Apak Harry Khalifah x TuanAji - Doa Ku Pohonkan (Official Music Video)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 28. 08. 2024
  • Doa Ku Pohonkan
    Apak Harry Khalifah x TuanAji
    Lagu: Harry Khalifah
    Lirik: Mama
    Susunan Lagu: TuanAji
    Follow:
    / harry_khalifah
    / tuanajiband
    Lirik 'Doa Ku Pohonkan'
    Dulu ku alpa dalam gembira
    Tak ku duga kini Syawal tiba
    Kini ku di dalam kepiluan
    Yang tersayang pergi dijemput tuhan
    Ku tunggu tiba di pagi Syawal
    Selesai solat raya ku segera
    Ku terus menuju ke pusara
    Doa demi doa aku pohonkan
    Kenangan semasa bersama
    Terpahat sampai bila-bila
    Hidup harus ku teruskan jua
    Semoga iman taqwa kekal bersama
    Pada yang Esa aku pohonkan
    Semoga aman tenang di sana
    Selamat Selamat Hari Raya
    Maaf zahir batin dipinta
    Selamat Selamat Hari Raya
    Salam lebaran di hari mulia
    Selamat Selamat Hari Raya
    Maaf zahir batin dipinta
    #DoaKuPohonkan #HarryKhalifah #TuanAji

Komentáře • 397

  • @Apakchannel
    @Apakchannel Před rokem +327

    Alhamdulillah, akhirnya keluar jugak versi full muzik.. terima kasih ku ucapkan buat T U A N A J I kerana sudi berkoloberasi dgn Apak yg tak seberapa ni..terima kasih buat peminat2 lagu Doaku pohonkan ni kerana anda setia bersama lagu ini di setiap adilfitri anda, thnks.. Terima kasih buat tuan director DAUS & Team kerana sudi shoot video dgn begitu baik sekali.. dan paling berterima kasih buat MAMA Apak yg buatkan lirik yg begitu indah sehingga menangkap di hati.. Terima kasih buat family yg sentiasa support Apak dr dulu hingga kini..sayang korang semua ❤️❤️❤️... Salam Aidilfitri dari Apak sekeluarga

  • @raidiegenji
    @raidiegenji Před 5 měsíci +37

    Yg mana masih ada mak ayah,balik la jumpa mak ayah selalu walau bkn waktu raya,cukup ak tgk kawan2 yg takda mak atau ayah,diorang setiap hari raya mengalir air mata rindu mak ayah🥺

    • @erry742
      @erry742 Před 5 měsíci

      Ye bang , 2024 tahun yg ke-4 beraya tanpa arwah ibu , dan tahun ke-2 beraya tanpa arwah nenek😢

  • @firdausdaus1253
    @firdausdaus1253 Před 4 měsíci +10

    😢sampai betul emosi sedih kehilangan tu pak..meremang bile dengar sebak sangat.. jujur cakap.. kenangan dulu² memang rindu sangat ..mase semue ade 🥺.. orang tue saya alhamdulillah maseh ade lagi..cume yang dah pergi selamenye.. arwah opah arwah atok belah bapak..belah mak maseh ade opah..arwah atok lame dah pergi..
    ape pun terbaik pak..bile ajuk lagu ni
    tak mampu nak abiskan.. mulut terus rase berat menahan sebak..
    👍🏽👍🏽👍🏽👍🏽👍🏽lagu raya apak memang jadi sentimental pada saye..🥲👍🏽

  • @aedynaffi4943
    @aedynaffi4943 Před 4 měsíci +7

    2024,,Raya tahun ni kehilangan mybro yg sgtt rapat..betul2 mengalir air mata dengar lagu nim wahai apak..Apakan daya,my favourite song(VERSI KHALIFAH ft KRISTAL) stiap kali raya..selama ni hanya dengar sekadar ikut lirik je pak..Sekarang betul2 dapat rasakan feel lagu nim..sedih sgtt2...tp kalau dengar versi apak sorang tu,,confirm nangis tersedu2..tq apak,terbaik,,teruskan berkarya untk peminat apak.. AL-FATIHAH(Dibaca) MOHD ZULHAIMI BIN NAFFI
    1975-2024

  • @mssrsana8052
    @mssrsana8052 Před 5 měsíci +7

    Tahun ni insya Allah jika diizinkan, raya pertama tanpa ayah. Ramadhan pertama tanpa ayah, jika sempat meraikan syawal, jd syawal pertama tanpa ayah. X sangka raya lepas akn jd raya terakhir dgn arwah ayah 😭😭😭😭. Ayah dah pergi bertemu Maha Pencipta bulan 7 taun lps. Semoga arwah ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama para solehin. Amin

  • @matnik8997
    @matnik8997 Před rokem +38

    Tahun ni tahun pertama saya beraya tanpa ayah , hujung tahun lepas ayah pergi menghadap ilahi . Yang ada ayah , jaga lah elok² . Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman .

    • @CEOSEMUT17
      @CEOSEMUT17 Před rokem +2

      Sama bro aku rasa apa yg kau rasa....

    • @nuraminmuhdbaduri4627
      @nuraminmuhdbaduri4627 Před rokem +2

      Sama, bro...arwah ayah telah pergi pg awal muharam 2022..
      Al-Fatihah..🤲

    • @JebSkoda
      @JebSkoda Před 4 měsíci

      Salam takziah bro. Semua akan melalui apa yg bro alami😊

  • @mohamadzaqimi2654
    @mohamadzaqimi2654 Před rokem +2

    Rentak muzik ada bawak mood sedih.cuma lirik tk berapa feel haha .btw good job apakk

  • @eiykinsafruddin2260
    @eiykinsafruddin2260 Před rokem +11

    Tahun ni tahun kedua aku beraya tanpa kedua org tua..sakit menahan rindu tu tk dpt digambarkan 💔..semoga Allah SWT tempatkan mereka di kalangan org2 beriman.. Al-Fatihah buat mak & bapak 🤲❤️

  • @arifsyamim4201
    @arifsyamim4201 Před rokem +6

    Tahun ke3 raya tampa abah,dan tahun ke 19 raya tampa ibu,
    Selamat hari raya aidilfitri abah dan ibu😔,semoga kalian ditempatkan di kalangan mereka yang Soleh dan solehah aminnnn. 🤲(Al-Fatihah)..…...

  • @HaqZulkarnain
    @HaqZulkarnain Před 4 měsíci +3

    Semoga ibuku trus bersamaku Dan sihat selalu... Alfatihah utk Ayah Dan Adikku yg tersayang 😢😢😢

  • @FirqinIzzuddin
    @FirqinIzzuddin Před rokem +16

    saban tahun lagu Apak ni adalah lagu Raya moden yang memang tak jemu untuk didengari semua lapisan masyarakat .. Terima Kasih Apak...

  • @NurulAini-vo6mu
    @NurulAini-vo6mu Před 5 měsíci +3

    alfatihah buat kedua ibu bapaku... raya pertama tanpa mak...dan raya ke9 tanpa abah... may 2014/ogos 2023.

  • @geraldikisofficial
    @geraldikisofficial Před rokem +11

    MEMANG THE BEST BANG APAK NIH , MERINDING GILERR SALAM DARI INDONESIA , MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN ,🙏SELAMAT AIDIL FITRI /HARI RAYA

  • @earthskyview6336
    @earthskyview6336 Před rokem +5

    Rindu ayah . Alfatihah dibaca buat Abdul Shukor Bin Hj Moktar 😢
    ayah pergi ramadhan tahun lalu . raya tahun lepas kami sekeluarga masih berkabung . raya tahun ini masih terasa sunyi nya.

  • @kowan4303
    @kowan4303 Před 5 měsíci +6

    Sampai pulak sini...raya 2024
    😢😢😢

  • @sonyxz1647
    @sonyxz1647 Před rokem +35

    lagu raya paling padu zaman ini

  • @irsyadsyad6345
    @irsyadsyad6345 Před rokem +7

    versi lama msh dlm dendangan yg baru menjadi nafas baru mantap apak paduuu

  • @jumaidiabdullah3022
    @jumaidiabdullah3022 Před 4 měsíci +5

    Ini lh lagu raya paling sedih ni 😢

  • @muhammad531
    @muhammad531 Před rokem +17

    Lagu ni favorite semua orang masa raya,terbaik apak ❤❤❤

  • @joepj772
    @joepj772 Před rokem +5

    Steady👍👍 selamat hari raya maaf zahir batin 2023 🎉🎉

  • @muhammadnaim7605
    @muhammadnaim7605 Před rokem +11

    walaupun lagu ni di dibuat versi lain pun , setiap lirik yang di ucapkan sangat lah terguris perasaan saya . lagu yang akan mengingatkan saya setiap kenangan manis bersama arwah mak saya . terima kasih Bang Apak . lagu yang menjadi no 1 saya mendengar apabila menjelang Lebaran hari raya . terima kasih

  • @owg_nogori9.
    @owg_nogori9. Před 4 měsíci +2

    Sedih dgr lagu ni😭😭😭😭bila kita kehilangan irg tersyg..2 tahunberaya tanpa arwah isteri...sy dan arwah pernah bergambar dgn apak di batu pahat..apak ttp idola saya

  • @tohai8780
    @tohai8780 Před 4 měsíci +1

    Terasa sampai ke tertusuk hati..Al-Fatihah buat isteriku yang tercinta..Allah lebih sayangkan..dikau pergi lagi 10 hari nak raya..doa sentiasa ada bersamamu..

  • @mmantap9499
    @mmantap9499 Před rokem +5

    Aku dh rsa mmg lagu ini akan trending nombor 1 punya.. sebab lirik nya sgt2 padu sampai ke hati beb😢

  • @Awi_Fonzer
    @Awi_Fonzer Před rokem +3

    Lagu raya menusuk kalbu.bukan lagu sekarang tak masuk dalam dada dan fikiran.memang sedih lagu inimada feel lagu dan masuk ingatan.terbaik apak lagu ini raya

  • @user-xx9sy8iz1s
    @user-xx9sy8iz1s Před rokem +6

    tak sabar nak tengok murah rezeki apak teruskan buat lagu yg best saya saport apak

  • @shamsham3796
    @shamsham3796 Před rokem +4

    Padu apak n the geng
    Masih sama menangkap jiwa terkenang yg tersayang yg sudah pergi
    Al-fatihah utuk mereka

  • @danieall75danieall56
    @danieall75danieall56 Před rokem +4

    haihhh... cepat lah hari esok.. tak sabaq nak dengaq ni

  • @amiehamzah8535
    @amiehamzah8535 Před rokem +37

    5 tahun beraya tanpa ABAH.. 😢
    Selamat hari raya abah..
    Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Al-fatihah 🤲

    • @kiokkksneakerzzzbundle
      @kiokkksneakerzzzbundle Před rokem +1

      saya masuk 10 tahun dah tanpa arwah ayah.. banyak beza dan perubahan😢🤲🏻

    • @hisyammdyussof6415
      @hisyammdyussof6415 Před rokem +1

      Saya masuk 9 tahun beraya tanpa ayah..raya pertama wajip dengar lagu ni

    • @HUNTER-pd8xu
      @HUNTER-pd8xu Před rokem

      saya beraya tanpa ayah sejak umur 8 tahun. dah 13 tahun berlalu😊 cemburu tgok family lain ada gambar family lengkap

    • @alhamdulillahsegalapujibag5117
      @alhamdulillahsegalapujibag5117 Před rokem

      Al fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT Aamiinn

  • @armer7354
    @armer7354 Před rokem +4

    tahun ni tahun ke 16 raya tanpa ayah dan tahun ke 6 tanpa mak.. Allahuakbar, terasa kosong setiap kali raya.. semoga roh arwah ayah&ibu ku dicucuri Rahmat Allah SWT..

  • @azmirshahabudin8756
    @azmirshahabudin8756 Před 4 měsíci

    Aku dgr lirik lagu ni terus aku menangis..sbb aku dah 5 tahun beraya tanpa ayah dan 3 tahun beraya tanpa adik aku..yg tinggai mak dan akak..setiap kali beraya mesti aku menangis... allahkhuakbar

  • @NadiaRasedi-ds9nc
    @NadiaRasedi-ds9nc Před rokem +4

    Rindu arwah ayah ...genap 102 hari pemergianmu ke negeri abadi ..raya yg pertama tanpamu ayah . Semoga ayah tenang di sana bersama para solehin ...al-fatihah buatmu ayah😭

  • @ratupembunuhofficial77
    @ratupembunuhofficial77 Před 4 měsíci +1

    Dulu kami beraya bersama dengan Mama,tapi tahun ini berdua saja dengan Papa..Hargailah selama anda masih ada keluarga

  • @toksehshiqal1771
    @toksehshiqal1771 Před rokem +6

    Version baru menusuk ke jiwa doaku ku pohonkan❤❤ Selamat hari raya aidilfitri

  • @muhammadrafii5201
    @muhammadrafii5201 Před 2 měsíci

    Lagu ini akan menjadi lagu istimewa sepanjang hidupku mengenang kepergian putraku tercinta yg membuat hatiku teramat sedih

  • @khairulnizam8018
    @khairulnizam8018 Před rokem +1

    Best...tapi saya lebih suka yg pertama..masa pertama dengar lagu tu..berlinang jugak laa air mata teringat dekat arwah mak&ayah masa raya.al-fatihah😘

  • @kowan4303
    @kowan4303 Před rokem +2

    Syahdu......28 tahun beraya tanpa ayah...5 tahun beraya tanpa ibu....Al fatihah buat ibu & ayah.....

  • @dregor9082
    @dregor9082 Před rokem +11

    Terharu..terasa dan tersentuh.. terimakasih sekali lagi Apakk dan team..Selamat Menyambut Hari Raya pada semua👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼👍👍👍👍👍🇸🇬

    • @Apakchannel
      @Apakchannel Před rokem +1

      🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼

  • @ShahJr-bb5sp
    @ShahJr-bb5sp Před rokem +1

    Pak aura lagu ni lain macam bila dengar fuhhh menusuk gile pak rindu pda yg dh tiada😭..alfatihah ntuk semua yg dh dijemput ilahi..semoga syurga buat semua..

  • @ninjaborneo4904
    @ninjaborneo4904 Před rokem +2

    siyesss..sampai..menitis air mata syawalku..hebat pencipta lagu ni..SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri

  • @nratiqahchannel5961
    @nratiqahchannel5961 Před rokem +1

    rindu arwah mak, 2 thun raya tampa ibu disisi smoga mak ditempatkan org beriman😢 trsentuh sngguh dgar lgu nie

  • @pejalvtec4830
    @pejalvtec4830 Před rokem +4

    Memang paduuuuuuu apak. Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia 🤝🤝🤲🏻🙏🙏 salam 0-0

  • @muhamadzulfikaannuar
    @muhamadzulfikaannuar Před 4 měsíci

    Musik nya yang ting teng ting tiung macam musik tgh berkungfu shaolin pula,.
    Dlu mana nak dgar bro apak ni nyanyi, suara ada emas,. Buat lagu untuk penyanyi je dia, nahh sekali dia blanje lagu, berlagu lagu dgar pun masih ada feel... 👍 terbaik bro apak, selamat hari raya aidilfitri buat semua utube'ntizen...

  • @eryasnie1335
    @eryasnie1335 Před 5 měsíci +1

    Suram sikit tahun ni Raya..ayah saya telah pergi hujung tahun lepas...alfatihah utk Abu bin johari...

    • @dinztzychannel4055
      @dinztzychannel4055 Před 5 měsíci

      sama😢bapak saya baru pergi untuk selamanyaa pada 4/3/2024😔puasa dan raya tanpa bapa😢

  • @muhammad531
    @muhammad531 Před rokem +9

    Siapa fans apak harry khalifah sila hadir 😉😉😉

  • @mohdasmawiebinadnan8524
    @mohdasmawiebinadnan8524 Před rokem +3

    Alhamdulillah syukur

  • @azzlan5083
    @azzlan5083 Před rokem +1

    Meremang bulu roma...masuk dalam jiwa... rindu arwah abah dam arwah mak😭

  • @mohdhafizi4316
    @mohdhafizi4316 Před 4 měsíci

    Al fatihah buat arwah ibu dan uwan saya.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana.. Rindu yang tiada penghujung.....

  • @longkhong9445
    @longkhong9445 Před rokem +4

    Lagu favourite.

  • @nursyahirahdiyana559
    @nursyahirahdiyana559 Před rokem +1

    Tahun 2023 raya pertama tanpa abah. Abah pergi pd 25/9/22 😭😭 perit sgt rasa kehilangan ni. Raya pun tkde makna dh tanpa abah di sisi 😭😭😭 Rindu masa bersama abah.

  • @sitisalha8396
    @sitisalha8396 Před rokem +1

    Perfect…sedap…lunak…tangkap leleh…ape2 pon the best apak semoga lagu DOAKU POHONKAN sukses di tanah air…5years ago dan tahun ni nye lagu mantap👍🏻

  • @hasrolrahman5719
    @hasrolrahman5719 Před rokem +1

    17.55pm like dan dengar . terbaik apak nafaskan baru doa kupohonkan..

    • @Apakchannel
      @Apakchannel Před rokem +1

      🙏🏼🙏🏼🙏🏼🙏🏼

  • @muzaniat
    @muzaniat Před rokem +3

    Terima Kasih Apak kerana ciptakan lagu yang bermakna utk aku. Asal dengar lagu ni je teringat Arwah Ayah. Al-Fatihah utk ayah 🙁

  • @nasrullahvoc5743
    @nasrullahvoc5743 Před 5 měsíci +1

    Kok aku mewek yaaa dengar ni lagu😭 Al Fatihah buat Bapak😭😭

    • @syuhaimijiai6792
      @syuhaimijiai6792 Před 4 měsíci

      Mau tanya saudara kita dari Indonesia,adakah suka dengar lagu raya Malaysia ??

  • @han85-y24
    @han85-y24 Před 5 měsíci

    tahun pertama raya tanpa ayah di sisi..al fatihah..semoga roh ayahnda allahyarham awg hj mahli hj nasir dicucuri rahmat dan di tempat kan bersama para solihin..aamin yarbalalamin

  • @zulkhairiisa257
    @zulkhairiisa257 Před rokem +1

    Assalamualaikum..apak khalifah ni serba blh..nyanyi pn sdp main gitar pn power..terbaik laa apak khalifah padu nk mampoiiii..

  • @alhamdulillahsegalapujibag5117

    Ini adalah lagu moden yang diberikan kelainan dari garapan melodinya yang sentiasa mendapat tempat dihati pendengar

  • @KetumCampurDynadryll
    @KetumCampurDynadryll Před rokem +1

    yang dinanti-nanti kan telah muncul . semalam tengok short version dekat ig , harini layan full version 🤧

  • @cucutokmanisokto3916
    @cucutokmanisokto3916 Před rokem +1

    lagu raya zaman sekarang yg betul2 feel ,sampai menitis air mata😥
    hanya TUHAN dgn diri sendir ja tahu perasaan kita 😥

  • @dezaanskyputra6382
    @dezaanskyputra6382 Před rokem +1

    versi Lan solo & Khalifah best...apa² pun lirik mama tetap Padu..❤

  • @noraniza2147
    @noraniza2147 Před rokem

    Tahun ni tahun pertama raya tanpa ibu disisi...terasa tidak lengkap....1 org yg kita syg xda gantinye....perginye arwah 18hb Feb 23.Alfatihah (dibaca).

  • @sutrakreatif3074
    @sutrakreatif3074 Před rokem +3

    lagu peveret setiap kali raya...walaupun versi lain...tetap best....mantapp Apak

  • @khalifahazim6687
    @khalifahazim6687 Před rokem +2

    Bestnya....tga dgr niyhh

  • @matkhir1023
    @matkhir1023 Před rokem

    Bila nk dekat raya sllu cover lagu apak nie sj2 busking kt rumah.. Skg dgr lagu apak nie rasa nk nagis pn ada.. Sbb yg nynyi arwah abg.. Rindu arwah... 😔

  • @rulfad6518
    @rulfad6518 Před rokem +1

    Terbaik lah apak... Sedap lagu nya....

  • @NanaAzrool-gl1qo
    @NanaAzrool-gl1qo Před rokem

    Tahun ni tahun pertama raya tanpa seorang mak...bile dgar lagu ni,auto mari sebak..dgan anak skali menangis sbb rindukan arwan tokwan...diorang rapat...ya Allah,sakitnye rindu pada insan yg telah pergi....

  • @massivestudio8502
    @massivestudio8502 Před 4 měsíci +3

    Siapa dengar lagu ni raya 2024 kita geng 👍🏻🤘🏻

  • @samngadimun77jamal93
    @samngadimun77jamal93 Před rokem

    Mnitis airmata jantanku ble mrlihat lirik lagu dn mndengar muziknya serta suara mndayu2 apak..Lagu yg amat mnyentuh hati siapa aja yg onh kehilangan org trsyg,mcm aku. 😭😭😭😭

  • @masazizul1210
    @masazizul1210 Před rokem

    Jahak lagu apak. Rabak jiwa sy. Semoga Allah lindungi kedua ibu dan ayah sy di sana. 😢 rindu x kesudahan.

  • @firrsuhaimi0702
    @firrsuhaimi0702 Před rokem +2

    Allahuakhbar syahdunya lagu ni 😭terima kasih apak beri memori terindah ni.

  • @arichannel5718
    @arichannel5718 Před rokem +3

    Assalamualaikum..terbaik sangat2...air mata mengalir bila dengar DOAKU POHONKAN

  • @izzdarwisy6123
    @izzdarwisy6123 Před rokem +1

    Mantap, padu, sedap versi baru susunan lagu oleh Band TuanAji

  • @bebird_my
    @bebird_my Před 4 měsíci

    aku msih miliki keduanya....doaku agar hari seterusnya akan tetap selalu ada....kerna belum puas ku berbakti n belum terbalas sepenuhnya pengorbanan mereka

  • @nasa_bellchannel
    @nasa_bellchannel Před rokem +1

    Yaallah memang best sangat2 sound gitar dia menusuk betul. Teringat sound lagu cina dulu feeling dia memang best. Terbaik apak. Hasil karya apak tak pernah mengecewakan kami. You are the best apak

  • @devindertatah5013
    @devindertatah5013 Před rokem +1

    Music dia memang fuhhh merinding abg apak buat.. Power..

    • @Apakchannel
      @Apakchannel Před rokem +1

      bukan saya buat music nya.. band baru yg buat iaitu TUANAJI BAND

  • @awaizizie1038
    @awaizizie1038 Před rokem +2

    peghh..sifu apak..paduuu

  • @sitisarah6204
    @sitisarah6204 Před rokem +1

    Lagu ni memang sedap gila dengan lirik dia yang menusuk ke kalbu yang membuatkan tergiang2 di telinga...apak sememangnya paduuuuu!!!

  • @muhammadmifzal1600
    @muhammadmifzal1600 Před rokem +1

    Mantap apak terpaling catch feeling dgn rental Muzik yg didendangkan🥺🫰

  • @sukamysuparno-bx7xd
    @sukamysuparno-bx7xd Před rokem +1

    Tersedih rasa bila bersalam dengan keluarga

  • @kelanakelana-wo8io
    @kelanakelana-wo8io Před rokem +1

    Tahun pertama raya tanpa ayah.. yg telah pergi kembali kepada Allah sebulan lebih yg lepas.. Al-Fatihah buat mu ayah semoga tenang di sana Aamiin2 🤲

    • @Apakchannel
      @Apakchannel Před rokem

      Al Fatihah .. semoga roh ayah nya bersama org2 beriman

  • @khairulbakar9988
    @khairulbakar9988 Před 6 měsíci +1

    Tahun ini tahun pertame beraye tanpe mak hamba😢..ya Allah hamba terlalu rindu mak hamba..😢😢

  • @aidilkarius
    @aidilkarius Před rokem +3

    Terbaik apak

  • @zielashariff3912
    @zielashariff3912 Před 5 měsíci

    Lagu sedap didgr ada quality....sedeh dan sebak bila didgr....dan bila diamati lyric nya ....teringat insan disayang yg telah lama pergi kealam abadi ....thanks Apak....

  • @tigerslashstudio3910
    @tigerslashstudio3910 Před rokem +1

    Terbaik apak and the supermasive

  • @omarulamribaharim3418
    @omarulamribaharim3418 Před rokem +2

    Lagu raya terpaling padu

  • @mohdshahrulhadikartiman2152

    Dh banyak versi.. sy xkisah versi mana2.. yg sy tahu lagu ni feel dia bukan biasa2.. always the best..

  • @nuasin1532
    @nuasin1532 Před rokem +1

    bakal jadi lagu raya yg berhantu🙌

  • @wanmuhammadizlam
    @wanmuhammadizlam Před rokem

    Terbaik dan padu abang apak Dan tuan aji koloberasi...👏👏👏Paling suka part akhir mendayu dayu suara apak 👍👍👍

  • @emaactemaa7372
    @emaactemaa7372 Před rokem

    Perrhh PADU n mendayu2 sedih rasanya mngenangkan pada yg telah tiada .AlFatihah tuk ke2 orang tuaku .😢😢

  • @eyiedilah7504
    @eyiedilah7504 Před rokem +2

    Padu sangat apak

  • @waksabar6805
    @waksabar6805 Před rokem +1

    versi baru yg terasa feel raya..menyentuh jiwa pak 😭😭

  • @rell7854
    @rell7854 Před rokem +1

    Lagu raya yang berkualiti tersentuh dikalbu 👍👍👍👍👍

  • @JaiJai32235
    @JaiJai32235 Před rokem +1

    Sempoi abg apak sdap lgu raye bru

  • @tuanshahrol8716
    @tuanshahrol8716 Před rokem +1

    Ada sarikata baru padu apak bukan apa senang nk nyanyi sama...hihi

  • @rudybettat5758
    @rudybettat5758 Před rokem +2

    terbaik apak

  • @AmarKilatProduction
    @AmarKilatProduction Před rokem

    1st,dan yg ni, masih menusuk kalbu. Salam Takziah buat yg kehilangan insan tersyg. Jangan lupa doa buat mereka❤❤❤

  • @syahrilazuan9026
    @syahrilazuan9026 Před rokem

    Lagu yg betul2 menyentuh perasaan Dan spt yg trjadi dlm kehidupan sy......kedua ibubapa sy dijemput tuhan dibulan syawal......😢😢😢

  • @user-xg3xl9ph5x
    @user-xg3xl9ph5x Před 5 měsíci

    Mantap apak...semoga terus maju dengan jaya nya...teringat saya kepada arwah atok saya bila dengar lagu ni😭😭😭😭😭

  • @faizalabhalim4722
    @faizalabhalim4722 Před rokem

    Adoii feeling betul ni..teringat arwah abah...semoga tenang di sana Al Fatihah😢

  • @khairulizwan0238
    @khairulizwan0238 Před rokem +3

    Saya minat kumpulan khalifah