Ini Cara Mak Mertua Masak Rendang Tok Versi Original Orang Perak

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 08. 2020
  • Resepi bertulis dan penuh di blog saya
    www.enyabdullah.com/2020/06/r...
    RESEPI RENDANG TOK NEGERI PERAK
    Bahan-bahan untuk 1.5kg daging
    1.5 kg daging dihiris ketulan besar
    1 mangkuk bawang merah dihiris nipis
    3/4 mangkuk bawang putih dihiris nipis
    3/4 mangkuk halia dihiris nipis
    1 senduk nasi serbuk cili dari cili kering yang dijemur dan dan disangai atau panggang dalam oven sampai garing (jangan hangus) - buat sendiri ya kalau guna yang siap kisar baunya tak sedap. boleh lebihkan jika nak pedas
    1 senduk nasi ketumbar (jenis halus) disangai dan di kisar kering
    1.5 kg santan atau cukupkan 2 kg jika nak lebih berminyak kuahnya
    Daun kunyit dicarik kasar (jangan potong halus)
    1 senduk nasi kerisik
    1 ketul gula kabung ( ikut nak manis macam mana)
    1 sudu kecil belacan
    Garam Gula secukup rasa
    Bahan kisar dengan air dan ditapis dan perah. Ambil hampas sahaja.
    3/4 mangkuk serai dipotong
    3/4 mangkuk lengkuas
    Cara masak :
    Dalam kuali asing, panaskan daging sekejap untuk keluarkan air daging. Dah nampak keluar air, asingkan air. Air daging tu boleh simpan buat stok masakan ya.
    Dalam kuali lain, masukkan santan panaskan. Kalau santan jenis cair beriair boleh masak sekejap bagi santan tu pekat
    Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bahan kisar
    Masukkan serbuk cili dan ketumbar
    Masukkan daging yang dibuang airnya tadi
    Biar mendidih dan mereneh hingga daging empuk. Santan tu kalau kering dan daging belum empuk boleh tambah santan. Tambah santan saja jangan tambah air!
    Agak dah daging empuk boleh masukkan belacan, gula kabung, daun kunyit dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu.
    Sambung masak sambil kacau sehingga rendang betul kering dan berserbuk
    Mangkuk saiz jenis yang selalu kita letak lauk tu.

Komentáře • 145

  • @yayamansor833
    @yayamansor833 Před 3 lety +13

    Saya nak ucapkan terima kasih utk resepi ni, saya dh masak 2 kali dah mmg jadi! Raya 2021 saya buat. Ni nak raya haji pn nak masak jgk. Thankyoyuuu

  • @unh1992

    2x dah masak rendang tok ikut resepi sis ni.. 1st time masak buat rendang tok guna ayam, bahan2 saya alter sikit sbb ada yg xcukup tapi rendang sedap sangat sampai habis family makan.. 2nd time masak guna daging n bahan pun still ada jgk yg xcukup tp tetap sedap yg amat, kalau follow betul2 resepi ni confirm sedap nak pengsan😁.. Tq sis share resepi, moga murah rezeki sis sekeluarga n sentiasa diberikan kesihatan yg baik.. Selamat hari raya sis, maaf zahir batin❤

  • @muhammadzahid3628
    @muhammadzahid3628 Před 3 lety +2

    Betul2 mcm resipi mak sedara saya. Mak sedara saya org Bt. Gajah...dh meninggal. Innalillahi wainnailai hirojiun.

  • @shadila19
    @shadila19 Před 2 lety +5

    salam sis eny, alhamdulillah hari ni sy try resipi sis. sy buat limpa 1kg + daging 1 setengah kg. menjadi & sedap sgt² 👍🏼finally jumpa jgk resepi rendang tok perak yg btul² ori. walaupun leceh sikit nk buat cili kering blend tu, tp sy semangat jgk nk cuba di bln Ramadhan ni hehe.. sy doakan Allah limpah gandakan rezki sis eny & family sampai bila² aminnn 🤲🏼😊

  • @lemon-eu6kw

    Nak tanya. 'Rebus' daging tanpa air tu, apa sebabnye ye. Ke sebab nak cepat empuk. Berapa lama nak rebus , kalau 2.5kg daging tu. Terima kasih😁

  • @hasninawati
    @hasninawati Před rokem +1

    Sy dh cba buat..alhamdulillah..mmng btul2 padu..sdp sgt2.. tma kasih krn sudi kongsi rspi..

  • @SamSung-gg9qk
    @SamSung-gg9qk Před rokem +1

    Tq bagi resepi rendang tok yg ikhlas.....moga2 murah rezeki dunia akhirat...alhamdulillah.....nak belajar,org x sior nak ajr kate org perak...inikn plak nk bagi resepi....dan ajar cara masak,...kita nk belajar pn bukan apa,nak eratkn silaturrahim dan beramah mesra dng saudara mara,...tapi,dah sombong takbur mcm tu....apa2pn terima kasih eny abdullah and so friendly family....alhamdulillah ya ALLAH,semoga kita sesama saudara islam silaturrahim dan kasih sayang berpanjangan.......

  • @juzanajaafar2152
    @juzanajaafar2152 Před rokem +1

    Hai eny.. mak mertua pndai buat putu perak tak? Klau ada share la resepi. Susah benor nak dpt putu perak dh skrg ni di KL.. kalau nk mkn kena blk kuale kangsor je baru merasa😁

  • @AnwarriAbdullah
    @AnwarriAbdullah Před 2 lety

    Ada nampak resepi daging tu di perap semalaman dengan rempah kisar...yg ni rebus daging terus masak..mana satu lagi sedap?

  • @jeaniewilliam7669
    @jeaniewilliam7669 Před 3 lety +1

    Saya rindu bkas mak mertua asl N9. Tapi do fkir... Sya rindu rendang tok dr adik agkt Sya lak.. Tp rendang tok ni mmg sdap giler sampai me Kuching Sarawak. Ni sya nk Cuba. I sbb nk pi ruma kwn tu mmg pyh... Tq byk2... Sya nk buat skg... Cuba try taste😜 bhk typo lak

  • @Sisuri
    @Sisuri Před rokem +1

    I bought rendang tok from Ramadan Bazaar. It was my first time trying this type of rendang. It was delicious. No wonder it was so expensive, there’s so many ingredients and takes so long to make.

  • @sidneykl2127
    @sidneykl2127 Před 3 lety +10

    Dik, sy dah banyak kali cuba tak pernah jadi, tapi sy ikut video Eny, terus jadi. Terima kasih dan please buat banyak video ok. Jemput datang ke rumah sy.

  • @dewimulyati
    @dewimulyati Před 3 lety +7

    Seneng liat cara masaknya. Bolak balik sy nonton video ni...

  • @haeydas5305
    @haeydas5305 Před 2 lety +1

    Tq resipinya. Sedap

  • @mimieummitalib612
    @mimieummitalib612 Před 3 lety +4

    Terima ksh byk2 dik.. Nila resepi rendang tok yg ori.. Insha Allah nak msk raya hj ni

  • @samsusahabubakar9472
    @samsusahabubakar9472 Před 3 lety +1

    Sdp nmpk rendang ni lebih lg mkn dgn lemang, telan air liur tgk video ni. Insha Allah raya ni nak cubalah

  • @nbnyaibunian4958
    @nbnyaibunian4958 Před 3 lety +4

    LOOK DELICIOUS 😋THANKS FOR SHARING UR RENDANG TOK PERAK BABE👍👍💕👀

  • @norainiahmad6370
    @norainiahmad6370 Před 2 lety +1

    Terima kasih Eny Abdullah

  • @akiamat8150

    Sedapnya nti buli cuba ini rendang. 😊

  • @nurulazwaabubakar1183
    @nurulazwaabubakar1183 Před rokem +1

    Terbaikk Sis