马来西亚【华人新村】(3)雪兰莪州 雪邦/ 龙溪新村/ Malaysia Chinese New Village Dengkil Selangor / Kampung Baru Dengkil

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 25. 05. 2023
  • Dengkil ialah sebuah bandar kecil di Malaysia, dalam daerah Sepang, Selangor yang terletak antara Cyberjaya ke utara dan Salak Tinggi ke selatan. Aktiviti ekonomi di Dengkil semakin berkembang disebabkan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak berdekatan.
    Dengkil merupakan sebuah kawasan yang luas dan meliputi beberapa buah kampung lain. Kawasan ini mempunyai keluasan tanah kira-kira 5310 ekar. Menurut sumber lisan suatu ketika dahulu, terdapat dua sumber yang menyatakan bahawa nama Dengkil ini telah diberi oleh seorang Tok Batin di kalangan kaum Orang Asli yang bernama Tok Batin Nalih a/l Jembik. Beliau menamakan kampung ini sebagai ‘Dingkil’ yang membawa maksud buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Pada ketika itu terdapat banyak pokok durian hidup di tebing Sungai Langat yang kerap berbuah dan disebut oleh orang Asli sebagai ‘Dingkil’. Dan lama kelamaan sebutannya telah berubah menjadi Dengkil.
    Selain itu, ada pula yang menyatakan bahawa nama Dengkil berasal dari Sungai Langat yang ‘Dengkat’ atau maksud lain kawasan sungai yang lebih cetek sepanjang sungai tersebut. Sungai ini bertemu dengan Sungai Semenyih yang terletak di kawasan Jenderam. Sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an, sungai ini mempunyai banyak ikan dan udang galah. Namun, lama-kelamaan sungai ini mula menjadi keruh dan hasil hidupan didalam sungai tersebut turut pupus dan akhirnya perkataan ‘Dengkat’ ini berubah menjadi Dengkil yang disebut oleh para penduduk sehingga kini.
    Disamping itu, terdapat juga sumber lain yang turut menyatakan bahawa Dengkil membawa maksud Sungai Naga jika diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Mengikut cerita yang telah diturunkan oleh salah seorang warga tempatan, terdapat seekor naga besar telah bertapa di Dengkil selama 900 tahun dan naga tersebut akan menjadi dewasa setelah bertapa untuk tempoh 100 tahun lagi.
    Semenjak daripada itu, orang British mula menjejakkan kaki dan meneroka kawasan Dengkil. Naga tersebut telah dibakar dan memuntahkan darah yang berwarna hitam. Pengaliran darah naga tersebut telah membentuk sebuah sungai yang berwarna hitam airnya. Dan akhirnya, sungai tersebut telah diberi nama Air Hitam yang masih kekal namanya sehingga kini.
    Mengikut kepercayaan orang Cina, tangisan naga tersebut sering kedengaran akibat kesakitan yang dihadapinya di sepanjang sungai Air Hitam. Berikutan itu, sungai ini terbentuk daripada darah naga dan orang Cina menamakannya sebagai Leng Qi yang membawa maksud Sungai Naga. Perkataan Leng Qi mempunyai bunyi yang sama dengan perkataan Dengkil.
    Kelahiran kawasan Dengkil ini juga bermula apabila wujudnya perjumpaan hasil bijih timah. Di sepanjang Sungai Langat, sungai tersebut amat kaya dengan bijih timah. Kedudukan Dengkil yang terletak dengan aliran sebelah atas adalah kira-kira 30 kilometer. Sungai Langat ini telah membawa kepada wujudnya pembentukan kawasan tanah paya bakau di dalam kawasan Dengkil dan Sepang. Pada akhir kurun ke-19, kegiatan perlombongan bijih timah yang giat dijalankan di Sungai Langat telah membawa kepada pembentukan kawasan penempatan orang Cina.
    Sehingga kini, penduduk Dengkil masih belum mengenalpasti sumber berkenaan dengan asal-usul nama Dengkil. Jika suatu ketika dahulu, seorang penduduk yang berketurunan orang Asli menggelarkan Dengkil adalah berasal daripada perkataan ‘Dingkil’ yang membawa maksud buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Hal ini membuktikan bahawa suatu ketika dahulu, ditepi Sungai Langat terdapat banyak pokok durian yang kerap berbuah. Disebabkan itu, orang Asli menamakan ianya sebagai ‘Dingkil’ dan akhirnya perkataan tersebut membawa kepada nama Dengkil yang digunakan sehingga kini. Menurut orang sumber, beliau juga mengemukakan pendapat yang hampir sama bahawa nama Dengkil ini berasal dari buah durian. Beliau menyatakan bahawa pada tahun 1956 terdapat lapan orang Melayu yang datang dari Sungai Buaya dan mengikut Sungai Langat dan akhirnya mendarat di Jambatan Lama Dengkil. Ditepi Sungai Langat tersebut terdapat pokok durian dan dua daripada pokok durian tersebut terdapat buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Pokok durian itu dinamakan ‘Durian Dengkil’.
    Selain itu, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa nama Dengkil berasal daripada perkataan ‘Dengkat’ yang membawa maksud sungai yang cetek. Menurut sumber terdahulu disepanjang Sungai Langat terdapat satu kawasan yang lebih cetek. Sungai ini bertemu dengan Sungai Semenyih yang terletak di kawasan Jenderam Hilir. Sungai Langat ini juga terdapat hasil hidupan sungai seperti ikan dan udang galah. Lama-kelamaan hidupan tersebut mula pupus akibat kekeruhan yang berlaku di sepanjang sungai tersebut. Pendapat ini juga hampir menyerupai dengan pandangan dari orang sumber.

Komentáře • 6

  • @WEChannel88
    @WEChannel88  Před rokem +4

    马来西亚【华人新村】的故事,你听过吗??
    czcams.com/video/yRZPE9S9IdI/video.html
    czcams.com/video/-0_1Sq3O9KE/video.html

  • @Patrick-rz2et
    @Patrick-rz2et Před 15 dny

    bos, very good trumb up for you ^.^ the music very nice too

  • @Yang365
    @Yang365 Před rokem

    非常有意思的传说。谢谢好友分享❤

  • @sophieswonderfulworld235

    很有故事的影片!👍👍💯💯

  • @gabrielzyma6110
    @gabrielzyma6110 Před 5 měsíci

    以前新村虽然物资不很丰足但曾经有过风气良好,人情丰富,内心快乐充足。绝大多数住新村的人都对新村有回忆。

  • @user-mi2go8mr1o
    @user-mi2go8mr1o Před rokem

    好有故事的名字