Malaysian Food Life: Penyediaan telur pindang 7 hari 7 malam ?? Barang rare hanya di Johor je...

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 17. 09. 2022
  • Telur Pindang seringkali di kaitkan dengan majlis perkhawinnan. Kalau tak de kenduri kawen tak adalah nak merasa makan telur pindang. Dulu-dulu, telur pindanglah yang memeriahkan sesebuah majlis perkhawinan. Kalau mak pergi kerja kawin , bila balik rumah telur pindang lah menjadi rebutan anak-anak. Buah tangan atau jajan anak-anak kata orang dulu-dulu..
    Proses membuat telur pindang inilah yang merapatkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim dan ukwah antara penduduk kampung.
    Proses penyediaan telur pindang cukup rumit dan memakan berhari-hari untuk menyediakannya. Tapi sangat seronok bila ianya di lakukan secara bergotong royong.
    Proses bermula dengan mencari bahan asas iaitu daun-daun kayu dan ulam-ulaman. Biasanya tugas ini di serahkan pada anak-anak bujang kampung untuk mencari.. berkeliaranlah mereka meredah semak samun dan pusing sekampung mencari bahan. Dari pokok senduduk sepanjang jalan kampung.. pohon mengkudu tepi sungai.. pokok mangis rumah pak seman.. ambil serai belakang rumah mak senah, cabut lengkuas di rumah mak siti, daun salam pasti tuju rumah Pak Hussein sambil tu sempat juga rembat buah mentega yang masak ranum.. pokok jambu batu di hujung padang, sambil panjat sambil makan jambu atas dahan pokok yang rendang.. lepas tu ke belukar pulak cari daun bebuas.. " Din rumah mak kau banyak daun kari kan..? nanti jangan lupa bawah 3, 4 dahan .." alahaiiii.. seronoknya kenangan lama kan.. budak-budak 60an dan 70 an je yang merasa pengalaman ni semua..
    Tugas budak-budak pompuan pulak.. leraikan daun yang dah di kutip. kacang tuuu.. memang kerja kita kan.. zaman main pondok-pondok belakang rumah.. daun tu jugak yang di kutip buat main masak-masak.. lepas lerai kena cuci bersih-bersih.
    Anak dara sibuk cuci telur bukan sikit.. ribu biji jugaklah yang nak di rebus.. maklumlah sedara mara ramai.. mesti berebut nak telur pindang buat berkat.. " jangan lupa simpankan mak teh punya bila dah masak nanti" pesan mak teh berkali-kali.. maklumlah anak bederet-deret kat rumah.. tak cukup kalau sebiji..
    Mak-mak pula sibuk siang bawang, kulit bawang dan tangkai lada kering tak buang semuanya berguna nak masak telur pindang. Biasa proses membuat telur pindang di buat seminggu awal. Maklumlah masaknya bukan sehari.. dari proses cari bahan sampai siap ni.. 7 hari 7 malam jugak lah.. haha.. tu yang seronok tu.. berapa kali Mak Long pesan biar mati anak jangan mati adat..!!
    Tapi kini semuanya dah tinggal kenangan yang tak mungkin berulang..
    Adat tu dah lama di tinggalkan..
    Hari ni kak ita akan kongsikan cara buat telur pindang. Kalau datang Johor jangan lupa cari telur pindang.. tapi yang ori payah nak dapat tau..!!
    TELUR PINDANG
    Telur ~ telur yang di guna hanya yang bersaiz B atau C sahaja untuk mengelakkan banyak telur yang pecah masa proses merebus.
    Untuk sukatan ni anggaran 500 - 800 biji telur
    Daun lengkuas
    Daun Kunyit
    Daun serai wangi atau serai biasa
    Daun kari
    Daun senduduk
    Daun bebuas
    Daun manggis
    Daun salam
    Daun asam atau daun limau perut
    Daun jambu batu
    Daun pandan
    ** Daun ni kalau dapat semua lagi bagus kalau tak ada, dapat 7 jenis pun ok, kalau tak ada 5 pun jadilah.. yang utama daun senduduk dan daun jambu mesti ada untuk bagi warna pada telur. Tapi ramai yang ganti dengan kicap , kalau orang dulu-dulu tak letak kicap. Semua warna gelap pada telur adalah asli dari daun-daun herba yang di pilih dan menghasilkan aroma dan rasa yang enak pada telur tu nanti.
    Daun ni bukan sahaja untuk aroma dan warna tapi untuk lapik alas telur supaya tidak pecah bila di rebus.
    Bahan Rempah
    Kulit kayu manis
    Bunga lawang
    Cengkih
    Buah pelaga
    Jintan manis
    jintan putih
    ketumbar
    ** jintan manis, jintan putih dan ketumbar tu sangai dulu untuk bangkitkan lagi harum . Anggaran sukatan dalam 1/2 cawan setiap jenis
    ** rempah 4 sekawan tu anggaran segenggam
    10 biji Bawang Merah ~ dengan kulit sekali
    2 labu bawang putih ~ dengan kulit sekali
    kulit bawang ~ ** kulit bawang ni lagi banyak lagi bagus.
    Halia ~ dalam 2 perdu dengan kulit tak perlu buang
    Lengkuas ~ dalam 2 perdu dengan kulit tak perlu buang
    12 batang serai ~ di ketuk kalau nak cincang pun boleh
    10 tangkai cili kering ~ dengan tangkai-tangkai ** kalau dulu lada yang orang siang untuk masak kenduri tu ambil je tangkai yang di buang tu.
    Perasa
    1 cawan Asam Keping
    1 cawan Garam
    1 cawan Gula batu
    1 botol kicap pekat ~ optional nak letak boleh tak letak pun tak apa. Kalau nak gelap boleh letak. Kicap ABC pun OK
    Air secukupnya untuk merebus telur
    ** garam , asam dan gula tu bergantung pada banyak telur yang di rebus.
    Proses merebus , lapis dulu bahagian dasar periuk dengan daun-daun. Buat proses berlapis-lapis dan berselang-selang. Nanti rujuk video dan ulang melapis hingga habis.
    Rebus dengan api yang paling kecil ** untuk elakkan telur pecah.
    Rebus selama 3~4 hari. lagi lama lagi bsedap
    Sentiasa tengok air jangan sampai kering. Tambah air jika airnya kurang.
    Sebaiknya tambah dengan air panas.
    Muzik latar : OrangeHead
    • [No Copyright Music] M...

Komentáře • 42

  • @carsunriver4159
    @carsunriver4159 Před rokem +9

    Aku ingat lagi kisah seram masa tahun 80 an dulu . Masa tu.. tukang masak suruh kitorang pergi cari daun senduduk merah.. tapi dalam masa yg sama dia pesan.. kalau dalam banyak2 pokok senduduk merah tu terjumpa pokok senduduk putih yg hanya satu pokok je cepat2 balik.. oleh kerana masa tu kitorang ni masih budak2 lagi umur pun baru 8 sampai 12 tahun.. jadi lupa lah pesan dia.. nak dijadikan cerita.. memang betul kitorang jumpa pokok tu yg warna putih bunga dia.. tapi sebab lupa kitorang buat tak tahu je.. tapi.. korang nak tahu apa jadi... Tiba2 kitorang kena tegur dgn satu nenek tua pakai tongkat, dia kata.
    "Cucu buat apa kat sini.. sini kan hutan.. pergi lah balik main jauh2 sana"
    masa kena tegur tu.. kitorang ok2 je.. tapi sebab adab kita pun balik lah dgn guni yg ada banyak pokok senduduk merah , tapi dalam perjalanan.. ada yg terfikir.. apasal dalam hutan tiba2 ada nenek eh.. lepas tu teringat lah pesan tukang masak.. apa lagi semua pecut 100 meter lah.. dari lima org yg pergi.. semua selipar tercabut2...🤣🤣🤣.. sampai sekarang kalau jumpa telur pindang ni.. mesti ingat nenek tu.

  • @zaharahsaleh2588
    @zaharahsaleh2588 Před rokem +13

    Walaupun saya org Penang tapi telur pindang Johor tetap menjadi pujaan hati...tak kisah betapa mahal harga sebiji telur pindang tetap saya cari dn beli

  • @noreyz9665
    @noreyz9665 Před rokem +7

    Dulu masa kecil, kenduri Kendra mesti ada telur ini. Terima kasih puan kongsi video nostalgia ni😊

    • @hamadimahmood1403
      @hamadimahmood1403 Před rokem +1

      Ye dlu blk kg btu pahat kenduri kawen 80an ms tu budak2 lg memeysuke le teloo ni

  • @asni19601
    @asni19601 Před rokem +4

    Mata d hidangi ngan alam semulajadi,hijau hijauan,awan etc....lps 2 d ajari masakan2 yg sometimes kita pun x prnh dgr n rasa. Walau visual......kekdh mcm terasa kt tekak.masyallah.tq tq tq.may Allah bless us all.ameen

  • @lizawahab1565
    @lizawahab1565 Před rokem +5

    Betul2 rase vibes kenduri kawin di Johor❤️

  • @jaarazak4410
    @jaarazak4410 Před rokem +3

    Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum. Mari sama-sama kita Berselawat Buat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam .
    ‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
    Allahumma salli ‘ala sayyidina muhammadin ‘abdika warasulika nnabiyyi iummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim..

    • @khaidiraziz5896
      @khaidiraziz5896 Před rokem

      Salam. Saya dr Muo Joho. Cara kak buat telo pindang mmg stail joho. Kak tingal d mane? Nyampang2 lalu leh singgah 😅

  • @Kaizoeditor
    @Kaizoeditor Před rokem +3

    MashaAllah sis, semua ada ..macam syurga makanan..semua bahan mentah senang dapat ...sy rasa telur pindang nie salah satu makanan yg susah dibuah..resipi nya MashaAllah..

  • @munasafanaal-barrak971
    @munasafanaal-barrak971 Před rokem +4

    Skrng ni bila teringin sgt nk makan telur pindang, daya usaha pi cari d r n r area johor. Jd lah....nk hilangkn kempunan. 😒

  • @mieyanie7879
    @mieyanie7879 Před rokem +4

    Banyaknya daun guna ye nak hasilkan telur pindang ni dan herba pun. Baguslah ada video detail macam ni, boleh dijadikan bahan rujukan nanti. Teruskan berkarya sis...mantap!!!...part last tu amazing...masih lap terus, tapi bersusun dah dalam bekas telur...hehehehehehe...

  • @deerannujum3455
    @deerannujum3455 Před rokem +2

    Saya suka nonton semua video azlita masam manis tak pernah ketinggalan terus kan buat video nya by dee sabahan👌💞

  • @mrsdin3739
    @mrsdin3739 Před rokem +7

    Teringin nak tahu penyediaan telur pindang ni, terima kasih kak ita, atas videonya.

  • @roswatiagos665
    @roswatiagos665 Před rokem

    Terbaiikk…sedap nya telur pindang.saya mohon share posting ni

  • @liasaracrafts
    @liasaracrafts Před rokem +2

    Alhamdulillah.. nice sharing..

  • @wilsonk
    @wilsonk Před rokem +2

    Tempat yang sangat menarik..dapat dengar kicauan burung..wow tenang rasanya disana...saya suka pemendangan disana..salam dari Sarawak Malaysia

  • @ervinaervina7157
    @ervinaervina7157 Před rokem +2

    Slmt mlm mba Ita... Semoga selalu sukses. Videonya mantap👍👍

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před rokem +2

    Alhamdulillah terus menerus bagi sokongan padu Semoga sukses terus dipermudahkan segala nya terbaik Terima kasih

  • @shikinsaerah
    @shikinsaerah Před rokem +1

    Msa kecik² sllu kwan tempt kja arwah mak bgi telur ni bila dia blik Johor utk kenduri. Mak pulak bg kat kami adik bdik mkn. Mmg sya kata xsedap la. Dah la masih budak², xbiasa mkn, rasa telur plk aneh berempah. Tpi, mmg stakat time tu je dpt merasa. Bila dh masuk asrama, remaja & dewasa ni, xpnh lgi mkn. Mna tau mgkin klu skrg dpt mkn, sya rasa sedap ke plk kan 😁

  • @zainabahmad5443
    @zainabahmad5443 Před rokem +3

    Terima kasih kak ita kongsi cara buat telur pindang, dulu masa kecik berebut nak telur kenduri

  • @sulinasulina2374
    @sulinasulina2374 Před rokem +1

    Saya suka telur pindang ....👍😍

  • @zilazaidon688
    @zilazaidon688 Před rokem +2

    Sedapnya... Patutlah mahal, remeh nak buatnya

  • @ummihasif
    @ummihasif Před rokem +3

    Terima kasih atas perkongsiannya. Telur pindang memang terbaikkk 👍

  • @rubiahismail8397
    @rubiahismail8397 Před rokem

    Bila tgk kayu alas tempt memotong tu teringat zaman kecik2 dulu macam tu la yg kami gunakan utk memotong..

  • @iddinjr
    @iddinjr Před rokem +2

    JazakAllahukhair kak Ita atas perkongsian & ilmu yg diberi.

  • @noramusa4050
    @noramusa4050 Před rokem +1

    mashaAllah.. byk sungguh bahan2nya ye kak Ita, saya kahwin ngan org johor baru kenal telur pindang ni dan terus jatuh cinta.. sedap

  • @MrZikir
    @MrZikir Před rokem +1

    1st time tgk org masak telur pindang di rumah mentua sy di Pontian.. masa tu baru kawen.. rasa pelik kenapa rebus dgn mcm2 daun n herba.. tp bila try rasa baru tau sedap rupanya resipi ni.. 😂

  • @noorsaadah2559
    @noorsaadah2559 Před rokem

    Telur pindangnya sangat menyelerakan kak..nice video cooking..

  • @orkidbiru9987
    @orkidbiru9987 Před rokem +1

    Saya asal perak. Ipoh. X tau mkn telor pindang

  • @DapurBiru
    @DapurBiru Před rokem +1

    Semoga terus berjaya ❤

  • @thisishannah611
    @thisishannah611 Před rokem +1

    Saya Pon suka telur pindang ni kalau ke batu pahat memang carii

  • @nenektante9645
    @nenektante9645 Před rokem +1

    I don't doubt your recipe. Authentic. Please have it patented. BTW, do you have other old/traditional recipes? Love 'em but don't have any inkling as to how to prepare 'em. Thanks.

  • @shariathelsukihelsuki5922

    Ada org letak kicap utk mendapatkan warna kulit telur yg hitam dan cantik. Betul ke????

  • @azizahsethazizahseth1813

    Alhamdulillah..terima kasih....atas perkongsian ilmu membuat telur pindang ni..terbaik.

  • @zetyrahim8454
    @zetyrahim8454 Před rokem

    Masyaallah terima kasih kak buat video telur pindang. Boleh tgk balik bila nk masak 😁 Tapi telur saya ada pecah2. Sebab rapat sngt ke susunnya? Kadang tu rasa tawar pulak.

  • @shariathelsukihelsuki5922

    Sedapnya telur pindang tu. Nak satu boleh?

  • @hamadimahmood1403
    @hamadimahmood1403 Před rokem

    Ini feberett sy....dlu klu blk keje beli kt pètronas smpi 3 biji mkn dlm kete. X tau la skrng msih jual lg tak

  • @hafizahhusain3076
    @hafizahhusain3076 Před rokem

    next month adik sye kawen so mak sye akan buat 800 biji..time sye kawen pon mak sye buat 800biji hehehehe..org lain letak kicap mak sye original pakai daun2 tu semua sampai pelusuk kebun org pon die sanggup cari hehehe..arwah bapak suke makan telur pindang mak 😢

  • @zm7830
    @zm7830 Před rokem

    Daun bebuas itu, daun apa?

  • @wantehmakteh8583
    @wantehmakteh8583 Před rokem +1

    Nak tya sikit..api tu sentiasa menyala 24 jam ker...atau mlm api di tutup..esok nyalakan blk..

    • @AzlitaAzizMasamManis
      @AzlitaAzizMasamManis  Před rokem

      Ya api kecik je .. klu nak tutup pun blh jugak. Sblm tidur tutup esok pagi2 bukak balik tp api kecil je

    • @wantehmakteh8583
      @wantehmakteh8583 Před rokem

      Tkaseh pn azlita...teringin nak buat...dulu dok jb senang dpt kat mn2 kedai bnyk jual...skrg kn bt sendiri lah nmpk nya...