GURNEY BAY | NIGHT WALK | 1:00 AM | PENANG | 4K-HDR

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 11. 02. 2024
  • Sebelum ini, nama tempat ini ialah "Gurney Wharf" ataupun "Dermaga Gurney", terletak bersebelahan dengan "Gurney Drive" Setelah kerajaan Pulau Pinang melihat kembali dari sudut geografi, ia bukannya dermaga dan ianya lebih kepada "Teluk" dan nama Gurney Wharf ditukar kepada "Gurney Bay" atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud, Teluk Gurney.
    Semasa pembinaan Gurney Bay di dalam perancangan, ia mendapat tentangan dari nelayan, peniaga peniaga, penduduk apartment dan penduduk kondominium di sekitar kawasan ini, salah satu sebabnya ialah "ocean view" sudah tiada dari lokasi mereka jika projek ini diteruskan, para peniaga di sekitar Gurney Drive juga akan berkurangan pelanggan. Walaubagaimanpun, semasa perasmian Gurney Bay, tidak kelihatan protes oleh penduduk dan peniaga di sini, berkemungkinan mereka berubah fikiran.
    Oh ya!, Ia mengingatkan saya kepada sejarah pembinaan Jambatan Pertama Pulau Pinang yang diceritakan oleh ayah saya, dimana ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk dan juga pembangkang yang mengatakan ia projek yang menghabiskan wang rakyat dan bagaimana anda boleh membina Jambatan konkrit di atas lautan? Pada masa itu, ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. (Tak ramai yang tahu mengenai isu ini kerana pada waktu tersebut kerajaan mengawal selia TV dan Radio). Hakikatnya Jambatan ke-dua Pulau Pinang pula dibangunkan untuk menampung jumlah kenderaan Penang 1st Bridge yang semakin meningkat.
    Sesuatu yang munasabah jika rakyat memprotes sesuatu pembangunan di Pulau Pinang kerana ia melibatkan dana yang banyak dan ekosistem di situ, sama juga seperti projek laluan terowong di dasar lautan yang menghubungkan Georgetown dan tanah besar yang mendapat tentangan dari sebahagian penduduk, ya, ia memakan belanja yang sangat banyak dan bagaimana anda boleh membina terowong konkrit di dasar lautan?. Bagi saya, tak mustahil akan ada terowong dasar lautan ke-dua untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak untuk 1st undersea tunnel suatu masa nanti bila siap 100 atau 200 tahun di masa hadapan. Siapa yang tahu..
    Rakyat berhak menyuarakan pendapat supaya ada "check & balance" dan tidak ada ketirisan wang yang berlaku pada kerajaan, dan pada masa yang sama, kerajaan juga perlu kepada pembangunan supaya Pulau Pinang kekal relevent untuk menampung pertambahan penduduk untuk dekad yang akan datang.
    #penang #gurneybay #georgetownpenang
    4K.60P.HDR
    Copyright © 2024 Peek Hike. All Rights Reserved.

Komentáře • 5

  • @festivaljapan
    @festivaljapan Před 5 měsíci +2

    Great Video.I'm a big fan of your channel.

  • @johari235
    @johari235 Před 5 měsíci +1

    I just comeback from penang last week....really dont know about this beautiful place....thanks for sharing...next time coming sure will bring my kid here ❤️❤️😁

  • @cheemsburger6117
    @cheemsburger6117 Před 2 měsíci +1

    Kids nowadays sure is something else, back then most kids would have a curfew and must be in bed before 12am. But now they are following their parents to go "healing"

  • @rushnetwork782
    @rushnetwork782 Před 5 měsíci +2

    Please do not allowed food vendor station on this bay

  • @philwang9878
    @philwang9878 Před 5 měsíci +1

    RUBBISH WILL BE A PROBLEM .WHERE THE ENFORCEMENT.DONT STEP ON THE GRASS SIGN BUT LOOK WHO FOLLOW .WHERE THE RANGERS 200 MIL PLUS LIKE THIS /.NOT GOOD AT ALL