Kami HARUS BERANI Seperti CIKGU-CIKGU HEBAT Ini !!

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 14. 12. 2023
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #Cikgu

Komentáře • 180

  • @amiryazidali7659
    @amiryazidali7659 Před 7 měsíci +80

    Di Malaysia, tugas utama seorang GURU ialah MENDIDIK. Mendidik bermaksud
    1. Memberi ilmu dan pelajaran mengikut silibus yg di tetapkan
    2. Mengajar murid mengenai hidup bermasyarakat. Antara yg di ajar ialah kesopanan, kesusilaan, kebersihan , disiplin diri, dan lain lain

  • @mahyahsuleiman5926
    @mahyahsuleiman5926 Před 7 měsíci +87

    Assalamualaikum Cikgu bertiga. I'm also a teacher, teaching in Malaysia. My experience, first year in teaching was posting in very rural area. Actually sekolah orang asli. Exactly same as this video. Early in the morning bring the pupils to have a bath at the river. Teach them to brush their teeth, use the soap and shampoo their hair. And yes, we 'clear the kutu' 😅. I miss that moment. Sekarang sekolah di Malaysia sedang bercuti. Happy holiday to all my friends and my dearest students.

  • @wahida32nasution
    @wahida32nasution Před 7 měsíci +50

    Kerana inilah, martabat seorang guru di Malaysia sangat dipandang tinggi, dihargai dan sehingga akhir hayatnya kami tetap akan memanggilnya 'Cikgu'. Walaupun dugaan pendidik semakin berbeza mengikut arus peredaran zaman tapi tak boleh dinafikan jasa guru tu tak terkira, tak terbalas sepanjang hayatnya.
    Seperti baru-baru ini saya terjumpa seorang cikgu yang pernah mengajar saya di sekolah menengah. Saya tegur cikgu dan bertanya khabar. Dia lupa saya tapi bila saya maklumkan yang saya bekas pelajarnya, cikgu ni jadi sebak kerana saya masih ingat namanya setelah 21 tahun tamat sekolah menengah. Saya doakan agar semua cikgu-cikgu zaman tadika sampailah pensyarah pusat pengajian tinggi saya berada dalam keadaan sihat, selamat dan dilindungi Allah SWT sentiasa. Pada yang telah tiada, saya sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) dan semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

  • @FaridahMdYusof-om8hu
    @FaridahMdYusof-om8hu Před 7 měsíci +60

    Sejak saya di sekolah rendah awal tahun 70an, memang sudah ujud program kesihatan dari kerajaan sehingga kini untuk pemeriksaan kesihatan murid2 seperti rawatan gigi, mata, telinga, kulit, rawatan kutu kepala, diberi makan ubat cacing dan rawatan imunisasi. Doktor dan jururawat akan datang ke sekolah dalam 2 bulan sekali untuk lakukan rawatan ini kepada murid2 di sekolah2 seluruh malaysia tak kira di bandar atau di luar bandar. Terutama sekali sekolah2 di kawasan pendalaman dan kawasan orang asli. Jika ada kes yang teruk, murid akan terus dibawa ke klinik atau hospital kerajaan. Ada juga sekolah2 yang dibina terus klinik gigi oleh kerajaan untuk memudahkan rawatan. Syukur menjadi rakyat malaysia. ❤

    • @AirBlower-ir7oh
      @AirBlower-ir7oh Před 7 měsíci

      Selamat pagi ... & assalamualaikum to both od you cikgu Sastra , Cikgu Azis & Cikgu Tika. Mcm ni lah sebenarnya tiap2 sesuatu yg kita ada pengorbanan di dalam nya kita pasti akan merasa sayang & cinta kpd sesuatu itu. Contoh ibu ayah terhadap anak2nya betapa sayangnya mrk kan. Kerana mrk ada pengorbanan & susah payah terhdp anak2nya

    • @yancornetto86
      @yancornetto86 Před 6 měsíci

      Ye...sekolah rendah sy ada bilik rawatan gigi, lengkap mcm klinik gigi

  • @hadisuria856
    @hadisuria856 Před 7 měsíci +19

    Nanti cikgu reaction la cikgu off-road cikgu Tu mengajar di sk pos balar hebatt sekali 😅

  • @rezwanrst54
    @rezwanrst54 Před 7 měsíci +41

    This is the hardest reality Malaysian teachers have been doing, especially in the remote area.I am very proud of these teachers, of their sheet passion and sacrifices.

  • @norbayajamaludin7671
    @norbayajamaludin7671 Před 7 měsíci +8

    Bila sebut kutu, kepala automatik jadi gatal ya. Saya salute usaha guru-guru ini....

  • @haseefadzly
    @haseefadzly Před 7 měsíci +19

    Kerana itu kami sgt menghormati guru🥰

  • @amirjoshuaandree6379
    @amirjoshuaandree6379 Před 7 měsíci +20

    Assalamualaikum my brothers and sister..morning...kepelbagaian cara bkn sekadar mengajar,tapi lebih kepada mendidik Dan membimbing.. demi agama,bangsa Dan negara...

  • @abangjasjohor4629
    @abangjasjohor4629 Před 7 měsíci +17

    Saya menganggap guru itu seperti ibu bapa saya dan bagaimana kita hormat orang tua kita begitu juga kita hormat cikgu kita dulu zaman sekolah kita lihat cikgu dari jauh je kita dah rasa takut tapi bukan takut kita rasa hormat pada cikgu sihat selalu cikgu aamin

  • @fazidahabdrahman5412
    @fazidahabdrahman5412 Před 7 měsíci +32

    Assalammualaikum Cikgu yang hebatan dan cantik manis...mohon diletakkan dibelakang cikgu cikgu...Bendera negaramu..Indonesia..! Kerana kami berasa seronok melihat setiapkali ...dan cikgu cikgu juga saudara seNusantara kami..!!!

    • @lifeisgood686
      @lifeisgood686 Před 7 měsíci +7

      Betul. Walaupun kami Malaysian, tapi kami lebih berbangga kiranya kalian menjunjung negara kalian dgn meletakkan bendera Indonesia di hadapan atau di belakang. Sekurang2nya kami tahu bahawa kami bersahabat dgn org yg berbangga dgn negaranya. 😂😂😂😂

    • @dhodho529
      @dhodho529 Před 7 měsíci +6

      Setuju....letak bendera negara kalian agar kami pun dapat melihat bendera negara Indonesia🇲🇨❤ 🇲🇾

  • @abdaziznordin5595
    @abdaziznordin5595 Před 7 měsíci +23

    Beruntung rakyat Indonesia dapat Guru seperti Cikgu Sastra, Cikgu Tika, Cikgu Aziz yg faham peranan diri bgi memajukan anak bangsa Indonesia, kalau ramai Cikgu seperti ini pasti bangsa Indonesia akan terus maju kehadapan...SYABAS CIKGU

  • @rodzuanraziki3932
    @rodzuanraziki3932 Před 7 měsíci +10

    Mmg setiap sekolah luar bandar ada disediakan bahan utk membunuh kutu untuk murid dan guru digalakkan utk membantu murid.

  • @anitayusof4903
    @anitayusof4903 Před 7 měsíci +9

    Menjadi guru bkn hanya mendidik murid2nya tetapi juga mendidik diri sendiri agar menjadi manusia yg sabar, ikhlas dsbgnya.

  • @fauziahpawan6605
    @fauziahpawan6605 Před 7 měsíci +8

    sebab itu martabat guru yg ikhlas di sisi Allah swt amat tinggi...semoga semua guru di mana saja sentiasa dlm baraqah Illahi...

  • @JMini-jf5yo
    @JMini-jf5yo Před 7 měsíci +31

    Cikgu Sastra dan Cikgu Azis, pagi-pagi dah buat touching. 😢 Reaksi muka yg sayu ketika mengulas, kita pun terikut sama. Guru yg amanah pada tugasnya, perhatian pada pelajarnya tanpa rasa jijik membersih dan merawat kepala muridnya yg berkutu, dia pasti enjoy dgn tugasnya sebagai pendidik. Tugas mereka bukan saja mendidik anak bangsa tapi memastikan anak-anak ini belajar dlm suasana selesa dan kesihatan terjaga.

  • @razalibinhamid7663
    @razalibinhamid7663 Před 7 měsíci +11

    Mungkin itu anak-anak, orang asli pendalaman di Malaysia.

  • @sitinorehabintidahilikpm-g709
    @sitinorehabintidahilikpm-g709 Před 7 měsíci +15

    Anak2 org Asli ini kadang2 tidak tahu menjaga kebersihan diri terutama area pedalaman. Ubat kutu tu mmg dibekalkan oleh klinik kesihatan daerah. Salute utk cikgu2 di kaw pedalaman tersebut.

  • @bhmy67
    @bhmy67 Před 6 měsíci +2

    I am a pensioner. I have taught for 30 years and had been in remote village in Sabah. Never fret about it but I cherished all the sweet memories with them, my children...❤Keep on the good work guys

  • @bullstech3252
    @bullstech3252 Před 7 měsíci +5

    program membasmi kutu ini sudah ujud di sekolah Malaysia sejak tahun 1970an sekarang memang susah nak jumpa program seperti ini di bandar cuma di kawasan perkampungan orang asli dan sekolah terpencil masih ujud program ini...

  • @BaldiChanel-qy7ot
    @BaldiChanel-qy7ot Před 7 měsíci +7

    Slm mr.. nt satu hari datang ke kuala lumpur jangan lupa melawat masjid wilayah persekutuan kuala lumpur dan dancing fountain klcc..

  • @nazghah3687
    @nazghah3687 Před 7 měsíci +12

    Insyallah dimana ada guru yg ikhlas syg kan muridnya... Pasti ada...kisah luar biasa...❤ ...terima kasih cikgu..kalimat yg lama tersimpan dibperpustakaan hati...kata2 akhir setelah hari akhir melangkah dari alam sekolah. Jasa mu ke jannah❤

  • @ikramkerambingunjing1422
    @ikramkerambingunjing1422 Před 7 měsíci +11

    Asalamualaikum.Salam dari Samarahan sarawak.salam buat cikgu2.yg sentiasa positif anda always happy.khas buat miss tika.makin menawan❤.

  • @mohdnormohdaminnullah4064
    @mohdnormohdaminnullah4064 Před 7 měsíci +5

    Teringat kenangan sendiri😂. 2009-2013.
    Kalau di kawasan ulu Sarawak. Kutu, penyakit HFMD, kudis buta, conjunctivitis, malaria dan denggi biasa kita dengar. GB, cikgu2, PPM, biasabya akan gotong royong membantu mengubati, merawat dan membersihkan.
    P/S: Kalau di Malaysia kami ada sistem elaun pedalaman diatas gaji dan elaun sedia ada. KHAS utk guru dan kakitangan kesihatan.

  • @ahmadisa781
    @ahmadisa781 Před 7 měsíci +9

    Segalanya di perhatikan guru guru anggap semua anak murid anak mereka begitulah mulia hati hati guru di Malaysia guru amat di pandang tinggi walaupun sudah berpencen gelaran nya tetap kekal hingga tua tanpa guru siapalah kita dan negara Wasallam

  • @anjangsadangitam2184
    @anjangsadangitam2184 Před 7 měsíci +3

    Falsafah Pendidikan Malaysia.
    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)[1] yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani , Emosi , Rohani ,Intelektual dan Sosial. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.

  • @rohanimatsaman5998
    @rohanimatsaman5998 Před 7 měsíci +3

    I was a student kast century even in the 60_70 always have spotcheck on kutu n kuku .during my time treat them at home . Today most teachers are are serba boleh. That is why parents will give gifts
    via their children as apreciation to teachers on Teachers Day in May

  • @user-yb2hp9ij6o
    @user-yb2hp9ij6o Před 7 měsíci +6

    Dari dulu lagi kami Di beri ubat kutuk ini. Saya lahir 1972 , 1979 memasuki alam persekolahan pertama kali ya, saya diberi ubat kutuk, cuma ngak ada hset ketika itu, tak bole rakaman lah, Salam jdt Salam cikgu semua

    • @TpJantan
      @TpJantan Před 7 měsíci +4

      Kutu lah bro, kutuk dah lain makna lain erti

  • @halzaini3822
    @halzaini3822 Před 7 měsíci +20

    Guru2 yg mengajar di luar bandar di Msia diberi elaun khas mengikut kawasan dan kemudahan yg disediakan.

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Před 7 měsíci +3

      Setuju 🤩🤩🤩they deserve it ✨

    • @fatimahmatzain9337
      @fatimahmatzain9337 Před 7 měsíci +2

      ​@@AboutSastraMereka mmg dibayar elaun khas spt elaun kawasan dan wilayah. Jika guru2 Semenanjung mengajar di Sabah dan Sarawak dan sebaliknya.

    • @user-wd7zk5mm5y
      @user-wd7zk5mm5y Před 7 měsíci

      ​@@AboutSastra kenapa bahasa melayu di malaysia jadi bahasa rojak?? 😂😂😂😂

    • @zue1975
      @zue1975 Před 7 měsíci

      ​@@user-wd7zk5mm5ysoalan kau tu sama seperti soalan aku ni, kenapa di negara kau ada bahasa gaul? Kenapa rakyat negara kau tak bertutur guna bahasa indonesia sepanjang hari?

  • @admingadgetplanet5040
    @admingadgetplanet5040 Před 7 měsíci +5

    Yg saya tahu Pegawai Perubatan aka melawat ke sekolah² awal tahun utk memeriksa keseluruhan badan murid kesihatan: seperti kuku, kepala (kutu) dll.

  • @kluangman7045
    @kluangman7045 Před 7 měsíci +13

    Assalam cikgu..
    antara tiga guru terbaik di Indonesia..❤️💙

  • @zaitonmatzin8462
    @zaitonmatzin8462 Před 7 měsíci +5

    Assalamualaikum. Mister Sastra, Miss Tika and Teacher Azis...
    Mister cedera di tangannya kenapa? Harus hati hati lain kali ya... Kakak nak kongsi satu kisah... Setiap hari kakak akan beritahu anak anak murid yang masih berumur 10 tahun kebawah bahawa mereka itu ahli syurga... Suatu hari kakak pernah bising memarahi anak yang berumur 9 tahun kerana bermain waktu belajar... Suprise nya ialah dia menjawab... Cikgu selalu kata saya ni ahli syurga... jangan dimarahi... Nanti Allah marah kerana cikgu memarahi ahli syurgaNya.... Masa tu, rasa nak marah.... tapi sabar... akhirnya ketawa aje.... begitu polos anak anak....
    *Ya Allah, berkatilah adik adikku yang bertiga dari channel ini... Kurniakanlah kekayaan dan kejayaan dari dunia hingga ke akhirat. Semoga Indonesia dan Malaysia akan lebih banyak persamaan dari perbezaan.... Love all three of you..... Aamiinnn*

  • @mohdananasrul6885
    @mohdananasrul6885 Před 7 měsíci +12

    Salam Bang Sastra...lepas ni komen juga perjalanan guru-guru ini ke sekolah di pedalaman.Pasti seronok bang.

    • @fatimahmatzain9337
      @fatimahmatzain9337 Před 7 měsíci +1

      Setuju seperti guru2 ke SK Balar di Kelantan dan guru2 di Sabah dan Sarawak yg pergi ke sekolah menaiki bot.

  • @rokiyahdarus2165
    @rokiyahdarus2165 Před 7 měsíci +1

    Dear Cikgu2 Sastera, Tika & Aziz,
    Besarnya tugas seorg Guru. Tq very much kpd mereka. Ttp d sek2 kebangsaan d kpg2 & bandar seluruh M'sia Guru2 x perlu buat spt apa yg anda lihat. Kanak2 telah ke Tadika/Taska (taman kanak2- Kindergarten) sebelum ke Drjh1. Ada yg hadir d Taska sejak. berumur 3 th. Mereka telah d ajar selain mengenal huruf juga tntg kebersihan diri/pergaulan dsbnya.

  • @zahrahmajid9748
    @zahrahmajid9748 Před 7 měsíci +11

    MasyaAllah tabarakallah..
    Alhamdulillah...
    Semoga semua kebaikan yang diberikan kepada anak2 didik kita agar mereka selesa dalam menuntut ilmu...
    Menjadi.. LADANG PAHALA kita guru2 ❤
    Profesyen ini mengurniakan SAHAM 🎉 dunia dan akhirat ...
    Untuk semua guru2..
    Aamiin ..

  • @mohdzaid4633
    @mohdzaid4633 Před 7 měsíci +2

    Terima kasih cikgu atas jasa Mu❤❤❤❤❤🫡🫡🫡🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

  • @dausdaus4421
    @dausdaus4421 Před 7 měsíci +1

    Hai cikgu sastra boleh react OFF-ROAD mereka mengajar dipedalaman (pos balar) kelantan.sungguh kagum melihat mereka gigih tanpa tahu erti penat..

  • @SuperMichellelynn
    @SuperMichellelynn Před 7 měsíci +1

    Di zaman sekarang, sekolah di Malaysia terutamanya di bandar juga dah mulai bekerjasama dgn pihak klinik/hospital bagi membantu murid2 sekolah yang ada masalah pembelajaran.
    Contohnua untuk anak2 istimewa yg menghidap masalah seperti autisme. Murid2 yg tidak menghadapi masalah autisme yg teruk atau masih dapat mengurusi diri sendiri akan dibenarkan untuk bersekolah di sekolah biasa. Tetapi kalau murid tu memang harus dibantu, mereka akan ditempatkan di sekolah khas dengan saranan doktor. Untuk dapat bersekolah di sekolah khas kena dapatkan dulu lah surat dari doktor.
    Di sekolah khas, cikgu2 nya lebih terlatih untuk membantu murid2 yg berkeperluan khas. Mereka akan di bantu dan dilatih sampai sekurang2nya mereka boleh mengurus diri sendiri. Dan ada jugak yg kalau dah ok akan pindah balik ke sekolah biasa dgn harapan dan doa semoga mereka boleh menjadi seperti anak2 normal yg lain walaupun mereka ada kelainan upaya (oku).

  • @zabaidahsaad2384
    @zabaidahsaad2384 Před 7 měsíci +10

    Ini anak² dipedalaman... selalunya anak² ASLI... nampaknya tk pandai diri dan juga kebersihan lagi.
    Kutu² itu akan berjangkit dari seorang keseorang kalau tk rawat.
    Teringat dulu kami hari² diperiksaan kuku tk boleh kotor dan panjang dan kebersihan gigi.
    Sekali sekala ada pegawai kesihan memeriksa kesihatan setiap murid.
    Anak² yg tk berapa sihat giginya akan disurat untuk keklinik untuk pemeriksaan lebih lanjut.
    Itulah pengalaman... terima jururawat pegawai kesihatan 🇲🇾.

    • @asmahbintiabdullah507
      @asmahbintiabdullah507 Před 7 měsíci +2

      Setiap minggu klinik gigi bergerak datang kesekolah untuk merawat gigi murid2 yg rosak ..

    • @Ruriko.Y
      @Ruriko.Y Před 7 měsíci

      @@asmahbintiabdullah507 yang datang setiap minggu tu tahun berapa? bagusnya. zaman sekarang cuma beberapa kali setahun nurse gigi datang. waktu saya sekolah rendah tahun 90-an dulu pun mungkin setahun 2 - 4 kali saja.

    • @asmahbintiabdullah507
      @asmahbintiabdullah507 Před 7 měsíci

      @@Ruriko.Y entahlah saya x ingat sangat.. sbb selalu je nama naik rasanya macam selalu sangat datang sampai dah fobia..🤣

  • @paktehlee3348
    @paktehlee3348 Před 7 měsíci +1

    terima kasih kepada para cikgu di malaysia dan indonesia membingbing anak anak dengan ilmu.terima kasih(paktehlee)

  • @Drwahid1974
    @Drwahid1974 Před 7 měsíci +28

    Kutu dikalangan anak orang pendalaman itu menjadi kebiasaan

    • @akuorangbalok780
      @akuorangbalok780 Před 7 měsíci +1

      Kena buanglah kutu

    • @mrsdin3739
      @mrsdin3739 Před 7 měsíci

      Dah tu nanti ada yang pukul rata satu Malaysia muridnya berkutu 😂😂😂

    • @hatiemas5309
      @hatiemas5309 Před 7 měsíci

      Betul prkara biasa...dh buang nnt dtg balik😊

    • @SUDU953
      @SUDU953 Před 6 měsíci

      ​@@hatiemas5309botak aja kepala dan cuci dengan minyak tanah biar sebentar lepas tu shampu ... (awas jgn ada api disitu)

  • @the_last_mohican
    @the_last_mohican Před 7 měsíci +14

    Makanan yg wajib kalian cuba bila sampai sini😅
    1- mee kolok dan laksa sarawak
    2-laksa penang
    3-sup ekor lembu
    4-char kuew tiaw basah
    5-lemang n rendang
    6-nasi goreng kampung/u.s.a dan banyak lagi

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Před 7 měsíci +12

      I screenshot this comments 🙏🏻😍✨ thank you for the super recommendation ✨✨🤩🤩

    • @zoffadamadam1558
      @zoffadamadam1558 Před 7 měsíci +1

      mee/koewtiaw kungfu pasti cikgu bertiga perlu cuba juga

    • @ainunnasierah7415
      @ainunnasierah7415 Před 7 měsíci +4

      ​@@AboutSastralaksa johor,mee bandung,kacang pool,laksam,nasi dagang,nasi kerabu byk lg.Harap anda ber3 dpt mncuba kalo da sampai di Malaysia.

    • @sevenheaven5175
      @sevenheaven5175 Před 7 měsíci

      ​@@AboutSastradi restoranMadam Kwan, Ginger Beef Kuetiawnya 👍👍

    • @muhammadharishaziqbinmohdh9617
      @muhammadharishaziqbinmohdh9617 Před 7 měsíci

      kek lapis dont forget teacher

  • @zainalnasir369
    @zainalnasir369 Před 7 měsíci +2

    Itu sifat guru kami dari tahun 60 an lagi begitu tanpa jijik gelinya……

  • @zeedozeedo2277
    @zeedozeedo2277 Před 7 měsíci +11

    Welcome to Malaysia, we are waiting three super duper teachers from Indonesia....

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Před 7 měsíci +3

      A week to go 🙏🏻😍✨ cannot wait

  • @maxjojo71
    @maxjojo71 Před 7 měsíci +1

    Just to share.. Zaman sekolah Rendah tahun 80an -90an..😁
    Waktu tu saya dlm darjah 4 - 5 kami yg Di ajar...🤫🤫
    👉klau ada org luar cth kawan @ org yg x kenal nak sentuh Di bhgian sulit...( vjj @ boobs) jgn bagi.. Shout as loud as possible N run away.. X kira lelaki atau ppuan..
    👉Jika diberi sweets pun jgn ambik.. Takut nanti diletakkan mcm2.. Makan je terus tertido kemudian dibawak lari.. Stuff like that.. 😵😵
    👉Pembelajaran sebegini penting demi menjaga pelajar2 dari perlakuan seksual.. 👍👍Terutama kpd pelajaran ppuan tapi zaman skrg baik lelaki @ppuan pun dah tak selamat dah.. 😳😳

  • @en.mohammadnizamuddinbinab9688
    @en.mohammadnizamuddinbinab9688 Před 7 měsíci +2

    Cikgu..boleh tengok TT Benzaid..tgk camne struggle nak bg pendidikan pada anak2 org asli😊

  • @askarsepoi
    @askarsepoi Před 7 měsíci +1

    Jika di sekolah kurang tahu, tapi di TK (khususnya pusat asuhan tunas Islam) itu sudah biasa. Guru guru harus pastikan tiada jangkitan. Harus dibersihkan segera jika ada kutu supaya tidak jangkiti yang lain. Ini kerana anak kecil lebih rapat bermain dalam kelas.

  • @mimitiara
    @mimitiara Před 7 měsíci +11

    Jika seorang dalam kelas ada kutu, satu kelas kena dirawat sebab kutu boleh lompat dan merebak dengan cepatnya. Satu kelas wajib dirawat terutamanya di perkampungan orang asli. Di kampung dan di bandar pun sama juga.

  • @vivo9220
    @vivo9220 Před 7 měsíci +1

    Sàlam cikgu sastra n azis n tika Selamat pagi Suma 👍😁🤗

  • @Ariya23-c8o
    @Ariya23-c8o Před 7 měsíci +6

    Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu2 yg hebat..Miss Tika,Sir Sastra dan Sir Azis salam kenal dr Kuching.Saya juga xdpt lupa pengalaman basuhkn seluar ank murid yg buang air besar dlm klas..dan satu lagi mengangkat murid pengsan seorang diri dari tingkat 3 ke aras bawah.Hampir 20 tahun dlm bidang pendidikan,terlalu byk cabaran dan pengalaman yg dilalui sbgai seorang guru.Amanah tetap dijalani wlupun banyak liku yg dilalui..pengalaman itulah yg menjadi pengajaran terbaik dlm hidup kita sebagai seorang guru.

    • @rauna57
      @rauna57 Před 7 měsíci

      arwah isteri juga mengalami pengalam serupa. 😪

  • @timuncino
    @timuncino Před 7 měsíci

    Ketika di zaman awal kemerdekaan hingga di zaman 80 an mmg salah satu drp tugas guru memastikan pljr bljar kebersihan diri. Bkn saja membersihkan rambut drp kuti ttp juga cara2 memberus gigi dgn betul. Pendidikan bkn shj ilmu matematik, sains dan sebagainya ttp juga ilmu penjagaan diri agar pljr dpt mengimbangi pengurusan diri, akhlak juga ilmu dunia dan akhirat. Malah hingga skrg akan ada lawatan dan rawetan berkala pihak kementerian kesihatan ke sekolah2 termasuk kesihatan gigi. Doktor dan nurse akn berada di srkolah2 hingga 2 bulan utk memastikan semua pljr mendapat rawatan gigi.
    Jelas, kersjaan Malsysia sgt mementingkan kesihatan dan pendidikan generasi muda ini krn mereka tonggak negara

  • @muhamadkhairulazuatbinhami5994
    @muhamadkhairulazuatbinhami5994 Před 7 měsíci +2

    Terbaikkkkk 👍👍👍

  • @nouraaz27
    @nouraaz27 Před 7 měsíci

    Ramai sahabat2 guru saya yg sedang berkhidmat di pedalaman. Semoga mereka sihat sejahtera demi mendidik anak bangsa

  • @yeopkolodeichannel4374
    @yeopkolodeichannel4374 Před 7 měsíci +13

    I think this involves students in the deep school where the students are from the children of the indigenous community. They live in remote areas far from modernity. Congratulations to the teachers who are very concerned and care about students' health problems.

    • @afsahamin5864
      @afsahamin5864 Před 7 měsíci +2

      Sesiapa yg sempat berada dizaman 80/90an pasti sempat mengenal binatang ini😮kutu😮 terutama yg tinggal dikampung2.mengapa ya 😢mungkin masa itu masih menggunakn /memakai air hujn sehariannya. Saya sering tertanya2 puncanya air hujn yg ditadah dan tiada kebersihan tempat tadahankh. 😮dan terkejutnya bila dizaman serba canggihni masih lagi wujud😂😂😂😂.apakh punca yg sama. So saran nya dimanapun apapun situasi sentiasalh menjaga kebersihan

    • @yeopkolodeichannel4374
      @yeopkolodeichannel4374 Před 7 měsíci

      @@afsahamin5864 In the 60's - 70's it can be said that the children of the village including myself were also affected by the problem of head lice. It is possible at that time the community was less concerned about prevention and most were infected from lice that were ready to breed on the heads of older family members. In the past most houses lacked room and slept together in one mosquito net.
      Financial constraints, transportation problems and lack of awareness to make early treatment are the reasons why this tick infection is slow to be overcome. Usually, this problem is detected and given treatment after being detected during the presence of the District Health Clinic which conducts a health examination / treatment at the school. It is not only a head lice problem but also a worm treatment.

  • @tjapit
    @tjapit Před 7 měsíci

    Tugas Guru di Malaysia ialah untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti berikut:
    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • @parizasu8572
    @parizasu8572 Před 7 měsíci +1

    Pernah tengok jugak guru2 Indonesia buat perkara YG sama 🤭

  • @RinaRin93
    @RinaRin93 Před 7 měsíci

    Teringat masa sekolah dulu. Saya dri umur 7 tahun sampai 17 tahun tinggal di asrma. Jadi akan ada masa2 tu dktr dan nurse dtg ke asrma kami utk bgi ceramah tentang kesihatan, kebersihan dan juga diberikan bekalan ubat kutu, atau ubt lain2nya. Kalau tinggal asrma tu mesti ada MUSIM dimana akan ada kudis buta, cacar atau sakit kudis yg lain2, dan juga kutu.

  • @ahmadisa781
    @ahmadisa781 Před 7 měsíci +2

    Cikgu cikgu tu tengah bubuh racun kutu pada murid murid nya murid peribumi di pendalaman itu lah guru guru di Malaysia s

  • @sakasaham9348
    @sakasaham9348 Před 7 měsíci +1

    Salam cikgu2

  • @mohamadsyukry257
    @mohamadsyukry257 Před 7 měsíci +1

    Selamat pagi kepada 3 trio cikgu kita...Semoga sukses dan murah rezeki selalu...

  • @Samsengz90
    @Samsengz90 Před 7 měsíci +1

    Suku orang yg tak mandi seumur hidup pun prernah ada n klu kau pergi kpg asli ulu sungai sana .dikpg ada kedai runcit mini..tapu sabun shampo ubat gigi tak ada jual pun

  • @sshamsudin
    @sshamsudin Před 7 měsíci +1

    Salam buat kalian bertiga ..itu belum mencabar lagi..cuba kalian lihat di bidang kerja medical lebih mencabar..kalau kutu sdh ada rasa geli bagaimana dgn nurse yg basuh berak pesakit di hospital..Jadi hargai lh mereka semua tidak kira apa bidang kerjajayanya..Aminnn.

  • @sukinidahalan5040
    @sukinidahalan5040 Před 7 měsíci

    Pendidikan berkesan adalah melalui pengalaman.Bila murid- murid belajar melalui pengalaman,maka mereka akan ingat dan akan mendidik keluarga mereka di masa hadapan.

  • @sukinidahalan5040
    @sukinidahalan5040 Před 7 měsíci +1

    50 tahun yang lalu guru saya juga pernah buat perkara yang sama di dalam kelas saya.

  • @zairulbahari3837
    @zairulbahari3837 Před 7 měsíci

    Itu pendalaman semenanjung malaysia ...pendidik juga antara pejuang untuk anak bangsa.di borneo anak pendalaman yg berjaya adalah idris jala bekas ceo malaysia airline

  • @hishamuddinyahya971
    @hishamuddinyahya971 Před 7 měsíci +1

    yang saya pasti anak murid ni sekolah di pendalaman (orang asli), artenatif yg yang di ambil oleh guru ni harus di puji,

  • @zb9074
    @zb9074 Před 7 měsíci +3

    Assalamualaikum and good morning teachers

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Před 7 měsíci +1

      Wa’alaikumsalam Kak.. selamat pagi juga 🤩🤩😍

  • @faridahbandi2790
    @faridahbandi2790 Před 7 měsíci

    Lucunya...cikgu sastra terus Garuk kepala😁😁😁

  • @hajibakery8643
    @hajibakery8643 Před 7 měsíci

    Aku bersekolah darjah satu pd.tahun 1963 aku Maseh ingat miss Sofiah dan miss Fauziah tolong potong kuku dan bawa kami ke sungai ajar kami cara2 gosok gigi, tq cik gu .

  • @suaibahmusa4306
    @suaibahmusa4306 Před 7 měsíci +1

    Ini murid orang asli ada cikgu ben zaid..dulu about sastra pernah react dia

  • @hawasamin
    @hawasamin Před 7 měsíci +1

    Alhamdulillah JB🇲🇾 hadir.

  • @Tapavandame
    @Tapavandame Před 7 měsíci +1

    Mantap cikgu ❤

  • @baxxabe
    @baxxabe Před 7 měsíci +1

    Happy weekend Mr Sastra and friends. Happy holiday to all Malaysian teachers. ❤❤❤

  • @Jack-bd4ep
    @Jack-bd4ep Před 7 měsíci +2

    Animals on their head😂😂😂Good morning u all❤❤❤..dari Sabah.

  • @dhodho529
    @dhodho529 Před 7 měsíci

    Pada guru, mengajar bukan setakat memberi ilmu namun lebih penting "kemenjadian" pelajar untuk kesinambungan generasi yang akan datang.
    Hari demi hari cabaran dunia pendidikan berubah sesuai dengan peredaran zaman namun memupuk nilai empati dan kasih sayang kemanusiaan harus ditanamkan setiap masa bukan sahaja dalam kehidupan sehari² tetapi juga dalam sistem pendidikan agar kita tidak melahirkan manusia "robot".
    Kami guru Malaysia
    Berikrar dan berjanji
    Memimpin dan mendidik
    Putera-puteri negara kita
    Amanah yang diberi
    Kami tak persiakan
    Apa yang kami janji
    Tunai tetap kami tunaikan
    (Nangis kalau menghayati bait² lirik Lagu Guru Malaysia🥹)

  • @zazlina7337
    @zazlina7337 Před 7 měsíci

    Syukur Alhamdulillah pengalaman selama sy mengajar selama 30 tahun ini, sy pon pernah mengajar anak murid sy cara mencuci sendiri selepas dia buang air besar dan sy tidak akan menyentuh dan mencucikannya..
    Syukur juga dengan cara itu mereka akan pandai cara membersihkan diri selepas mereka keluar dari tandas dan tidak mengharapkan bantuan dari orang lain dan secara tidak langsung mereka akan belajar berdikari.. Alhamdulillah 😊🤲

  • @natasyakim8259
    @natasyakim8259 Před 7 měsíci

    Program kesihatan ni memang ada di seluruh sekolah...guru2 akan semak sama ada pelajar ada kutu atau tak... Guru2 juga perlu memeriksa berat badan ideal murid2...jika murid2 yg berat badan berlebihan atau berkurangan...perlu dirujuk diklinik kesihatan berhampiran .. murid akan di arah utk menjalani program diet atau dibekalkan susu sebagai makanan tambahan. Selain itu ada jgak program kesihatan gigi... klinik gigi ada datang sekolah utk memeriksa gigi semua pelajar dan mengajar cara memberus gigi dengan betul dan cara menjaga kebersihan mulut...

  • @Youtubejust4time
    @Youtubejust4time Před 6 měsíci

    guru-guru saya waktu sekolah dulu semua baik2.sampaikan ayah saya beri kuasa penuh pada guru untuk jaga saya semasa disekolah, ayah saya siap suruh guru rotan saya atau denda saya kalau saya tak dengar cakap atau nakal semasa disekolah. sebab ayah saya tahu guru2 kami ni semua baik,amanah dan sangat sabar mengajar kami ilmu.budi dan jasa guru akan saya ingat sampai mati.

  • @user-hv2bl3sm9j
    @user-hv2bl3sm9j Před 7 měsíci +1

    Mandikan murid pun pernah...malas ke sekolah sb tak nak mandi pagi..jadi kami minta ibunya, bawa saja dgn pakaian mlm dtg dan kami mandikan... akhirnya murid ni dtg sekolah siap mandi😊

  • @padilgeng9629
    @padilgeng9629 Před 7 měsíci +4

    Assalamualaikum,salam dari Malaysia,aku suke channel ni,terus berkarya saudara Indonesia ku.

  • @nazrieahmat7237
    @nazrieahmat7237 Před 7 měsíci

    Cikgu adalah antara insan yg dikenang sepanjang hayat..

  • @xaxaxawakaka-xw5ig
    @xaxaxawakaka-xw5ig Před 7 měsíci +1

    Taw knp.. ank d rumah manja.. nk dpanggil mandi pun entah bila
    😂😂😂😂

  • @jainudinjais6755
    @jainudinjais6755 Před 7 měsíci +1

    INI MURID ORANG ASLI. ADA KUTU DI KEPALA MEREKA. CIKGU/GURU MEMBERSIHKAN RAMBUT DENGAN MENCUCI DAN MEMBERI SHAMPOO/ UBAT UTK MEMBERSIHKAN RAMBUT MEREKA (MURID-MURID) "Menjadi guru HARUS PUNYA/MEMILIKI JIWA YANG SANGAT TULUS, SABAR, IKHLAS, REDHA" Segala-galanya kerana NYA

  • @paotzejen7295
    @paotzejen7295 Před 7 měsíci

    Waktu aku sekolah rendah dari darjah 1 sampai 6 (back in 1967 to 1972) ada nurse dari klinik sekolah membuat jadual pemeriksaan gigi murid2. Sebelum klinik dibina, pihak hospital menghantar beberapa staf utk mencabut gigi, menampal gigi, dll. Percaya atau tidak gigi geraham bawah aku masih kukuh tampalannya walau aku kini sudah pencen. Ketika suntikan vaksin ramai murid2 takut jarum tapi semua org kena suntik. Yg aku suka nurse sekolah aku apabila dia berkebaya datang kerja di klinik sekolah. Manis nya hahaha..

  • @abangtaiping-dz1pc
    @abangtaiping-dz1pc Před 7 měsíci

    Assalamualaikum. Selamat.makan.petang
    About.sastra
    bila.nak.bercuti di malaysia
    Salam.Taiping.perak.🤍💛🖤
    👍👍Salam.Sahabat.🇲🇾🤝🇲🇨

  • @abdulrashid7115
    @abdulrashid7115 Před 7 měsíci +1

    Salam dari Malaysia. Ingin tanya berkaitan pakaian guru di Indonesia. Di Malaysia guru bebas berpakaian mengikut peraturan sekolah. Di Indonesia guru seperti Uniform yang ditetapkan

  • @user-kl3mc9oi8t
    @user-kl3mc9oi8t Před 7 měsíci

    😂😂😂❤salam,ikhlas dlm mendidik,ajak baru ajar,gitu

  • @ashida72
    @ashida72 Před 7 měsíci

    Teringat masa saya berada disekolah rendah.Kaki tangan @ petigas kesihatan datang kesekolah.Bila ada murid ada kutu,mirid itu diberi syampo kutu.Kami kuga dibagi ubat cacing.

  • @MatDet-sg4qx
    @MatDet-sg4qx Před 7 měsíci +5

    Terbaik bos ku ...... .

  • @alamshah9432
    @alamshah9432 Před 7 měsíci

    Cikgu, react tentang kak alana dari british tak salah sy. masuk islam cikgu. Bangga dapat saudara baru. Alhamdulillah Allah

  • @kamarulzainizainal1980
    @kamarulzainizainal1980 Před 7 měsíci

    ini di kawasan pedalaman orang asli seperti suku kaum dayak di indonesia , ini di malaysia... agak jauh di dalam hutan

  • @jeep-ub7ct
    @jeep-ub7ct Před 7 měsíci

    Selamat pagi chegu....bertiga 😘😘😘😘😍😍😍😍🇲🇾🇲🇾🇲🇾🤗🤗🤗

  • @zamsaid2839
    @zamsaid2839 Před 7 měsíci

    Kekuatan sesuatu bangsa itu bermula dari insan-insan seperti kalian (guru).

  • @MohdSyafiqSyafiq-oy2tv
    @MohdSyafiqSyafiq-oy2tv Před 7 měsíci +3

    ❤❤❤😊😊😊👍👍👍

  • @sitinor9130
    @sitinor9130 Před 7 měsíci

    Salam Furgan, Tika. Aziz. Teaching is a most honourable vocation, it requires passion & commitment, on top of that, the
    role of teachers is
    to mould future leaders; and spurs the country’s development.

  • @hafiziahmad4333
    @hafiziahmad4333 Před 7 měsíci

    Process pembelajaran terutama di darjah 1-2, adalah kebersihan seperti menggosok gigi, kekemasan pakaian, penggunaan toilet & etc biasanya di tunjuk ajar di semua sekolah kebangsaan, mungkin di bandar besar tidak ditekankan sebab mereka mungkin telah didedahkan pada peringkat yang lebih awal

  • @TheZeckMarjan
    @TheZeckMarjan Před 7 měsíci

    Doktor gigi kerajaan juga selalu datang ke sekolah rendah untuk check dan beri rawatan gigi. Saat yg paljng takut masa sekolah rendah dulu. 😂

  • @Felix-wy5hk
    @Felix-wy5hk Před 7 měsíci

    Cikgu sekolah dasar di malaysia juga ajar pelajar sekali seminggu kelas bagaimana berus gigi

  • @loveuayang
    @loveuayang Před 7 měsíci

    Di Malaysia...ad elaun khas guru yg mengajar di pendalaman antara 500-1500ringgit....

  • @zubirmat5872
    @zubirmat5872 Před 7 měsíci

    Kerjaya guru di malaysia adalah yg paling disanjung bg majoriti org...