Malaysian Food Life : Goreng pisang nipah dan buat kuih favourite nagasari yang lemak manis!

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 5. 09. 2024
  • Pisang nipah yang kak ita peram dah masak ranum. Pisang nipah ni sedap kalau di goreng, di rebus makan dengan kepala dan gula melaka atau di buat kuih nagasari. Kuih kesukaan arwah mak akak. Dulu mak rajin buat kuih nagasari ni. Selalunya mak buat jual dan hantar ke warung mak long di tepi jalan besar.
    Sekarang ni agak sukar nak dapat pisang nipah. Kalau kak ita balik ke Kelantan kak ita tak jumpa orang jual pisang nipah. Kadang tertanya juga, memang tak ada ke pisang nipah di Kelantan ni..
    Ada sesetengah tempat mungkin namanya sedikit berbeza. Ada yang panggil pisang Nipah , pisang Abu dan pisang awak. Tapi sebenarnya ada perbezaan antara ketiga-tiga pisang ini walau ada yang kata ianya adalah pisang yang sama.
    Pisang nipah berkulit tebal, bersaiz sederhana, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Pisang Nipah ni kalau terlalu masak dia akan lembik dan sedikit berlengas seperti bergula jika di goreng.
    Pisang Abu rupanya sama macam pisang nipah tapi saiznya lebih besar sedikit. Biasanya di hujungya sedikit tertonjol atau berputing. Pisang Abu juga biasanya mempunyai biji-biji hitam.
    Pisang awak pula walaupun memiliki rupa yang sama seperti dua saudaranya di atas tapi saiznya agak kecil sedikit. Ia juga mempunyai biji -biji hitam sama seperti pisang Abu tapi tidak terlalu banyak.
    Ketiga-tiga pisang ini sesuai di buat kuih nagasari, di rebus makan dengan kelapa parut dan gula melaka, di goreng makan bersama sambal kicap, jika muda boleh di sagat dan di buat kerepek pisang atau di masak lemak gulai pisang... emmm... sedapnya...!
    PISANG GORENG TEPUNG GANDUM
    Pisang Nipah secukupnya
    1 cawan tepung gandum
    1/2 cawan kelapa parut
    1/2 sudu teh garam
    1 sudu teh serbuk kunyit
    Air secukupnya
    Satukan semua bahan dalam mangkuk. Celupkan pisang dan goreng dalam minyak panas
    Angkat setelah masak dan hidangkan dengan sambal kicap
    SAMBAL KICAP
    10~15 tangkai cili padi ( bergantung kepedasan masing-masing )
    1 buku gula melaka
    3 ulas bawang putih
    secubit garam
    kicap manis secukupnya
    3 biji jus limau kasturi
    tumbuk atau kisar gula, bawang putih dan cili padi
    tambahkan kicap, garam dan jus limau
    NAGASARI PISANG
    Pisang nipah ~ di potong tiga
    daun pisang secukupnya
    daun pandan di simpul
    1 cawan tepung beras
    2 sudu besar tepung jagung
    1 sudu besar tepung Hon Kwee
    1 sudu teh garam
    5 cawan santan dari 2 biji kelapa yang putih sahaja
    3/4 cawan gula
    Satukan semua bahan dan kacau rata
    Kemudian tapis
    Tuang dalam periuk , masukkan daun pandan dan masak sampai likat dan meletup-letup
    ** kemudian bunkus dalam daun pisang, letak pisang nipah di tengah dan bungkus kemas
    kukus selama 15~ 20 minit
    Terima kasih banyak-banyak tau sudi tonton video ni sampai habis. Jika anda suka video ini jangan lupa LIKE SHARE dan SUBSCRIBE sebagai tanda sokongan.
    Sokongan dan dorongan dari kalian buatkan kak ita semakin bersemangat untuk berkongsi resepi yang terbaik!

Komentáře • 76

  • @ahmadmuhaiminyong2663
    @ahmadmuhaiminyong2663 Před rokem +3

    Assalamualaikum, sis... Di kelatan, saya pernah cuba bawa masuk anak pokok pisang nipah untuk ditanam di sini, tetapi apabila dihantar ke pasar untuk dijual, sampai buruk pisang tu Xde sape yg beli.
    Persepsi masyarakat terlalu kuat mengatakan pisang kebatu isi putih
    - Tak sedap
    - tawar
    - keras
    - hanya untuk burung (korok mu! pise ambo ni setandan 30-40kg, 10-20 sikat, satu sikat 20 biji, lagu ni la keno hadap klu tra gi jual pasar. )
    Saya ada >10 perdu pokok pisang nipah di belakang stesen petrol Caltex JPJ, Panji. Setiap kali tuai pisang nipah, hanya untuk dimakan sendiri & disedekahkan. ✌️

    • @anisahsamion8556
      @anisahsamion8556 Před rokem

      Kalau tak laku kat pasar, boleh cuba alternatif lain. Pisang ni sedap juga di buat kerepek.

    • @ahmadmuhaiminyong2663
      @ahmadmuhaiminyong2663 Před rokem

      @@anisahsamion8556 Kat sini ada pisang abu (isi kuning) yg lebih manis, lembut.
      Kerepek dah berlambak kt sini sis oi, yg dtg dari Thai tu dah penuh dijaja depan pintu masuk bank, lagipun di sini kerepak pisang abu, nangka & pisang awak paling dominan. Jika bawa masuk kerepak pisang tanduk, sama nasib dgn pisang nipah di sini.
      Gerai goreng pisang pula mudah untuk dptkan pisang awak (Thailand) di RTC, murah sis. RM30-RM50 satu plastik, dlm 12 sikat, sentiasa ada stok.

  • @azizahabdullah1143
    @azizahabdullah1143 Před rokem +3

    Aduh, rindunya nak makan kuih nagasari. Arwah mak selalu juga buat kuih ni, tapi sekarang kat singapura jarang ada home-made kuih nagasari. Saya duduk kat england, nanti bila cuti balik kampong, nak cuba cari kuih ini Terima kasih ya kerana mengingatkan kembali kuih traditional ini.

  • @qanahwawa
    @qanahwawa Před rokem +1

    Video Kak Azlita selalu happening n menarik untuk ditonton

  • @tudungmantul327
    @tudungmantul327 Před rokem +2

    rindunye lah nak makan masakan ni, skrg mmg dh takde pun org buat

  • @abang_ku
    @abang_ku Před rokem +3

    teringat kampung mak, tengok kebun pisang & muzik latar betul-betul rindu kampung halaman

  • @a7gold125
    @a7gold125 Před rokem

    aman damai je tgk video ni...petanda aku sudah tua...hahaha

  • @ayucahyaofficial9095
    @ayucahyaofficial9095 Před rokem

    Like 577 👍assalamualaikum bunda,salam kenal dr Indonesia,kalau di Indonesia kami myebutnya pisang kepok bun,emang sangt enak dimasak apapun apalgi kl mateng di pohon,kue nagasari/kue pisang juga kami sangat akrab,trim ksh resepnya,cara bksnya uniq,tempat utk ngukus dan hantarannya jg bagus sekali. Salam silaturhmi 👍🤝🇮🇩🙏

  • @cheponabideen2186
    @cheponabideen2186 Před rokem +1

    Teringinnya nak ada dapur kayu.Lalu menggunakan periuk tanah untuk memasak.Nostalgia bersama arwah nenek semasa kecil dikampung di Melaka.Kuih nagasari kuih masyarakat jawa yang sedap semasa saya membesar di Singapura.

  • @salmihjsabri6758
    @salmihjsabri6758 Před rokem +2

    SubhanaAllah…. Cntik nya bakul seaá nya..berkenan sangat

  • @kapalapi422
    @kapalapi422 Před rokem +1

    Nostalgia tu kuali tembaga, lagi tu mcm gitulah arwah mak belah pisang utk di goreng, pisang nipah@pisang kapok

  • @lindandanlin8029
    @lindandanlin8029 Před rokem +2

    Ya Allah... cantik & kemas je kak Ita bungkus nagasari tu 😍😍😍

  • @nurfarhana63
    @nurfarhana63 Před rokem +3

    Menariknya suasana video ni. Tengok sampai habis😃

  • @junaidahsallehudin5151

    Terbaik video puan ni..suka sy tgk

  • @seaongchannel9048
    @seaongchannel9048 Před rokem

    wahhh,sedap kuih ni.mok try nanti

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před rokem +3

    Alhamdulillah terus menerus bagi sokongan padu Semoga sukses terus dipermudahkan segala nya terbaik terima kasih

  • @maryamabdullah913
    @maryamabdullah913 Před rokem +5

    Terbaik puan susah nak cari org serajin puan dizaman ini

  • @noreyz9665
    @noreyz9665 Před rokem +3

    Nostalgia betul😊😊😊

    • @hamadimahmood1403
      @hamadimahmood1403 Před rokem +1

      Kànn ... sape yg merasai zaman ni musti teringat2 zaman budak2 dulo2, carik kayu api , belah kayu api , main asap pedih mata... masakan bau àsap kayu api memey rare.

  • @zhxnhidayah7414
    @zhxnhidayah7414 Před rokem +3

    rindu video akak. tertunggu tunggu :/

  • @suekakakoyen8649
    @suekakakoyen8649 Před rokem +2

    Sedapnya goreng pisang dapoq kayu, kena dengan kopi o, hujan pulak kan petang tu, pergh, terbaik videonya puan, semoga puan sihat selalu..aamiin

  • @alicesara1407
    @alicesara1407 Před rokem +3

    Ini salah satu kuih yg arwah mak buat masa kecik2 dulu mmg sedap..pisang goreng mmg ngam mkn ngan sambal kicap😋😋👍👍

    • @hamadimahmood1403
      @hamadimahmood1403 Před rokem +1

      Pisang goreng mkn ngn smbl kicap teringt arwah abah. Kt rumah dlm peti ais memey stand by sambal kicap ni. Arwàh abah mkn gak dgn tauhu goreng, org batu pahat joho

    • @alicesara1407
      @alicesara1407 Před rokem +1

      @@hamadimahmood1403 haha..betul tue @hamadi mahmood mkn tempe tauhu bergedil mmg ngan sambal kicap..saya pun asal Johor Bahru

    • @hamadimahmood1403
      @hamadimahmood1403 Před rokem +1

      @@alicesara1407 karang ni resepi sambal kicap ni turun kt adeq bongsu lakk sebijik mcm sambal kicap arwah abah, lg simpan lama lgi sedap. Tempe goreng tepung Banting memey A jika balik kampong

    • @alicesara1407
      @alicesara1407 Před rokem +1

      @@hamadimahmood1403 aah betul sambal kicap mmg sedap lagi lama simpan lg sedap...

  • @VivyLifestyle
    @VivyLifestyle Před rokem

    Very nostalgic sis. .....

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah Před rokem +2

    Kt rmh sya ni pokoknya tumbuh merebak² dah. Pokok mmg tinggi. Nk ambil buah mmg kne tebang. Kdg² mlas nk lyan tbiar je buah kt pokok. Klu tebang, setandan tu mmg bnyk sisirnya. Berat. Klu dh bnyk sgt, biasanya sya jemur jdikan snek pisang jemur/ salai. Fav sya sjak kecik. Jantung dia sedap. Mcm² menu blh buat ❤️

  • @hamadimahmood1403
    @hamadimahmood1403 Před rokem +3

    Allàh rindu nye suasana ni masa 7080an dapo kayu. Lame bebeno tak pekene kuih nagasari ni dlu zmn bebudak slalu mak buat kn. Nanti nk minta mak buat lah .... kuih rare nii

  • @melatilat1150
    @melatilat1150 Před rokem +2

    Assalamualaikum kak ita.. 🌹semoga sukses sllu ...sihat selalu Aamiin2 yra 🤲 haa...ni fav kuih nagasari... favourite arwah bonda tercinta juga.. Al fatihah buat bondaku 💖🌹

  • @zuhairunabuhassan1182
    @zuhairunabuhassan1182 Před rokem +1

    Terkenang zaman dulu² bila arwah nenek buat goreng pisang... nak kena belah kayu api

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před rokem +1

      Kan.. sedap kalau masak dapur kayu cuma tak tahan habis badan bau assp 🤭

  • @rozitachik5294
    @rozitachik5294 Před rokem +4

    Ralit tgk pn memasak...semoga pn sihat selalu.

  • @fauziyahhassan4370
    @fauziyahhassan4370 Před rokem +4

    Asalamualaikum puan area mna umh nya
    Boleh x pergi tengok seronok je suasana kmpong tu

  • @rehanarahim7796
    @rehanarahim7796 Před rokem +1

    Mks resepi nagasarinya ya kak.
    Semangat .saya selalu menanti resepi2 dan suasana desaby indah..❤️❤️❤️❤️

  • @eida7478
    @eida7478 Před rokem +1

    Memang peberet saya ni pisang nipah goreng...🤤

  • @jaarazak4410
    @jaarazak4410 Před rokem +1

    Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum..Mari sama-sama kita Selawat buat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
    ‎۞اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
    ALLAHUMMA SOLLI'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA'ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD..

  • @muhammadanaqimikhailazian9472

    Sedapnya 😋😋

  • @hamadimahmood1403
    @hamadimahmood1403 Před rokem +2

    Kak next, lepat labu pulak ek

  • @shaeead9654
    @shaeead9654 Před rokem +1

    Rasa mcm nak buat dapur kayu kat belakang rumah.. 😅

  • @ctnadiah4944
    @ctnadiah4944 Před rokem +1

    Boleh tunjuk cara buat kuih puteri 2 sebilik..

  • @ervinaervina7157
    @ervinaervina7157 Před rokem +1

    Salam sehat selalu 🤗

  • @ecahbunga228
    @ecahbunga228 Před rokem

    Hai sahabat👍👍👍

  • @blade73
    @blade73 Před rokem

    🤤

  • @rashidahhelmi8065
    @rashidahhelmi8065 Před rokem +2

    Huhuhu ..kita X pandai tebang pisang gitu

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před rokem

      Hihi pokok pisang nipah ni tinggi tu yg kena tebang 😁 klu tak tak sampai nsk capai buah 😆

  • @ranjauajad
    @ranjauajad Před rokem

    sedap nye kuih nagasari tu, mcm payah betul nak jumpa skang ni, x tau nak beli mana

  • @rashidahhelmi8065
    @rashidahhelmi8065 Před rokem +3

    Area mana jembatan tu puan

  • @FaridahFaridah-lo8me
    @FaridahFaridah-lo8me Před rokem +2

    boleh tahu apa fungsi tepung bancuhan di tambah kelapa parut??

  • @norlidaismailconnieida3553

    slm puan azlita..nk tanya..puan duduk di bndr dato onn .JB lgi kr..dulu video ala2 korea...skrg suasana kg..saya suka..hiihii

  • @linaabdkadir1151
    @linaabdkadir1151 Před rokem +2

    Puan,nak buat kuih Nagasari tu,boleh tak gunakan pisang selain pisang Nipah,contoh pisang susu,Terima kasih,,N9.

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před rokem

      Boleh cari pisang yg sesuai untuk di rebus, klu yg rasa pisang tu masam2 mcm pisang nangka atau tanduk tak berapa sesuai

  • @NorlianaMohdRosli
    @NorlianaMohdRosli Před rokem +1

    Maaf nak tanya sbb tak tahu kalau pokok pisang yg dh berbuah kene terus tebang ya?

    • @ahmadradzi385
      @ahmadradzi385 Před rokem +1

      Yer. Tebang terus dari pangkal pokok. Supaya anak pokok Pisang lain Naik membesar

    • @NorlianaMohdRosli
      @NorlianaMohdRosli Před rokem

      @@ahmadradzi385 ic2. Saya baru belajar tanam pokok pisang. Pisang tanduk br berbuah. Nnt kalau dh elok masak nnt bila nk amik buah pisang tu, saya trus tebang la kan?

    • @seinteizer019
      @seinteizer019 Před rokem +1

      pepatah melayu ckp, takkan pisang berbuah dua kali..jd tebang

    • @hamadimahmood1403
      @hamadimahmood1403 Před rokem

      @@seinteizer019 buah or pokok ape lagi yg tak kan berbuah 2x

  • @kalsummohammed5652
    @kalsummohammed5652 Před rokem +1

    Buat goreng pisang bukan pakai tepung beras ke?

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před rokem +2

      Ya biasa guna tepung beras , tp kali ni kita guna resepi orang lama guna tepung gandum pulak.

    • @kalsummohammed5652
      @kalsummohammed5652 Před rokem +1

      Oooo ingat tersalah tadi
      Sorry puan
      Nti saya nak try
      Terima kasih puan
      Saya klau goreng pisang goreng tak pernah jadi ape rahsia dia eh?

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před rokem +1

      Klu tepung gandum ni dia kena makan masa panas2 tak blh biarkan sampai sejuk. Masa panas2 tu dia rangup. Tpg jgn terlalu cair & jgn terlalu pekat.

    • @kalsummohammed5652
      @kalsummohammed5652 Před rokem +2

      Oooo akan saya cuba insyaallah
      Terima kasih puan