihan.warna dan texture selalu sangat stabil dan consistent.
      Kelemahan Laminate adalah ia mudah terkopak.Jika gam yang digunakan bermutu rendah, berkemungkinanan besar Laminate akan tertanggal keluar.Kerja Laminate ini sangat bergantung kepada hasil seni kerja tukang.

  • @shimcornelia9781
    @shimcornelia9781 Před 2 lety +2

    Hi Uncle Andrew, boleh tolong nasihat kalau material WPC sesuai untuk membuat kitchen cabinets?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Kelebihan WPC adalah is lebih tahan terhadap air jika dibandingkan papan buatan.Tetapi harga dia lebih.

    • @shimcornelia9781
      @shimcornelia9781 Před 2 lety +1

      TQ replying my question. @@UncleAndrew1111 maksudnya harga nya paling mahal di antara material yg anda sebut dlm video? Adakah material WPC available di pasaran utk pemasangan kabinet dapur?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      @@shimcornelia9781 selalu kita jumpa carcass yang pakai material Aluminium,Acp dan Stainless Steel untuk cabinets yang terdedah kepada air seperti carcass pada basin unit.Namun material WPC merupakan material yang agak mahal dan jarang digunakan dalam ini.

  • @natashaamira338
    @natashaamira338 Před 2 lety +1

    Mcm mana dgn ciri2 solid wood ya?

  • @orangkuatumno
    @orangkuatumno Před rokem

    hai uncle. Boleh komen sikit tak kabinet yg guna kayu nyatoh. Ada org kata kelemahan design kayu nyatoh ni akan ada kesan crack pd smbungan selepas 6 hingga setahun pemasangan. Betul ke?

    • @WayanManis889
      @WayanManis889 Před rokem +1

      Rumah2 saya semua kabinet nyatuh..tiada berlaku crack pada sambungan walaupun sudah berusia lebih 15 tahun

  • @arsyaddarwisyalif5142
    @arsyaddarwisyalif5142 Před 2 lety +3

    material apa ya paling bagus untuk kabinet dapur

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Selamat petang,Material ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.Pilihan material atas kesukaan masing masing, juga penting untuk kita tahu cara penjagaan setiap material yang kita pilih. Susah nak kata mana material yang paling bagus. Ada yang mahal dan juga ada yang murah, yang murah tidak semestinya tak bagus...janji kita tahu cara penjagaannya.

    • @arsyaddarwisyalif5142
      @arsyaddarwisyalif5142 Před 2 lety

      Terima kasih kerana bagi info..kalau saya pilih nyatoh apa kekurangan ya.

  • @secubitrasa
    @secubitrasa Před rokem +2

    Hai saya nak tanya..kalau yang untuk rumah selalu banjir yang mana uncle blh suggest?

  • @kamilapoo_co3356
    @kamilapoo_co3356 Před rokem

    Bagaimana pula dengan foamboard uncle?

  • @sitinazariah7590
    @sitinazariah7590 Před rokem +2

    If 4G glass door adalah sesuai untuk dapur yg lasak. Bhagian pintu tepi tk akan haus seperti 3G ke

  • @nurulsyazwanydnp642
    @nurulsyazwanydnp642 Před 2 lety +1

    Hi uncle. Saya nk buat kitchen kabinet. Kontraktor mencadangkan mdf atau aluminium shaker. Mane satu lebih bagus?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Aluminium lebih bagus.
      Selain tahan air juga tak ada masalah dgn anai anai.
      MDF sangat peka dgn air atau kelembapan. Juga masalah Formaldehid yang tinggi.

    • @nurulsyazwanydnp642
      @nurulsyazwanydnp642 Před 2 lety

      @@UncleAndrew1111 oky. How about kayu nyatoh. Mane lebih bagus? Aluminium shaker atau nyatoh.

    • @nurulsyazwanydnp642
      @nurulsyazwanydnp642 Před 2 lety +1

      Uncle. Bole suggest table top yang bagus? Contractor suggest porcelin atau quartz. Tq uncle

  • @mailrashid7531
    @mailrashid7531 Před rokem +1

    Hai uncle Andrew,sy hendak bertanya,bahagian dlm kitchen cabinet (carcass) selain dr aluminium, material apa yg tahan ya

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      PVC BOARD, ACP , STAINLESS STEEL

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Ramai yang pakai melamine juga tahan belasan tahun...atas kegunaan dan penjagaan masing²😁

    • @mailrashid7531
      @mailrashid7531 Před rokem +1

      @@UncleAndrew1111 terima kasih uncle ats pencerahan

  • @muniraamira8091
    @muniraamira8091 Před rokem +1

    Hi uncle, appreciate for your sharing! Btw uncle, do you mind to share about solid wood laminate formica.. is it ok and kalis air ya uncle?one more, if ambil white color adakah difficult to maintain?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Solid wood selalu tidak buat secara laminate.Solid wood mempunyai urat kayu yang cantik dan tersendiri. Ia selalu apply dengan vanish.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Laminate "Formica" selalu dijalankan atas plywood atau block board.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Ya betul,Laminate kalis air tetapi papan plywood atau block board tidak.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Warna putih perlu penjagaan yang lebih🤭🤭🤭, tidak susah jika betul cara.

    • @muniraamira8091
      @muniraamira8091 Před rokem +1

      @@UncleAndrew1111 thankyou so much uncle for your respond! Semoga uncle dapat buat more videos ya.. love your sharing 🤗

  • @hanyzf3965
    @hanyzf3965 Před 2 lety +2

    Hi uncle ,material formica kategori ape? Mana lebih baik melamine or formica laminate?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +6

      Formica adalah salah sejenis jenama Laminate.
      Laminate merupakan material yang agak cantik dan harga murah jika dibandingkan dengan material lain.
      Laminate sendiri merupakan material yang agak tahan terhadap air,calar,panas dll.
      Tetapi Laminate perlu ditampalkan atas kepingan kayu buatan seperti plywood, block board, Mdf board dll.
      Masalah yang timbul adalah pada glue yang digunakan tidak lekat dengan sempurna , selalu mudah terbuka dan terkopak.
      Papan buatan pula ada masalah kangungan Formaldehid yang mengancam kesihatan manusia.
      Melamine adalah lapisan coating yang dilekat pada papan buatan selalu kita jumpa dipasaran adalah ecoboard atau ada yang gelar chipboard.
      Papan buatan ini ada masalah kandungan Formaldehid juga. Namun pembeli boleh dapat information yang lebih semasa buat keputusan semasa tempahan.
      Gred yang berlainan ada di pasaran seperti yang ramai pilih adalah E2, Ia paling bertoksik dan tidak sesuai untuk kegunaan dalam rumah.
      Di Pasaran boleh kita jumpa gred seperti E1 , E0 , NAF , dll.

  • @workouttoday2851
    @workouttoday2851 Před rokem +1

    Uncle kalau 4g glass bole tukar kaler? Tak boleh cat kan?

  • @YumiNadz
    @YumiNadz Před 2 lety

    Uncle , 3G atau 4G glass door, boleh kan di cat semula ?

  • @amanshah2375
    @amanshah2375 Před rokem

    Mcm ane sy nk contact unlce nie.ade spe2 tau

  • @sabrinaaziz7664
    @sabrinaaziz7664 Před 2 lety +1

    hi uncle , ada kabinet fully aluminium , ok ke mcm tu?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Material aluminum ada pelbagai cara finishing yang berlainan. Ada yang memang nampak ok. Sesetengah cara finishing nampak tepi ketebalan aluminum itu warna lain.
      Aluminium memang lagi than terhadap air, anai anai...juga mempunyai value scrab logam jika take nak pakai nanti.
      Terapi harga material aluminum juga lebih tinggi banding dengan yang lain.

  • @rosleelewaniz7574
    @rosleelewaniz7574 Před rokem +2

    Uncle jika meterial yang dipilih oleh tukang adalah campuran formica dan melamine adakah baik untuk ketahanan

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      "Formica" =satu jenama laminate. Selalu laminate di tampalkan pada papan buatan seperti plywood, Blokboard. Kemasan dan ketahanan bergantung kepada gam yang digunakan dan kemahiran tukang.
      Manakala, Melamine selalu datang dengan kemasan ABS edging, mesin yang menjamin kekemasan hasil kerja. Ramai tuan rumah suka kemasan ini kerana ia tahan Dan mudah jaga.

    • @rosleelewaniz7574
      @rosleelewaniz7574 Před rokem +1

      Jika untuk table top mengunakan kemasan batu granite ok dak untuk jangka masa panjang..

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Granite memang pilihan yang baik untuk table top.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Granite memang sesuai untuk kegunaan jangka masa panjang.Granite juga sangat keras dan sekali dengan kecantikan semulajadi.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      *TABLE TOP VIDEO*
      *1. KONKRIT WORKTOP*
      czcams.com/video/mEMt-NcIY-A/video.html
      *2. QUARTZ WORKTOP*
      czcams.com/video/2If4W-ykRbY/video.html
      *3. GRANITE WORKTOP*
      czcams.com/video/u5yoLSFS8Lw/video.html
      *4. MARBLE WORKTOP*
      czcams.com/video/65tWKRfAzZ4/video.html
      *5. COMPOSITE MARBLE WORKTOP*
      czcams.com/video/bSNJNhwlhy8/video.html
      *6. PORCELAIN SLAB WORKTOP*
      czcams.com/video/Xy2j92GFoZA/video.html

  • @khadijahariffin7739
    @khadijahariffin7739 Před 2 lety +1

    Uncle kdai dimana..klu dkt sng blh gi tenguk..

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      You are most welcome to visit our showroom
      🏡
      *Showroom Location :*
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      *Waze:*
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      *Google Map:*
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ *Business Hours*
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      wa.me/60129837577

  • @johannteh9063
    @johannteh9063 Před rokem

    Uncle Andrew, is plywood good material for kitchen cabinet?
    Also have you heard of squeezeboard from Honsenz kitchen Seremban.?

  • @muthumani9700
    @muthumani9700 Před 2 lety +1

    Hi ...uncle Andrew...apakah maksud ACP panel??? Tq

  • @fit3z184
    @fit3z184 Před 8 měsíci

    Harga boleh bgi x? Anggran mana yg mahal dan murah

  • @amyameen
    @amyameen Před 2 lety +1

    solid nyatoh uncle?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +1

      Solid nyatoh merupakan material yang tahan ,Solid nyatoh juga salah 1 pilihan untuk pintu kabinet dapur di negara kita. Trand sekarang ramai juga suka pakai solid nyatoh shaker door yang menggunakan spray paint finishing.
      Solid nyatoh dah lama digunakan dan selalu membawa perasaan tema classic.

  • @xxxxtttttyyyy_
    @xxxxtttttyyyy_ Před 2 lety

    Klu HDF?

  • @sellamelveerayam6196
    @sellamelveerayam6196 Před rokem

    Can we paint nyato wood doors

  • @LeeXuan88
    @LeeXuan88 Před rokem +1

    Material UV High Gloss pula apa? Dia guna kayu MDF ke?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      UV High Gloss adalah sejenis penyelesaian yang digunakan dalam pembuatan pintu dan kabinet dapur. Ini adalah pilihan yang berkualiti tinggi, tahan lama, dan menarik yang memberikan penampilan yang licin dan moden. Mari kita pecahkan:
      UV: Ini merujuk kepada "ultraviolet". Ia merujuk kepada proses penyembuhan penyelesaian pada pintu dapur. Semasa proses ini, cahaya ultraviolet digunakan untuk mengeras dan menyembuhkan lapisan penyelesaian yang dikenakan pada permukaan pintu dapur. Ini menghasilkan penyelesaian yang sangat tahan lama dan tahan yang dapat menangani keadaan dapur biasa. Penyelesaian UV dikenali kerana tahanan mereka terhadap haba, calar, dan noda, yang menjadikan mereka pilihan yang baik untuk kawasan yang banyak digunakan.
      High Gloss: Ini merujuk kepada tahap kilauan atau pantulan pada permukaan pintu. Sebuah penyelesaian berkilau tinggi memiliki permukaan yang sangat berkilau dan pantulan, serupa dengan penampilan kaca atau lacquer. Ini mencipta tampilan yang licin dan moden yang dapat membuat dapur anda kelihatan lebih besar dan cerah. Namun, ia mungkin menunjukkan cap jari dan kotoran lebih mudah daripada penyelesaian matte atau semi-gloss.
      Pintu dapur UV high gloss sering dibuat dengan MDF (Medium-Density Fiberboard) sebagai bahan inti. MDF adalah sejenis kayu buatan yang dikenali dengan permukaan yang licin dan tahan lama. MDF dipotong menjadi bentuk pintu, dan kemudian lapisan penyelesaian berkilau tinggi dikenakan. Penyelesaian ini kemudian disembuhkan menggunakan cahaya ultraviolet untuk mencipta produk akhir yang tahan lama.
      Pintu dapur UV high gloss adalah pilihan yang popular untuk reka bentuk dapur moden dan kontemporari kerana penampilan mereka yang licin dan berkilau. Mereka juga menawarkan daya tahan tinggi, tahanan terhadap haba dan noda, dan mudah dibersihkan, menjadikan mereka pilihan yang praktikal juga.

    • @LeeXuan88
      @LeeXuan88 Před rokem

      @@UncleAndrew1111 Terima kasih diatas penerangan!

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Sama sama

  • @AliAhmad-mw2to
    @AliAhmad-mw2to Před rokem +1

    Uncle Andrew...berapa harga pintu 3g?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Harga cabinet dipengaruhi bukan sahaja material pintu,tetepi juga carcass, jumlah quantity dan size cabinet yang perlu, jenis peralatan logam keluri atau accessories yang digunakan. Maaf 🙏.Uncle Andrew lambat reply.

  • @madamyayachannel5439
    @madamyayachannel5439 Před rokem +1

    uncle kat Kuantan ke? kedai nama apa?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem +1

      Ya Madam.🏡
      Showroom Location :
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      Waze:
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      Google Map:
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ Business Hours
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

  • @sk20132014
    @sk20132014 Před rokem +1

    Nyatoh bgaimna?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Solid Nyatoh satu masa dahulu memang sangat popular. Bagi owner yang sukakan design classic, nyatoh memang pilihan baik.

  • @airtherieymorientes610
    @airtherieymorientes610 Před 2 lety +1

    uncle Andrew Ade WA no. ke?.. uncle buat wiring jugak tak ?

  • @nonirauf1908
    @nonirauf1908 Před 2 lety

    alamat mana

  • @tansokhiong1282
    @tansokhiong1282 Před rokem +1

    Pm me . Tq