Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 3)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 07. 2021
  • Bagi pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak, mereka sering berhadapan dengan pelbagai isu pembahagian pusaka. Antara isu yang bakal dihadapi adalah pasangan yang ditinggalkan akan berkongsi harta dengan keluarga si mati, mengikut pecahan faraid. Kadangkala situasi ini menyebabkan pasangan yang hidup boleh kehilangan tempat tinggal.
    Antara harta pusaka yang memerlukan perhatian adalah harta berbentuk hartanah. Harta seperti rumah, tanah, kondominium, rumah kedai dan sebagainya ini dianggap harta kritikal kerana mempunyai risiko yang tinggi disebabkan oleh:
    - Harga jualan dan potensi kenaikan harga yang tinggi.
    - Sukar dibahagikan kerana bukan aset cair.
    - Kadar perebutan tinggi kerana sejenis aset yang kekal.
    Empat kebarangkalian pembahagian pusaka yang biasa berlaku ke atas aset berbentuk hartanah:
    Pertama: Waris-waris melepaskan hak.
    Kedua: Waris lepaskan hak dengan kaedah tebus bahagian.
    Ketiga: Waris meminta sewaan mengikut kadar sewaan biasa atas persetujuan.
    Keempat: Waris minta nama mereka dimasukkan ke dalam geran.
    Apakah tindakan terbaik yang perlu diambil oleh pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak?
    Adakah hibah merupakan jalan penyelesaiannya?
    Sila tontoni video ini
    Maklumat lanjut, boleh hubungi : whatsform.com/hdycuo
    Faraid Kritikal: Pasangan Suami Isteri Yang Tiada Anak (Bahagian 1):
    • Faraid Kritikal: Pasan...

Komentáře • 34

  • @muhamadanuarsalehudin3033
    @muhamadanuarsalehudin3033 Před měsícem

    Alhamdulillah.. tkasih

  • @faizzamri8120
    @faizzamri8120 Před 3 lety +2

    Salam tuan. Nak tanya, bukan ke selalunya orang buat hibah sebab taknak lalui proses faraid yang boleh menyebabkan waris² bergaduh?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 3 lety

      Salam Tuan. Hibah adalah KAEDAH pembahagian harta. Tujuannya bukan untuk elakkan proses pusaka, tetapi satu cara untuk kita rancang dan bahagikan harta. Tapi hibah ni perlu melalui PROSES UNDANG2 pembahagian.
      Hibah mesti berlaku semasa hidup tetapi proses dari segi undang2 ini boleh dilakukan sama ada semasa hidup (pindah milik) atau selepas kematian (turun milik).
      Bergantung kepada keperluan. Setiap satunya ada kelebihan, kekurangan, limitation dan cara2 tertentu.
      Jika memilih untuk diproses selepas kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pusaka.
      Jika diproses semasa hidup, pemilik asal tak boleh/sukar nak buat hibah secara bersyarat
      Kalau tuan nak bertanya lebih lanjut, kita boleh berbincang lebih lanjut secara online Zoom. Insyaallah percuma sahaja

    • @nekonapper
      @nekonapper Před rokem +1

      dalam pengalaman saya,
      bagus Hibah sewaktu Hidup (si mati pindah milik harta kepada anak ketika si ayah/mak hidup), penting supaya anak2 yg jahat tak boleh nafikan hibah tu dan minta faraid.
      biar mati nanti, faraidkan duit simpanan dan emas aja, tak perlu pening2 utk aset2 yg besar dan susah nak dibahagikan mcm rumah, tanah.
      bayangkan rumah yg dihibahkan akhirnya perlu difaraid, pastu yg jahat tu pula memilih utk tidak menjual bahagian dia, takkan la rumah tu nak kena asingkan sebelah bilik utk si dia?
      tak pasal2 kena pi mahkamah utk lawan kes, abes lagi duit kat lawyer dan bagai...

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Betul. Jika tiada kepentingan ke atas harta tersebut, boleh terus pindah milik semasa hidup. Cuma jika masih ada kepentingan ke atas harta tersebut, maka lebih baik buat kaedah hibah bersyarat.
      Contohnya ayah dah pindah milik kepada anak. Tetapi anak yang pergi dahulu. Maka rumah itu akan jadi faraid si anak dan bahagian ayah hanya 1/6. Dan jika dah pindah milik, anak tu bila2 boleh halau ayahnya atau jual rumah tersebut. Jadi, perlu buat hibah dengan meletakkan syarat tertentu utk menjaga kebajikan dan kepentingan semua pihak.
      Begitu juga hibah terhadap harta2 lain. Apa nasib pemberi jika penerima meninggal dahulu atau menghabiskan harta tersebut

    • @cikgualiff717
      @cikgualiff717 Před rokem

      @@pusakaatausaka utk buat HIBAH kena berhubung dgn lawyer mcm mana ya

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Salam. Boleh hubungi saya terus. Saya akan recommend syarikat amanah yg paling berpengalaman dalam membuat hibah harta. Boleh whatsapp saya
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @2303768
    @2303768 Před 4 měsíci

    Sekiranya isteri meninggal dunia, suami dapat 1/2, bapa si mati masih hidup. Berapa pula si bapa dapat. Ibu telah meninggal. Suami 1/2 , bapa dapat berapa

  • @alieyaahamid.miss.chocomad1051

    Dekat mana sy boleh buat hibah?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před dnem

      Insyaallah saya boleh bantu. Sila klik link di ruangan description

  • @xk576
    @xk576 Před 5 měsíci

    Assalamualaikum en
    Saya sudah berkahwin, tp nikah di luar malaysia kerana suami ada isteri yg lain. Pendek cerita sebelum nak daftar pernikahan ini di Malaysia, suami sakit dan dia tinggal bersama isteri pertama. Sudah 3 tahun. Saya tidak mendapat sebarang nafkah sejak itu.
    Kami juga tiada anak. Dengan isteri yg lain beliau ada anak.
    Saya ingin tahu:-
    pertama:- jika saya meninggal adakah suami saya ada bahagian dlm harta saya kerana pernikahan kami berlaku diluar malaysia.
    Kedua:- saya ada sedikit simpanan, kereta yg masih dalam ansuran bulanan, sedikit tanah bserta rumah. Boleh kah saya hibah semua itu kepada adik lelaki saya. Saya juga ada 3 kakak perempuan. Atau saya perlu buat wasiat atau bagaimana

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 5 měsíci +1

      Wa'alaikumussalan.
      1) Ikut hukum, bahagian Suami puan adalah 1/2. Tetapi ikut undang2, suami puan tiada bahagian kerana pernikahan tidak didaftarkan. Ada risiko tinggi yang waris2 akan termakan harta batil jika tidak dirancang dgn betul kerana beza antara hukum dan undang2
      2) Ada yang boleh dan ada yang tidak. Saya perlukan detail aset2 tersebut. Utk pemberian kpd adik, perlu gunakan hibah kerana wasiat tidak boleh kpd waris faraid. Puan boleh whatsapp saya di wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @alizanalip8950
    @alizanalip8950 Před rokem

    assalamualaikum,kalau simati tiada anak dan isteri, waris yg masih hidup cuma adik beradik lelaki1 dan prempuan 1,siapa dan brp bahagian yg dpt

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam. Jika mak ayah atok nenek moyang dan ke atas sudah tiada....adik lelaki 2/3, adik perempuan 1/3

  • @zanizack1731
    @zanizack1731 Před 2 lety

    Assalamualaikum tuan,kalau saya ada 2 soalan :
    1. Saya ada 3 ank perempuan saja dan tiada ank lelaki.Jika saya dan isteri buat hibah kesenua harta untuk ank2 perempuan kami apabila kami menunggal adakah harta itu dapat semua kepada mereka.
    2. Ketika bapa mentua sedang koma,ibu tiri telah mengambil kesemua duit didalam laci ayah mentua yg anggaran dalam 7 ribu.Ayah pernah berpesan sebelum koma untuk guna duit itu sekiranya ada kos2 spital dan buat badal haji.Kini ayah dh meninggal adakah duit yg diambil ibu tiri iitu dikira pusaka? sebab ketika dia ambil ayah belum meninggal tetapi koma.tq tuan

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety +1

      Salam tuan
      1. Betul, harta yang sudah dihibahkan, terkeluar daripada harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan.
      Maklumat lanjut boleh whatsapp di sini:
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my
      2. Bergantung kepada kaedah pengambilan. Jika atas persetujuan bapa mentua (semasa beliau sihat, ada persetujuan), maka tidak perlu difaraidkan. Jika duit yg diambil tanpa kebenaran/persetujuan arwah, maka ia menjadi harta pusaka.
      Kos hospital dan badal haji adalah hutang arwah yang perlu dilunaskan melalui harta pusaka beliau.
      Tetapi perlu diingat, balu masih mempunyai hak nafkah semasa iddah dan juga mungkin hak nafkah tertangguh dan harta sepencarian....selain daripada hak faraid beliau.

    • @zanizack1731
      @zanizack1731 Před 2 lety +1

      Tqvm tuan di atas pencerahan..

    • @wanmrazali5446
      @wanmrazali5446 Před rokem

      Apalah kena mengena "bapa mertua" dan "ibu tiri"?

  • @prnce0usx0xo4
    @prnce0usx0xo4 Před 2 lety

    Assalamualaikum tuan.... abang saya telah kematian isteri, 4 tahun kemudian abang saya pula meninggal dunia...mereka tiada anak.
    Sebelum abang saya meninggal..abang ada cakap kepada adik lelaki saya " tanah aku tu engkau ambillah, sebab 1geran nama kita berdua"..
    Soalan saya adakah percakapan itu sebagai hibah dan tidak perlu difaraidkan?
    #Aruah masih mempunyai ibu, ayah, 1 adik lelaki dan 3 adik perempuan...
    Mohon pencerahan...terima kasih tuan.

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 2 lety

      Salam tuan/puan. Takziah atas pemergian ahli keluarga tuan. Kalau ikut ucapan yang disebut, seperti ijab hibah. Tetapi adakah ada qabul dari penerima? Adakah terdapat tindakan drpd penerima yg menunjukkan penguasaan terhadap harta hibah tersebut ( Al-Qabd), seperti tinggal di situ, atau mengusahakan tanah itu?
      Jika ada, maka itu adalah hibah dan tak perlu difaraidkan.

    • @kakjera32
      @kakjera32 Před rokem

      @@pusakaatausaka tuan, walaupun tiada black and white atau surat perjanjian yg ditandatangan ianya masih boleh diterima? kes sy lebih kurang begini juga, arwah bgtau melalui mulut dan penerima sudah pun menetap di tanahnya. adakah ianya boleh diterima? atau sekiranya waris lain mencabar hak itu ianya terbatal?

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Salam. Percakapan itu merupakan akad pemberi hibah yg merupakan salah satu rukun hibah. Cuma perlu juga patuhi rukun2 dan syarat lain seperti dalam video saya utk memastikan hibah itu sah

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem +1

      Jika niat yg betul, lengkap rukun dan syarat, maka hibah itu sah. Cuma perlu diproses melalui undang2 jika harta itu berdaftar, seperti harta berbentuk tanah. Sekiranya ada waris yg menentang, perlu dibicarakan di mahkamah tinggi syariah

    • @nekonapper
      @nekonapper Před rokem +1

      @@kakjera32 waris boleh cabar,
      dalam kes saya, arwah abah dah bawa semua anak2 bincang, bagi hibah depan2 semua secara lisan dan saksi, tapi tiada hitam putih macam wasiat tu...
      bila abah meninggal, abang sulung nafikan hibah tu, minta faraid,
      maka rumah yg kecil tu dah nak kena bahagi2...
      nak jadi lagi masalah, si abang tu tak mau jual bahagian dia dlm rumah tu...
      aduh, nak kena fight di mahkamah pula utk dptkn sebiji rumah tu...
      abes duit kat lawyer dan bagai
      :(

  • @ramlahabdulrazak4845
    @ramlahabdulrazak4845 Před 9 měsíci

    Assalamualaikum, sekiranya simati meninggalkan seorang isteri, seorang anak angkat (anak saudara simati) dan seorang adik perempuan...kedua ibu bapa dah meninggal...

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 9 měsíci

      wa'alaikumusalam. Puan nak tanya faraid simati ke? Sebenarnya waris ni ada 25 golongan. Puan boleh buat kiraaan tepat di sini
      efaraid.mais.gov.my/EFARAID/faraidCalc.do

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 9 měsíci

      kami ada buat kelas kiraan faraid menggunakan kalkulator tersebut. kalau puan berminat, boleh whatsapp saya utk saya invite ke dalam group
      wanhaslimwanibrahim.wasap.my

  • @sal8472
    @sal8472 Před rokem

    Kalau wanita tanpa anak atau suami, tapi ada harta spt rumah Dan tanah. Saya ada ibu, adik lelaki Dan 3 kakak. Adakah Saya perlu bahagikan harta ini kepada mereka semua, atau boleh Tak Saya beri pada seorang kakak Saya sahaja yang Mana dia tiada pendapatan Dan juga janda

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před rokem

      Asas kepada menguruskan dan membahagikan harta adalah adil. Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika kakak lebih memerlukan, maka lebih adil utk diberikan kepadanya. Cuma bukanlah bermaksud perlu berikan semuanya kepada beliau, bergantung kepada kebijaksanaan pemilik. Kena lihat juga apa harta yg nak diberikan

  • @oweebeechean8637
    @oweebeechean8637 Před 6 měsíci

    Klau yg masuk islam harta bnyk ada syarikat.suami .dan ank tiada.(blm khawin lg)mcm mana klau meningal dlm islam.harta tu dpt x kepada ibubapa sy yg blm islam..

    • @pusakaatausaka
      @pusakaatausaka  Před 6 měsíci

      Jika tiada wasiat atau hibah, kesemuanya akan ke baitulmal. Jika nak berikan kpd ibu bapa yg blm Islam, boleh gunakan wasiat atau hibah

  • @sitiwin7597
    @sitiwin7597 Před 2 lety

    Maaf agak susah saya meneerima bahasanya saya orang jawa 😂