LIFE CAFE - Miri Time Square /Delicious And Ancient Chinese Noodles Taste/ MIRI Place To Eat

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 5. 09. 2024
  • Life Cafe terletaknya di dalam Miri Time Square, MIRI, Sarawak. Tempat ini menyediakan menu hanya berasaskan mee sahaja. Tidak ada nasi di dalam menu mereka. Walaubagaimanapun, ianya bukan sebarang mee ataupun mee yang biasa kita jumpa di luar sana. Mee yang mereka sediakan adalah Pan Mee, Homemade Mee dan juga Mee Tarik. Mee dari restoran ini adalah antara yang terbaik saya pernah makan.
    Selain daripada mee, mereka juga ada menu sampingan seperti Dumpling kukus ataupun goreng, dan juga banyak lagi menu sampingan yang lain. Bagaimana pula dengan menu minuman mereka? Okay..Di restoran Life Cafe ini ada juga pelbagai jenis minuman dari yang selalu kita jumpa di luar sana dan banyak juga yang tak pernah dijumpai. Antaranya ialah minuman yang saya minum dalam video kali ini.
    Okay gais. Walaupun nampak gaya cafe ini ala-ala restoran, jangan risau kerana harga makanan dan minuman mahupun makanan sampingannya adalah berbaloi dengan kuantitinya. Tidak terlalu mahal. Boleh katakan semua mampu milik.
    Satu lagi yang menarik tentang Life Cafe ini ialah suasana dari luar sehinggalah ke bahagian dalam restoran ni bertemakan Restoran Cina. Dengan hiasan ala-ala Cina, ada tulisan Cina sana sini, namun restoran ini adalah Muslim Friendly kerana menu mereka semuanya berasaskan daging lembu dan ayam sahaja. (PORK FREE) . Selanjutnya lihatlah dalam video

Komentáře • 2