Tips Cara-Cara Hibah Harta Secara Tepat Dan Betul

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 22. 04. 2021
  • Masalah pembahagian pusaka merupakan satu isu yang kritikal kepada orang Islam. Sering terjadi perbalahan keluarga sehingga terputusnya silaturrahim akibat perebutan harta pusaka.
    Harta pusaka yang sepatutnya membawa berkah kini menjadi fitnah.
    Hibah merupakan salah satu instrumen yang dapat menyelesaikan masalah pembahagian pusaka. Dengan kaedah hibah, pemilik dapat merancang lebih awal siapakah yang lebih layak mewarisi hartanya. Lebih-lebih lagi jika terdapat waris yang masih kecil dan bergantung nasib kepada pemilik
    Akan tetapi, hibah adalah cabang ilmu yang sangat kompleks dan sukar difahami terutama capaian maklumat terhadap ilmu ini sangat kurang. Ramai dikalangan kita yang masih keliru perbezaan antara hibah, wasiat, faraid, pusaka dan amanah.
    Dalam video ini, diterangkan asas kepada sesiapa yang ingin mula merancang pewarisan harta menggunakan kaedah hibah.
    Hibah secara umumnya perlu memenuhi 2 keperluan iaitu keperluan dari sudut hukum agama (Syara') dan undang-undang (Syariah).
    Setiap keperluan ini terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi
    Tontoni video ini untuk penerangan lebih lanjut
    Maklumat lanjut, boleh hubungi : whatsform.com/hdycuo

Komentáře • 211

  • @muhdfirdaus9505
    @muhdfirdaus9505 Před rokem +1

    Tk tuan,baru faham

  • @latifflatif2348
    @latifflatif2348 Před rokem +1

    terbaik..info

  • @akhikaizen7712
    @akhikaizen7712 Před 2 lety +2

    Salam Tuan,saya agen hartanah..kalau saya dapat jual tanab,dan owner nak bagi hibah pada.contoh nilai tanah 150k,tapi dia nak ambil 100k saja.50k lagi dia nak bagi hibah pada saya.part hibah ni,owner sendiri ke kena buat semua(surat deklarasi dan pemati stem)atau kena lantik lawyer?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam tuan. Hibah yg tuan maksudkan ni hibah hartanah, tunai, atau takaful?

  • @noraen8940
    @noraen8940 Před 2 lety +1

    Salam, Tuan, nak tanya ada cara tak nak buat hibah harta scr legal bg suami kpd isteri yg tiada anak.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam. Insyaallah ada. Saya boleh bantu menggunakan khidmat Syarikat Amanah. Puan boleh hubungi saya di :
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @mrri8166
    @mrri8166 Před 11 měsíci

    Tuan, syarikat urus hibah ni banyak, dan cara bayaran berbeza. Yang jenis dua kali byar shj, bayaran permulaan prihibah, dan bayaran perlaksanaan, kos apa lgi terlibat ketika perlaksaan tu, adakah kos peguam termasuk dah ?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 11 měsíci

      utk solusi ni saya cadangkan tuan whatsapp saya. Sbb melibatkan nama syarikat2, risau ada isu kalau bincang di sini
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @syazmim8890
    @syazmim8890 Před rokem +2

    Assalamualaikum Tuan.
    Sebelum arwah meninggal.arwah ada buat jualan 1 lot tanah kosong pada 1 anak dengan harga yang murah.Dalam masa y sama arwah bagi tahu pd anak itu y anak itu x akan ada bahagiannya pada rumah y arwah tinggal jika arwah sudh tiada disebabkan arwah telah menjual lot tanah dengan harga y murah.
    Rumah yang arwah tinggal itu akan dibahagikan kepada anak² y lain.Dalam masa y sama arwah ada membuat hibah ke atas rumah y arwah tinggal dengan nama anak² lain kecuali seorang anak y membeli 1 lot tanah itu.
    SOALANNYA...
    adakah anak yang membeli tanah itu tiada bahagiannya ke atas rumah arwah ?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam. Jika sudah dihibahkan, hanya penerima sahaja yg berhak ke atas rumah tersebut

  • @leenlynn2270
    @leenlynn2270 Před rokem +2

    salam tuan saya nak tanya kalau arwah ayah saya ada cakap pada abg sy yg rumah tu dia bg pd abg sy bila abg sy setuju bayar rm30k tapi tiada saksi dan rumah arwah ayah saya tu pun masih lagi atas nama arwah ayah saya jadi itu dikira hibah ke tuan?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam. Sefaham saya ini dianggap hibah bersyarat balasan/gantian. Dengan syarat nilai rumah sama atau melebihi nilai balasan/gantian. Cuma ada bbrp pendapat ulama mengenai sama ada statusnya hibah atau jual beli. Katakan rukun dan syarat hibah/jual beli dipatuhi, kedua2nya sah jika syarat rm 30k tadi dipatuhi

  • @lailanzainuddin6463
    @lailanzainuddin6463 Před 6 měsíci +1

    Assallammualaikum ustaz ,saya hibbah pd anak ,saya cuma ada anak sorang je
    Kami suami isteri dah bersetuju bagi hibbah pd anak sendiri

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 6 měsíci

      Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah tahniah. Pastikan kaedahnya betul ya

  • @insanbiasa7517
    @insanbiasa7517 Před rokem +1

    Salam tuan.. boleh ka hibah dibuat pada rumah/kereta yg masih lagi dlm proses pembayaran.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Salam. kalau rumah dalam pinjaman Insyaallah boleh dihibahkan. Kereta dalam loan tak boleh dihibahkan

  • @dodoparo9484
    @dodoparo9484 Před 2 lety +2

    Assalamualaikum saya mempunyai 2 anak perempuan.. jikalau saya membuat hibah selepas kematian dan meletak kan nama isteri dan anak2…bolehkah adik beradik saya maseh dpt harta saya.. kalau mereka tak setuju bolehkah mereka lawan case?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Wa'alaikumussalam tuan. Jika sudah dihibahkan, ia sudah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan. Mereka boleh lawan case, sebab semua perkara boleh ditentang di mahkamah. Sebab itu sangat penting hibah tu dibuat dengan kaedah yang betul dan didokumenkan supaya menjadi bukti kukuh nanti.

  • @mjmu1707
    @mjmu1707 Před rokem

    Assalamualaikum..

  • @mjmu1707
    @mjmu1707 Před rokem

    Saya mahu tanye...bapa saya telah meninggal.dia ade 2 anak,saya dn abg..dia ade sebuah rumah dn perniagaa..rumah telah ditukar nama kepada abg ,anak lelakinya..saya tkdpt ape2...rumah tu ade hutang dgn bank byk rm90k...dn isteri abgbuat loan tuk byrhutang bank...rumah tu dh dilelong bank...jadi abg tukarkn namanya kepada isterinya, sterinya buat loan dn lunaskn hutang piutang..isterinya org bertaraf pr...boleh kah isterinya memiliki rumah tersebut???

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Pemilikan hartanah mempunyai syarat2 tertentu. Tapi jika sudah melalui proses undang2 dan berjaya tukar nama kpd isteri abang, maksudnya boleh lah

  • @aiezatbakhtiar3267
    @aiezatbakhtiar3267 Před 2 lety +1

    Apa beza hibah harta dengan hibah yang agent takaful promote tuan?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Hibah harta = Kita hibahkan harta yang sedia ada seperti rumah, kereta, akaun bank, Asb, tabung haji, syarikat, barang kemas, dsb
      Tujuannya adalah untuk memastikan harta diwarisi oleh orang yang lebih memerlukan dan dikehendaki seperti anak-anak dan isteri.
      Hibah yang agent takaful promote = pampasan takaful yang dihibahkan kepada orang yg dikehendaki atau lebih memerlukan. Jika tidak dihibahkan, pampasan akan dibahagikan secara faraid.
      Boleh tengok video ini:
      czcams.com/video/geM63Z3xsro/video.html

  • @sitishak
    @sitishak Před 2 lety

    Tn, Perintah pengesahan hibah oleh mahkamah Syariah perlu hanya jika waris lain mencabar kesahihan hibah tsbt shj ke ?
    Jika tidak, tiada halangan bg penerima hibah menerima harta yg dihubahkan berdasarkan dokumen hibah ?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +2

      Secara asasnya, asalkan ada hibah, ia perlu mendapatkan perintah pengesahan hibah.
      Cuma jika waris2 lain bersetuju, maka dianggap sebagai melepaskan hak dan tidak perlu mendapat perintah pengesahan.
      Kalau ada cabaran, confirm kena dapatkan perintah pengesahan.

    • @sitishak
      @sitishak Před rokem

      Terima kasih Tn

  • @abduljamalabdulrazak1574
    @abduljamalabdulrazak1574 Před 11 měsíci

    15:36 friday 11 august 2023.
    Assallam..boleh kah saya menuntut pembahgian simpanan mengikut faraid sedangkan terlebih dahulu sudah dihibahkan 100% kepada ke isterinya.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 11 měsíci

      Salam. Maaf saya kurang jelas. Tuan/puan waris ke?
      Jika harta yg sudah dihibahkan tidak perlu difaraidkan

    • @abduljamalabdulrazak1574
      @abduljamalabdulrazak1574 Před 11 měsíci

      Saya mewakili ibu saya sebab semua kebajikan ibu saya uruskan.

    • @abduljamalabdulrazak1574
      @abduljamalabdulrazak1574 Před 11 měsíci

      Adakah wang simpanan yg dah dihibahkan tak boleh difaraidkan.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 11 měsíci

      Harta yang dah dihibahkan boleh difaraidkan dengan izin penerima

  • @mdrudi91
    @mdrudi91 Před 2 lety

    Askom tuan tumpang tanya? Jika rumah dihibahkan kepada orang lain maksud nya bukan ahli keluarga macam mana ya.jika pemberi meninggal dunia ada kah rumah tersebut sah menjadi milik si penerima ? Mohon penjelasan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam tuan. Penerima hibah boleh jadi sesiapa sahaja, tak semestinya ahli keluarga. Yg penting kaedahnya mesti betul dan memenuhi keperluan syara' dan undang2

  • @saifulrosfisa3023
    @saifulrosfisa3023 Před 2 lety

    A.kum tuan sya nak tya..mcm mana tau dukomen hibah itu adalah betul dan sah...sbb maktiri saya ckp ayah saya dah hibahkan rumah kepada adik saya...sedang kan dukomen x da cip jari dan fotocopy saja...perlukan ada mati stem makamah...dah cip rasmi..sayalihat dari pandang mcm ada penipuan hibah dgn loywer yg di cari...

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam...penentuan keabsahan dokumen hibah adalah di mahkamah tinggi syariah. Jika ada dispute, boleh cari peguam syarie utk bawa bicara.

  • @nazariahrahmat3444
    @nazariahrahmat3444 Před 2 lety +2

    Assalam Tuan,, selain pihak swasta yang menguruskan proses hibah (cth utk rumah, kereta), adakan badan lain yang lebih rendah kosnya boleh menjalankan proses yang sama (cth: bdn kerajaan).. selain amanah raya. Sebab sy pernah cuba tanya di amanah raya, lebih kurang 3.5k perlu disediakan utk hibah rumah.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +2

      Setakat ini, saya belum jumpa lagi pihak yang membuat hibah selain pihak swasta. Saya rasa rm 3.5K tu cas dokumen sahaja bukan? Belum termasuk perlaksanaan kan?
      Hibah ni merupakan kos terhadap pemilikan harta. Sama seperti masa nak memiliki harta, pun ada kos seperti harga rumah, kos SnP, duti perpindahan, cukai tanah, cukai pintu, maintenance fee. Semuanya ada kos.
      Dalam bab hibah ni, malahan sesi konsultasi pun ada pihak yang akan cas.
      Setakat ini, syarikat yg saya gunakan mempunyai harga yang paling kompetetif dari sudut penyediaan dokumen dan perlaksanaan.

    • @mlla1718
      @mlla1718 Před rokem +1

      Mahal la, saya buat dgn peguam berdaftar tak mhl sgt

    • @adiwira1351
      @adiwira1351 Před rokem

      @@mlla1718 berapa kos dicaj oleh lawyer

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Betul...ada yg murah...tapi saya jumpa mcm2 masalah dgn yg murah ni.
      Dan lebih masalah lagi kalau peguam tu meninggal dunia sebelum pemberi hibah. Berbanding dgn syarikat amanah yg tak boleh tutup kedai

  • @puspawati9700
    @puspawati9700 Před rokem

    sy baru buat cimb bank tadi, lepas tu dia suruh sy buat hibah sekali, lulus derek potong acc rm400 untuk 2 bulan.. sy takut kena tipu..

  • @rizman6053
    @rizman6053 Před 5 měsíci

    Salam tuan, so hibah ni pemberian atas dasar kasih sayang ye. Tp kalau ada elemen “pilih kasih” sah tak? Contohnya hibahkan utk anak A rm1000 sbb sayang dia (anak favourite) dan utk anak B rm200 shj (anak B baik juga cuma hati lbh sayangkan A, anak bongsu contohnya lbh manja). Boleh ke hibah dalam kes yang ada unsur pilih kasih, sah tak dari segi hukum?

    • @azlinaothman8360
      @azlinaothman8360 Před měsícem +1

      Sy tlg jwb. Hibah itu sah cuma tak mengikut sunnah. Ada satu kisah Rasulullah srh anak yg terima hadiah dr ayahnya utk pulangkan kembali hadiah tu krn anak2 lain x dpt yg sama. Dlm erti kata Rasulullah menganjurkan pemberian hadiah itu perlulah adil kpd semua anak.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před měsícem

      Maaf..saya terlepas pandang soalan ni. Puan betul. Hibah ni instrumen sahaja. Asasnya adalah keadilan membahagikan harta. Hanya empunya badan yg tahu situasi sebenar

  • @abuimran1292
    @abuimran1292 Před 11 měsíci

    Salam tuan boleh ker kita declare harta n duit kat peguam berdaftar sebagai bukti hibah tapi diberi ketika kematian kita atau lebih tepat wasiat kt waris. Dokumen ini akan dijadikan bukti utk pemindahan milikan setelah kita tiada. Jadi tak payah nak pegi bank, pejabat tanah, jpj lah cukup dgn dokumen dr pejabat peguam ni saja. Ada tak bende mcm ni? Minta nasihat. Tq

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 11 měsíci +1

      Salam. Pertama dalam hukum dan undang-undang, bagi orang Islam, tiada wasiat kepada ahli waris faraid. Yg dibolehkan adalah kpd BUKAN WARIS yg layak dgn maksimum 1/3. Boleh tgk video saya berkaitan "Wasiat Kpd Isteri Tak Sah"
      Dokumen memang boleh menjadi bukti di mahkamah tetapi kandungan dokumen tu yang lebih penting...yg menentukan sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.
      Setakat ini tiada apa2 dokumen yg boleh elakkan waris drpd berurusan dgn institusi yg tuan sebutkan tadi (dlm konteks pusaka)
      Waris tetap kena melalui proses tuntutan pusaka iaitu proses turun milik sama ada melalui dokumen perancangan harta, surat kuasa atau perintah pembahagian. Setiap satu institusi ada undang-undang tertentu dan mungkin berbeza2.
      Kena buat analisis atau setiap harta yg tuan ada untuk tentukan proses pembahagian dan pengurusan harta dan pusaka.
      Boleh hubungi saya secara direct di Whatsapp

    • @abuimran1292
      @abuimran1292 Před 11 měsíci

      @@pusakaatausaka terima kasih tuan

  • @AMR-bs3vw
    @AMR-bs3vw Před rokem +1

    Tuan, sekiranya hibah diberikan oleh si mati iaitu sebuah rumah yang tiada hutang kepada 3 penama iaitu warisnya sendiri (1anak lelaki dan 2anak perempuan) tetapi salah satu waris ingin menjual rumah tersebut dan mereka ini tiada muafakat, adakah penjualan rumah dan bahagian tersebut perlu di berikan mengikut kiraan faraid atau tidak kerana pada asalnya pemberian hibah rumah itu diberikan secara hibah. Soalan ini merujuk kepada proses selepas selesai proses hibah tersebut dan anak² mereka ingin menjual rumah tersebut.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Hibah mesti diberikan dengan bahagian yang jelas. Tiada lagi bahagian faraid di situ.

    • @AMR-bs3vw
      @AMR-bs3vw Před rokem

      @@pusakaatausaka Bermakna selepas rumah itu dihibahkan ke atas tiga penama iaitu kepada 3 anaknya dan kemudian anak²nya ingin menjual rumah tersebut maka kiraan faraid tiada lagi? Iaitu anak² lelaki 2 nisbah satu kepada anak perempuan. Hasil penjualan rumah tersebut adalah mengikut sama rata di antara mereka?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +2

      Hasil dibahagikan mengikut bahagian hibah, bukan faraid

    • @AMR-bs3vw
      @AMR-bs3vw Před rokem

      @@pusakaatausaka Baik tuan.

  • @ghairisson
    @ghairisson Před rokem

    salam en kalau ada dua nama, nama arwah mak , dan abah ada lagi, boleh hibah tak pada anak angkat

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Salam. Bahagian abah shj yg boleh hibah. Bahagian arwah mak kena lalui proses tuntutan pusaka dahulu

  • @yusya7298
    @yusya7298 Před 2 lety

    salam...sy nak tye la...sy ade sambung bayar satu kereta ni...nama xtukar lg....sbg contoh sy sambung bayar kereta milik abu...sy da bayar muka 5k...lepas tu sy sambung byr....sampai skrg ..da 8bulan...kalau si abu ni meninggal,adakah kereta tu tetap jadi harta faraid?keluarga si abu semua tau kereta tu dah dijual kepada sy tapi tak tau belum tukar nama..cume isteri si abu je yg tau...n isteri si abu ni tau sy yg sambung bayar....saya ada masalah untuk tukar nama...harap sangat tuan jawab...sy betul² ingin tahu..terima kasih ye...

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam. Jika abu meninggal, kereta tu akan jadi pusaka abu, menjadi milik waris

    • @yusya7298
      @yusya7298 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka so mcm mane sy nk buat skrg ni?jika si abu ni meninggal...boleh ke isterinye bg pd sy kereta tu...abu xd anak lelaki...3org perempuan...

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Kalau SEMUA waris bersetuju utk berikan, maka boleh. Tetapi jika ada anak2 kecil, akan jadi masalah sbb mereka waris yg tak boleh bersuara dr sudut undang2
      Sebenarnya kaedah pembelian mcm ni memang bermasalah. Sangat2 tidak digalakkan. Sebaik2nya tukar nama cepat2 sementara masih hidup. Itu shj cadangan saya

    • @yusya7298
      @yusya7298 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka family abu ni ade anak 3org perempuan...2org anak sendiri,1 org anak tiri...so yg layak atas harta tu isteri,ibu bapa abu dan anak² termasuk anak tiri skali ke?boleh ke klo isteri yg suarakan bg pihak anak² yg masih kecil?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Jika anak tiri tu bermaksud anak isteri dari perkahwinan lama, dia bukan waris. Yang lain2 adalah waris. Bagi yg ada anak bwh 18 tahun, kena tahu bab "wang cucuran". Jika tiada persediaan yang betul semasa hidup, bahagian anak mereka akan dihantar ke Amanah Raya, ARB untuk disimpan sehingga umur 18 tahun ( tertakluk kpd prosedur ARB).
      Biasanya bagi kereta, bahagian mereka digantikan dgn wang tunai, yg kemudiannya disimpan di ARB. Sebab kenderaan akan boleh 1 pemilik sahaja tetapi waris2 ramai. Biasanya akan berlaku tebus pusaka (digantikan dgn benda lain spt wang tunai).
      Utk isteri suarakan bagi melepaskan anak2 bawah umur, itu tidak boleh. Hanya boleh tebus pusaka sahaja. Walaubagaimanapun, bergantung kpd hakim utk buat keputusan

  • @azrulkhan._
    @azrulkhan._ Před rokem

    Assalamualaikum tuan, berkenaan tentang saksi.. bolehkah saksi hibah itu terdiri daripada anak sendiri. makna kata disini anak kita yang menjadi saksi kepada si ayahnya yang menghibahkan tanah kepada anak saudaranya. mohon penjelasan dari tuan. terima kasih

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Wa'alaikumussalam. Biasanya saksi kami gunakan orang luar. Sbb kalau anak sendiri takut timbul isu nanti

    • @azrulkhan._
      @azrulkhan._ Před rokem

      @@pusakaatausakabagaimana sekiranya si anak itu sudah pun bersetuju berkenaan hibah yg dibuat? masih lgi boleh atau sememangnya perlu gunakan orang luar sebagai saksi?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Dikhuatiri bersetuju sekarang tetapi jadi cerita lain semasa perlaksanaan.

  • @user-mp9re7nd5y
    @user-mp9re7nd5y Před 3 lety +2

    As salam Tuan? saya ada soalan.. siapakah orang2 yang layak untuk menguruskan Hibah Harta ini? Adakah syarikat atau agensi yg boleh menguruskan nye? terima kasih

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 lety +2

      Salam. Semestinya orang yang berkemahiran dalam undang-undang sivil dan undang-undang syariah sebab Hibah Harta melibatkan kedua-duanya. Dan penting juga mereka berkemahiran dalam hukum dan undang2 hibah.
      Kebiasaannya sama ada peguam atau Syarikat Amanah. Cuma saya lebih mencadangkan Syarikat Amanah berbanding yang lain kerana Syarikat Amanah tidak boleh tutup kedai. Penting kerana kita mahu mereka masih wujud bila kita "tiada" nanti.
      Kalau tuan/puan memerlukan khidmat nasihat saya, boleh isikan borang temujanji ini: forms.gle/bXWEw81FJ1YNmL3X8
      atau terus hubungi link ini: wanhaslimwanibrahim.wasap.my
      Insyaallah saya akan guide

    • @izzattaz6290
      @izzattaz6290 Před 3 lety +1

      @@pusakaatausakasy setuju dgn syarikat amanah. if dgn lawyer better yg betul² lama atau established sbb if saksi tu payah kdng saksi da x keje situ then dorg xnk bg kerjasama atas alasan bkn kerja situ.

    • @adiwira1351
      @adiwira1351 Před rokem

      @@pusakaatausaka camane jika buat sendiri surat hibah dan dimatikan setem hasil di lhdn dengan kos yg lebih rendah .. tanpa menggunakan syarikat amanah raya atau melalui peguam ...
      Adakah dokumen hibah itu sah dan tidak boleh dicabar oleh mana2 org d mahkamah dan diakui sah oleh mahkamah

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Yang penting isi kandungan

  • @missberry3684
    @missberry3684 Před 5 měsíci

    Assalam, hukum faraid sah ke jika pewaris non Muslim?mksud Suami mualaf, Ada ank non muslim, jika non Muslim boleh tuntut hrta bapanya?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 5 měsíci

      Salam. Puan bertanya "jika waris non Muslim" kan? Waris non muslim tiada hak faraid. Jika suami nak beri kpd anaknya yg non Muslim, boleh guna hibah atau wasiat.

  • @osmanali7438
    @osmanali7438 Před 2 lety

    Tuan , jika sy meninggal dan waris telah keluarkan duit tabung haji sy setelah meninggal sedangkan sy dah daftar hibah pada isteri sy tanpa pengetahuan mereka boleh kah mereka kluarkan duit sy dan faraidkan? Sy tiada waris lelaki..

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +1

      Dari segi hukum dan undang, harta yg dihibahkan tidak perlu difaraidkan. Cuma kena lihat sudut perlaksanaan hibah itu. Adakah hibah itu dibuat di tabung haji sendiri atau pihak luar? Adakah penama di tabung haji sama dgn penerima hibah.
      Walaupun sudah dihibahkan, ada beberapa loophole dalam perlaksanaan selepas kematian yang perlu diperincikan.
      Pengeluaran dari tabung haji dan pembahagiaannya ada 2 perkara berbeza. Kadang kala isu pembahagian sudah ok, tapi isu pengeluaran pula bermasalah.
      Contohnya walaupun sudah dihibahkan, tetapi penama di tabung haji adalah orang lain, penama tu tetap boleh keluarkan duit tu dan buat apa sahaja walaupun sepatutnya diberikan kepada penerima hibah.

    • @osmanali7438
      @osmanali7438 Před 2 lety +1

      @@pusakaatausaka maksudnye ada beza hibah dari tabung haji dan luar?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Ada perbezaan. Dari terma dan syarat serta kaedah yang digunakan.
      Sebagai contohnya, dengan kaedah biasa, sekiranya penerima meninggal dunia sebelum pemberi, duit tu akan jadi pusaka/faraid penerima walaupun pemberi masih hidup. Adakah pemberi sedar dan setuju dengan syarat ini?
      Jadi kena faham betul2 kaedah hibah yang dibuat

  • @alizanalip8950
    @alizanalip8950 Před 2 lety

    Salam,kalau duit yg dihibahkn d acc asnb mcmna cik,perlu faraid atau jd hadiah kpda si penma yg dihibahkn

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +2

      Salam. Kalau duit asnb dah dihibahkan, akan terkeluar daripada pusaka dan tak perlu difaraidkan. Boleh buat di asnb sendiri atau dgn pihak luar. Kalau pihak luar, ada lebih banyak pilihan cara

    • @alizanalip8950
      @alizanalip8950 Před 2 lety +1

      @@pusakaatausaka waalaikumsalam,trima kasih bnyak cik,sbb arwah mama sy ada hibahkan kami adik brdik,sy takut trmkn harta pusaka,

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +2

      @@alizanalip8950 insyaallah kalau ada hibah takde masalah. Semoga urusan dipermudahkan ye

    • @alizanalip8950
      @alizanalip8950 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka trima kasih,aamiin

  • @irwansharif7647
    @irwansharif7647 Před 2 lety +1

    Salam tuan, sah ke hibah rumah pada isteri tapi tak tukar nama. Nnt bila suami meninggal baru tukar nama isteri. Apa kesannya sekiranya isteri meninggal terlebih dahulu. Adakah rumah tersebut kena faraid pada waris isteri?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +2

      Salam tuan. Hibah akan sah bila cukup rukun, syarat al-qabd, dan niat yg betul. Biasanya saya pun advice client utk tukar nama selepas kematian, atas faktor2 tertentu. Kalau isteri meninggal dulu, barang hibah akan jadi faraid isteri KECUALI diletakkan syarat RUQBA
      Maklumat lanjut, boleh hubungi : wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @lynnyunus6449
    @lynnyunus6449 Před rokem

    Salam tuan .saya nk tya. Bleh kan saya hibah kan duit simpanan dlm akuan bank saya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam..insyaallah boleh. Sila hubungi whatsapp saya..

  • @apache7244
    @apache7244 Před 2 lety +1

    Tumpang tanya, kalau rumah sudah dihibahkan kepada si isteri...tapi bercerai. Adakah status rumah tersebut?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +2

      Hibah kepada isteri tidak boleh ditarik balik kecuali dengan kebenaran isteri. Selalunya, saya selalu cadangkan untuk hibah kepada anak-anak kerana boleh ditarik balik bila2 masa (bahasa mudahnya). Tetapi letakkan syarat bahawa anak tidak boleh ganggu isteri tuan jika beliau mahu tinggal di situ, termasuklah tidak boleh dijual

    • @abdullahazzam5173
      @abdullahazzam5173 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka hibah boleh bersyarat ke?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Boleh. Dalam hidup kita seharian kita amalkan. Contohnya: Hibahkan kpd anak sebuah basikal dgn syarat belajar rajin2.
      Dalam undang2 pun ada hibah bersyarat. Yg paling meluas adalah hibah bersyarat pada takaful

  • @norahassanong2273
    @norahassanong2273 Před rokem

    Salam tuan, kalau saya nak buat hibah nak bg pada adik beradik yg tertentu Saja.. boleh ke?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam. Insyaallah boleh. Boleh hubungi saya di link whatsapp utk kita bincang lbh lanjut

  • @awfaazzahra590
    @awfaazzahra590 Před 2 lety +1

    Ilmu dh bagus.tp muzik kuat sgt..kalau kurangkan muzik lebih baik tuan..tq

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Baik2..terima kasih. Insyaallah akan diperbaiki

    • @LadyZaza_78
      @LadyZaza_78 Před 5 měsíci +1

      setuju, tak perlu letak muzik latar

  • @ummukhadijah6286
    @ummukhadijah6286 Před 9 měsíci

    Assalamualaikum tuan,nak tanya,saya berniaga bersama suami bila dia beli barang kemas dia hadiahkan untuk saya adakah bila dia meninggal dunia barang kemas tu automatik menjadi harta pusaka.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 9 měsíci

      Salam puan. Harta yg dihadiahkan kepada puan adalah milik puan, bukan pusaka suami... kecuali diberikan sebagai pinjaman.

    • @ummukhadijah6286
      @ummukhadijah6286 Před 9 měsíci

      @@pusakaatausaka ohh mcm tu, t.ksh kasih bnyk2 atas pencerahan tuan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 9 měsíci

      Sama2

  • @mrri8166
    @mrri8166 Před rokem

    Apa beza syarikat amanah yg lain dengan amanah raya berhad tuan.
    Adakah fi berbeza.
    Adakah ARB ni bawah kerajaan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Mana2 syarikat amanah tertakluk kepada Akta Syarikat Amanah, iaitu mempunyai bidang kuasa yg sama. Arb di bawah kerajaan dan mempunyai bidang kuasa tambahan iaitu sebagai institusi yang menguruskan pusaka dalam kategori Pusaka Ringkas.
      Dari segi fee, solusi, pengurusan juga berbeza2 sebab pengurusan dan perancangan harta dan pusaka ini sangat luas
      Dari sudut

    • @mrri8166
      @mrri8166 Před rokem

      @@pusakaatausaka Jadi kalau nak hibah hartanah bercagar, adakah ARB lebih murah atau bagaimana tuan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Tak pasti jika ARB ada hibah harta bercagar. Pelopor kepada hibah harta bercagar di Malaysia adalah Wasiyyah Shoppe

    • @mrri8166
      @mrri8166 Před rokem

      @@pusakaatausaka Ooo ARB takde yang macam tu ya. Tqtqtq

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Kalau nk tahu macam mana nk buat hibah harta bercagar, boleh whatsapp saya. Link di ruang description

  • @sharifahbarlianaidid1635
    @sharifahbarlianaidid1635 Před 11 měsíci

    Bolehkah hibah semua harta sebab nak elak dari harta jatuh ketangan baitulmaal

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 11 měsíci

      Boleh... Cuma niat hibah perlu ditepati terlebih dahulu.

  • @nashrizadaud6495
    @nashrizadaud6495 Před rokem

    bagaimana sy nk bibahkn harta sy kepada ank2,..

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Hibah perlu penuhi keperluan hukum syara' dan undang-undang syariah dan sivil.
      Boleh hubungi saya untuk sesi konsultasi percuma:
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @mamaintan72
    @mamaintan72 Před 10 měsíci

    Assalam,arwah ayah saya telah meninggalkan harta sperti rumah,tanah n wang tunai..kami adik bradik sepakat bahagi sama rata.bagaimana untuk membahagi nilaian keatas tanah yang ada tapak rumah..dan tanah kosong

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 10 měsíci

      Salam. utk nilaian hartanah boleh dapatkan khidmat penilai hartanah

    • @user-sy4zz3pr6m
      @user-sy4zz3pr6m Před 3 měsíci

      Dah buat @ tidak?? pergi pejabat tanah masa submit dokumen ...nt ada valualtion...murah dr amanah raya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 měsíci

      Bukan pejabat tanah tapi pejabat pusaka kecil di bawah JKPTG. Pejabat tanah di bawah kerajaan negeri. 2 bidang kuasa yg berlainan. Cuma biasanya lokasi kedua2 pejabat dalam bangunan yg sama.

  • @khuzairi6756
    @khuzairi6756 Před 2 lety +1

    Bolehkah hibah letak nama anak yg masih kanak² tuan?

  • @lailirosli3147
    @lailirosli3147 Před 2 lety

    Tuan, utk Hibah Harta perlu dibuat sewaktu Penama nya masih hidup atau mcm mana?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Betul..mesti masih hidup

    • @lailirosli3147
      @lailirosli3147 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka maksudnya kalau dah buat tak perlu lalui Sistem Faraid ke?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Perlu lalui proses urusan pusaka jika dengan Hibah Bersyarat. Tetapi pembahagian mengikut kepada siapa yg kita hibahkan.
      Jika guna Hibah Mutlak boleh elakkan proses tuntutan pusaka.
      Cadangan saya, buat Hibah Bersyarat + Khairat Pusaka sebagai komprehensif solution

    • @lailirosli3147
      @lailirosli3147 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka dalam hal ni kita perlu berjumpa dgn siapa ye Tuan?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Boleh whatsapp di link ini:
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my
      013-397 7710

  • @fahmifaris5299
    @fahmifaris5299 Před rokem

    salam tuan, bolehkah sesuatu hibah itu diberikan kepada seorang murtad?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam. Secara asasnya boleh, tetapi hibah ni berkaitan dengan pengurusan harta yg dituntut dalam agama.

  • @nanimarjuki6269
    @nanimarjuki6269 Před rokem

    assalammualaikum.. boleh atau tidak suami saya hibah kan rumah kepada anak perempuan kami tapi rumah itu masih ada hutang di bank?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Wa'alaikumussalam. Boleh cuma ada syarat2 dan kaedah2 tertentu. Boleh whatsapp saya utk perbincangan lanjut

  • @izzatinabilah5624
    @izzatinabilah5624 Před rokem

    Assalamualaikum tuan, saya nak tanya nenek dah hibahkan tanah kepada cucu, selepas 6tahun nenek tuntuntan balik hibah itu boleh ke?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam. Boleh. Hibah kepada anak cucu dan ke bawah boleh dibatalkan tanpa persetujuan penerima

    • @izzatinabilah5624
      @izzatinabilah5624 Před rokem

      @@pusakaatausaka Maksud nya walaupun cucu tak bersetuju, nenek tetap boleh tarik balik?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Betul

    • @zaitonariq6624
      @zaitonariq6624 Před rokem

      Assalammualaikum tuan,saya nak tanya.saya tidak mempunyai anak tapi banyak harta peninggalan arwah suami.seperti rumah .rumah kedai..saya sudah hibah. Kepada anak .angkat lelaki.dan dua orang cucu.lelaki secara sah dan sudah. Di alkad pun.pertanyan saya ada kah saya masih berhak pada duit .sewaan rumah kedai itu.jika saya minta pada anak..perjanjian pada hibah selagi saya ada umur memang saya masih berhak keatas segala harta 2 itu.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Wa'alaikumussalam. Bergantung kepada perjanjian/syarat hibah tersebut.
      Tetapi jika puan letak syarat selagi mana puan hidup puan masih berhak ke atas harta itu, saya khuatir hibah tu tak sah sebab hibah itu mestilah diberi pemilikan kepada penerima.
      Mgkn hak menikmati manfaat/hasil yg puan perlu masukkan dlm syarat hibah

  • @metametalfire
    @metametalfire Před 11 měsíci

    salam tuan....ape hukumnya adik beradik menuntut harta hibah???

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 11 měsíci

      Salam. Sama dgn hukum menuntut harta orang lain yg bukan haknya

  • @Agent-cg4zb
    @Agent-cg4zb Před 2 lety +1

    Assalamualaikum Tuan ..Saya Ada masalah ttg Hibah ni , Saya nak Tanya Seblm Arwah Mak Saya Meninggal dia telah menghibahkan Rumah Banglow , Tanah Dusun Dan Rumah kg hanya pd 3 org anaknya shja..Hibah ini dibuat tanpa pengetahuan anak2 yg lain..Sebenarnya Rumah Banglow , Tanah Dusun Dan Rumah kg tu dah termasuk dlm pembahagian feraid , sebab Penjualan Tanah dlm tahun 1997 ..Ada keSah Hibah yg dibuat oleh Arwah Emak pd Ke 3 org anak shja ..sedangkan harta tu sudah pun difaraidkan..cuma Kita belum mendapat bahagian sbb Masih dlm bentuk aset..sedangkan dlm aset2 ini , tiga2 org ini sudah pun Ada nama dlm Geran rumah Banglow , dusun Dan rumah kg..Masih Ada ke hak kami adik beradik KEATAS aset2 tersebut ..Saya betul2 berharap Tuan dapat membantu dlm masalah Saya ini..

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam. Hibah hanya perlu ijab dan qabul antara pemberi dan penerima sahaja, tak perlu melibatkan waris yang lain. Harta yg sudah dihibahkan tak perlu dibahagikan faraid. Cuma harta itu mesti milik pemberi sepenuhnya semasa ia dihibahkan.
      Maaf, saya tak faham kaitan dengan penjualan tanah 1997.

    • @Agent-cg4zb
      @Agent-cg4zb Před 2 lety

      Assalamualaikum Tuan..Biarlah Saya ceritakan cerita yg sebenarnya..Saya Ada 9 adik beradik se Emak sebapak (adik beradik ) kandung..Pada Tahun 1997 Tanah Felda Sendayan Telah dijual pd PKNNS , Untuk menjualkan Tanah Ladang sepuluh ekar perlukan nama , Tapi ketika itu Arwah Ayah Saya x MEMBERIKAN nama pd mak Saya ketika itu mak belum meninggal , Geran Tanah ketika itu x bernama , jadi kami adik beradik yg Sembilan org ini bersetuju meletakkan nama pd Emaklah ketika itu sebagai wakil utk penjualan Tanah kebun kami..Dlm Tawatan penjualan tu PKNNS menawarkan sebahagian Wang tunai Dan Tanah Dusun 2 ekar Dan Sebiji rumah Banglow . Kami setujulah dgn berwakilkan nama mak . Setelah dijual kami telah menerima bahagian kami mengikut feraid yg anak lelaki 1 bahagian Dan anak perempuan 1/2 bahagian Dan mak pun mengikut 1/2 harta pencarian Dan 1/8 lagi harta feraid..Tapi rumah Banglow Dan Tanah Dusun Kita adik beradik belum dapat apa2 bahagian dari penjualan tadi..setelah berapa tahun berlalu, tanpa pengetahuan kami Emak telah MEMBERIKAN rumah Banglow Dan Tanah Dusun serta Tanah kg pd 3 org anak yg dia suka shja..maksudnya Hibahlah..dgn senyap2 Emak telah menukarkan nama dia pd kakak Dan adik2 saya bertiga tulah..apa yg Saya dapat tahu mak Saya telah menjualkan rumah Banglow , Tanah Dusun Dan Tanah kg tu dgn rm 10k setiap satu..klu mengikut keterangan Tuan Hibah dibuat x perlu sebarang pembayaran cuma dibahagi dgn kasih sayang ..Di pejabat Tanah semasa mak menukar nama mmg dia tulis dia bagi dgn kasih syg pd setiap Geran Tanah..Ada ke Sah Hibah yg dibuat oleh Arwah Emak saya pd 3 org adik beradik saya sedangkan aset2 tu dah masuk didlm faraid ..Ada ke hak kami lagi dlm aset2 itu..klu Ada boleh ke kami menentang Hibah tu dimahkamah ? Mohon Tuan berikan pandangan dlm masalah Saya ini..

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +2

      Jika ikut penerangan tuan/puan, rumah banglo dan tanah tu adalah harta amanah. Arwah ibu adalah pemegang amanah. Jika arwah tidak tunaikan amanah seperti membahagikan kepada waris2 lain, dia dianggap pecah amanah dan merupakan kes jenayah. Boleh bawakan kes ke mahkamah jika ingin tuntut bahagian.

  • @zukaplijaffar8048
    @zukaplijaffar8048 Před 9 měsíci

    Perintah Pengesahan Hibah dibuat ke Mahkamah Syariah

  • @halimrokik7407
    @halimrokik7407 Před 2 lety

    Salam nk tanya. Kalau mak ada hibah rumah. Pastu mak ada bgthu kt abg dan kakak, boleh ke guna tu sebagai saksi? Cnth: mak bghtu kt abg, rumah ni mak bg kt saya depan saya. Sah ke mcm tu?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam tuan. Kalau ucapan di depan tuan dan tuan ada menerimanya dan ada perbuatan yg menunjukkan tuan menerima (al-qab) spt tinggal di rumah itu, terima kunci, maka dianggap hibah itu sah (rukun lain spt pemberi, penerima, harta juga mesti sah)
      Saksi hanya jika ada keperluan undang2. Cuma saya cadangkan sekiranya ibu masih ada, sebaik2nya dokumenkan

    • @halimrokik7407
      @halimrokik7407 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka Ibu dah xde pastu abg ckp bawa kt mahkamah. Nak tahu apa mahkamah akan tanya dan buat nanti. Boleh ke guna tu sebagai bukti.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      @@halimrokik7407 guna apa ye sbg bukti? Bukti ni biasanya dlm bentuk dokumen bertulis, video, audio dan sebagainya. Kalau saksi, hanya sbgai statement saksi shj

    • @halimrokik7407
      @halimrokik7407 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka Masa tu x ada ambil video, tulis or video. Jadi perlu statement dari saksi ke masa kt mahkamah nanti? Boleh ke kalau xbawa kes ni ke mahkamah? Sbb dah sah hibah kt situ.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Statement saksi sebab tiada bukti.
      Boleh utk tidak bawa ke mahkamah syariah jika semua waris setuju. Tapi masih kena bawa ke proses sivil tuntutan pusaka utk dapatkan perintah pembahagian (Mahk Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil). Di sana semua waris perlu menyatakan melepaskan hak masing2 kpd tuan. Selepas tu baru boleh ke pejabat tanah utk tukar nama dlm geran

  • @user-to2tw6ku4i
    @user-to2tw6ku4i Před 5 měsíci

    Assalamualaikum tuan. Semasa ayah saya hidup, dia telah membuah hibah tanahnya kepada saya pada jan 2020. Sekarang ayah saya dah meninggal dan saya pergi kepejabat tanah untuk buat pengesahan nama. Setelah di periksa nama masih ayah saya dan nama saya tidak didaftarkan. Dan saya berjumpa dengan peguam yg menguruskan hibah dan dia mengataknkan hibah tidah boleh didaftarkan pd tahun 2020. Ape patut saya lakukan tuan. Terima kasih

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 5 měsíci +1

      Wa'alaikumussalam. Sepatutnya peguam yg buatkan hibah tersebut bantu puan utk selesaikannya. Boleh saya tahu apa cadangan peguam tersebut?

    • @user-to2tw6ku4i
      @user-to2tw6ku4i Před 5 měsíci

      Dia meminta saya mengumpulkan semua ic adik beradik untuk daftar faraid

    • @user-to2tw6ku4i
      @user-to2tw6ku4i Před 5 měsíci

      Adekah hibah saya tu sah walau tak didaftarkan. Ape yg patut saya buat. Patutkah saya daftar hibah ke mahkamah syariah

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 5 měsíci

      @@user-to2tw6ku4i kemungkinan hibah yg dibuat adalah hibah di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi syariah.
      Maksudnya di sini, hibah tu dah sah, cuma perlu diproses sebelum didaftarkan di pejabat tanah.
      Secara amnya, dokumen hibah tersebut perlu dibawa ke mahkamah tinggi syariah utk disahkan dan mendapat Perintah Pengesahan Hibah. Perintah tersebut perlu di bawa ke proses tuntutan pusaka sama ada di Mahkamah Tinggi Sivil (perlu lantik peguam) atau Pejabat Pusaka Kecil.
      Tetapi jika semua waris yg terlibat bersetuju untuk ikut dokumen hibah tersebut, tak perlu bawa ke mahkamah tinggi syariah utk disahkan. Hanya perlu lalui proses tuntutan pusaka dan dianggap sebagai muafakat.
      Jika waris muafakat, saya ada servis utk proses sama ada di Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil. Jika jumlah nilaian pusaka kurang daripada RM 2 Juta, boleh bawa ke Pejabat Pusaka Kecil sbb kos lebih murah.

    • @user-to2tw6ku4i
      @user-to2tw6ku4i Před 5 měsíci

      Boleh saya minta cadangan tuan. Adekah saya perlu teruskan proses hibah saya ni dengan peguam yg uruskan hibah saya. Tanah ayah saya nilainya lebih 2 juta. Tentang cadangan tuan untuk guna khidmat tuan akan saya tanya anak saya dulu.

  • @rosiskandar8885
    @rosiskandar8885 Před 3 lety

    office kat mana tuan... ? memang mencari tempat tuk buat hibbah ni.. kalau harta dlm hutang cth rumah... boleh hibbah ke.?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 lety

      Insyaallah, rumah dalam hutang boleh dihibahkan, cuma ada syarat2 tertentu.
      HQ di Kota Damansara. Biasanya saya akan consult secara online zoom dahulu, terutama musim Covid19 ni.
      Boleh isikan borang ini utk pilih masa yang sesuai utk sesi consultation:
      forms.gle/p1ZtX2nX2t36mNf5A
      Atau boleh terus whatsapp saya
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @mohamadfazrul7572
    @mohamadfazrul7572 Před měsícem

    berapa kos nak buat hibah rumah harga rm200k?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před měsícem

      Boleh whatsapp saya di whatsform.com/hdycuo
      Maaf fee hibah tak sesuai utk saya nyatakan di sini

  • @julia8980
    @julia8980 Před 2 lety

    Tmpang tnya..klu contoh rmah nama istri..bila suami mninggal,kluarga belah suami bleh ke tuntut part rumah tu?

  • @ellelydia3409
    @ellelydia3409 Před 2 lety

    Maknanya... Kalau rakam dalam bentuk video boleh ye cik?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Boleh kalau ke mahkamah syariah. Cuma kena pastikan content video tu mesti betul. Cukup rukun dan syaratnya.
      Dan masa execution, kena pastikan content tu boleh dipertahankan semasa perbicaraan nanti. Contohnya kalau rumah dalam loan dihibahkan, kena tahu hujahan kenapa boleh dihibahkan sedangkan sudah dicagarkan.

  • @YahayaOthman-vp3vi
    @YahayaOthman-vp3vi Před 2 měsíci

    Boleh ka hibah kepada bukan waris

  • @mlla1718
    @mlla1718 Před rokem

    Saya pernah nak buat dgn amanahraya tapi mcm mahal je, saya buat dgn peguam berdaftar

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Biasanya hibah boleh dibuat dgn peguam atau syarikat amanah

    • @adiwira1351
      @adiwira1351 Před rokem

      Berapa kos pengajaran utk sediaka. Dokumen hibah dgn lawyer

  • @osmanyusop5645
    @osmanyusop5645 Před 2 lety

    Boleh kah warith harta faraid terima hibah.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Boleh tuan. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa pun. Wasiat yang ada had

    • @osmanyusop5645
      @osmanyusop5645 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka tk tuan. Boleh ke sy wasiat rumah kpd anak angkat sy,sedangkan sy ada warith.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Boleh wasiat kepada anak angkat cuma terhad kepada 1/3 daripada keseluruhan harta.
      Kalau hibah tiada had

    • @osmanyusop5645
      @osmanyusop5645 Před 2 lety

      @@pusakaatausaka tk banyak tuan. Muga Allah melapngkan hidup tn didunia n diakhirat.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +1

      Terima kasih. semoga dipermudahkan segala urusan tuan

  • @laksamanabatasraja8693
    @laksamanabatasraja8693 Před 3 měsíci

    Hibah ni hadiah tp boleh dicabar

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 měsíci

      Semua perkara boleh dicabar tuan. Perlembagaan Malaysia pun dicabar. Sebb tu pentingnya buat hibah dengan cara yg betul mengikut hukum dan undang2. Supaya walaupun dicabar, tetap boleh dilaksanakan.
      Yang jadi masalah bila dibuat dengan cara yg salah.
      Dan jangan keliru antara wasiat dan hibah. Wasiat kalau dicabar memang terbatal

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 měsíci

      Dan sebagai penyedia hibah terbesar di Malaysia, hibah kami memang sentiasa dicabar.
      Alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan 😊

  • @mrri8166
    @mrri8166 Před rokem

    Hibah rumah kpd isteri pemegang paspot boleh?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Bergantung kpd syarat tertentu. Paling mudah, adakah rumah tu boleh dipindah milik di pejabat tanah? Jika boleh, insyaallah boleh dihibahkan

    • @mrri8166
      @mrri8166 Před rokem

      @@pusakaatausaka bagaimana nak tahu rumah itu boleh pindah milik atau tidak

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      @@mrri8166 Pindah milik kpd warga asing ni berlainan bagi setiap negeri. Tuan boleh ke pejabat tanah di mana hartanah tu didaftarkan bertanya dgn mereka

  • @malinamatdaud160
    @malinamatdaud160 Před rokem

    salam sy nama kedua utk rumah pertama kami ..sy nk suami hibbah ats nama sy

    • @malinamatdaud160
      @malinamatdaud160 Před rokem

      boleh kaa sebb renovate rumah semua duit saya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Salam. Insyaallah boleh. Whatsapp saya di wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @saramarzuki2945
    @saramarzuki2945 Před rokem

    ada kah perlu persetujuan adk brdk yg lain sblum.seorang ibu hibah kpd salah seorg anak?

  • @Muhammad-uu3nu
    @Muhammad-uu3nu Před 3 lety

    Camana saya nak contact encik ni.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 lety

      Boleh whatsapp saya di link wanhaslimwanibrahim.wasap.my

    • @zulputra9932
      @zulputra9932 Před 3 lety

      kalau takaful hibah mcm mana encik?sy hibah pada adik sy untuk keperluan anak sy yg umur baru 10 tahun.dan sedikit duit tu buat sedekah di masjid atau org yg memerlukan.jadi apa hukumnya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 lety

      @@zulputra9932 Kalau tuan berniat sedemikian, adik tuan perlu diikat dengan Surat Ikatan Amanah untuk memastikan beliau melaksanakan arahan tersebut. Sebab tanpa surat ini, adik tuan merupakan penerima mutlak mengikut Akta Kewangan 2013. Terpulang kepada beliau untuk menggunakan wang tersebut. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

    • @zulputra9932
      @zulputra9932 Před 3 lety

      @@pusakaatausaka ooo..jadi kena buat surat ikatan amanah baru sah la kan.. yg encik bgtahu td kalau niat hibah lain n niat untuk wasiat tu lain.yg ni bknnya wasiat pusaka la kan.betul x?

    • @zulputra9932
      @zulputra9932 Před 3 lety

      maksud sy perbezaan akad hibah dgn akad wasiat.yg ni sy keliru sebab sy ada bgtahu dekat adik sy duit cover insurance tu diberi pada ank sy dan sedekah

  • @RSO-IV
    @RSO-IV Před rokem

    Jika anak A tu sudah terima hibah drpd ibu (semasa hidup), cth 2 relong. Jumlah tanah ibu adalah 10 relong.
    Bila ibu meninggal, dan baki tanah yg ada adalah 8 relong, dan anak² ABCDE memilih cara faraid. Adakah 2 relong hibah tadi perlu tolak drpd A atau si A boleh menerima bhg faraid pula?
    Dlm kes ni, si A sudah menerima hibah 2 relong. Kini menerima (diumpukkan lagi) bhg faraid.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Barang yg dihibahkan terkeluar dari pusaka. Baki 8 relong perlu ikut faraid termasuk kepada anak A