INTEAM • Harum Setangkai Doa (Official Lyric Video)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 4. 01. 2024
  • Subscribe goo.gl/DqxOhB
    Dengarkan lagu ini di Spotify, Apple Music dan lain-lain lagi. Klik link berikut untuk info lanjut: bfan.link/harum-setangkai-doa
    HARUM SETANGKAI DOA
    Sebak menyusuri perjalanan duka
    Sepi bertamu jadi teman bisu paling setia
    Derap kenangan yang diukir bersama
    Mewangi di laman persaudaraan kita
    Sunyi dibatasi alam yang berbeza
    Angin bertasbih di antara nisan di pusara
    Takdir dan ketentuan pun berbicara
    Memisahkan, mengasingkan jasad dan nyawa
    Tiada lagi derai tawa
    Tiada lagi teman bersenda
    Pemergianmu tiada terduga
    Menghadap-Nya Tuhan Maha Pencipta
    Begitulah kehidupan
    Kan bertemu pengakhiran
    Perjalananmu mengharap redha
    Diiringi harum setangkai doa
    Kelahiran, kematian
    Diserta dengan tangisan
    Hujung hayatnya seorang insan
    Berakhir di suatu persinggahan
    Lagu: Frizdan Fizarahman
    Lirik: ITO Lara
    Susunan Muzik: Wan Saleh
    Gitar Akustik: Emi
    Seruling: Mohar
    Backing Vocal: Frizdan Fizarahman
    Studio: Inteam Studio & Studio Rekaman
    Jurutera Rakaman: Kirmizi & Wan Saleh
    Mixing & Mastering: Wan Saleh
    Grafik: Frizdan Fizarahman
    Video: Rasyid Amir
    A&R: Kimi
    #inteam #harumsetangkaidoa #suhaimisaad
    Follow Inteam on
    / officialinteam
    / official_inteam
    More about Inteam Digital
    / inteamd
    / inteamdigital
    © 2024 | INTEAM RECORDS | All Rights Reserved.
  • Hudba

Komentáře • 617

  • @InteamDigital
    @InteamDigital  Před 6 měsíci +128

    Dengarkan lagu ini di Spotify, Apple Music dan lain-lain lagi. Klik link berikut untuk info lanjut: bfan.link/harum-setangkai-doa

    • @azleelee6980
      @azleelee6980 Před 6 měsíci +4

      # surau Al masyur tq sudi datg.. sy jumpe abg inteam tahun 2004 sy 17 tahun mase tu

    • @solehhuddin8330
      @solehhuddin8330 Před 6 měsíci +3

      Assalamualaikum Saudara Kumpulan nasyid InTeam Saya Ni Edd In, Saya dah dengar Lagu Terbaru InTeam, Rasa pilu pula dengar lagu Terbaru ni, 😟☹️😞😢😭

    • @salasiahabdulhamid6007
      @salasiahabdulhamid6007 Před 6 měsíci +1

      Deep. Meleleh air mata tgk vc lagu ni. Akrab persahabatan kalian... Semoga kembali bersama di jannah...🤲🏾

    • @al-husna9106
      @al-husna9106 Před 6 měsíci +1

      czcams.com/video/jr7oY25MUrg/video.html

    • @rumahimpianandaria1472
      @rumahimpianandaria1472 Před 5 měsíci

      إن شا الله
      sentiasa support

  • @user-xg1zb6xs1e
    @user-xg1zb6xs1e Před 6 měsíci +148

    #cfsiium2024 “Tidak perlu memandang langit untuk merasa kewujudan Tuhan..Kerana langit dengan kita masih terlalu jauh untuk dicapai..Tidak perlu memandang apa-apa untuk merasa Tuhan itu dekat kerana Tuhan itu lebih dekat dari dekat nya nadi dengan tuan nya..” sesungguhnya , sebelum Allah memberimu ujian yang hebat , Dia sudah pun memberimu sekeping hati yang kuat..Alfatihah buat almarhum Suhaimi Saad, semoga Allah menempatkam beliau bersama orang orang yang beriman 🤲

    • @user-xg1zb6xs1e
      @user-xg1zb6xs1e Před 6 měsíci +6

      ( iman sofia )

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci +5

      Terbaik #cfsiium Tahniah Iman Sofia. Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

    • @fad8833
      @fad8833 Před 5 měsíci +1

      Saya suka ayat ni. Bole saya share

    • @user-xw3cj9sr2z
      @user-xw3cj9sr2z Před 4 měsíci

      أمين يا رب العالمين

    • @videowebsite-sd8sb
      @videowebsite-sd8sb Před měsícem

      saya nk share ayat ni boleh ya

  • @hazimh9321
    @hazimh9321 Před 6 měsíci +198

    Kelahiran, kematian diserta dengan tangisan. Kelahiran dengan tangisan seorang bayi manakala kematian kita menangisi pemergian insan yang disayangi. Tahniah buat inteam atas lagu harum setangkai doa . Al Fatihah buat arwah Suhaimi dan mereka yang telah pergi. Moga harum setangkai doa jadi peneman di alam sana.

    • @feraaziz
      @feraaziz Před 6 měsíci +2

      Al fatihah ✨🤲🏼😭✨🤲🏼

  • @filzah2521
    @filzah2521 Před 6 měsíci +81

    Menangis mendengar lagu ini persahabatan yng begitu lama. Peminat INTEAM dari awal penubuhan sebak tengok gambar2 ini. Semoga roh abang suhaimi dicucuri rahmat

  • @seorangmuslimah6172
    @seorangmuslimah6172 Před 6 měsíci +81

    Saya tinggal di Indonesia. Membesar dengan nasheed nasheed Inteam. Salam takziah atas pemergian arwah Suhaimi Sa'ad. Semoga Allah tempatkan arwah di Jannah Nya.

  • @arusqudus
    @arusqudus Před 6 měsíci +66

    Semoga arwah Suhaimi Saad dalam bahagia skrg, kami menjadi saksi membesar dgn suara2 nasihat menerusi lagu kalian... inilah yg dinamakan pahala yg berterusan buat kalian, lihatlah betapa ramai orang yg telah terdidik hasil sumbangan kalian...
    TAHNIAH INTEAM ❤

  • @noreidzwan2987
    @noreidzwan2987 Před 6 měsíci +62

    Sy mengikuti dan dewasa bersama lagu2 inteam hingga kini, Inteam teruskan perjuangan .. Semoga Allayarham Suhaimi bersama para solihin .

  • @putriportrait
    @putriportrait Před 6 měsíci +16

    Allahu...Allahu...tak sangka MV lagu ini memperlihatkan foto2 kenangan Inteam bersama arwah Bang Suhaimi 😢 Apalagi scene terakhir, foto arwah 'fade away' like that 😭😭😭
    Al Fatihah (dibaca) buat allahyarham bang Suhaimi Saad 🤲🤲🤲

  • @sykr8
    @sykr8 Před 6 měsíci +15

    Sesiapa yang pernah merasai kehilangan insan tersayang melalui kematian pasti terkenang
    Dan sesiapa belum pernah merasa pasti akan merasainya kerana kematian itu kepastian..hanya takdir menentu detik kematian

  • @azzacantek473
    @azzacantek473 Před 6 měsíci +24

    Mendengar pertama kali sambil berjoging tadi, bergenang jugak air mata. Cuaca bertukar mendung. Mungkin sama sedihnya. Mengikuti kalian sedari awal penubuhan hingga kini tetap disini. Mungkin saya bukan yg paling dekat dgn kalian, tapi percayalah kita pernah mengenali. Abg mie, saya tetap percaya abg mie dah lakukan semua dengan sehabis baik dan kembali kepada Dia pada saat yg terbaik. Hanya Alfatihah yg mampu saya sedekah utk abg mie. Utk yg abang2 ku yg lain, terus sebarkan karya dan kebaikan ya. Semoga berjaya. Lot of love ❤

  • @cikira-vlog-3298
    @cikira-vlog-3298 Před 6 měsíci +21

    First impression ,meremang dan menangis mendengar bait bait lirik lagunya. Sedihnya, kehilangan seorang sahabat sejati bukan mudah untuk diterima. Terasa kehilangan yg menyakitkkan 🥺

  • @nanabunny9910
    @nanabunny9910 Před 6 měsíci +32

    #cfsiium
    Melalui harmoni suara yang disatukan, kalian tak hanya menyentuh telinga, tetapi juga menyentuh hati. Teruslah menyebarkan pesan kebaikan dan keharmonian melalui lagu-lagu yang membangkitkan kebaikan di hati setiap pendengarnya.

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci +1

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @normahtakal11
    @normahtakal11 Před 6 měsíci +13

    Menitis air mata mendengarkan bait2 kata doanya...Kumpulan yg sy minat sedari kecil sehinggalah kini dikurniakn 3 cahaya mata,semoga setiap bait lagu kumpulan inteam mekar semekar ukhuwah kalian... Aamiin2 Ya Mujib Ya Rahman Ya Rahim, Al-Fatihah buat Ss...

  • @asriwahid9286
    @asriwahid9286 Před 6 měsíci +15

    bila dengar balik pesanan akhir arwah abg SS terasa sebak 😭... Al Fatihah buat Almarhum Suhaimi Saad 🤲

  • @drrrtlnshn
    @drrrtlnshn Před 6 měsíci +23

    Lagu yg mmg sayu,syahdu,menusuk kalbu dan menyentuh hati...
    Tiada Lagi Derai Tawa
    Tiada Lagi Teman Bersenda
    Pemergianmu Tiada Terduga
    Menghadapnya Tuhan Maha Pencipta
    😢😢😢🥺🥺🥺

  • @normr7630
    @normr7630 Před 6 měsíci +15

    😢😢😢😢 Semoga Arwah SS ditempatkan dikalangan orang beriman dan diampunkan segala dosa. Amiin...

  • @ahmadsolihin1310
    @ahmadsolihin1310 Před 6 měsíci +9

    Permata di antara celahan kaca..begitulah lirik kalian sesuai buat arwah Suhaimi Saad.mga bersama Rafiqul A’la..

  • @muhammadfadzil4461
    @muhammadfadzil4461 Před 6 měsíci +11

    Arwah pernah jadi juri dalam pertandingan nasyid peringkat daerah di klang. Kenangan yang tak dapat dilupakan.

  • @solehhuddin8330
    @solehhuddin8330 Před 6 měsíci +9

    Semoga Arwah di Tempat kan di kalangan Yg bertaqwa. Aaminn 🤲😮😟😢😭

  • @amirulasyraf9000
    @amirulasyraf9000 Před 6 měsíci +29

    Setiap gambar penuh kenangan. One of the best lyric + music video ever.

  • @dadansibeber293
    @dadansibeber293 Před 6 měsíci +8

    Tim nasyid inteam yg paling solid,tida ginta ganti personil,saya salut sama ke kompakan kalian dr awal berdiri hingga kini❤

  • @muhdfadhli8403
    @muhdfadhli8403 Před 6 měsíci +13

    Allahu sebak sedih semua bercampur dengar bait2 lirik ditambah gambar2 kenangan bersama arwah😭😭.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 dan tempatkan arwah dalam kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh

  • @Arnamee
    @Arnamee Před 6 měsíci +8

    اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
    *"Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*
    Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.

  • @Nik-is8dj
    @Nik-is8dj Před 6 měsíci +8

    Suara abg rahim dan abg syam..mmg menusuk dlm lagu ni....terbaik abg² inteam....

  • @nabilahmad7888
    @nabilahmad7888 Před 6 měsíci +17

    Kenangan persahabatan atas dasar Cinta dan Taqwa yang bakal menghimpunkan kita semua diSANA. Terbaik Inteam dan semoga Allah merahmati arwah SS.

  • @Afininurin
    @Afininurin Před 6 měsíci +16

    Lagu best😭😭💯Air mata mengalir tanpa sedar🥲Semoga SS ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa.

  • @husnanadhirah385
    @husnanadhirah385 Před 6 měsíci +13

    InsyaAllah akan berkumpul semula di syurga tertinggi, tempat abadi di mana tiada lagi perpisahan dan kesedihan 🤲🏻
    Tahniah dan terima kasih Inteam atas penghasilan lagu ini. ❤

  • @arifjalil8515
    @arifjalil8515 Před měsícem +1

    Baru dgr kt Radio Zayan td.Alfatihah kpd Allahyarham Suhaimi Saad.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

  • @nurati96
    @nurati96 Před 6 měsíci +8

    Semoga Kita semua bertemu d syurga Allah dengan orang2 Kita syg😢

  • @nursyafawani9211
    @nursyafawani9211 Před 6 měsíci +11

    Alfatihah, semoga pengakhiran kita semua diredhai oleh Nya aminn😢🤲

  • @ibnumedia4790
    @ibnumedia4790 Před 6 měsíci +38

    Tahniah, Harum Setangkai Doa memang sampai ke jiwa pendegar pendengar .

  • @maafknjelahdia-7058
    @maafknjelahdia-7058 Před 6 měsíci +7

    Baru kehilangn sahabat 2mggu . Perit d hati, seorang yg ceria, selalu menceriakn suasana . Mudah berkawan dgn semua org .. seorang yg baik . Semoga syurga Buatmu sahabat ,Muhamad Aimi 😢 .

  • @nurulshamimi7429
    @nurulshamimi7429 Před 6 měsíci +8

    Sangat sedih lagu Harum Setangkai Doa.. Semoga arwah abg Mi (Suhaimi Saad) ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman..🤲

  • @syidanmusic2004
    @syidanmusic2004 Před 6 měsíci +8

    Apa yang Inteam rasakan, kamipun pernah merasakan ditinggal dua ahli kumpulan kami, pada tahun 2007 dan 2022, kami munsyid Indonesia turut berduka atas wafatnya abang Suhaimi. Alfatihah

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci +2

      Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @army_taekook_cambodia
    @army_taekook_cambodia Před 6 měsíci +7

    ខ្ញុំគឺអ្នកគាំទ្ររបស់ Inteam ជាង 10 ឆ្នាំហើយតាំងតែពីខ្ញុំនៅក្មេងមកម្លេះ វាពិតជាឈឺចាប់នៅពេលមនុស្សដែលយើងចូលចិត្តមនុស្សដែលយើងស្គាល់បានចាកចេញពីពិភពលោកមួយនេះ សូមអោយ អល់ឡោះផ្តល់នៅកន្លែងដែលល្អបំផុតសម្រាប់គាត់ អធិស្ឋានសម្រាប់គាត់ជានិច្ច 😢🤲🇰🇭🇰🇭🇰🇭

    • @misscindut
      @misscindut Před 6 měsíci

      Aamiin ya robbal'aalamiin

  • @MuftiahSyarifatunnur
    @MuftiahSyarifatunnur Před 6 měsíci +10

    Alfatihah buat Suhaimi Saad
    Semoga Allah ampuni dosa2nya,diterima amal baiknya dan ditempatkan bersama orang orang yg beriman.
    Salam dr Indonesia

  • @muhammadasree5542
    @muhammadasree5542 Před 5 měsíci +7

    Nasyid yang sangat membekas kepada hati😢. Lirik dan lagunya bukan sekadar untuk didengar tapi sebagai muhasabah diri agar menjadikan kematian sebagai peringatan untuk kita. Karya inteam is the best. Anda adalah contoh sahabat sejati. ❤❤

  • @norasriomar3267
    @norasriomar3267 Před 13 dny +1

    Al-Fatihah buat arwah Suhaimi Saad…

  • @dormantviewer
    @dormantviewer Před 6 měsíci +5

    Semoga Allah mengampuni SS dan memasukkan dia ke syurga firdaus..

  • @syamilrashid2469
    @syamilrashid2469 Před 6 měsíci +5

    Allahuakbar......lirik lagu yg btul ii mnusuk dlm hti😭😭....mncritakn tentang suka duka snyum tawa seorng sahabat yg sgt baik dan knangan ii yg indah bersama bliau d wktu muda shinggalh bliau prgi mninggalkn kita Allahuakbar😭😭😭kredit buat inteam dan smua yg trlibat bg mnjayakn lgu trbru harum setangkai doa tribute by arwah suhaimi saad

  • @amirulshelldrake
    @amirulshelldrake Před 6 měsíci +7

    Kebetulan...lagu ni dilancarkan sehari sebelum pemergian sahabat perjuangan saya.kena sangat lirik lagu ni dengan persahabatan kami. Al Fatihah buat mu sahabatku Ahmedul Hadi Bin Muhammad.moga syurga tempatmu😢

  • @user-xg3yk4mb5x
    @user-xg3yk4mb5x Před měsícem +2

    Sangt2 trsntuh Di jiwa..tak sdar air mata brtakung..smoga arwah ss damai Di sana..Al-fatihah..🤲

  • @yadirosadifamily3304
    @yadirosadifamily3304 Před 6 měsíci +10

    Allah yarham Suhaimi Saad.. Salam persaudaraan from indonesia

  • @azurenjalaludin7717
    @azurenjalaludin7717 Před 6 měsíci +5

    Sebaknyaaa..lagi laju derai airmata part gamba Salman anak arwah SS solatkan jenazah ayahnya 😭😭..segala nasihat arwah dlm live..borak santainya yg mghiburkan hati..sy post di tiktok utk kenangan..smoga syurga untuk Arwah SS Aaminn

  • @Jokerandthechild
    @Jokerandthechild Před 6 měsíci +7

    Rindunya zaman awal 2000 dengar lagu inteam. Terima kasih Inteam memberi hiburan sambil berdakwah.

  • @harisfirdaus13
    @harisfirdaus13 Před 6 měsíci +5

    Semoga Allah kurniakan syurga buat arwah 🤲🏻

  • @raihanfarhani4529
    @raihanfarhani4529 Před 6 měsíci +6

    perasaan kehilangan insan tersayang, tak mampu diungkap di mulut, namun hati melafazkan doa tanpa henti, diikuti air mata mengalir di pipi #cfsiium

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @syamilrashid2469
    @syamilrashid2469 Před 6 měsíci +7

    Al-Fatihah buat arwah suhaimi saad🤲😭😭

  • @user-bi5ut7gm6g
    @user-bi5ut7gm6g Před 6 měsíci +6

    Bait² kata yg sangat mendalam dan tersentuh.🥹

  • @ZalikhaBintiJusoh
    @ZalikhaBintiJusoh Před 3 měsíci +4

    Di bulan ramadhan ni baru ad kesempatan untuk dengar lagu harum setangkai doa,lagu dan lirik dia betul menyentuh hati dan betul2 xdapat menahan air mata betul2 bermakna , erti persahabat,semuanya YA ALLAH😢😢 terbaik in- team lagu2 xpernah xsdap❤

  • @salwaschara
    @salwaschara Před 6 měsíci +12

    Memang rasa sebak dan beremosi..Tambah lagi dipaparkan kenangan dan memori indah bersamanya. Erti persahabatan yg sebenar. Suara sedap dan merdu semuanya ❤ Al Fatihah untuk Suhami Saad 🤲

  • @pendosayanginginkesyurga9281
    @pendosayanginginkesyurga9281 Před 6 měsíci +8

    Menitis air mata...terbaik lagu ini...hargailah sahabat yg pernah melalui susah senang bersama...

  • @shakirashafiee4627
    @shakirashafiee4627 Před 6 měsíci +9

    Tahniah inteam lagu sedap sgt😭❤...AL Fatihah buat arwah ..semoga syurga buatnya...

  • @cikmieyrameli3147
    @cikmieyrameli3147 Před 6 měsíci +12

    Al-Fatihah buat saudara Suhaimi..sy sgt meminati gemersik suara beliau..terima kasih In-Team..teruskan berkarya dan mentarbiah kami..selamanya kumpulan nasyid utama di hati saya 😊

  • @chintaqaseh4596
    @chintaqaseh4596 Před 6 měsíci +8

    Gugur air mata ini kerana rindukn celoteh arwah,suara arwh nyanyi live,gurauan arwah😭😭😭😭😭..Allahuakbar..kita juga bakal menyusul, Al fatihah buat arwah Suhaimi saad,semoga bahagia ditaman syurga bersama org² yg beriman..Allahumma Aamiin

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci +3

      Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

    • @chintaqaseh4596
      @chintaqaseh4596 Před 6 měsíci

      ​@@InteamDigitalsama²

  • @missawto8195
    @missawto8195 Před 2 měsíci +2

    sedihnya lagu ni. semoga semua arwah umat Islam ditempatkan bersama org2 beriman Insha'Allah aamiin

  • @salikbuta7834
    @salikbuta7834 Před 6 měsíci +4

    Ya Allah, sesungguhnya aku takut akan kematian dikala aku alpa, sesungguhnya aku takut akan kematian dikala aku bermaksiat dan sesungguhnya aku takut akan gelapnya alam kubur. Ya Allah berilah hatiku petunjuk , ampunilah dosa-dosaku dan kurniakanlah untukku pengakhiran yang baik.
    Allahumma amiin.

  • @nazrishahidan7396
    @nazrishahidan7396 Před 6 měsíci +5

    Deraian tawa dan senda bersama berganti ingatan dan doa buat Pencipta..
    اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
    #cfsiium

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @rizkysyidan2004
    @rizkysyidan2004 Před 6 měsíci +5

    Saya munsyid Indonesia, masa muda diiringi lagu-lagu inteam, salam takziyah

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci +2

      Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @mohdazizanadnan891
    @mohdazizanadnan891 Před 6 měsíci +4

    Sedih😢.. kami membesar dgn lagu anda inteam. Hilangnya Allahyarham abg ss bukti usia kami semua juga menginjak dewasa menuju ke akhir yg kekal abadi... Moga Allah tempatkan abg SS di Syurga 🌹

  • @nuarrandomchanel2554
    @nuarrandomchanel2554 Před 5 měsíci +2

    Semoga Arwah di kasihi dan di tempatkan Di kalabgan orang² yg Arwah impikan dan Tak terbayangkan... aamiin ya Rabbal Alamin.
    Khususan Illa ruhi suhaimi saad
    Al-FATIHAH

  • @pokgakchannel2168
    @pokgakchannel2168 Před 6 měsíci +4

    Sayu sangat.smg arwah beroleh ganjaran syurga

  • @ikhsanzainal561
    @ikhsanzainal561 Před 6 měsíci +3

    Subhanallah..sngguh menusuk kalbu.kesedihan yg tiada noktah.salam takziah

  • @ghazialfatih06
    @ghazialfatih06 Před 5 měsíci +6

    Jd teringat pemergian anggota hijjaz (allahyarham soleh ramli), Kini inteam pun mengalaminya, pemergian anggota awalnya (allahyarham Suhaimi Sa'ad), InsyaAllah Allah beri tmpt yg lbh baik dari dunia fana ini...

    • @abdulhalimhamid479
      @abdulhalimhamid479 Před 4 měsíci +1

      kumpulan raihan pun pernah ada yang meninggal kan? dan kumpulan brothers skali. moga semuanya ditempatkan dalam kalangan para salihin

    • @ghazialfatih06
      @ghazialfatih06 Před 4 měsíci

      @@abdulhalimhamid479 ia, Zarie Ahmad, brothers, Salleh, Rabbani - ust Asri Ibrohim

  • @Fdaus14
    @Fdaus14 Před 6 měsíci +5

    😢😢 Menitis air mata bila mendengar lagu ini...

  • @noradillasalimnoradillasal9689
    @noradillasalimnoradillasal9689 Před 6 měsíci +11

    Allahu... Saya menangis dengar lagu dari inteam, sangat sayu dan mendayu-dayu terkesan hingga ke hati... Tahniah buat inteam untuk karya yang indah ini... Al-fatihah untuk Almarhum, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Aamiin Allahumma Aamiin... Terima kasih inteam, semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berkarya...

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @bieaniki
    @bieaniki Před 6 měsíci +2

    Suara arwah Sgt sinomim dgn in team. Mmg betul, bkn snag nk cri pgganti ahli kump. Rmai org leh nyanyi tp nk cri chemistry yg pyh.

  • @mnhproduction5800
    @mnhproduction5800 Před 6 měsíci +4

    Saya bila dengar lagu nih saya terus teringat kawan kawan saya yg dh meninggal auto mata masuk habuk,tq inteam buat kami tersentuh dgn lagu ini.semoga bermanfaat

  • @suarimi590
    @suarimi590 Před 6 měsíci +3

    Alhamdulillah terus menerus bagi sokongan ❤
    Mantap 👍👍👍👍👍
    Terima kasih ❤

  • @iskandarzulkarnain7166
    @iskandarzulkarnain7166 Před 6 měsíci +4

    Bila teringat tentang arwah, dalam fikiran mesti terfikir Rasulullah SAW .. bagaimana cara dia dengan anak2 Dan isteri... Jadi terdetik sejenak fikirkan Nabi Muhammad SAW. allahuakbar... Semoga syurga buatmu sedara .. Amin 🤲

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci +1

      Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @mahfudzahidris9835
    @mahfudzahidris9835 Před 6 měsíci +6

    Al fatihah buat arwah SS. Moga Roh arwah ditempat Kan dlm kalangan orang2 beriman dan soleh.. 😢😔.Moga kebaikan dan ilmu yg dikongsi oleh arwah sentiasa menjadi amalan buat yg masih ilmu. Terima Kasih segalanya buat inteam dan semua .. Moga Kita beroleh rahmat dan keampunan dariNya😢

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @alami003
    @alami003 Před 6 měsíci +3

    Al- fatihah buat bang suhaimi saad dan ibu sy noor lela binti wahad yg telah pergi pada tahun yg sama.. 21hb disember 2023.. kdua2 pemergiaan yg mengejutkan sy.. sesungguhnya mati tu pasti, sy redha dgn ketentuanNya. Semoga mereka yg telah pergi dimasukkan kedlm syurga bersama2 org beriman, amin..

  • @sitinorsarah9387
    @sitinorsarah9387 Před 6 měsíci +6

    Al-Fatihah buat arwah Suhaimi.. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmatnya Aamiin ya Rabbal alamiin 🤲😢

  • @mrhafiz1540
    @mrhafiz1540 Před 6 měsíci +3

    Mula" dengar bulu roma tibe" naik .. last" air mate tibe" berair 🥺 ..

  • @sykr8
    @sykr8 Před 6 měsíci +7

    Hanya airmata mewakili apa yang dirasa..

  • @ferawijaya
    @ferawijaya Před 6 měsíci +6

    Al-Fatihah buat arwah suhaimi saad

  • @sarudinudeen9796
    @sarudinudeen9796 Před 6 měsíci +6

    Bergenang air mata mendengar lagu harum setangkai doa ni..Al Fatihah buat arwah suhaimi saad..tahniah abg² Inteam semua..lirik yang menusuk ke Qalbu..

  • @miranuar7200
    @miranuar7200 Před 6 měsíci +10

    Tanpa sedar mengalir air mata..tahniah In-team..lirik menusuk kalbu..

  • @zayadihzay9881
    @zayadihzay9881 Před 6 měsíci +3

    Innalillahi Wa'innaillaihi Roziun..
    alfatihah khususon buat abng q tercinta abang Suhaimi Saad..
    Alfatihah...

  • @mohdrizwan9625
    @mohdrizwan9625 Před 6 měsíci +5

    Betul2 menusuk di JIWA..sayu je dgr..😢..moga arwah tenang di alam sana..❤

  • @ketukketukdapurcikmiahmega7561
    @ketukketukdapurcikmiahmega7561 Před 2 měsíci +1

    Masa lagu ni launching, bila dengaq, saya teringat arwah ayah saya yg pergi sudah 8 tahun. Pergi dengan mengejut .. hari2 dengaq lagu ni.. Dan baru2 ni 2/4/2024, mak saya pergi bertemu Allah dengan mengejut jgak, pada 4pg. Allahuakbar... Merekalah ibu ayah, merekalah sahabat .. merekalah insan yg paling disayangi.. Allahuakbar. Setiap Kali dengaq lagu ni, akan doakan mak Dan ayah serta arwah Suhaimi .. semoga Allah masukkan mereka dalam Syurga Allah. InshaAllah. Amin

  • @keycap2989
    @keycap2989 Před 6 měsíci +2

    إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

  • @mohdfirdaus2179
    @mohdfirdaus2179 Před 6 měsíci +2

    Allah ampuni dosanya tempatkanlah dia bersama para Solehin amin

  • @langitrindu9146
    @langitrindu9146 Před 6 měsíci +6

    #CFSIIUM
    Dunia sepastinya tempat berduka, sujud dan berdoalah pada Dia, Pemberi Khabar Gembira, Penenang Hati demi dipertemukan di tempat yang hakiki.

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @Khadijahzuls
    @Khadijahzuls Před 6 měsíci +4

    Beginilah cara jarak memesrahkan kita, saling mendoakan.
    #CFSIIUM

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @ilfs25
    @ilfs25 Před 6 měsíci +4

    Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad 🥰❤️ assalamualaikum izin simpan dan kongsi

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @wardahnadhirah6763
    @wardahnadhirah6763 Před 6 měsíci +6

    #cfsiium setiap lirik lagu menusuk sampai ke dalam jiwa 😢 semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman aamiin in syaa Allah 😊

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @nuraenika4903
    @nuraenika4903 Před 6 měsíci +2

    Inna Lillahi wa inna ilaihi roji'un . Semoga husnul khotimah Allah ampuni sgl dosa serta Allah terima semua amal solihnya serta Allah kumpulkan bersama org2 solih yg tlh mendahului maupun org2 solih yg akan datang kemudian. Aamiin

  • @gedegangrider
    @gedegangrider Před 6 měsíci +4

    Allah berkehendakkan sesuatu.. Semoga Inteam terus mendokong nasyid sebagai dakwah jiwa

  • @Nuha_Arbai
    @Nuha_Arbai Před 6 měsíci +3

    Allah. Sebaknya, teringat arwah ayah.

  • @mohdshahrizal922
    @mohdshahrizal922 Před 6 měsíci +2

    Semoga di berikan keredhaan allah swt dan tergolong dgn orang² yg beriman

  • @Ghoulsoul77
    @Ghoulsoul77 Před 6 měsíci +6

    #cfsiium #inteamterbaik #freepalestine
    لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
    Artinya: "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
    Kalimat ini bertujuan untuk menghibur dan mengingatkan hamba-Nya bahwa Allah tidak pernah membiarkan seorang hamba-Nya berada di dalam kesedihan dan kepedihan. Allah SWT tidak akan memberikan ujian kepada hamba-Nya melainkan sesuai dengan kemampuannya.
    Sejatinya, kesedihan dan kepedihan yang sedang dialami hanya bersifat sementara sahaja. Maka dari itu, ketika seorang muslim sedang merasa sedih atau menghadapi ujian yang berat, orang muslim seharusnya bersikap sabar dan ikhlas dalam menghadapinya serta memiliki keyakinan bahwa Allah SWT akan memberikan kebahagiaan kepadanya.

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍

  • @fitriemade
    @fitriemade Před 6 měsíci +2

    Moga Allah tempatkan dalam kalangan mereka yang bertaqwa. Moga Allah kurniakan kematian yang mulia seperti arwah kepada kita semua, Aamiin.

  • @hafizradiox7924
    @hafizradiox7924 Před 6 měsíci +3

    Sahabat selamanya. Kami akan menyusul bang. Setanggi syurga inshaa Allah.

  • @shafiemdnor1372
    @shafiemdnor1372 Před 6 měsíci +2

    Masyallah..kenapa SS nak kembali kepada pd Allah cepat tu, SS muda lagi😢..sape ada video live tu

  • @yanamizi7427
    @yanamizi7427 Před 6 měsíci +7

    Alfatihah buat almarhum. Semoga rohnya bersama dgn para solihin..Sy follow inteam dari 2003 sehingga skrg. Membesar dgn lagu2 inteam. Semua lagu sampai ke jiwa🌹

  • @iskandarzulkarnain7166
    @iskandarzulkarnain7166 Před 5 měsíci +2

    Hari2 dengaq lagu ni !!! Tak jemu... Teringat arwah ayah .. dialah ayah .. dialah sahabat.... 😢

  • @msis81
    @msis81 Před 6 měsíci +4

    Bg yang mengikuti Inteam dari mula2 penglibatan mereka dalam industri, memang akan lebih terkesan dengan pemergian Almarhum Abg Suhaimi. Semoga Allah merahmati mu Abg Mie. 😢 Perjuangan harus diteruskan bg mendidik jiwa-jiwa insan dalam berhibur.

  • @tigerlily700
    @tigerlily700 Před 6 měsíci +4

    Sedih ....bagus nya diaorg sebagai sahabat...😭😭

  • @amirahnabihah3362
    @amirahnabihah3362 Před 6 měsíci +8

    Bila kita first time hidup kat dunia ni, kelahiran kita disambut dengan kegembiraan, bila kita besar dan jalani hidup ni kita rasa besar sangat ujian Allah ni. Bila nyawa kita hampir ditarik, kita mula rasa sakit yang tak tertahan sakitnya....teringat kat semua orang yg kita sayang dan dalam masa yang sama harap kita sentiasa diingati oleh mereka dalam doa-doa mereka.....Mati itu pasti jadi hiduplah dalam keredhaan Allah sebab bila bila masa nyawa kita boleh ditarik. #cfsiium

    • @InteamDigital
      @InteamDigital  Před 6 měsíci

      Terbaik #cfsiium Terima kasih atas sokongan untuk lagu terbaru kami. Semoga membawa manfaat. Jangan lupa like, share dan subscribe 😍😍