Video není dostupné.
Omlouváme se.

laksa penang resepi sedap original utara.

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 12. 05. 2023
  • laksa penang resepi sedap taktau nak habaq. resepi laksa penang original dari utara mai. Sebut sahaja laksa penang memang terbayang kuah laksa harum dan pekat dengan isi ikan yang banyak. Makan pula bersama denga hirisan timun, bawang besar dan telur rebus memang semangkuk besar baru puas. Laksa penangni memang antara menu popular di Malaysia kan , lihat sahaja di tempat tinggal kita memang ramai yang menjualnya. Tiada musim rasanya sepanjang tahun ada. Tetapi jika buat sendiri dapatlah kita adjust sesuai dengan selera kita. Lagi berbaloi sebab dapat makan lebih daripada satu mangkuk. Hehe .ok lah selamat mencuba ya!
    Bahan-bahan laksa penang:
    1 1/2 kg ikan sardin
    20 tangkai cili kering
    2 biji bawang besar
    2 ibu jari belacan
    5-6 keping asam keping
    Gula
    Garam
    Daun kesum
    Bunga kantan
    Bahan-bahan lain :
    Laksa
    Timun
    Bawang besar
    Telur
    Cara-cara:
    1. Siang dan cuci bersih ikan sardin. Kemudian rebus bersama dengan 2 jug air. Masukan juga 4 keping asam keping dan rebus sehingga ikan lembut dan masak. Biarkan sejuk apabila sudah masak. Air rebusan ikan mestilah disimpan.
    2. Sementara itu rebus cili kering sehingga lembut, dah siap toskan dan tuang ke dalam pengisar. Di dalam pengisar masukan juga bawang besar dan belacan. Kemudian tuang sedikit air rebusan ikan dan kisar sehingga halus dan lumat.
    3. Perisi ikan sardin rebus dengan mengasingkan bahagian isi dan tulang. Apabila selesai, kisar bahagian isi dengan sedikit air rebusan ikan. Ketepikan dan kemudian kisar pula bahagian tulang ikan.
    4. Untuk mula memasak kuah laksa, di dalam periuk masukan cili kering yang dikisar, kemudian masukan pula lebihan air rebusan ikan yang berbaki. Setelah itu masukan bahagian tulang yang telah dikisar pastikan ditapis. Selesai ,kemudian angkat penapis dan tuang masuk bahagian isi ikan yang juga telah dikisar. Masukan juga daun kesum dan juga bunga kantan.
    5. Jika kuah laksa agak pekat boleh tambah air sedikit lagi mengikut kepekatan kuah yang kita mahu. Akhir sekali setelah kuah laksa masak dan mendidih perasakan dengan gula dan garam.
    6. Sediakan laksa di dalam mangkuk dan semasa kuah laksa masih panas berasap tuang ke dalam mangkuk berisi laksa tersebut. Jangan lupa hirisan timun,bawang besar dan juga telur rebus. Selamat menjamu selera.
    Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE CZcams kami :
    / malaykitchen​
    Laman web rasmi MALAY kitchen :
    malaykitchen.my​
    Telegram MALAY kitchen :
    t.me/malaykitc...
    Track: Ikson - Coral [Official]
    Music provided by Ikson®
    Listen: • #132 Coral (Chill Beat)
    #malaykitchen #laksapenang #laksautara

Komentáře • 41

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před 14 dny +1

    Top Chef Manja Penang Yang Top Sekali.. Kita Kongsikan Recipi yg mutu tinggi....Ikan Kembong 1 kg, Capur Ikan Satdin mata Besar Se Kg ,Total 2 kg.. Otak udang 130 gm bubuh di Kuah Laksak. Belachen goreng 2 sudu, masa tumis, Asam kepoing 12 Keping,, Sardin Can satu Can Besar rm 9.80 Cap Ayam. Ikan Bil 100 gm, Cuci bersih ,Campur Air Filter 1000ml, Kisar Sekali, Tapis Buat kuah Laksa. Apa Rasa? Cik Manja Akan Menang Di Asia Chef Yang Akan datang.. Eell done, Gd Job. Terima Kasih !

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před 14 dny +1

    Malay Kitchen.. U Ate The Best.. Nice.. Nice.. Nice. !

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před 14 dny +1

    Jika Hendak Makan Mutu yg lebih tinggi.. Nenas yg Hujung masam, Ambil 5 inci, Kisar harus, tapis buat Kuah laksa. Di bahagian Kepala yg manis buat Perhiadan. Telur Ayam, Telur Puyuh yg rebus Campur Sotong Kembang ,Sayur Putina lebih sempurna, Di Laksa Penang Yg Juara dan Champion.. Laksa Air Itam yg jual 50 tahun Akan jatuh Di tangan.. Manja.. Please Go Ahead.. Gd Job. !

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před 14 dny +1

    Di baiki.. Ikan Billis 100 gm, Cuci bersih dan kisar bagi harus, Tapis, Buat kuah Laksa.. Cuba nya.. Pelanggan You Tube Yang hendak buka Kedai.. Ok. Gd job.

  • @jamilahjamilah8334
    @jamilahjamilah8334 Před 6 měsíci +1

    Nampak sedap..t.kasih kongsi resepi yg mudah..semoga manja terus maju jaya..dg resepi yg sedap2..

  • @aminahmohd3594
    @aminahmohd3594 Před 10 měsíci +1

    Resepi mudah simple.x banyak sangat tambah bahan2 lain.suara pon lemak manis❤sedap didengar 👍

  • @anchoranchor7117
    @anchoranchor7117 Před 9 měsíci +1

    sedap tu manja.saya hantu laksa jika sebulan x dpt mkn rasa demm .saya suka kuah pekat mcm tu.guna ikn sardin mmg sedap manja manis rasanya🥰🥰🥰

    • @melcyunk9513
      @melcyunk9513 Před 5 měsíci

      try laksa sabah.. dr sy . heheh.. kalau sedap.. bole ajk yg lain beli..😊

  • @aishahwyme3443
    @aishahwyme3443 Před rokem +4

    My kinda laksa. Original tak over-acting bubuh halia dan lengkuas dan sebagainya. Ikan kembong and ikan sardine segar bukan canned sardine. Terbaik 👍🏻👍🏻

  • @deessmohdzain902
    @deessmohdzain902 Před 7 měsíci

    Yes this is also exactly the recipe that i learnt from an old lady from Perlis long time ago. Btw she added a spoonful of Petis Udang too ( can just ommit if you are not taking )
    Was really yummy...
    It's been a long time since i last made ...
    Nostalgia...
    AlFathihah to all the late Muslimin Muslimmat who had left us ❤❤❤

  • @nickasmah4937
    @nickasmah4937 Před rokem +1

    Mmmmm sedap nya,, nak cuba buat lah nanti,, terima kasuh kongsi resipi😊

  • @tempatmakanmenarik
    @tempatmakanmenarik Před 2 měsíci

    🔊ya Allah sedapnya 👍💖👍👌

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Před rokem +4

    Tips : selain ikan sardin boleh juga dicampur dengan ikan kembung lemak

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Před rokem

    Tips : cili kering yang Manja gunakan tahap pedas sederhana. 20 tangkai. Boleh tambah atau kurangkan mengikut jenis cili kering yang digunakan

  • @malaykitchen
    @malaykitchen  Před rokem +1

    Tips : Manja tidak tambah air biasa dan menggunakan sepenuhnya air rebusan ikan . Jika kuah laksa pekat, boleh tambah dengan air biasa.

  • @FrankieCheah-fk8um
    @FrankieCheah-fk8um Před 14 dny +1

    Di baiki.. Buat Perhiasan !

  • @dapurnekpah7193
    @dapurnekpah7193 Před 5 měsíci

    Sedap tu kuah cantik

  • @SyazweenWazir
    @SyazweenWazir Před 8 měsíci

    Laksa warna ni aku suka..

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před rokem +1

    Sedapnya weiii Cuba buat la nanti terima kasih ❤❤❤

    • @malaykitchen
      @malaykitchen  Před rokem

      Kan..lagi2 cuaca panas ni sedap makan yang berkuah 😀

  • @user-vl3sd5cu4r
    @user-vl3sd5cu4r Před 3 měsíci

    Terliur kak saya ❤❤

  • @chenorsiah3233
    @chenorsiah3233 Před rokem

    T kasih beri resepi laksa utara.sedap buat bagi masam2terbaik

  • @mr.mohamednoorjantan8067
    @mr.mohamednoorjantan8067 Před 10 měsíci

    Mantap..

  • @azizahabdullah6151
    @azizahabdullah6151 Před měsícem

    tiru suara che nom..😅

  • @haslina4757
    @haslina4757 Před měsícem

    Knpa buh gula.laksa kn pki ikn.klu me rebus.ke.rojak ke memag la nk terasa manis sikit.

  • @zamrisafari6459
    @zamrisafari6459 Před 4 měsíci

  • @mohammadhmz5852
    @mohammadhmz5852 Před 3 měsíci

    Ikan tenggiri boleh ke?

  • @noorazizah7662
    @noorazizah7662 Před rokem +1

    lksa penang sllunya ada nenas gan daun pudina ..nape xder erk..

  • @hairinyen2022
    @hairinyen2022 Před rokem

    Salam..ada 2 bahan yg x lengkap utk laksa penang ni iaitu buah nenas n daun pudina yg dihiris dan ditabur keatas kuah nya...anyway tq for the receipt 😘😘

  • @marzulianajohari6247
    @marzulianajohari6247 Před rokem

    Apa beza laksa penang dgn laksa kedah. Cara sis buat ni mcm laksa kedah

    • @Oxytetracycline46
      @Oxytetracycline46 Před 3 měsíci

      Ye,ini laksa utara.laksa Penang org selalu tambah macam2 n rasa masam manis...

  • @katijahrulia1381
    @katijahrulia1381 Před rokem

    Masokan bahan2 dalam blender dan kita blend . Blender dan blend tak masa . 🙏🏻