"KEJUJURAN VS RINGGIT" Mana Yang Anak Muda Malaysia PILIH ??

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 1. 07. 2024
  • ►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
    ►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
    Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
    Visit my Instagram : @jendral_sastra_
    Visit my twitter : @jendralsastra
    This video was made for an entertainment purpose only.
    This video was made based on one of the requests from all of you.
    Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
    Thank You #aboutsastra #reactionvideo #Malaysia

Komentáře • 243

  • @syahrulsyafiqsyafiq6456
    @syahrulsyafiqsyafiq6456 Před 21 dnem +84

    Saya penah terjumpa beg duit sorang makcik dekat kedai serbaneka yg saya kerja.. Dalm beg tu ada duit RM3k.. Sye p cari bagi balik dekat makcik tu dan sekarang makcik tu adalah ibu mertua saya

    • @SYUHUDULKATSRAHFIWAHDAH
      @SYUHUDULKATSRAHFIWAHDAH Před 21 dnem +8

      fuyohh... ada lg tk mak camtu😁

    • @MrHazim92
      @MrHazim92 Před 21 dnem +2

      makcik tu kenen kan dgn anak dia terus ke? Cuba cerita sikit…

    • @syahrulsyafiqsyafiq6456
      @syahrulsyafiqsyafiq6456 Před 21 dnem +7

      @@MrHazim92 panjang cite dia... Masa tu anak dia pun ada skali.. Tk silap 3 kali dia jugak dia dtg tmpat keje aku beli barang.. Berkawan lama2 terlekat 🤣

  • @zaranorisha9795
    @zaranorisha9795 Před 21 dnem +64

    Dulu, zaman study, aku selalu tertinggal power bank di kerusi lobi asrama. Lupa sebab nak cepat pergi ke kelas. Tapi Alhamdulillah, balik dari kelas power bank masih ada di tempat yang sama. Dan selalu juga buat assignment di cafe asrama, sampai masa nak solat, minta tolong orang sekeliling tengokkan, padahal tak kenal pun mereka. Alhamdulillah, dijaga. Bahkan, aku pernah tertinggal fon tablet di toilet R&R dan dijumpai oleh petugas kebersihan. Petugas kebersihan tersebut serahkan tablet saya di kaunter dan petugas di kaunter membuat pengumuman. Rezeki saya lah jumpa orang orang baik. Alhamdulillah.

  • @noorasyma8011
    @noorasyma8011 Před 21 dnem +74

    Tahniah anak muda.. Mereka tahu apa itu Hak dan Batil.. Wang yg dijumpai adalah harta pusaka yang patut difaraid..

  • @auntree774
    @auntree774 Před 22 dny +145

    Ringgit akan habis tapi kejujuran dibawa ke syurga 🙂

    • @jasmirahmat4888
      @jasmirahmat4888 Před 21 dnem +5

      Bila mahu dtg ke malaysia lg aziz , tika dan about sastera

    • @andifaturohman3279
      @andifaturohman3279 Před 21 dnem +2

      Orang agamis mencuba hidup tanpa uwang 🗿🗿🗿🗿👍👍👍

    • @mohdbashir4731
      @mohdbashir4731 Před 21 dnem +8

      @@andifaturohman3279 lo gak paham yah? isunya jangan ambil wang yg bukan hak kamu! mudah dan jelas kan mesejnya?

    • @FizoAziz-wm6im
      @FizoAziz-wm6im Před 19 dny

      Komen ni...macam tak ada akal..

    • @user-ot5ki7gj6f
      @user-ot5ki7gj6f Před 19 dny

      ​@@andifaturohman3279
      Cukup sekadar kau membayangkan duit kau yang dicuri, dan org lain hidup senang lenang dgn duit hasil titik peluh dan penat lelah kau. Kau pula merana mencari duit yang hilang lesap entah ke mana. Apa kau rasa? Kerana itu lah, Islam mengharamkan mengambil hak org sesuka hati. Nak hidup selesa, tapi buat org lain merana.

  • @kamaldinbinathonkamaldinbi1451

    Pengalamanku,masa itu aku nak secepatnya balik kerumah ibuku di Pulau Indah Klang, dari Mutiara Apartments nak ke AirJernih kajang naik Grab , 📱 tertinggal kat Grab, LRT dah nak gerak, Grab Driver cari -cari kat Station LRT siap bagi pengeras suara ,bagi tahu phone tertinggal dekat sit belakang ,Alhamdhulilah Syukur Aamiin beliau antar phone ku, Seorang yang jaga amanah, sanggup mencari ku
    Semoga dipermudahkan semua urusan dan melimpah ruah rejekinya, Aamiin .❤❤❤❤

  • @ctmarz8501
    @ctmarz8501 Před 21 dnem +17

    Cikgu sastra seharusnya tonton sampai habis utk tahu jumlah duit yg berjaya kumpulkan dn serahkan pd anak tuan rumah. Kalian akn terkejut!!

  • @maxjojo71
    @maxjojo71 Před 21 dnem +39

    Kalaulah KEBERKATAN yg kita cari dlm hidup maka ianya harus bermula dgn KEJUJURAN 🤫

  • @ZailaniAbdulRahman-zt8fs
    @ZailaniAbdulRahman-zt8fs Před 21 dnem +53

    Sejuta pujian buat kamu ank² muda kerana amanah dan jujur.. Dan pujian kpd ibu bapa kalian kerana berjaya mendidik dgn nilai² murni sesuai ajaran Islam. Insya Allah setiap kebaikan akan dibalas dgn ganjaran pahala semoga bertambah murah rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat. Aamiin ya robbal allamin.

  • @zaitonmatzin8462
    @zaitonmatzin8462 Před 22 dny +42

    Assalamualaikum. Selamat pagi adik adik.... X pernah x ceria bila bertiga.. Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang banyak, halal dan berkat buat mereka bertiga....Permudahkanlah segala urusan mereka walaupun apa yang mereka hajatkan.... Aamiinnn

  • @ruzinimatali9133
    @ruzinimatali9133 Před 21 dnem +32

    Kadang² ada juga yg tak jujur..percayalah hidupnya tak akan tenang,sbb itu bkn hak nya😢

    • @antubelang3103
      @antubelang3103 Před 21 dnem +5

      awk betul,sy ada pngalaman jumpa fone android tngah jalan kat pam minyak tapi sy pakai tnpa ada niat nk pulangkan..smpai skrg sy rsa mnyesal kalau teringat.

  • @kurinaazham65
    @kurinaazham65 Před 21 dnem +5

    Duit mmg dicari di dunia, tapi akhirat pakai pahala
    Apa guna kalau duit yg didapati secara salah, kalau pahala tidak bersamanya.
    Tindakan anak2 muda membuktikan bahawa kejujuran adalah polisi terbaik dlm hidup.
    Bravo pd keduaorg tua mereka berjaya memdidik anak2 sebegitu baik.
    #orgbaikAllahsayang

  • @Hafiq-uu2gl
    @Hafiq-uu2gl Před 21 dnem +22

    Alhamdulillah masih ada anak muda yg jujur berkat didikan dari orang tua dan guru ....

  • @muliatimukri4182
    @muliatimukri4182 Před 21 dnem +37

    Selalu ingat pesan Org Tua n Guru2 ..jgn mengambil sesuatu jika bukan hak kita.

  • @HanimSukri
    @HanimSukri Před 21 dnem +26

    Ada kes Di Malaysia seseorg terjumpa RM 500 ribu Dan menyerahkan kepada pihak polis.

    • @abumahput5408
      @abumahput5408 Před 21 dnem +7

      Duit itu sudah dipulangkan semula kpd pemiliknya yg berjaya buktikan kpd polis bahawa tiada unsur jenayah. Duit itu milik seorang pengusaha balak. Pengawal keselamatan yg memulangkannya seorang yg jujur.

    • @HanimSukri
      @HanimSukri Před 21 dnem +3

      @@abumahput5408 ya betul. Tapi dah lupa bila terjadi. Tarikh maksut aku. 500 ribu bukan jumlah yg sedikit. Setengah juta tu. Kalau aku, mmg aku bawak lari. Jujur aku ckp. Bukti bahawa aku pun org yg jujur. Hihihi anak demam, cikgu suruh ambik. Adios bro. Moga dipermudahkan segala urusan.

  • @noraarahman
    @noraarahman Před 21 dnem +37

    ALHAMDULILAH.Semuga negara Malaysia dihiasi dengan rakyat yang jujur dan berilmu.

    • @mariyatipaniran3099
      @mariyatipaniran3099 Před 21 dnem +2

      Alangkah hebatnya jika semua rakyat dlm tiap ngra jg begitu. Aamiin

  • @sweetedufamous3602
    @sweetedufamous3602 Před 21 dnem +11

    Sebab kita belajar tentang keberkatan, dosa dan pahala, syurga dan neraka, ganjaran dan balasan. Yang paling penting kita tahu Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

  • @mohdfaizmy
    @mohdfaizmy Před 21 dnem +4

    Mereka dah terbaik, namun ibu bapa mereka bagi saya 2kali lebih baik kerana berjaya mendidik anak-anak mereka, ke tahap sedemikian. Tahap dimana saya rasa 80-90% masyarakat masa kini susah untuk lakukan disebabkan oleh kekangan ekonomi dan desakan hidup..serius respek keluarga tersebut..

  • @mohdarshadahmad2065
    @mohdarshadahmad2065 Před 21 dnem +16

    Saya pernah tertinggal hp saya atas meja selepas makan di Kota Kinabalu. Apabila tersedar hilang saya pergi kembali ke restoren tersebut dan dapati hp saya masih ada atas meja.

  • @Mimi-fs3mn
    @Mimi-fs3mn Před 21 dnem +5

    Alhamdulillah, menjadi manusia yang tidak jujur kerana mengambil hak orang lain membuatkan hidup tidak diberkati Allah. Semoga Allah sentiasa menjadi Malaysia yang sentiasa diberkati dan dirahmati Allah .

  • @sazlinzainuddin1894
    @sazlinzainuddin1894 Před 21 dnem +11

    As Salam n good morning my cikgus.. Kami pernah bercuti di Kedah menetap di homestay. Suami ketinggalan another bag yg penuh dgn kad kredit dsb. Tuan rumah siap menelefon dan menghantarkan ke pejabat suami di Shah Alam.. Sesungguhnya alhamdulillah ditemukan dgn org baik.. Moga kita berjaya menjadi org yg baik dan beriman.. Insyallah

  • @aliffaarizchannelexplorer
    @aliffaarizchannelexplorer Před 21 dnem +9

    kundasang sabah hadir cikgu² indo yg hensem dan cantik.. saya ikut senang dan ikut tersenyum bila kelian ceria dan tertawa. semoga satu saat nanti saya bisa bertemu kelian bertiga, sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk saya. kalau ada rancana ke sabah, saya siap ikhlas sedia menjadi pemandu kelian.

  • @hariszainon
    @hariszainon Před 21 dnem +6

    Walaupun bangga dengan pendapat Tuan Aziz mengenai tidak perlu bimbang dengan kecurian di Malaysia, tetapi saya nasihatkan masih perlu berhati-hati di tempat awam. Kebanyakkan rakyat Malaysia itu jujur tetapi masih juga ada sebilangan kecil yang tidak

    • @mujibsaniah1134
      @mujibsaniah1134 Před 18 dny +1

      Ya betul..nama nya manusia..tpi Masih ada 92% yg jujur..

  • @iedabari519
    @iedabari519 Před 21 dnem +4

    Sebetulny ada je d mana-mana org yg tidak jujur,,tpi brdoa lh mudah2 n kita akan selalu brtemu dgn org2 jujur..& semua urusan kita juga d prmudahkn..😊🤲🏼

  • @mohdbashir4731
    @mohdbashir4731 Před 21 dnem +5

    Apa yg aku selalu ajarkan pada anak2 aku; wang yg kamu ambil yg bukan hak kamu PERCAYALAH suatu hari nanti Allah akan mengambilnya semula bukan dgn jumlah yg sama TETAPI malah lebih banyak dari itu sebagai hukuman ke tidak amanah kamu! Itu pun kalau Allah ambil wang bagaimana kalau Allah ambil Mata kamu, tangan kamu malah nyawa kamu ? atau di hari kemudian Allah ambil semula wang dari anak kamu? atau mata anak kamu? anggota badan anak kamu atau nyawa anak kamu? APA PERASAAN KAMU? hanya kerna duit yg sedikit yg kamu ambil tanpa hak kamu akan menanggung kesengsaraan nya di kemudian hari? ADAKAH BERBALOI?

  • @patrickjebireden1286
    @patrickjebireden1286 Před 21 dnem +3

    Orang Malaysia menonton dari Indonesia..... Jujur saya mengeluar air mata menonton video ini. Settingan atau tidak; tak ngaruh lah yang penting sesuatu yang positif. Terbaik lah Abang/Adik Adik orang Malaysia. Allah/Tuhan memberkati anda semua. Tabik hormat dari saya.

  • @kunang_kunang7779
    @kunang_kunang7779 Před 21 dnem +15

    Duit itu harta pusaka si mati. Perlu dipulangkan utk di faraid. Bahaya makan duit harta pusaka

  • @AzmanTigercomel-ru4xj
    @AzmanTigercomel-ru4xj Před 22 dny +24

    org tua2 biasa akan simpan duit dalam rumah jarang simpan dalam bank

  • @sitihuraizahruslan7923
    @sitihuraizahruslan7923 Před 21 dnem +3

    Ini pengalaman saya DUA tahun lalu. Saya minum di sebuah restoran di KL. Saya letak handbag saya di kerusi sebelah. Sembang punya sembang, saya dan kawan pun bangun. Masa tu rasa nak jalan2 KL naik bas. Konon macam pelancong sebab dah lama sangat tak naik bas. Saya pun berhenti di Petama Kompleks, sembang2 lagi jumpa kawan. Lepas tu pergi ke MARA jahit baju. Lebih kurang hampir dua jam selepas minum di restoran tadi. Masa nak bayar deposit jahit baju tu baru sedar handbag tak ada. Saya jadi panik sebab kat dalam tu ada IC, ada dompet, ada kad2 debit, ada kad kredit, ada IPhone jugak. Mujurlah ada satu phone lagi kat dalam poket. So saya try call phone saya yang dalam bag. Masih ringing. Saya cari phone restoran tu kat website. Pekerja restoran tu jawab. Saya kenalkan diri saya. Dia terus cakap “Oooo, cik yang tertinggal handbag tu ye?” Saya rasa lega bila dia kata handbag saya selamat bersama mereka dan mereka dah simpan. Bila saya datang balik ke restoran tu, dia orang minta saya cek barang2 dalam bag. Semua ada tak? Alhamdulillah, semua barang dan kad2 saya masih ada. Tuhan je yang tahu betapa leganya saya.

    • @rainzoemn364
      @rainzoemn364 Před 21 dnem +1

      Alhamdulillah.. Malaysia kita memang tidak kekurangan manusia yG yG berhati BAiK yG punya sifat jUjUR dan AMANAH yG tinggi dlm diri mereka Alhamdulillah puan yaa..

  • @aminahmanap6314
    @aminahmanap6314 Před 21 dnem +7

    Allah sgt suka kpd yg berkhlak mulia wahai anak2 bangsa ku 😊

  • @ezzatialias356
    @ezzatialias356 Před 21 dnem +3

    Sy berhibur di bandar melaka...dah sampai rumah br perasan gelang sy cicir...sy pergi semula ke bandar hilir melaka...pergi semula tempat yg sy jalan...alhamdulillah jumpa semula...allahuakbar...sujud syukur sy dekat situ mcm nak gugur jantung nihh...jumpa dlm shopping mall..

  • @preciouseye6349
    @preciouseye6349 Před 21 dnem +9

    Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan...

  • @soldieroffortune7669
    @soldieroffortune7669 Před 21 dnem +4

    Se aman mcm mna pun kejahatan tetap ada just bear in mind DONT LET YOUR GUARD DOWN..Semoga Selamat sampai pulang ke Kampung Malaysia Cikgu2 bertiga 🫶🏻

  • @nurshaaishah7044
    @nurshaaishah7044 Před 21 dnem +5

    Cerita pak guard dari Nepal jumpa beg berisi wang setengah juta ringgit di tempat pakir kereta.
    Wang itu diserahkan kepada balai polis. Tuan punya wang mengambil masa yang lama untuk menuntutnya lantaran kesibukan kerja dan dibiar dahulu dalam simpanan polis. 😅
    Ertinya kejujuran itu ada di mana2. Jangan khuatir jika kehilangan sesuatu di Malaysia. Pokoknya jangan ianya jatuh ke tangan orang yang salah. 😂

  • @joethecrew7746
    @joethecrew7746 Před 21 dnem +4

    Kita dekat Malaysia
    Biasanya....ketika kita menemui
    Barang apa pun tu
    Tanpa kita mengetahui siapa pemilik nya
    Kita hendaklah menyerahkannya
    Ke balai polis berdekatan
    Jika barang yang tertinggal tu
    Dekat premis seperti supermarket
    Restaurant
    Tandas awam
    Masjid atau surau
    Dan sebagainya
    Biasanya tempat tempat ni
    Akan menyimpan nya
    Dalam tempoh sebulan
    Dalam tempoh tersebut
    Tempat berkenaan biasanya
    Ada membuat iklan dekat tempat yang selalu di kunjungi atau di lalui oleh orang ramai
    Bila tempoh sebulan dah tamat .. baru pihak berkenaan
    menyerahkan nya ke
    balai polis

  • @JoeApak-xs8vc
    @JoeApak-xs8vc Před 21 dnem +5

    Bakal-bakal ahli syurga pemuda amanah jujur bukan mudah nak cari di dunia ini doakan pemuda ini yang masuk syurga amin amin

  • @saeffareez3337
    @saeffareez3337 Před 21 dnem +2

    Selawat dan Salam keatas jujungan Besar Nabi Muhammad SAW 💗
    Allahumma Solli Aalaa Sayyiidina Muhammad 💗
    Waalaa Aalii Sayyiidina Muhammad 💗

  • @annakim9300
    @annakim9300 Před 21 dnem +5

    Namun harus tetap hati hati di mana pun kita berada ya cikgu cikgu

  • @ghaniludin8957
    @ghaniludin8957 Před 21 dnem +2

    tahniah anak muda allah akan tambah lagi rezeki anda

  • @hajijahabbas188
    @hajijahabbas188 Před 21 dnem +2

    Pekerja2 ini bijak tahu apa yg akan kekal dibawa keakhirat dan apa yg akan habis sekelip mata. Klau sudah biasa jujur n kuat Iman mata tidak akan gelap dgn Rm.

  • @TheLyrate
    @TheLyrate Před 21 dnem +2

    Alhamdulillah. Malaysia masih ade "jerung, harimau, singa, buaya malah tikus2". Kami tak sempurna tapi Alhamdulillah masih ramai yang jujur dan amanah. Semoga Allah menjaga kita semua. Amin.

  • @user-qx8wh3kt1q
    @user-qx8wh3kt1q Před 21 dnem +5

    Assalamualaikum kami sejak kecil sudah di didik supaya tidak ambil hak orang lain duit blh cari jika abis tapi kejujuran dan amanah tidak blh jual beli patuh pada ajaran Islam pegangan kuat pada sunah rasullah klu kita ambil orang tidak tahu tapi ingat Allah melihat setiap apa yg hambanya buat

  • @KhalixMR
    @KhalixMR Před 21 dnem +1

    Alhamdulillah 😍
    Semoga menjadi contoh kpd rakyat Malaysia yang lain, semoga kita juga selalu ditemukan dengan org yg baik, dan menjadi org yg baik kpd org lain.

  • @roslinaakil6766
    @roslinaakil6766 Před 21 dnem +3

    Begitulah arwah ibu mertua ku… semua duit pemberian anak cucu masih dlm sampul dan angpau.. “ duit selit”

  • @sarimahsulaiman9368
    @sarimahsulaiman9368 Před 21 dnem +3

    Salam dari Malaysia Cikgu bertiga... Pagi-pagi dah happy & ketewa lihat Cikgu bertiga semuga sehat selalu dan ceria selalu dilancarkan rezeki nya dan semuga Cikgu Tika bertemu jodoh nya dengan orang yg baik 😊🥰

  • @JamilBinArashad
    @JamilBinArashad Před 21 dnem +2

    Dunia Masih Belum Kiamat krn Masih Ramai Orang2 yg Jujur dn Ikhlas dlm Dunia ini.. Maaf kalau Sy Tersalah Ckp..❤❤❤

  • @ibsproperties2813
    @ibsproperties2813 Před 21 dnem +20

    Warga Malaysia berugama islam biasanya jujur dan ikhlas

    • @rosmawatidaud1635
      @rosmawatidaud1635 Před 21 dnem +4

      Insyallah...

    • @azlytaib692
      @azlytaib692 Před 21 dnem +1

      Tk jg dpt kan mat pet kirim salam....peragut pun ramai melayu islam sedare...

    • @junn2744
      @junn2744 Před 21 dnem +1

      Ada je nama je islam,tp akhlak mengalahkan org bukan islam buruknya

    • @andifaturohman3279
      @andifaturohman3279 Před 21 dnem

      Kaum melayu je yang beragama islam. Sadar ke pakcik 😂😂😂 tak semua warga negara malaysia Melayu.

    • @ruslansamsudin8140
      @ruslansamsudin8140 Před 21 dnem +1

      Hak orang kalau ambil didunia tanpa izin bagaimana nanti nak jawab di akhirat nanti , yang rugi hanya diri kita sendiri, senang dahulu susah kemudian harinya.

  • @nurshaaishah7044
    @nurshaaishah7044 Před 21 dnem +4

    Ada lagi kisah seperti ini di Malaysia. Namun jumlahnya beda.
    Duit yang dijumpai juga dipulangkan kepada waris.

  • @syarinazlinesyarinazline799

    Assalammualaikum cikgu2 semua...cpt2 la dtg Malaysia 😊...pergi terengganu dan kelantan...

  • @WafeeTerengganu
    @WafeeTerengganu Před 21 dnem +16

    Saya pernah kehilangan dompet berisi wang dan kad kad penting di Port Dickson. Setibanya di Blue Lagoon tempat penginapan sejarak 8.5 km dari restoran itu, barulah saya tersedar bahawa saya keciciran. Lantas kami ke sana atas instinct dan menjumpai dompet saya dalam longkang kering depan kedai makan tersebut dengan segalanya masih terselit walau seringgit sekalipun. Walau setelah melewati 30 minit, alhamdulillah tiada seorang pun yang ingin ambil walau ianya zahir depan mata. Syukur.

  • @abumahput5408
    @abumahput5408 Před 21 dnem +3

    Duit macam tu tak guna ambil,sebab nanti duit kita ditarik keluar lebih banyak.

  • @sikuntum6691
    @sikuntum6691 Před 22 dny +7

    Saya Malaysia pentingkan kejujuran, kejujuran itu sifat para nabi..jujur itu akhlak yang dituntut..

  • @oneantero5865
    @oneantero5865 Před 21 dnem +5

    Kejadian Cikgu Sastra sama seperti berlaku ke atas youtuber Endhy Tk di Bukit Bintang masa tu beliau bersama youtuber Bang Ray n Cak Lonjong😊

    • @gitamura
      @gitamura Před 21 dnem +1

      Ooo ya.. masa beg endhy tertinggal dekat kedai makan arab tu ya..

    • @mawarberduri8657
      @mawarberduri8657 Před 21 dnem +1

      Kalau endhy tu, dia mmg pelupa orgnya. 😅 dia beli brg2 semua dia lupa bwk balik.. dia kat langkawi pn, dia lupa jln balik hotel.. nama2 org pn dia lupa..padahal dia da sebut.. 2 minit lps tu dia lupa.. 😄😅

  • @rainzoemn364
    @rainzoemn364 Před 21 dnem +1

    Subhanallahhh AllahuAkhbar Allah Maha Besar Alhamdulillah dan terima kasih kpd Para Pemuda pewaris Bangsa semoga menjadi Peribadi yG Lebih Baik lagi nanti ke depan nya semoga nanti Allah Azzawajalla akan membalas setiap kebaikan kalian semua InshaaAllah dan Pasti nanti Pintu Rezeki dlm berkaitan kerja kalian datang mencurah-curah karna sifat AMANAH serta jUjUR yG ada pada diri setiap kalian semua juga yG PASTi saham kalian yG berkaitan profesion kalian akan datang mencurah oleh karna pemilik rumah pasti mau bekerja dgn orang yG punya SiFAT AMANAH & jUjUR yG tinggi dlm diri kerna di zaman sekarang Jarang-jarang untuk kita temui orang yG punya kejujuran serta Amanah yG TERBAiK dlm diri.. Alhamdulillah kita tidak kekurangan KEDUA siFAT itu yG masih ada pada pemuda malaysia syukur..

  • @fariezkhan5655
    @fariezkhan5655 Před 21 dnem +3

    Assalamualaikum buat cikgu bertiga.. semoga kalian diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan ketika sampai semula ke Malaysia..🤲 Aamiin ya Rabbal Alamin

  • @paktehlee3348
    @paktehlee3348 Před 21 dnem +1

    syukur dapat pada orang yang jujur.semoga mereka diperlihara allah aamiin

  • @syed2576
    @syed2576 Před 21 dnem +8

    Ringgit dan kejujuran sama2 peting. Tanpa ringgit kejujuran pun hilang. Dalam dunia sekarang. Walaupun ringgit bukan segala2nya. Tetapi segala2 nya perlukan ringgit.

  • @mizamshah
    @mizamshah Před 21 dnem +4

    Tahniah team pembersih.
    Malaysia Masih Ada pencopet, hati2 masa berwisata Di mana2

  • @wanmustaine
    @wanmustaine Před 21 dnem +2

    Nanti jika ke Terengganu..jgn lupa cari dan cuba makan Ketupat sotong...
    Authentic Terengganu food, yang susah nak jumpa di tempat lain,unlike nasi dagang

  • @khayodot2692
    @khayodot2692 Před 21 dnem +1

    Ketenangan kejujuran kebahagian tidak bole dibeli dengan wang ringgit

  • @ismailhamidismail4406
    @ismailhamidismail4406 Před 21 dnem +3

    tahniah anak muda...

  • @vivo9220
    @vivo9220 Před 21 dnem +1

    Salam cikgu sastra n azis n tika.selamat pagi.kejujuran amat mahal utk d nilai kefakiran amat tinggi hemat kemanusian👍👍👍

  • @etetects8827
    @etetects8827 Před 21 dnem +1

    Pasti la kejujuran... Sebab sebagai manusia jangan sampai hilang kejujuran di hati kita

  • @pongan18channel85
    @pongan18channel85 Před 21 dnem +2

    Jujur itu sifat, duit untuk belanja hidup...no money no talk.😂

  • @afsahamin5864
    @afsahamin5864 Před 21 dnem +1

    Mr. Aziz kena sentiasa berhati hati berada dimana2 saja. Orang sentiasa ambil peluang jika ada kesempatan.

  • @user-km3zs5um3s
    @user-km3zs5um3s Před 21 dnem +2

    Pengalaman sendiri..
    Pernah ketika di keramaian,bag sandang saya tidak di zip dengan sempurna..saya ditegur seorang abak muda..'bang,bag abang x zip,nanti barang boleh jatuh''..ternyata bag saya memang terbuka yg saya jangka lebih dari 15 minit . alhamdulillah,barang saya semua ada, selamat.. alhamdulillah.. terima kasih anak muda👍

  • @jue412
    @jue412 Před 21 dnem +1

    Biar miskin harta jgn miskin adab, amanah tu piling tggi dlm setiap apa kita lakukan, smua akn di hitung di akhirat

  • @shima2910
    @shima2910 Před 21 dnem +2

    Mmg perlu duit di dunia...tp duit x boleh bawa mati

  • @norazmah5404
    @norazmah5404 Před 22 dny +5

    Assalamualaikum cikgu2… sungguh ceria dan happy uoll

  • @pawalabreedwlwaklan7337
    @pawalabreedwlwaklan7337 Před 21 dnem +2

    Kalian bertiga menceriakan, Semoga sihat selalu.

  • @nadiahazli5245
    @nadiahazli5245 Před 21 dnem

    pagi pagi dah bikin ngakak. seronok tengok pagi2 YT channel ini!

  • @user-sx5ql1bt6z
    @user-sx5ql1bt6z Před 21 dnem +2

    Wang hanya sementara kejujuran selamanya ❤❤❤

  • @ItikMalaya11
    @ItikMalaya11 Před 4 hodinami

    duit banyak tp haram & xde berkat xguna & biasanya akn terpalit dgn kifarah & musibah. Tp ble kte jujur jaga hak & amanah org, dpt pahala & dipercayai org. Tp paling penting, Allah memberkati & menyukai hambaNya yg jujur, soleh & tinggalkn laranganNya.

  • @user-ot5ki7gj6f
    @user-ot5ki7gj6f Před 19 dny

    Dulu selalu dgr org pesan, "Jgn bagi anak bini makan benda haram" lagipun kita semua tahu apa akibatnya. Lagi satu, pernah dgr "Kalau mkn benda haram, neraka lebih layak ke atasnya." Kalau bab makan, rezeki, sumber rezeki yg akan akan jadi darah daging, jgn lah dibuat main. Bahaya. Nanti mcm2 blh terjadi. Bukan setakat pd diri sendiri, keluarga, anak, isteri, mak ayah yg ditanggung.. Allahuakbar.
    Ingat netizen2ku syg, "Dihina tak tumbang, dipuji tak terbang." Semoga kita tdk lalai dgn pujian dan tak jatuh dgn hinaan. InsyaAllah, amiin..🤲 💞💕

  • @kamaliahkasamuri7502
    @kamaliahkasamuri7502 Před 21 dnem +3

    Alhamdulillah...ceria2 selalu adik2

  • @sudirahsuratman1272
    @sudirahsuratman1272 Před 21 dnem

    Suami saya pernah tercicir wallet berhampiran hotel di Ampang Kuala Lumpur. 2 org pemuda menemuinya, kemudian mereka siarkan dalam FB.. ada org yg tengok dalam FB cadangkan utk 2 pemuda itu menghantar wallet ke rumah kami, sbb ada alamat dalam IC.. alhamdulillah mrka hantar keesokan harinya.. masyaAllah.. bersyukur ada org yg amanah.. dalam wallet tu ada rm1000 lebih. Terimakasih sgt pemuda jujur... alhamdulillah, suami saya masa itu sedang dibalai polis dan nak buat IC baru.. terus balik kerumah

  • @saimahotung2353
    @saimahotung2353 Před 21 dnem

    Assalamualaikum...hai cikgu Sastera, cikgu Azis dan c cantik manis cikgu Tika...
    "SELAMAT PULANG KE RUMAH KE 2 ANDA"... semoga sentiasa dilindungi Allah SWT, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dlm perjalanan nya.. bertemu saudara² yg ikhlas menemani ketika group chanel ABOUT SASTERA berada di MALAYSIA... aamiin aamiin Ya Allah 🤲😊

  • @mikhailydris4621
    @mikhailydris4621 Před 21 dnem

    Awesome 👍 nice content and welcome back to Malaysia guys.

  • @mnazrolsalleh4134
    @mnazrolsalleh4134 Před 21 dnem +2

    Kalau aku, aku ambil Wang dijumpai..xkira berapa nilainya..aku sumbang ke masjid/surau/agensi yg memerlukan...jika byk aku umumkan di FB dan media social yg ada, utk jangkamasa setahun...jika tiada yg tuntut ..kemudian Wang itu disumbang ke masjid/surau/rumah anak yatim yg memerlukan..
    Dalam masa yg sama aku doakan pemilik Wang tersebut TERIMA HIDAYAH (jika kafir) & kesejahteraan limpahkan rezeki (if Muslim)..
    Jika mengetahui pemiliknya, aku terus hubungi jika ada maklumat seperti nmbo phone,alamat dll..

  • @fahmynadzlan1489
    @fahmynadzlan1489 Před 21 dnem +2

    Love ur content about sastra 👍❤🇲🇾

  • @AbdulRazak-yu8ps
    @AbdulRazak-yu8ps Před 21 dnem

    Selamat pagi cikgu... JB joint about sastera 😂❤

  • @puteribalqis8898
    @puteribalqis8898 Před 21 dnem

    😂😂😂 mistika jom plg kmpung pahang👏👏👏yehhhhh!

  • @muslimhairie119
    @muslimhairie119 Před 21 dnem +1

    About Sastra selalu positif. 👍 Btw, kalau datang terengganu jangan lupa bagitahu yer. Saya bawa cikgu jalan2 sekitar kuala terengganu. 😎✌️

    • @AboutSastra
      @AboutSastra  Před 21 dnem +1

      Next week InsyaAllah Abang 😊✨

    • @muslimhairie119
      @muslimhairie119 Před 17 dny

      @@AboutSastraMantap, 👍 semoga ade rezki dapat jumpa cg sastra, cg azis & cg tika 🎉

  • @mahaditqvmmdkasa5289
    @mahaditqvmmdkasa5289 Před 22 dny +6

    Istikomah dlm kehidupan yang dianjurkan Islam harus disemaikan dalam kehidupan tqvm cikgu

  • @jawautara7322
    @jawautara7322 Před 21 dnem +1

    Assalamualaikum cikgu , selamat pagi.. awal hari ni👍🇲🇾🇮🇩🤩😍

  • @blackknightshark7732
    @blackknightshark7732 Před 21 dnem

    Terbaik cikgu bertiga..terbaik juga team pembersih rumah tersebut. Ikhlas dan jujur dlm menjalankan tugas setiap harinya. Walaupun diuji dgn sejumlah wang yg byk..tetapi tetap tidak tergoda dgn sesuatu yg bukan HAKnya.
    Betul kata cikgu Azis.. itu #default yg telah semulajadi dan menjadi darah daging sesuai dgn ajaran agama kita.

  • @user-zn5zw9kc7k
    @user-zn5zw9kc7k Před 21 dnem

    Haritu ada officemate tertinggal laptop office dalam MRT. Tghari pihak MRT call officemate, katanya ada orang terjumpa dan bagi dekat kaunter. 🎉

  • @juneseth
    @juneseth Před 21 dnem

    Assalamualaikum cikgu2 bertiga. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendak nya ..aamiin ❤

  • @suhailiabdghani6162
    @suhailiabdghani6162 Před 10 dny

    pernah jumpa duit berjumlah rm1500 depan masjid area pasar Keramat time pkp org tak ramai keluar. time tu lagi 3 hari nak sambut aidilfitri. Duit berterabur atas jalan raya. Mula tu tak nak kutip takut dikata pencuri. Kutip jugak dan kira jumlahnya. Sambil jalan2 cari tuan empunya duit. nampak sorang perempuan tengah berjalan cepat. makin dikejar makin cepat. Bila dah dekat terus saya berhentikan langkahnya dan bila tanya kakak nak pergi ke mana. katanya nak cari duit hilang. duit tadi simpan dalam poket untuk dikirim sama mamak di kampung di Indinesia kerana sudah nak edufitri. Saya tanya lagi berapa banyak hilang. Katanya rm1500. Betul nilai duit yang saya jumpa. Lantas dihulur pulak kepada saya rm50. Saya cakap jangan bagi kat saya kerana saya ada gaji. Tu duit untuk kiriman di kampung. Nangis dia. Terus dipeluknya saya. Sampai sekarang jadi kawan baik.

  • @user-nc8wx9qf9x
    @user-nc8wx9qf9x Před 21 dnem

    Asalamualaikum satera azis dan mastika terpulang pd kejujuran seseorang klau sesorang tu baik ,baiklah jadinya

  • @azimaa1463
    @azimaa1463 Před 20 dny

    Jika faham bahawa Allah itu sentiasa melihat......di akhir zaman, ayuh tingkatkan ketaqwaan dan letakkan wang hanya di tangan, tanam agama di dalam hati ❤

  • @awiezandrija587
    @awiezandrija587 Před 22 dny +1

    Assalamualaikum.selamat sejajtera selalu.😊😊😊

  • @eyoksanalea1858
    @eyoksanalea1858 Před 14 dny

    Tahniah x makan duit haram.duit boleh dicari tapi kejujuran mahal harganya.

  • @KakPeahhTiktok
    @KakPeahhTiktok Před 21 dnem

    Haiii cikgu2...morning,miss tika nampak kurus sikit ye,sastra dan azis macam biasa nampak hensem je😊

  • @husnihamid6031
    @husnihamid6031 Před 22 dny +4

    Waalaikumussalam

  • @Luno_Referral_Code_ZJBS3P
    @Luno_Referral_Code_ZJBS3P Před 21 dnem +2

    Masuk2 meriah sekali ❤🍿🍿🍿🍰☕

  • @ainimohammad9264
    @ainimohammad9264 Před 21 dnem

    Assalamulaikum, Cikgu Sastra dan teman2 , semuga sejahtera selalu,

  • @daengshamsuri
    @daengshamsuri Před 21 dnem

    Jika diambil perasaan betul/salah akan memburu mu sampai bila-bila.

  • @alinahasih3703
    @alinahasih3703 Před 16 dny

    Org Indonesia ramai ja yg baik hati sir..Sy pnah mginap d sebuah hotel d Jakarta..lupa nama time 2009..time smpi airport utk blk msia, ada sorang pkerja d hotel tu mengejar kmi utk hantar cincin yg tcicir dlm bilik tu..tp malang bukan cincin saya. Tp pgjrnnya pmuda itu jujur sgt

  • @zanzillahsaruji9966
    @zanzillahsaruji9966 Před 21 dnem +1

    Di Sulewesi Selatan habis duit pemerintah untuk pertanian di korupsi oleh governornya....

  • @mohamadshamir3781
    @mohamadshamir3781 Před 20 dny

    Jadi orang Jujur itu lebih indah dari jadi pengambil duit orang...