Video není dostupné.
Omlouváme se.

Petua Selamat Menghalau Lipas

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 11. 05. 2022
  • Kabinet Dapur Jadi Sarang Lipas? Petua selamat menghalau lipas
    Siapa ada masalah lipas suka berkampung dalam kabinet? Ini akan menyebabkan kabinet kita akan penuh dengan kotoran najis lipas dan habis berbau semua perkakas dapur yang disimpan.
    Kadang-kadang bila bangun nak minum air tengah malam, berdesit-desit lipas lari lintang pukang. Barang dapur yang disimpan dalam kabinet habis kena najis lipas. Penatlah kita nak kemas dan bersihkan semula bila hendak di gunakan. Yang makanan pula, perlu dibuang.
    Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew hendak kongsikan tentang petua mudah dan berkesan untuk menghalau lipas dari kabinet anda. Uncle Andrew juga nak kongsikan 1 jenis papan yang boleh menghalau lipas. Nak tahu? Pastikan anda tonton video sampai habis. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
    Kajian menunjukkan bahawa di dalam perut lipas terdapat cacing halus dan lembut. Jadi jika anda memukul atau menghalau lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan cacing yang terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru.
    Cacing halus ini sukar untuk dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Sangat berbahaya!
    Habis tu, lepas ni macam mana nak halau? Jangan risau, Uncle Andrew ada petua berguna untuk halau lipas dengan berkesan.
    Selalunya cara halau lipas yang kita nampak adalah dengan gunakan semburan racun serangga ataupun perangkap lipas yang ada gam. Ada juga yang gunakan racun lipas bentuk bulat, yang lebih dikenali sebagai ubat lipas atau ubat gegat.
    Kali ni kita tengok petua yang selamat untuk digunakan tanpa racun atau bahan berbahaya.
    Pertama, serai wangi
    Lipas memang tidak suka bau wangi. Anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Bau dari serai tadi akan memastikan lipas tidak datang lagi ke kawasan situ.
    Serai wangi juga boleh kita jumpa dalam bentuk semburan dan ada dijual dikedai.
    Kedua, sabun
    Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
    Ketiga, lemon
    Apa yang anda perlu buat adalah sebelum nak mop lantai rumah, atau lantai bilik air, campurkan air dengan perahan lemon. Kemudian baru gunakan air tersebut untuk mop lantai rumah. Bau citrik yang dikeluarkan oleh lemon itu akan menghalau lipas dan serangga lain.
    Yang terakhir, rempah 4 sekawan
    Caranya, letakkan 4 sekawan (Buah pelaga, Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis) kedalam mesh net bag. Tetapi lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga. Buat dalam 3-4 uncang dan letakkan di dalam kabinet.
    Sebelum letak, pastikan anda bersihkan dulu kabinet. Selepas itu, baru letakkan uncang 4 sekawan tadi.
    Dah habis 4 petua tadi, sekarang Uncle Andrew hendak kongsikan satu papan dipasaran yang boleh menghalau lipas. Ingat! ia cuma menghalau bukan menghapus atau membunuh lipas. Nak tahu tak papan apa?
    Kenalkan Anti Cockroach Board. Permukaan bercetak atau lakuer pada permukaan papan adalah penghalau sentuhan. Apabila lipas bersentuhan atau berada dalam jarak 500mm dengan permukaan, sebatian penghalau akan merangsang saraf lipas, dan menghalangnya daripada berada berhampiran, atau duduk di papan. Bahan penghalau yang digunakan adalah sebatian semula jadi, yang diperoleh daripada tumbuhan.
    Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda menyelesaikan masalah lipas berkampung didalam kabinet. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Komentáře • 109