Hibah Rumah : 5 Perkara Yang Anda WAJIB Tahu Jika Nak Hibahkan Rumah

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 17. 07. 2023
  • Rumah merupakan aset yang sangat bernilai yang sepatutnya memberi kebaikan kepada waris-waris yang ditinggalkan. Namun demikian, rumah juga seringkali menjadi punca pergaduhan dan perebutan pusaka.
    Disebabkan hal ini, ramai yang berminat untuk membuat hibah rumah kepada mereka yang tersayang. Rumah ini mungkin dihibahkan kepada ibu bapa atau anak-anak atau kepada isteri atau kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.
    Jika tidak dihibahkan, rumah itu akan dikongsi bersama-sama waris mengikut bahagian faraid masing-masing.
    Antara persoalan yang sering saya peroleh daripada penonton adalah:
    - Bolehkah anak bawah umur, OKU dan orang muflis menerima hibah rumah?
    - Apakah keadaan yang menyebabkan rumah tak boleh dihibahkan?
    - Bolehkah orang yang sudah sakit tenat buat hibah?
    - Jika tiada geran, macam mana nak hibah?
    - Bagaimana hibah boleh terbatal?
    Di sini saya kongsikan 5 tips penting yang anda perlu tahu sebelum nak hibah rumah anda:
    1) Pemilik rumah sebagai pemberi hibah
    2) Penerima hibah
    3) Keadaan rumah yang nak dihibahkan
    4) Akad Hibah
    5) Undang-undang dan Proses Hibah.
    Video ini agak panjang kerana saya cuba menjawab sebanyak mungkin persoalan yang timbul dalam hibah rumah. Sila tonton video ini.
    - Hibah Rumah Dalam Gadaian/Pinjaman
    • Adakah Rumah Dalam Pin...
    Maklumat lanjut, boleh hubungi : whatsform.com/hdycuo
    / wanhaslim.wanibrahim

Komentáře • 4

  • @budinblade9111
    @budinblade9111 Před 5 měsíci

    Assalamualaikum..
    Soalan..Apakah hukum kalau menjelaskan baki simpanan si Mati(ayah)hanya bercakap sekian jumlah wang tanpa ada bukti untuk tujuan faraid kepada adik beradik..?
    2.)soalan ..bolehkah adik beradik yg tidak setuju dgn faraid yg dibentangkan Membantah..?
    3)soalan..Adakah dgn cara memberi tahu sekian² sah drisegi hukum Faraid..?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 5 měsíci

      Wa'alaikumussalam
      1) yang penting hutang itu dibayar kerana itu hak arwah. Bukti itu perlu jika ada dakwaan
      2) Faraid tidak boleh dibantah, tetapi pembahagian yang tidak mengikut faraid boleh dibantah
      3) Bahagian faraid perlu dijelaskan dengan jelas. Tak boleh main agak2

  • @user-kp9sz2qg9i
    @user-kp9sz2qg9i Před měsícem

    Kalau rumah atas nama ibu di hibah kan ke cucu boleh tak sedang kan anak ada yg susah tdak punya rumah

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před měsícem

      Ikut hukum, sah shj...tetapi atas kebijaksanaan pemilik utk menilai keutamaan