Soutul Amal - Murabbi Ummah (Tribute: Dato' Ustaz Ismail Kamus)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • Dunia Ilmu di Malaysia kembali bersedih dengan perginya Murabbi Ummah Tuan Guru Dato' Ustaz Ismail Bin Kamus yang menghembuskan nafas terakhir pada 8 Mei 2020.. Moga Allah mengganjarkan beliau sebaik-baik ganjaran. Amin. Moga pihak keluarga beliau tabah dan redha.
    Kredit Gambar:
    Dikala kita lena kita dibuai dunia,
    Dirinya gundah memikirkan ummah,
    Tidurnya tak lena lantas bermunajat,
    Amanah dipundak oh. Terlalu berat.
    Murabbi obor di malam gelita,
    Murabbi sumur jiwa yang dahaga,
    Rebah tersungkur bangkit semula,
    Segenap umur demi jihad mulia.
    Tiada jemu menabur bakti,
    Kerehatannya pada berbudi,
    Gigih meraih redha Ilahi,
    Perginya... sukar diganti.
    Murabbi dia pelita ummah,
    Tetap menyala dibadai mehna,
    Bakti dicurah selagi kudrat,
    Terus berkorban ke akhir hayat,
    Pelita membakar diri,
    Derita rahsia hati,
    Istiqomah itu karomah,
    Damailah murabbi ummah,
    Meraih mardhotilah.
    Artis: Soutul Amal
    Lirik: Mohd Firdaus Sahidin
    #SoutulAmal #MurabbiUmmah #UstazIsmailKamus

Komentáře • 16

  • @mohdaizat5305
    @mohdaizat5305 Před 4 lety +22

    Salam takziah. satu kehilangan yang sangat besar buat kita semua ahli-ahli pas. selepas pemergian tuan guru datok Nik aziz. tuan guru datok Haron din. Tuan guru haji salleh. Dan hari ini pemergian tokoh ulama besar kita tuan guru dato Ismail kamus. ujian yg sangat besar di kala covid dan Ramadhan tahun ini. Moga roh tuan guru di cucuri rahmat 😥😥

    • @ABCD-rn6tk
      @ABCD-rn6tk Před 4 lety +2

      *kehilangan yang besar buat kita rakyat malaysia

    • @afifsyahmi8800
      @afifsyahmi8800 Před 4 lety +1

      إنا لله وإنا إليه راجعون😭

  • @syukriharun6803
    @syukriharun6803 Před 4 lety +9

    Semoga Ayahanda Al Mukarram Al 'Allamah Asy Syeikh Ismail Kamus dikurniakan syurga tanpa hisab..
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ..
    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ،
    _Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, dan kasihanilah dia.._
    وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ،
    _maafkanlah dan ampunilah dia.._
    وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ،
    _muliakan tempatnya.._
    وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ،
    _luaskan tempat masuknya,_
    وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ،
    _serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun.._
    وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ،
    _bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran.._
    وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ،
    _kurniakanlah dia tempat tinggal gantian yang lebih baik dari tempat tinggalnya.._
    وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ،
    _keluarga yang lebih baik daripada keluarganya.._
    وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ،
    _dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya.._
    وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ،
    _masukkanlah dia ke syurga.._
    وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ،
    _serta lindungilah dia dari azab kubur.._
    , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ..
    _dan juga daripada azab neraka.._
    آمين..
    _Perkenankanlah (doa hambaMu ini).._
    اللهم آمين يارب العــٰـلمين..
    _Ya Allah.._
    _Perkenankanlah (doa hambaMu ini), wahai Tuhan sekalian alam.._
    Seluruh keluarga kami berdukacita atas kembalinya Almarhum Al 'Allamah Asy Syeikhuna Ismail Kamus ke rahmatullah..
    الفقير إلى الله ككندا أزري..
    بسر الفاتحة..
    12:30 tengah malam Juma'at 15 Ramadhan 1441H
    Syahid Hasanah fi Ramadhan, insya Allah..
    آمِينْ..
    اللَّهُمَّ آمِينْ يَا رَبَّ الْعَــٰـلَمِينَ..

  • @ainnur7456
    @ainnur7456 Před 4 lety +7

    إنا لله و إنا إليه راجعون..
    Hilang seorang lagi permata murabbi ummah😢..
    Almarhum Tuan Guru Dato Ismail Kamus❤

  • @admiralgoketsu333
    @admiralgoketsu333 Před 4 lety +5

    Kematian yg dicemburui..moga tenang di sana.. Al-fatihah

  • @irfanrudin2525
    @irfanrudin2525 Před rokem

    Subhanallah sedap didengari

  • @mediasoutulamalrecords
    @mediasoutulamalrecords Před 2 lety +1

    Terima kasih semua atas sokongan padu pada karya-karya kami ❤

  • @imammudaazlanchannel
    @imammudaazlanchannel Před 4 lety +1

    Biar luput daripada pandangan tetapi tidak pupus di dalam hati dan ingatan, walau kehilangan sebutir bintang.
    AlFatihah buat murabbi almaghfurlah Datuk Ustaz Ismail Kamus

  • @hhpublisher3601
    @hhpublisher3601 Před 4 lety +4

    ☹️ innalillah, moga rohnya diberkati Allah...

  • @husnahasnan3694
    @husnahasnan3694 Před 4 lety +4

    Allah😭

  • @mohdnazrinhasim7215
    @mohdnazrinhasim7215 Před 4 lety +4

    innalillahiwaiinailaihirojiun

  • @faridadli5638
    @faridadli5638 Před 4 lety +1

    Innalillahiwainnalillahirojiun, perginya seorang lagi murabbi pada Sayyidul Ayyam.
    Allahurabb.

  • @muhammadfarhansyafiqroznan9282

    Innalillah

  • @sitinadirahshashabintiadam7070

    Allahu 😭✨

  • @ahmadhasif979
    @ahmadhasif979 Před 4 lety +4

    😥