Video není dostupné.
Omlouváme se.

KONSEP KABINET DAPUR MODEN

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 2. 10. 2021
  • Sekiranya anda ingin merancang atau nak hias renovate dapur dan cari idea dapur style modern, jadi video ni memang untuk anda!
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini, Uncle Andrew hendak kongsikan dengan anda beberapa point utama yang harus di ambil kira untuk mewujudkan konsep kabinet dapur moden. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
    Okey, jom kita mulakan.
    Point pertama yang kita perlu ambil kira ialah konsep dapur terbuka.
    Konsep dapur terbuka dapat memberikan pengudaraan yang baik untuk dapur anda. Tak semua tuan rumah suka konsep ni. Sebab, ruang dapur dapat dilihat dari bahagian luar dapur. Tetapi, dengan memilih konsep ini, ruang rumah anda akan nampak lebih luas dan sekaligus mewujudkan konsep dapur moden. Selain itu juga, circulation di dalam rumah akan nampak tenang dan tidak banyak dinding penghalang laluan. Konsep ini biasanya digunakan pada rumah jenis kondominium atau apartment kerana bentuk fizikal saiz rumah.
    Seterusnya, warna dinding dapur.
    Untuk rekaan kabinet dapur jenis penuh sampai siling, warna pada dinding sudah tidak menjadi isu kerana keseluruhan dinding kabinet dapur sudah di tutup dengan kabinet. Tetapi untuk kabinet dapur yang tidak sampai siling, pilihan warna harus diambil kira. Dengan mengenakan warna tenang seperti light grey, dapat memberikan kesan konsep moden dan harus di padankan dengan pemilihan warna kabinet dapur yang sesuai. Warna ini juga mudah dipadankan dengan apa-apa warna pilihan pintu kabinet dapur atau dalam erti kata lain ‘warna selamat’.
    Padanan 2 tone warna kabinet dapur juga memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan konsep dapur moden. Pemilihan 2 warna haruslah padan. Jika anda sudah pilih kontraktor kabinet dapur, senang untuk anda dapatkan ilustrasi 3D bagi membuat pemilihan warna kabinet. Dengan ilustrasi 3D ini anda tidak akan buat silap untuk pemilihan kombinasi warna kabinet dapur anda.
    Padanan corak kayu dengan warna solid dark sangat sesuai dan dapat mewudjudkan konsep moden rustic. Warna sesuai dipadankan adalah putih. Anda perlu ingat penggunaan warna-warna berani 100% pada pintu kabinet mudah mewujudkan perasaan cepat bosan.
    Bagaimana pula dengan pemilihan warna kilat atau high-gloss?
    Pemillihan kemasan permukaan jenis kilat, sesuai untuk warna kabinet yg cerah. Untuk warna gelap lebih sesuai dipadankan dengan warna matte. Selain dapat mewujudkan konsep moden, warna cerah dan kesan kilat juga mebuatkan suasana dapur kelihatan mewah dan luas. Pintu kabinet dapur kilat juga mudah dijaga dan dibersihkan jika terkene kotoran ketika memasak di dapur. Contohnya material seperti acrylic, glass serta laminated.
    Seterusnya, pemilihan backsplash. Penggunaan tiles sebagai backsplash menunjukkan konsep english moden. Tetapi jika menggunakan tiles sebagai backsplash di dapur masak kesan percikan minyak atau kesan masakan mudah tertinggal pada celah -celah sambungan tiles dan sukar untuk di bersihkan.
    Oleh itu, anda boleh memilih backsplash jenis tempered glass kerana lebih tahan air dan tahan panas.
    Penggunaan bar counter atau kitchen island juga dapat memberikan kesan moden pada kabinet dapur anda.
    Selain menjadi ruang meja makan, kitchen island juga boleh menjadi ruang simpanan barang dan peralatan dapur serta boleh menjadi sebagai pembahagi ruang antara ruang makan dan dapur.
    Lampu gantung atau pendant light berfungsi sebagai pencahayaan. Ia juga memainkan peranan penting untuk mencantikkan ruang di samping menjadikan ruang dapur kelihatan cantik, kemas serta nampak lebih ceria dengan penampilan dapur moden. Kedudukan yang sesuai adalah diletakkan pada centre bar counter atau kitchen island.
    Untuk lebih kesan modern pada cabinet, konsep under cabinet lighting warna warm white jenis strip light dan T5 sangat membantu .
    Handle atau pemegang pintu yang paling sesuai untuk di padankan dengan kabinet dapur konsep moden adalah jenis hidden. Anda boleh memilih jenis potongan 45 degree atau konsep hidden handle.
    Untuk menambah lagi kesan modern, worktop/tabletop menggunakan porcelain/quartz jenis plain colour adalah terbaik.
    Konsep bar countertop dan island kabinet ‘Water Fall’ dengan sambungan bahagian sisi menegak terus ke permukaan table top bar counter atau island juga dapat menyerlahkan lagi design moden kabinet dapur anda.
    Ingat, sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin berkongsi tips mengenai konsep dapur moden, beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah. Stay Safe.

Komentáře • 49

  • @moondinara8142
    @moondinara8142 Před rokem +11

    Biar pelat, tapi kekal guna bahasa kebangsaan. Malaysian kan. Pelat itu lah trademark atau jati diri. Respect!!

  • @jue8594
    @jue8594 Před 2 měsíci

    Good info uncle.done discuribe.

  • @maslinaahmad853
    @maslinaahmad853 Před 5 měsíci

    Tq uncle.memang sedang mencari idea dan tips utk rekaan dapur moden

  • @junaidaafuan3602
    @junaidaafuan3602 Před 2 lety +1

    Modern rustic concept seems very elegant!

  • @norhafizahjamaludin7800
    @norhafizahjamaludin7800 Před 2 lety +1

    Well explained..suami br je beli rumah..wlupun bkn terus nak renovate dapur tp at least dpt info berguna

  • @mashilmi23
    @mashilmi23 Před rokem

    Terbaik

  • @sharomibrahim7130
    @sharomibrahim7130 Před 2 lety +1

    Tqsm fo good tips uncle Adrew

  • @cikguhal5847
    @cikguhal5847 Před rokem +1

    Terima kasih atas info. Terbaik.

  • @aazizahaazizah6055
    @aazizahaazizah6055 Před rokem +1

    Tq andrew

  • @alwiomar7793
    @alwiomar7793 Před 2 lety +1

    Terbaik uncle

  • @nurfadzilahnorhisham930
    @nurfadzilahnorhisham930 Před 2 lety +1

    wow uncle,,amazing,,suke dengan penerangan yg uncle berikan,,kalau bole bertanya,size 1 biji rumah 20x20,deco dapur simple tp moden,,ciri2 nya mcm mane ya

  • @mazniosman8756
    @mazniosman8756 Před 10 měsíci

    Hi uncle ada review tentang euro style tak

  • @julianawilliam1322
    @julianawilliam1322 Před 2 lety

    Uncle andrew sesuai kalo ada jambang lh

  • @ahlong1770
    @ahlong1770 Před 2 lety +1

    Sangat informative. Walaupon rumah saya tak siap lagi, boleh daptkan idea idea and pandangan dr uncle andrew

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Terima kasih banyak ²

    • @devichenaya1461
      @devichenaya1461 Před rokem

      Hi uncle Andrew nana saya Devi saya duduk di flat says nak pasang kabinet dapur di dlm 7 Kali di luar 5 kali saya tak tahu nak pilih kabinet yang bagus

  • @devanetanimalai401
    @devanetanimalai401 Před 2 lety

    I nak advice dari Andrew
    Table top I warna light beige color mix wth light brown corak
    Apa warna yang sesuai untuk cabinet door

  • @limsiowchuen9999
    @limsiowchuen9999 Před 2 lety

    Hi Uncle, can u pls give me some idea white colour 3G glass door for top & base kitchen cabinets is it nice? I worry the white effect turn out to light green & not in white. Tqvm

  • @intanmasturabintiadammoe8371

    untuk rumah banglo satu tingkat , sesuai tak dengan konsep dapur terbuka?

  • @meorsharulhafiz
    @meorsharulhafiz Před 2 lety +2

    Macam mana untuk dapatkan konsep dapur modern bagi ruang dapur yang jenis memanjang atau ruang yang sedikit sempit?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +2

      Boleh pakai solid colour..untuk ruangan yg besar bole gune warna hitam untuk terapkan konsep elegen..kalau sempit pakai putih untuk elegen and menampakkan ruang lebih besar. Selain dari warna ,design dan cara susunan cabinet juga mainkan peranan penting.

  • @azriaziz5173
    @azriaziz5173 Před 2 lety +2

    Uncle, apa jenis warna biru yang sesuai bagi cabinet dapur? Glace Blue sesuai ke?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +5

      Warna glace blue adalah warna seperti ice biru laut, so warna ni hanya customer yang berani pakai je selalu pakai, maksud berani disini adalah kerana cabinet dapur bukan seperti langsir yang kita boleh tukar selalu ia bende yang akan duduk lama didapur, juga warna ni membataskan untuk anda bermain warna cat dinding di kawasan dapur anda (contoh takkan anda mahu nampak cat hijau/kuning tetapi cabinet biru , rase janggal disitu), ada orang walaupun dia minat warna ni tapi masih ragu2 untuk pakai sebab risau one day dia akan bosan dengan warna ni , then warna ni juga mudah kotor kalau orang yang guna lasak, and ada orang dia risau jika warna cabinet mereka tak matching dengan barang2 lain didapur, tetapi warna ini cantik dan rare orang guna, anda juga boleh mencubanya.

  • @wanfatimah11
    @wanfatimah11 Před 2 lety +1

    Jika table top warna hitam....kabinet colour apa yg sesuai untuk konsep modern...

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Kalau nak modern , if tabletop hitam , warna cabinet boleh matt dark grey, and main lighting

  • @nisahzafrun300
    @nisahzafrun300 Před rokem

    Hi, mcmn nak simpan tong gas

  • @sarinabintisabri2706
    @sarinabintisabri2706 Před 2 lety +1

    Uncle...table top hitam atau putih yg lebih sesuai untuk kabinet warna grey...dinding pula colour apa yg sesuai...

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety +2

      Untuk cabinet warna grey , kedua-dua warna tabletop hitam atau putih boleh matching, bergantung pada tuan rumah suka vibe gelap and main dengan lighting, atau vibe cerah luas. jika minat vibe gelap boleh pilih tabletop hitam and dinding warna grey jugak pun boleh then main dengan lighting. tapi jika minat vibe cerah, tabletop putih lebih sesuai and dinding warna putih pun akan jadi kan ia matching dan rase luas. tapi kedua2 tabletop perlu dijaga, anda tak boleh expect yang tabletop hitam tak perlu jaga sebab hitam lebih senang nampak calar and juga akan ada kesan stain.

    • @sarinabintisabri2706
      @sarinabintisabri2706 Před 2 lety +1

      Terima kasih uncle bnyk membantu...😍

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      @@sarinabintisabri2706 sama sama

  • @viviannahjune5751
    @viviannahjune5751 Před 2 lety +1

    Area Selangor cover x uncle

  • @juliahjantan61
    @juliahjantan61 Před rokem +1

    Uncle melaka boleh buat tak?

  • @dreeahmeng3475
    @dreeahmeng3475 Před 2 lety +1

    uncle Andrew ada syarikat membuat kitchen cabinets?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Ada. Dr.

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      You are most welcome to visit our showroom
      🏡
      *Showroom Location :*
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      *Waze:*
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      *Google Map:*
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ *Business Hours*
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

  • @matliyrunner4520
    @matliyrunner4520 Před 2 lety +1

    Uncle duduk mana ? Rumah dlm proses renovation .. nak panggil uncle buat cabinet dapur rumah saya ..

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      You are most welcome to visit our showroom
      🏡
      *Showroom Location :*
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      *Waze:*
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      *Google Map:*
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ *Business Hours*
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

  • @SITI-gr8uw
    @SITI-gr8uw Před 2 lety +1

    Uncle nk Konsep dapur Moden kecil