Kek Gula Hangus/ Kek Sarang Semut Legend Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 8. 09. 2024
  • Resepi
    4 biji telur
    1 cawan tepung gandum
    1 cawan gula pasir
    1 cawan air panas
    3/4 cawan susu pekat manis
    2 sudu teh soda bicarbonat
    3 sudu makan majerin
    1 sudu teh esen vanila
    Cara penyediannya
    1.Masak gula hingga cair dan kekuningan dengan api yang perlahan
    2.Apabila gula cair masukkan air panas sedikit demi sedikit dan kacau sehingga gula larut
    3.Kemudian masukkan majerin dan kacau sehingga cair dan sejukkan
    4.Ayak bahan kering iaitu tepung gandum dan soda bicarbonat kemudian ketepikan.
    5.Pecahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul bersama esen vanila.pukul sehingga sebati sahaja.
    6.Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak tadi dan adukkan hingga sebati
    5.Akhir sekali masukkan air gula karemal yang telah kita sejukkan suam2 kuku.
    6.Adukkan adunan hingga sebati kemudian kemudian tapis adunan.
    7.Perap adunan selama. 1-3 jam dan tutup dengan plastik wrap
    8.Panaskan oven selama 5- 10 minit
    9.Masukkan adunan ke dalam acuan 6 x 6 inci kemudian bakar.
    10.Bakar kek dengan suhu 170 darjah api bawah dahulu selama 35 -40 minit kemudian baru tukar api atas bawah sehingga kek masak dan kekuningan.
    11.Untuk menentukan kek masak cucuk dengan lidi dan jika lidi kering bermakna kek telah masak.
    #kekgulahangus#keksarangsemut#keksaranglebah#mahanisalman

Komentáře • 111