ZON SEGITIGA KERJA DAPUR

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 10. 09. 2024
  • Penting Ke Susun Atur Dapur?
    Dapur merupakan bahagian yang penting di dalam isi rumah. Ia merupakan tempat untuk kita memasak, meyimpan makanan, makan dan berkumpul bersama keluarga.
    Kalau nak tahu, mengikut kajian, kita habiskan purata masa sekurang-kurangnya sejam di dapur untuk memasak! Itu baru purata. Kalau anda…berapa lama masa selalu anda habiskan?
    Haaa…jadi, macam mana nak jaga dapur kita ni supaya dapat berfungsi dengan baik? Kalau susun atur dapur berselerak, tak cantik, kita nak masak pun tak ada mood. Betul tak? Akhirnya makan atau bungkus dekat kedai je. Bila dapur cantik, ada kelengkapan yang cukup, mesti hari-hari rasa seronok nak memasak, dan makan bersama-sama dengan keluarga dekat rumah.
    Dapur ada dua jenis iaitu dapur basah dan kering. Anda juga boleh pilih sama ada nak buat dapur diluar atau didalam rumah. Walau macam mana pun jenis dan kedudukan dapur kita, kalau susun atur tak menarik dan tak teratur, tak okey jugak kan?
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ni Uncle Andrew nak kongsikan sedikit info tentang susun atur dapur yang betul.
    Langkah pertama dalam merancang dapur adalah anda perlu mengambil kira ruang yang ada dan juga bajet anda. Wang dan ruang secara automatik akan memberikan kesan pada reka bentuk dan susun atur dapur anda.
    Sebelum tu , Uncle Andrew hendak kongsikan kesilapan susun atur dapur yang selalu kita lakukan.
    Pertama, kedudukan kitchen island yang mengganggu aliran kerja di dapur. Ianya menyebabkan, jarak perjalanan yang jauh, untuk bergerak dari peti sejuk ke singki. Selain itu, apabila kitchen island berada di tengah-tengah, kebarangkalian untuk badan kita terlanggar bucu island worktop adalah tinggi dan berbahaya.
    Kedua, kedudukan tall unit di tengah kabinet bawah, mengganggu aliran ruangan kaunter kerja. Menyebabkan kerja tidak boleh berjalan dengan lancar, disebabkan ruangan menjadi sempit.
    Ketiga, ruangan dapur yang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik, akan mengakibatkan dapur anda berbau dan panas.
    Jika terdapat jarak yang jauh diantara cabinet dapur, dan galley island, yang mudah dilalui oleh orang ramai, ini akan mudah mengakibatkan kemalangan semasa memasak, disebabkan oleh campuran pergerakan yang banyak.
    Jadi, apa susun atur dapur yang bagus? Apa pula dimaksudkan dengan zon segitiga kerja dapur?
    Dapur yang bagus adalah dapur yang memaksimumkan ruangan kaunter dan simpanan, serta mudah untuk digunakan. Anda perlu tahu, yang setiap dapur memerlukan tiga pusat kerja yang penting. Iaitu dapur masak, sinki dan peti sejuk. Atau lebih dikenali dengan zon kerja segitiga dapur. Dengan menempatkan tiga pusat kerja tadi, berdekatan satu sama lain, kerja didapur akan menjadi lebih mudah dan efisien.
    Konsep segi tiga kerja dapur telah dibangunkan pada tahun 1940-an oleh University of Illinois School of Architecture, bertujuan untuk memudahkan pergerakan sepanjang melakukan kerja. Rutin kerja dapur dimulai dengan mengeluarkan bahan mentah daripada peti ais, kemudian dibawa ke sinki untuk dipotong atau dibersihkan sebelum dibawa untuk dimasak.
    Sehingga kini, segitiga dapur menjadi asas kepada perekabentuk dalaman dan arkitek bagi merekabentuk dapur. Ada beberapa asas segitiga kerja dapur, iaitu:
    1. Jarak garis segitiga antara satu sama lain tidak kurang daripada empat kaki dan tidak lebih sembilan kaki.
    2. Selain itu, sepanjang garis segitiga tidak boleh ada halangan yang menyukarkan pergerakan.
    3. Laluan utama ke dapur hendaklah tidak melintasi atau menghalang garis segitiga ini.
    Walaubagaimanapun, ia bergantung pada kemudahan dan keselesaan kita. Jarak segitiga juga bergantung kepada kita. Ada yang selesa dengan ruang yang kecil, ada pula lebih selesa dengan ruang yang luas.Jadi mana-mana pun pilihan dapur anda, pastikan susun atur dapur anda praktikal dan bersesuaian dengan kegunaan anda.

Komentáře • 29

  • @zabidi59
    @zabidi59 Před 7 měsíci +1

    Mohon share video ini ya.

  • @laiwana6039
    @laiwana6039 Před 2 lety +2

    Tips yg bermanfaat...

  • @sparchitect29
    @sparchitect29 Před 2 lety +1

    Aruhhhhh keweh ningehanggg

  • @annaimmersive153
    @annaimmersive153 Před 3 lety +1

    Terbaik uncle 👍

  • @surayamohdsidek9113
    @surayamohdsidek9113 Před 2 lety +1

    Terima kasih kasih banyak dapat tips.. Uncle ada cawangan KL tak?

  • @mohdkhairulailnordin7393
    @mohdkhairulailnordin7393 Před 2 lety +1

    uncle,melaka ade cover tak

  • @syahmiesapawi4387
    @syahmiesapawi4387 Před rokem +1

    kalau jarak antara dapur gas dan sink dalam 1 kaki boleh ke uncle andrew?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před rokem

      Pemasangan memang tak ada masalah.Tetapi ruangan kawasan yang nak guna itu semasa aktiviti memasak mungkin tidak mencukupi.

  • @zanestoremy
    @zanestoremy Před 2 lety +1

    Uncle pinjam ayat sikit mau masukkan dalam kemahiran komunikasi wkwkw

  • @ashslayer3285
    @ashslayer3285 Před 2 lety

    pergh fasih betol dlm bahasa melayu

  • @lizaijah7392
    @lizaijah7392 Před 2 lety +1

    Cawangan uncle do mana ye

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      You are most welcome to visit our showroom
      🏡
      *Showroom Location :*
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      *Waze:*
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      *Google Map:*
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ *Business Hours*
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

  • @mudismail
    @mudismail Před 2 lety

    👍

  • @gohippo
    @gohippo Před 2 lety

    Ok ke kalau sinki, dapur masak and petisejuk sebaris?

  • @aizuddinahmad703
    @aizuddinahmad703 Před 2 lety +3

    terima kasih uncle for the tips, ada suggestion hood recycle yg bagus untuk aparment tak sebab management tak benarkan tebuk dinding

  • @yi-yeonggoh3888
    @yi-yeonggoh3888 Před 3 lety +1

    Hi uncle andrew, where is ur shop ya ?

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 3 lety +1

      You are most welcome to visit our showroom
      🏡
      Showroom Location :
      Jyh Ming Sdn Bhd
      A-7974, Jalan Beserah,
      25300 Kuantan,
      Pahang Darul Makmur
      Waze:
      waze.com/ul/hw29mz9m5z
      Google Map:
      goo.gl/maps/et2mickKUJiFXjz66
      ⏰ Business Hours
      Monday - Saturday : 9.00am - 6.00pm

    • @mdisailme8811
      @mdisailme8811 Před 2 lety

      kedai uncle jauh la.. ada suggestion untuk kedai di Selangor atau kl

  • @nisaaaini4654
    @nisaaaini4654 Před 2 lety

    uncle ada contact area penang tak nak buat kabinet dapur

    • @UncleAndrew1111
      @UncleAndrew1111  Před 2 lety

      Ada, sila whatsapp saya untuk dapatkan contact. wa.me/60129837577

  • @iqramihazim4030
    @iqramihazim4030 Před 2 lety

    LIKEE ADA CAWANGAN KB KELANTAN X HEHE

  • @bongok07
    @bongok07 Před 3 lety +1

    Hi
    Alamak jauh nye beserah
    Ada cawangan di selangor tak..