Nasi Kerabu Kuah Tumis | Mat Salleh Cari Makan | Destinasi TV

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 5. 09. 2024
  • Episod Terakhir Mat Salleh Cari Makan Kelantan!
    Maka dengan ini kami ingin mendoakan supaya semua penonton Destinasi TV dan seluruh rakyat Malaysia berada dalam keadaan sihat sentiasa.
    Marilah kita sama sama memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia dengan mendengar dan mentaati arahan dari kerajaan supaya kurangkan aktiviti luar dan berkumpul di kawasan tumpuan.
    Episod ini dirakam beberapa minggu lepas sebelum keadaan semakin meruncing. Anda boleh melawat kedai ini setelah semuanya kembali reda dan kami harap dalam waktu terdekat ini.
    Nikmati video ini, terima kasih kerana menonton :)
    🏨 Booking Hotel Perdana Kota Bharu
    www.hotelperda...
    Jangan lupa untuk buat tempahan bilik anda bersama Hotel Perdana Kota Bharu.
    Dapatkan Official Merchandise Destinasi TV » kuehdtv.wasap.my/
    Seperti yang semua tahu, nasi kerabu merupakan makanan kegemaran Rhys. Memang tak sah kalau datang Kelantan tak singgah makan nasi kerabu. Dalam episod terakhir Mat Salleh Cari Makan Kelantan, Rhys sempat untuk singgah ke sebuah kedai Nasi Kerabu yang popular di sekitar Kota Bahru Kelantan.
    Nasi kerabu memang digemari orang masyarakat tempatan. Kalau di episod Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur, Rhys sudah pun belajar macam mana nak buat nasi kerabu dari awal hingga akhir proses. Kali ini, Rhys akan belajar cara-cara untuk membuat kuah tumis nasi kerabu pula.
    Memang sedap nasi kerabu di makan bersama kuah tumis, tambahan pula dengan lauk-pauk yang lain seperti kambing bakar, solok lada, jeruk bawang putih dan telur masin. Pada yang belum cuba makan nasi kerabu bersama kuah tumis, Rhys cadang untuk datang ke Lieniey Nasi Kerabu dan rasa sendiri kesedapan nya!
    📍Lokasi » Lieniey Nasi Kerabu Tumis
    Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
    goo.gl/maps/z3...
    ☎ 013-9503539
    ⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7.30 pagi hingga 2.00 petang
    - - - - - - - - - - - - - - - -
    🎥TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » bit.ly/2mUNck4... BAJU-T RASMI DESTINASI TV » bit.ly/2Y6xHab... KE CHANNEL DESTINASI TV » bit.ly/2y97bxp
    - - - - - - - - - - - - - - - - -
    📺 LIKE FACEBOOK KAMI: DESTINASI TV » / destinasitv
    - - - - - - - - - - - - - - - - -
    📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI: DESTINASI TV » / destinasitv. . WILLIAM » / si_rhys
    - - - - - - - - - - - - - - - - -
    🎬KREDIT:PRODUCER & DIRECTOR » AHMAD ZAMRI ( / . . EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN ( / alfaezy )
    - - - - - - - - - - - - - - - - -
    📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
    Destinasi TV merupakan channel CZcams di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di CZcams adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist CZcams Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

Komentáře • 262