Malaysian Food Life: Collect Durian. Kek Durian Delight top sale cake !! peminat durian kena cuba !!

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 5. 09. 2024
  • Kek Durian Delight adalah antara kek jualan kak ita yang cukup popular dan sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan dan para peminat buah durian.
    Kek ini juga merupakan kek terawal yang membawa kak ita ke dunia bakery dan akhirnya menjadi sumber pendapatan. Jadilah kata orang duit kocek untuk suri rumahtangga macam kak ita ni..
    Resepi kek ini juga pernah kak ita kongsikan dalam koleksi buku resepi kak ita Siri Blogger Masakan terbitan MPH Group Publishing.
    Hari ini kak ita kongsikan resepi kek ini untuk semua para meminat kek atau kepada mereka yang nak menjadikan kek ini sebagai sumber pendapatan.
    Kek yang sangat enak ini dengan topping dari krim kastard sangat sedap dan tak jemu untuk di nikmati.. Taburan badam panggang dan juga pes dari durian asli membangkitkan lagi aroma dan kelazatan kek ini.. pasti kena cuba!
    Video kak ita kali ini ,merupakan video pertama yang kak ita sendiri buat dari A~Z. Kak ita yang rakam video, kak ita yang kutip durian, masak kek hingga siap dan kak ita juga yang edit video kali ni.. waaaa.!!. macam tak percaya boleh buat sendiri. Kalau dulu biasa anak kak ita yang tolong edit sebab kak ita tak pandai nak edit video.. Bila arwah tiada kak ita macam hilang arah.. biasa arwah yang banyak bantu kak ita siapkan video. Kak ita ambil masa lama nak bangkit kembali dan kumpulkan semangat yang hilang.. rasa separuh semangat telah di bawa pergi...
    Bila dah ada keyakinan semula.. kak ita cuba bangkit kembali.. kali ni di bantu Azrul pula.. tapi bila Azrul dah mula bekerja.. dan mula sibuk.. kak ita terpaksa melupakan minat kak ita ni..
    Hari ni kak ita bangkit semula dengan keyakinan ... semuanya adalah dari banyaknya.. pertanyaan daripada subscriber kak ita " bila nak buat video baru?" " lamanya kak ita tak update video baru?" " mana kak ita menghilang ?" kini semuanya dah terjawab kan.. sebab kak ita tak pandai nak edit video hihi..
    Insyaallah lepas ni kak ita dah boleh update video lagi...
    Tapi video kak ita tak lah cangih macam video kawan-kawan yang lain.. Kalau ada kekurangan dari segi audio dan visual kak ita mohon maaf.. Insyaallah kak ita akan cuba baiki dan belajar lagi.. insyaallah..
    DURIAN DELIGHT CAKE
    Pes Durian
    5 ulas durian - buang bijinya
    2 sudu besar gula pasir
    * Satukan semua bahan dalam kuali dan masak hingga jadi pes durian yang lembut. ( jangan masak terlalu lama nanti keras )
    Kek Span Durian
    4 biji telur - A
    180 gm gula kastor
    170 gm tepung gandum
    1 sudu teh serbuk penaik
    70 ml air
    50 ml minyak jagung
    15 gm ovelatte
    1 sudu besar pes durian
    1 sudu teh esen vanilla
    * Panaskan oven 15 minit awal suhu 170 C
    * Ayak tepung dan serbuk penaik
    * Satukan bahan ayak, dan semua bahan yang lain di atas kecuali **minyak jagung. Pukul adunan hingga kembang, putih dan gebu.
    Masukkan minyak jagung dan kaup balik rata
    * Sediakan loyang 8 " Lapik kertas dan oleskan butter
    Tuangkan adunan dalam loyang
    Hentak loyang untuk keluarkan gelembung udara
    * Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak
    * bila masak terbalikkan dan keluarkan terus dari loyang ( rujuk video )
    * Biar sejuk dan potong kepada tiga keping
    Krim Kastard Durian
    35 gm tepung gandum
    2 sudu teh tepung kastard
    50 gm gula halus
    2 biji kuning telur
    115 ml susu segar
    15 gm butter
    1 sudu teh esen vanilla
    secubit garam
    Pes Durian secukupnya
    200 gm Whipping cream ( krim putar bukan tenusu )
    * Satukan semua bahan dalam periuk kecuali ** butter, pes durian dan whipping cream
    ** sekiranya berketul boleh tapis
    * masak atas dapur api perlahan hingga sedikit pekat. Jangan lama nanti telur keras dan berbintil-bintil. ** boleh juga panaskan secara double boil.
    Alihkan dari api dan masukkan butter dan pes durian kacau sebati
    Putar sekejap untuk dapat tekstur yang halus.
    * dalam bekas lain putar whipping cream hingga kental.
    * satukan whipping cream dan kastard durian dan kaup balik rata.
    * masukkan dalam piping bag untuk mudah layer atas kek
    * Badam di panggang sebentar - sejukkan
    * Layerkan kek sila rujuk video cara layer
    * Deco kek ikut kreativiti masing-masing
    * Hiaskan dengan badam panggang
    * simpan kek dalam peti ais untuk set paling kurang empat jam
    sedia untuk di nikmati
    Terima kasih sudi tonton. Jika anda suka video ini jangan lupa LIKE SHARE dan SUBSCRIBE sebagai tanda sokongan dan buatkan kak ita semakin bersemangat untuk berkongsi resepi yang terbaik!
    Muzik latar : OrangeHead
    • [No Copyright Music] M...

Komentáře • 53

  • @oren94
    @oren94 Před 4 měsíci

    bestnya visual mcm ni, jarang2 tengok cooking show malaysia mcm ni. terbaik

  • @JaliahSamani
    @JaliahSamani Před rokem

    Syoknyeee ! Ada dusun durian ..

  • @noridahabuhashim3465
    @noridahabuhashim3465 Před rokem

    Terliur tngk durian fresh

  • @UmmiAtiyahAtifsKitchen

    Cara kak ita edit video sngt² terbaikk😍

  • @sitijamilah3454
    @sitijamilah3454 Před 2 lety +6

    The editing is really good. Miss the kampung ambience. My father once own a house in Melaka, kandang. Sadly was taken to make way for building the highway. The cake texture is porous! Recipe definitely in my safekeeping .

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah Před 2 lety +2

    Sya la tu slah sorg yg trtunggu² video k. Ita. Sedapnya Kek durian. Tq share resipinya ❤️

  • @kamilahmohamed5837
    @kamilahmohamed5837 Před 2 lety +1

    Nyaman...sedap...lazat....

  • @muhammadanaqimikhailazian9472

    Sedapnya kek durian😋suka tgk video kak ita❤️❤️

  • @DapurSuriAti
    @DapurSuriAti Před 2 lety +1

    Wahhh.. sedapnya kek durian ni.
    Nanti musim durian, bolehlah try

  • @TokwanKami2020
    @TokwanKami2020 Před 2 lety +3

    semoga terus sukses 💪🏼

  • @norainiabdullah5305
    @norainiabdullah5305 Před 2 lety +2

    Lamanya k.ita xbuat video..tertunggu2..antara youtuber yg sy minat sesangat..

  • @wanfatimawanomar2619
    @wanfatimawanomar2619 Před 2 lety +1

    Terbaik videonya. 👍👍👍

  • @sharmilasharif61
    @sharmilasharif61 Před 2 lety +1

    Sedapnye...

  • @deen7036
    @deen7036 Před 2 lety +2

    Rindu nk tgk vid kak ita..finally muncul jugak hehe🥰 oo patut lah lma xde vid..takpelah kak lps ni kak ita bole hire org edit vid mcm utuber yg lain msti vid kak ita lg top top🤗

  • @rehanarahim7796
    @rehanarahim7796 Před 2 lety +1

    Alhamdulillah kak dah mulai lagi .senang .......terus semangat ya kak

  • @nurmimie0807
    @nurmimie0807 Před rokem

    MasyaAllah.. durian jenis yg bukan biasa2 ni. Terliur tengokkk

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před 2 lety +2

    Alhamdulliah terus menerus bagi sokongan padu Semoga sukses terus dipermudahkan segala nya terbaik Terima kasih

  • @ervinaervina7157
    @ervinaervina7157 Před 2 lety +1

    Akhir nya setelah sekian lama menunggu... Slm sjhtra sllu mba.. video yg sangat menarik 🤗

  • @thisishannah611
    @thisishannah611 Před 2 lety +1

    Wahh sedap nmpk nya Kak kek durian yummy 😋

  • @fitryamin4317
    @fitryamin4317 Před 2 lety +1

    sedapnyee

  • @zahirazakaria7158
    @zahirazakaria7158 Před 2 lety +1

    MasyaAllah..Terbaik puan🌹

  • @zuraidahbtahmad
    @zuraidahbtahmad Před 2 lety

    Tksh Pn Azlita berkongsi video dan resepi kek durian yg sedap dan keep it up your good job and creativity...menarik tertarik dan terpegun👍👍👍

  • @deerannujum3455
    @deerannujum3455 Před 2 lety +1

    Wah sedapnya😋

  • @fathyanchannel
    @fathyanchannel Před rokem

    Segar buahnya. Terbaik👍🏻👍🏻👍🏻

  • @julianadawod4238
    @julianadawod4238 Před rokem

    Salam kembali ita.. Lama x bersiaran dok tggu kakak ni.. Alhamdulillah..semoga d beri kesihatan yg baik ita dn family.. Goodluck..

  • @haidabakes1876
    @haidabakes1876 Před 2 lety +1

    Thanks akak ♥️.. moga akak sekeluarga sentiasa dlm rahmat Allah swt.

  • @mohdfazli2029
    @mohdfazli2029 Před 2 lety +1

    Dpt dibayangkan mcmana rasa kesedapan kek durian ni..tq kongsi resepi nya kak👍🏻👌🏻

  • @rostinah8042
    @rostinah8042 Před 2 lety +1

    masyaallah sdh tentunya sedap niyh....😍kak ita pun dah kembali berkarya. semoga terus kuat k...hugs & luv😉😍😘

  • @cheponabideen2186
    @cheponabideen2186 Před 2 lety

    Alhamdulillah.Puan Azlita dah bersiaran semula.Lama saya tercari cari.Cantik editingnya.Penuh dengan bakat /berseni.

  • @RuaiDayak
    @RuaiDayak Před rokem

    Salam kak ita, kak ita guna software apa ya untuk edit video...😊

  • @hamidahahmad470
    @hamidahahmad470 Před 2 lety +2

    Tmkasih sudi kongsi resepi..Alhamdullilah..macik tumpang tanye sukatan ovallete 15 atau 1.5 sdt ye?

  • @zainaina277
    @zainaina277 Před 2 lety

    Bestnya dpt duduk tempat MCM ni

  • @mieyanie7879
    @mieyanie7879 Před 2 lety

    tu diaa....terbaik la sis, menyelerakan dengan tikar mengkuangnya....malaysia sangat !!!......love it...

  • @Kaizoeditor
    @Kaizoeditor Před 2 lety

    Sedapnya ..cantik and sedap nya kek
    .memang pro lah sis nie.

  • @rokiahsamsudin9400
    @rokiahsamsudin9400 Před rokem

    Sebiji brape harga kek durian puan

  • @surihalim5056
    @surihalim5056 Před 2 lety

    Suka tengok video akak, cantik dan aesthetic❤

  • @azimaa1463
    @azimaa1463 Před 2 lety +1

    Cantik video ni. Moga akak sekeluarga sentiasa dlm rahmatNya.
    Kalau nak order kek camna ya?

  • @noramusa4050
    @noramusa4050 Před 2 lety

    aduhaiii.. tergodanya

  • @KAMARUNSAIPUDDINBINMOHAMED

    Wow musim durian. Area mana ni puan...

  • @patric818818
    @patric818818 Před 2 lety +1

    kebun durian mana ni? best nya

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před 2 lety

      Di muar

    • @faridahcarmilla2519
      @faridahcarmilla2519 Před rokem

      @@AzlitaAzizMasamManis Kebun sendiri ke? Sronoknya tengok hasil yg baik2. Boleh ke pegi beli buah2 durian kat kebun Puan? And oven yg Puan guna tu nostalgic betul ... Reminds it to how my mom use to bake in such oven. Bakar laa kek or cookies, semua menjadi je. Anyway congratulations...u 've made it though it's been hard...be strong always... ♥️

  • @rosnishamsudin1471
    @rosnishamsudin1471 Před 2 lety +1

    Lame dh kak tggu video kek dr Puan.ade durian blh cube.loyang bp inci tu Puan?klu nk.jual hrg pasaran skrb bp ye .ingt nk buat mcm slice kek.

  • @norsalina06
    @norsalina06 Před 2 lety +1

    🥰🥰🥰

  • @aidaabdulrahman1268
    @aidaabdulrahman1268 Před 2 lety

    Kat mana tu cik ta .... Syurga durian...

  • @tungkukayuofficial
    @tungkukayuofficial Před 2 lety +1

    Kak, blh share device/kamera yg kak gune?

  • @kingfisher8629
    @kingfisher8629 Před 2 lety

    Cuba kalau durian ni diolah genetiknya supaya berbuah bukan setahun sekali tp 2 atau 3 kali. Jadi peniaga xboleh ambil kesempatan jual pd harga kayangan.

  • @fisaisa7569
    @fisaisa7569 Před 2 lety

    Kebun sendiri atau kebun org?