Nasi Briyani Ayam | Hari Raya Special

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 28. 08. 2024
  • Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ni…Che Nom nak share resepi special iaitu nasi briyani Ayam. Che Nom akan masak ayam dgn menggunakan rempah briyani. Memang hasilnya maskan ayam yang berkuah pekat, berempah, harum..ha memang sedap lah bagi Che Nom.
    Kemudian kita masak pula nasi briyani guna beras basmathi, kalau nak cantik guna beras yang extra long. Cara masak nasi briyani ni memang lain dari apa yang Che Nom pernah masak sebelum ni. Resepi baru cara baru lagi sedap dan lebih berperisa. Che Nom blajar dari video Chef Amer…Terima kasih Chef. Resepi acar mentah pun ada sekali.
    **NOTA: Walaupun bahan nampak banyak, tapi sebenarnya banyak sama yang berulang-ulang digunakan di setiap bahagian
    //Bahasa Melayu
    --------------------------------
    Bahan-bahan untuk Ayam Briyani:
    1 ½ ekor ayam
    2 sk serbuk kunyit
    2 sk garam
    2 senduk minyak gorengan ayam
    1 sb minyak sapi
    Rempah 4 sekawan (1 btg kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    1 biji bawang besar
    2 helai daun pandan
    2 sb bawang putih kisar
    2 sb halia kisar
    5 sb rempah briyani
    5 tangkai cili hijau besar
    ½ cwn kismis goreng
    3 biji tomato
    2-3 sb tomato puree
    4 sb sos cili
    2 keping daun bay
    2-3 sb yogurt asli
    ½ cwn susu cair
    3 sb bawang goreng
    Garam secukup rasa
    Daun ketumbar
    Bahan-bahan untuk nasi briyani:
    2 sb minyak sapi
    2 sb minyak masak
    Rempah 4 sekawan (1 btg kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    1 sb bawang putih kisar
    1 sb halia kisar
    2 helai daun pandan
    1-2 biji tomato
    4 cwn beras
    5 cwn air
    1 sb gula batu
    Garam secukup rasa
    ½ cwn kismis
    1 cwn susu cair
    2-3 senduk kuah ayam briyani
    Pewarna oren & kuning
    2 sb minyak sapi cair
    Bahan-bahan untuk acar mentah:
    1 batang timun
    ½ -1 batang karot
    1 biji bawang besar
    Cili padi
    2 potong nenas
    2-3 sb jus limau
    2 sb pati oren sunquick
    1 sudu besar gula
    Sedikit garam
    //English
    --------
    Ingredients for Briyani Chicken:
    1 ½ chicken
    2 tsp turmeric powder
    2 tsp salt
    2 big spoon chicken frying oil
    1 tbsp ghee
    4 spices (1 cinnamon stick, 2 star anise, 3 cloves, 4 cardamom pods)
    1 red onion
    2 pandan leaves
    2 tbsp minced garlic
    2 tbsp ground ginger
    5 tbsp briyani spices
    5 stalks green chilli
    ½ cup fried raisins
    3 tomato
    2-3 tbsp tomato puree
    4 tbsp chili sauce
    2 pieces of bay leaves
    2-3 tbsp plain yogurt
    ½ cup evaporated milk
    3 tbsp fried onions
    Salt to taste
    Cilantro
    Ingredients for briyani rice:
    2 tbsp ghee
    2 tbsp cooking oil
    4 spices (1 cinnamon stick, 2 star anise, 3 cloves, 4 cardamom pods)
    1 tbsp minced garlic
    1 tbsp ground ginger
    2 pandan leaves
    1-2 tomato
    4 cup basmathi rice
    5 cup water
    1 tbsp rock sugar
    Salt to taste
    ½ cup raisins
    1 cup evaporated milk
    2-3 tablespoons briyani chicken gravy
    Orange & yellow food coloring
    2 tbsp of melted ghee
    Ingredients for raw pickles:
    1 cucumber
    ½ -1 carrot
    1 red onion
    Chili
    2 slices pineapple
    2-3 tbsp lime juice
    2 tbsp Sunquick concentrate orange
    1 tbsp sugar
    A little bit of salt
    Instagram: bit.ly/CheNomIn...
    Twitter: bit.ly/CheNomTw...
    Facebook: bit.ly/CheNomFa...
    #resepichenom #nasibriyani

Komentáře • 606

  • @musamg4716
    @musamg4716 Před 2 lety +197

    Saya dh buat semalam. Ya Allah serius sedap giler. Rasanya kalah beriani yang saya dok makan kat mamak tu😂. Ayam jadi lembut elok, kismis saya pakai yang hitam. Cuma tak masukkan gajus je sebab takde. Setel semua dekat 3 jam jugak😂. Tapi memang berbaloi la dapur berkecah. End up kita puas hati makan. Rasanya raya nanti dah boleh buat beriani ni kt kampung 😁😁. Terbaik Che Nom

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety +22

      MasyaAllah terbaik sudi cuba masak dan bagi feedback.
      Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Che Nom untuk Abu Muadz sekeluarga.

    • @musamg4716
      @musamg4716 Před 2 lety +8

      @@CheNom terima kasih atas resepi yang antigagal. Selamat Hari Raya untuk Che Nom sekeluarga

    • @ttakoyaki
      @ttakoyaki Před 2 lety +2

      Tomato kisar halus tu masukkan semua yg kita kisar 3 bijik tu ke..?

    • @musamg4716
      @musamg4716 Před 2 lety +2

      @@ttakoyaki ye btul, masuk half dlu (masa Che Nom tersilap masuk potongan tomato) , pastu lagi half macam dlm video

    • @sandhyarajoo5503
      @sandhyarajoo5503 Před 2 lety +6

      Serbuk briyani pkai jenama apa ya?

  • @thivineshvarenelanggovan9069

    The way Che Nom opted to use the gravy instead of adding fresh spices to the rice is actually a nice method to suit the spice tolerance of Malaysians (including us Indian Malaysians). The way they make authentic Indian or Pakistani briyani is sometimes too heavy or spiced that I personally can't enjoy the rice and side dishes. My mom uses the chicken gravy too! This looks amazing btw, especially the chicken!! 😍 😋

    • @noorazizan9972
      @noorazizan9972 Před 2 lety +7

      Ini first time sy belajar org letak gravy instead rempah ..rempah kalu mkn byk sgt, dlm badan rasa panas tau lepas tu..

    • @thivineshvarenelanggovan9069
      @thivineshvarenelanggovan9069 Před 2 lety +9

      @@noorazizan9972 betul tu. Kadang tak sesuai dengan cuaca panas kat Malaysia ni.

    • @noorazizan9972
      @noorazizan9972 Před 2 lety +1

      @thivineshvaren elanggovan saya pernah beli nasi briani.. memang sedapla rasa nasi dia, berempah briani.. tapi lepas makan kita rasa tak selesa badan, rasa panas.. ada tahu petua kalau kita makan makanan berempah, macam mana nak redakan kepanasan?

    • @theblueskyandrainbow
      @theblueskyandrainbow Před 2 lety +7

      @@noorazizan9972 selalunya org cdgkan ambik dairy product eg yogurt, susu, and or buah2, sayur yg sejukkan badan cth mcm timun, epal, sengkuang etc
      edit: kami selalu buat air barli sejuk campur gula batu atau rajin nak beli madu je bagi sejukkan badan

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety +2

      Thank you for your comment 😊

  • @Dee-og6ng
    @Dee-og6ng Před rokem +8

    Alhamdulillah, terima kasih che nom. Sy masak utk berbuka alhadulillah jadi and suami ckp sedap. Moga che nom sekeluarga dikurniakan tubuh badan yang sihat dan bebas dari segala jenis penyakit dan dilapangkan rezeki. Aamiin🌹

  • @norafiesaatirabintijefrysh1652

    che nom selalu2 update resepi tauu, utk yg tak berape pandai masak macam sy ni mmg selalu ikut resepi che nom semua nya menjadi !!!. senang follow resepi che nom mudah faham. more and more videos okayys ❤️

    • @farahain21
      @farahain21 Před 2 lety +3

      ye betul tu, sy pon mcm tu

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety +18

      Alhamdulillah kalau dapat beri ilham untuk yg baru nak belajar.
      ☺️

    • @izzatifaisal7484
      @izzatifaisal7484 Před 2 lety +3

      Btol2.. slalu ikot resepi che nom.mmg smua nya mnjadi .shedapp gat 🥰

    • @marlinamoktar5833
      @marlinamoktar5833 Před 2 lety

      @@farahain21 kjm

    • @sabriroha3691
      @sabriroha3691 Před 2 lety

      @@CheNom ..

  • @rafiahadnan7084
    @rafiahadnan7084 Před 2 měsíci +2

    Che nom, saya nak bagitahu. Saya banyak ikut resepi masak che nom. Kalau kali pertama masak tu mesti jadi. Suami saya pun makin suka dengan masakan saya sampai dia pun dah jadi chubby 😂. Terima kasih che nom ❤❤

  • @norazlina6335
    @norazlina6335 Před rokem +2

    Alhamdulillah..masak briani ayam dari resepi che Nom hari ni..sdp..sekeluarga semua kata sdp..insyaallah x yah dah gie beli..boleh msk sendiri..tkasih byk2

  • @thefamily296
    @thefamily296 Před rokem +3

    Jazakallahu khairan. Terima kasih Che Nom kerana sudi berkongsi resipi dgn followers you nie. Lauk pauk, nasi malah semua resipi yg dikongsikan memang sedap. Bak kata perpatah orang Singapore nie "mak mertua lalu sebelah pun dah tak perasan la bila makan lauk yg dihidangkan.
    The best part, bahan untuk siapkan menu dan steps Che Nom ajar memang mudah dan jelas untuk kita diikot.
    Semoga Allah sahaja yang boleh membalas kebaikkan Che Nom atas perkongsian ini. Aamiin

  • @germaN87AC
    @germaN87AC Před rokem +16

    Just made this this morning as our first dish in the New Year 2023. Simple to prepare and taste superb. THANKS Che Nom 💐

  • @arzrielchannel7913
    @arzrielchannel7913 Před 2 lety +5

    Terima kasih selalu share resepi... Saya bujang lgi.. selalu masak sendiri kat rumah ikut resepi che nom.. alhamdulillah semua sedap²... Semoga dimurahkan rezeki selalu che nom

  • @achik3496
    @achik3496 Před 7 měsíci +1

    alhamdulillah. terima kasih.terima kasih. terima kasih buat che nom.dah buat. sedap sangat and family suka. saat mengandung macam ni, mengidam,duduk pula di remote place. mana nak dapat nasi beriani.DIY is the best solution. semoga Allah membalas dengan yang lebih baik buat che nom. terima kasih sekali lagi.

  • @sharifahnoraini4042
    @sharifahnoraini4042 Před rokem +4

    Saya dah buat semalam. Suami, anak, cucu,, semua ckp sedap cucu bg markah seribu 😁😁. Alhamdulillah, terima kasih resepi nya che nom. Moga che nom sentiasa dlm rahmat n kasih sayang Allah selalu.. Aamin 🤲🤲

  • @TGFTTGFFGTTRUEFHROWHEF
    @TGFTTGFFGTTRUEFHROWHEF Před 2 lety +1

    masa raya haritu saya masak ikut resepi arab & india mcm ni lebih kurang untuk raya ke -3 // untuk raya pertama kedua rendang lemang ketupat + kuih raya + air buah .
    cuma bahan saya guna agak mahal , tapi setahun sekali je sy belanja mcm tu.
    -saffron bottle oil gred A - 1liter
    -kambing boer 3 ekor dewasa
    -Italian White Truffle gred A - 1kg
    -Wagyu beef High grade - 45KG
    untuk bahan yang lain semua bahan lokal.
    total tetamu semua dari sedara mara sahaja dalam 70 orang.

  • @shaheerashahrin8738
    @shaheerashahrin8738 Před 3 dny

    Baru tahu rupanya kne letak tompok kuah beriani. Selalu tumis rempah tu skli masa masak nasi. Patut xmcm mamak😅😅😅.
    Shenkiuuu for the recipe. Nk cuba nanti

  • @irairaisa5764
    @irairaisa5764 Před měsícem

    Assalamualaikum che nom saya dh byk ikut resipi che nom. Alhamdulillah semuanya menjadi. Hari ni (2/7/24) saya try buat nai briyani che nom. Mmg menjadi. Terima kasih che nom kongsi resipi❤❤❤

  • @meokpian6910
    @meokpian6910 Před 2 lety +2

    Satu hidangan nasi ayam yg mewah dan ianya sesuai di hidang di pagi raya.Sya pasti cuba. ..hidangan ni akn jadi menu wajib di pagi raya Thanks Che Nom share dgn kami semua....

  • @dyanadaleenaa1638
    @dyanadaleenaa1638 Před 2 lety +4

    Terima kasih che nom 🥰 sbnrnya sy memng tertunggu² bila la che nom nk bt nasi briyani ayam ni hehehhe dan akhir nya 🤗😘 😍.
    Semoga che nom murah rezeki dan sentiasa dlm lindungan Allah Swt . Aamiin

  • @faidrukmanuddin1923
    @faidrukmanuddin1923 Před 2 lety +2

    Okay semalam dah praktis ayam masak merah, dah ada resepi ni, boleh buat dua jenis lauk lah.. Memang plan nak buat nasi beryani raya ni.. Terima Kasih Che Nom..

  • @sitizaleha6506
    @sitizaleha6506 Před 2 lety +1

    Tkasih che nom resepi mmg mnjadi. Alhamdulillah moga che nom dmurahkan rezeki dan pahala berterusan dgn ilmu yg dikongsi.

  • @ShanmugaNo
    @ShanmugaNo Před 2 lety +4

    Wow .. sedapnya.. sy travel satu india tak pernah tgk recepi mcm ni.. nasi briyani unik.. betul 2 kene try ni ..selalunya .. nasi dan lauknya di masak sekali.. ni lain dari lain.. kawan sy international chef pun terkerjut .. dia ckp di kampung dia di hydrabed india .. ni di panggil nasi minyak .. ayam masala .. will try .. let u know the result.. 😅

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety +2

      Ok selamat mencuba ye 😊👍

  • @TokwanKami2020
    @TokwanKami2020 Před 2 lety +27

    Masha Allah ❗

    • @cangidin5483
      @cangidin5483 Před 2 lety +3

      terbaik tok wan kami....kat sini pun ade singgah ye...haha...terbaik....semoga tok wan kami sihat selalu.....amiin....👍👍👍👍👍

    • @zouminlandau6753
      @zouminlandau6753 Před 2 lety +4

      Tokwan 👍

  • @nynarsd
    @nynarsd Před 2 měsíci

    Tengok chenom masak rasa mudah betul kalau nak masak sendiri. Insya Allah kita cuba one day , harap menjadi lah. Tak pernah tak menjadi lauk kita kalau follow che nom punya resepi.
    Thank you chenom, selalu teman saya dkt dapur. Sambil masak bukak channel chenom, saje tgk berulang2 sambil memasak rasa mcm semangat masak tu lagi membaraa 🔥🤣🤣

  • @nuraliaamira2142
    @nuraliaamira2142 Před 2 lety

    Haritu sy masak mee kari che nom.. Ya Allah trme kasih sgt2 che nom.. Sllu sy sruh mak,, tp dh dduk sndri sy buat sndri... Somi bertambah2 makan.. Terus hilang rasa penat masak hehe

  • @norhidayahbintimohdsabri5592

    tau2 je raya ni nak buat nasi briyani..tq che nom😘semoga murah rezeki selalu

  • @crazykidsclub1327
    @crazykidsclub1327 Před 2 lety +4

    One of the best biryani recipe I have been watched. Definitely going to try. Tq for sharing. Selamat Hari Raya 🕌

  • @zulvlog4286
    @zulvlog4286 Před 2 lety +8

    Thanks Che Nom.. Semoga Che Nom dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan👍😊

  • @fathiyahyusof9739
    @fathiyahyusof9739 Před 4 měsíci

    Alhamdulillah.. saya buat masa raya kedua.. semua orang puji sedap.. terima kasih che Nom..

  • @Syukur75Alhamdullilah23
    @Syukur75Alhamdullilah23 Před 11 měsíci +1

    Saya selalu belajar masak dari che nom, mudah dipelajari, terima kasih che nom banyak mengajar,Semoga dimurahkan rezeki selalu Aamiin

  • @eitaannie3905
    @eitaannie3905 Před 3 měsíci

    Terima ksh bnyk ats perkongsian tip²cara memasak.bnyk yg sy pelajari dr Che Nom & semua menjadi mdh d ikuti satu persatu.harini sy cuba msk cara Che Nom .thank god mmg menjadi .terima ksh sharing & x kedekut ilmu,semoga ...membls kebaikkan Che Nom.🙏🙏🙏terima ksh sekali lg.

  • @anissur1598
    @anissur1598 Před rokem

    Selalu setuju dengan cara potongan/pilihan sayur spt bawang cili yg Che Nom buat.. ajaran mak mak kita sama.

  • @arin_1144
    @arin_1144 Před 2 lety

    jarang gagal bila masak guna resepi che nom ni.. even yang beginner bab masak ni .. yang penting follow the step sure menjadi

  • @azreenayen
    @azreenayen Před rokem

    Sy suka resepi che nom.. sy x pandai masak tapi bila masak selalu kne puji sedap.. Alhamdulillah tq che nom.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan di panjang kan umur.. selalu la update ya che nom kami follow resepi2 che nom

  • @aidaramly3844
    @aidaramly3844 Před 2 lety

    Guys..resipi ni memang sedap saya dah cuba buat.follow bulat2 resipi ni confirm jadi.

  • @Ina-uq6wu
    @Ina-uq6wu Před rokem

    Semua resipi Dari che nom,mmg best dn terbaik, masak penuh Ikhlas,dn mudah di pahami,tq che nom..sihat dn sukses selalu..👍

  • @imantailor1430
    @imantailor1430 Před rokem

    Salam che nom, msa pkp 2.0 hr tu kan, sy bt p. Time jual nasi lemak tau, lps tu rendang ayam tu kan sy ikut resepi che nom, alhamdulillah hbs licin nasi lemak sy dgn rendang ayam tu, mmg sedap gile, t. Ksih che nom, mnta halal ilmu dan resepi nye ye

  • @aliaalias950
    @aliaalias950 Před rokem

    Alhamdulillah.. Siap beriani ikut resepi dr che nom. Siap sblm azan subuh.. Pg raya Aldiladha... Juadah tuk pg nanti.. Terima kasih che nom..

  • @tommipermana6809
    @tommipermana6809 Před 2 lety +6

    Terimakasih resepnya nasi briyani ayam kebetulan pas banget mau membuat cocok banget untuk menu sajian lebaran nanti sukses selalu kak

  • @norainimohd6447
    @norainimohd6447 Před 2 lety +2

    Trma kasih cik nom diatas perkongsian resepi Nasi beriani selamat Hari raya juga buat cik nom sekeluarga

  • @yusnamyff7158
    @yusnamyff7158 Před 2 lety +4

    Terima kasih Che Nom berkongsi resepi nasi berani ayam memang sedap. Dah boleh buat hidangan di hari raya. 👍👍😍

  • @jamilahbee5114
    @jamilahbee5114 Před rokem

    Masakan chek noh sangat best .pilihan utama saya.marilah kita cuba,iya tidak mengecewa,pasti sedap.daya bagi 5 bintang

  • @dayhappy2816
    @dayhappy2816 Před rokem +2

    Alhamdulillah mantap.... Nampak sedap sgt

  • @hazlinahamid2176
    @hazlinahamid2176 Před 2 lety +2

    MashaAllah Tabarakallah Allahumabarik.. Thank you Che Nom😘 you are the best ♥️

  • @norhazrinharun5686
    @norhazrinharun5686 Před 2 lety +2

    Alhamdulilllah syukur, tq Che Nom sentiasa berbagi resepi n tips2. Semoga Allah pmudahkan urusan, bg sihat sekeluarga Dan dimurahkan rezeki aamiin. Syg Che Nom

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety +4

      Amin…Alhamdulillah Terima kasih 😊

  • @azfarabdullah9638
    @azfarabdullah9638 Před 2 lety

    Alhamdullilah nmpk sedap. CZcamsr dari Jepun yg sy follow pon belajar masak masakan melayu dari Che Nom.

  • @aidaruwai8000
    @aidaruwai8000 Před rokem

    Alhamdulillah sy dh buat utk buka puasa smlm.. walaupun guna beras biasa tp sedap sgt.. terima kasih che nom.. resepi yg InshaAllah pasti jadi.. 😘

  • @rahaniismail9532
    @rahaniismail9532 Před 2 lety +1

    Assalamualaikum,t/ kasih beri resepi Sy akan masak untuk hari raya nanti,semoga Allah murahla rezeki che nom,

  • @zaihamid78
    @zaihamid78 Před 2 lety +2

    Alhamdulillah
    Slm Ramadhan cik nom
    Tkasih share resipi yg sedap ini 🌷

  • @sadiahtecklan5272
    @sadiahtecklan5272 Před 2 lety +1

    Tema kaseh che nom byk resepi yg saya sudah buat ikut resepi che nom semoga che nom sentiasa sehat dan dilancarkan rezeki yg hebat

  • @sdaaairbk
    @sdaaairbk Před 2 lety

    Sya selalu buat Briyani kambing tapi belum penah buat Briyani ayam ...nanti nak try bole utk jualan ...sya bisness online ...so tq so much che nom halal ya resepi utk sya buat niaga

  • @joharidanrang6129
    @joharidanrang6129 Před 5 měsíci

    Alhamdulillah jazakallah cik nom..resepi nya.. Alhamdulillah sudah buat mee kari resep cik nom.. Alhamdulillah sedap..in Shaa ALLAH..mo cuba Briyani ayam plk.. semoga murah rezeki cik nom sekeluarga.. Aameen.. ALLAHUMMA SALLI ALA MUHAMMAD WA'ALA ALI MUHAMMAD

  • @mywhitegold
    @mywhitegold Před 6 měsíci

    Alhamdulillah, sedap sangat. Terima kasih sudi kongsi resipi, Che Nom 😊

  • @bonhamcarter4488
    @bonhamcarter4488 Před rokem

    Besnye. Ada naratif dan bunyi masakan lagi. Sedap dan detailed lagi tu. Tasha suka! Terima kasih Kak Che Nom.

  • @ratnasariasnidaabdrahim251

    Assalamualaikum Che nom. Semoga Che nom sihat2 selalu. Pg td tgk video Che nom, ptg terus buat utk berbuka. Sy biasa masak beriyani ni tp cara sy yg biasa2 la😁. Sy buat ikut betul2 cara & resepi Che nom. hasilnya...mama Mia😍 marvelous👍😃 bertambah2 ank3 & suami mkn... tq Che nom.🥰🥰🥰

  • @aleyaalesyaaleyaalesya3349
    @aleyaalesyaaleyaalesya3349 Před 10 měsíci

    Resepi dr che nom x penah mengecewakan.....Sy dh try byk resepi yg dikongsi....mmg mnjd dn sedap...blh x kongsi resepi nasi beriyani daging dan beriyani kambing....x penah lg masak kambing.... excited nk try...hehe...trm kasih che nom

  • @tamielee8759
    @tamielee8759 Před 5 měsíci

    Saya dah cuba buat. MasyaAllah memang sangat2 sedap. Terbaik che nom 🥰

  • @masniedlamsin9618
    @masniedlamsin9618 Před rokem

    Resepi2 yg che nom share mmg semua mantap .. tq che nom

  • @MdmMah
    @MdmMah Před 2 lety +1

    Salam Che Nom macam sedap2 Recepi awak. Buka Kedai makan je. Jadi kite tak payah nak masak.
    👍👍💪💪🤝🤝

  • @Rebirth-si7xy
    @Rebirth-si7xy Před 11 měsíci

    terima kasih che nom resepinya.. Minta halal ye respinya❤.. Semoga Allah membalas segala kebaikkan che nom.. Aamiin ya Allah ya Rabbal Alamiin

  • @mazlanlatif1843
    @mazlanlatif1843 Před 2 lety +1

    Terima kasih Che Nom konsi resepi yang memang menyelerakan.Semoga diberkati .

  • @TheStoicMindset
    @TheStoicMindset Před 2 lety +1

    That is one smexy dish lah!!! Sessungguhnyer aku berpuasa…:-)

  • @RahmahSayuti
    @RahmahSayuti Před rokem

    Tq che nom. Dah cuba masak tadi. Ayam beriani sedap tp nasi nya sy kena cuba lagi...mcm kurang berasa sikit. Mungkin kena tambah kuah beriani ayam tu lebih sikit. Tq for sharing 👍

  • @devimarimuthu6754
    @devimarimuthu6754 Před 2 lety

    Saya sudah try cek nom nasi briyani .. husband bagi 5 ⭐️. Thank you cek nom. 🙏🏻

  • @sarigando9802
    @sarigando9802 Před rokem

    Kite lhat aja oasti sedap,saye suke cara cek nom masak,smue bumbu di tumbuk,kisar,baik buwat kukis dll,saye tk suka klau rrempah,bumbu di di iris2 memang elok ny di tubuk la baru sedap,..ok smg sukses shat sll maju jaye♥️👍✊

  • @shatillah587
    @shatillah587 Před 2 lety

    Memang akan masak nasi beriyani raya nanti..tiba2 ada pulak video versi baru Che Nom ni..memang mantap la

  • @balqisbalqis5243
    @balqisbalqis5243 Před 2 lety +1

    sejak ikut semua resepi che nom semua puji sedapp terima kasih che nom 🥺🥰❤

  • @maznahismail5017
    @maznahismail5017 Před rokem

    Alhamdulillah..Terima Kasih atas perkongsian ilmu che Nom..Selamat Hari Raya Aidil Fitri ❤❤..Tgo pun dah sedap..Insya Allah saya akan buat utk tetamu..

  • @phyllisdas8295
    @phyllisdas8295 Před 2 lety +5

    Thank you, looks awesome, I will try this receipe

  • @Leonakushairi
    @Leonakushairi Před 2 lety +4

    Thank you so much for sharing, Che Nom! 🥰 Nasi Beriyani mmg my favourite. Mmmmm Yummy! 🥰🥰🥰 Nak try buat nnt.

  • @shima7042
    @shima7042 Před 2 lety +2

    Masyaallah... sedapnya video kali ni.mesti nk cuba.insyaallah sbb sy dah cuba nasi briyani Pakistan resepi Che Nom.mmg best rasanya 😋😋.tq Che Nom kongsi resepi yg best2

  • @Juntao-yv5nb
    @Juntao-yv5nb Před 2 lety

    Alamak, banyaknye bahan bahan macam susah nak masak. Ni rasa mesti sedap ada power!

  • @devinovitasari9236
    @devinovitasari9236 Před rokem

    Mantap Dn Lezat banget bun makasih resepnya insya akan sy buat tuk tambahan ide jualanku makasih ya bun resepnya insya

  • @asnata4408
    @asnata4408 Před 11 měsíci

    Terima kasih atas perkongsian resepi ni, saya nak masak ni nanti, nasi beryani faveret saya, Alhamdulillah

  • @whwanhanafi7293
    @whwanhanafi7293 Před 2 lety

    Very nice audio-visual, easy to understand & valuable info.... tapi mcm banyak susah nak masak.... nak terbaik, begin cara masakannya, bravo

  • @tuntejatunteja4311
    @tuntejatunteja4311 Před 2 lety

    Sy bru ja buat td .. alhamdulillah.. mertua sy suka.. sedapp sgt kata nya.. tq che nom

  • @hamidahamza8667
    @hamidahamza8667 Před rokem

    Sedapnya, nak coba juga suatu hari nanti.. Terimakasih che Nom

  • @faridahchemat808
    @faridahchemat808 Před 2 lety

    Smlm sybcuba nasi beriani Pakistan...sedap sngt2..TQ Che Nom sebab share resepi

  • @missbunga012
    @missbunga012 Před 2 lety

    Wow buat berbuka pon best ni..video pon audio power la..part che nom potong2 bawang cili tu prekk prekk prekk tu puas telinga ni bila dengar

  • @rohadihussain6417
    @rohadihussain6417 Před 2 lety +8

    Alhamdulillah, mantap sekali nasi briyani aya. Memang sesuai dimasak untuk hidangan eidul fitri nanti. Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya Eidul Fitri Che Nom. Sukses selalu!👍👍👍

  • @hasimahhasan7085
    @hasimahhasan7085 Před rokem

    Saya dh try, sedap sangat! Resepi che nom mmg terbaik

  • @iis_iis
    @iis_iis Před 2 lety +1

    Nak masak macamni la raya ni. Terimakasih kongsi resepinya che nom.

  • @rasinamatzani7402
    @rasinamatzani7402 Před rokem

    Meleleh air liurr😋..terima kasih che Nom resepinya😘alhamdulillah..

  • @norhafizahrosli4419
    @norhafizahrosli4419 Před rokem

    Hihi raya tahun ni terfikir nak buat briani nak cri kelainan di hari raya 😁.. cari resepi che nom dah buat ❤️ the best che nom.. mudah

  • @nooraine8307
    @nooraine8307 Před 2 lety +1

    Che Nom dh terliur tgk ni😄😄mmg sdp terimaksh share resepi

  • @anuarahmad8878
    @anuarahmad8878 Před 2 lety +1

    terima kasih byk c.Nom.. semoga Allah SWT permudahkan semua urusan .. insyaallah

    • @CheNom
      @CheNom  Před 2 lety

      Amin..Terima kasih atas doa 😊

  • @farahhazwaniabdulkadir4515

    Selamat hari raye che nom..boleh la raye nie kami owg cube resepi rare nie..❤️❤️

  • @saadiahamat1380
    @saadiahamat1380 Před rokem

    alhamdulillah.. terima kaseh Cik Nom.. inshaallah… akan saya buat.. Tengok aja dah enak, lom cuba masak lagi.. 😊

  • @mohdrezuianbinmohammaddeve8855

    Alhamdullilah sy sudah cuba resepi terima kasih ats tunjuk ajar ..puan

  • @zainalabidin7641
    @zainalabidin7641 Před 2 lety

    Boleh cuba hari ini hidangan hari Raya ke Lima... Terima kasih Che Nom 👍

  • @BossBoss-rt9gx
    @BossBoss-rt9gx Před 2 lety +1

    Terliuq tengok nasi beriani sedap oooo!!!!!

  • @aleesya-qq7ie
    @aleesya-qq7ie Před 6 měsíci

    saya da try, alhamdulillah menjadi. sedap!! sampai bertambah ii kawan saya🤣🤣

  • @NurwahidahMukhtar-gb9mv

    Bismillah Masyaa Allah Tabarakallah terimakasih akak untuk recipes nya...
    Alhamdulillah udah coba Masyaa Allah sedap betul ❤❤

  • @atipurnamasari9128
    @atipurnamasari9128 Před 2 lety

    Terbaikkk la che nom raya nie boleh sy cuba resepi nie menarikk terliurr dibuat nya....timekasih tuk resepi nya🙏🌹🌹❤

  • @kayukayan1
    @kayukayan1 Před 2 lety

    Bini sy tgh masak beriani resipi che nom ni. Berbuka ni kang nasi briyani hehehehe .. harap2 menjadi 💪🏻💪🏻💪🏻

  • @abangmohammadasriasri0972

    resepi che nom sangat sangat membantu...moga Allah luaskan rezeki che nom sekeluarga aaamiin

  • @Kashantthev405
    @Kashantthev405 Před 2 lety +1

    Usually typical and original south indian briyani, they will cook chicken with briyani rice with.. so we will have raita, lime and sliced onion as our side dish. Simple but mmg best

  • @rohanazainalabidin1337

    Terima kasih resepinya Che Nom.... mohon halal yaa.... DAH CUBA.... SEDAPPPP!!! 🤗😘

  • @dore3
    @dore3 Před 2 lety +1

    Terima kasih che nom, sempat ni cari bhn buat brbuka 🥰😆

  • @fabuloznana
    @fabuloznana Před 2 lety +3

    Alhamdulillah terima kasih Che Nom atas resipi beriyani ni. Sesuai utk hidangan raya. Selamat hari raya Che Nom and Family. 🌹

  • @sha00757
    @sha00757 Před 2 lety +5

    Awesome! Actually Che Nom there are many versions of briyani. Different part of the country differ. Your recipe is very easy to follow. Thank you for sharing it 😊 wishing you and family Selamat Hari Raya Aidilfitri

  • @Cikmoon_
    @Cikmoon_ Před 2 lety

    12 jun..harini try buat resipi che nom..sedapp bak hang..cuma terpaksa derhaka skit sbb guna brg2 yg mana ada..namun mmg tak lari rasa sedapp nya tu

  • @maneman9892
    @maneman9892 Před 2 lety +6

    Tak sabar nk cuba 😍