Percutian 3 hari 2 malam di Langkawi Kedah 2023.

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 20. 07. 2023
  • Destinasi percutian di Malaysia yang tidak asing lagi, iaitu Pulau Langkawi menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong lakukan. Jika seumur hidup tidak pernah bercuti di Langkawi, kata orang, tidak lengkap diri anda dipanggil warganegara Malaysia walau pun ada MyKad dalam dompet. Kali ini, ayuh kita lihat kesemua tempat menarik di Pulau Langkawi yang popular & boleh dilawati kelak. Sekiranya anda bercadang bercuti ke Negeri Kedah, sila semak senarai 52+ destinasi pelancongan menarik di Kedah.
    Ramai orang cakap, kalau bercuti ke Langkawi, hanya aktiviti di air sahaja yang menarik dilakukan seperti snorkeling, berkejaran di gigian pantai, sukan air & seumpamanya. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang lain & tetap best yang boleh dilakukan. Tarikan pelancongan di Langkawi bukan hanya terdapat di kawasan pantai sahaja, bahkan di bukit, di hutan, di tasik & juga di darat. Pendek cerita, sama ada anda ingin bercuti secara solo, berpasangan, atau bersama anak-anak, Pulau Langkawi mempunyai pelbagai destinasi percutian menarik yang sesuai untuk segenap usia.
    Jika hendak melancong ke Langkawi, anda perlu naik feri & buat masa ini tiada jambatan merentasi laut. Untuk jadual & harga tambang feri ke sini, sila semak harga terkini tiket feri ke Langkawi sama ada dari Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis atau pun dari Penang. Di Langkawi, kalau tidak minat join tour, bolehlah sewa kereta aje, round satu Langkawi tak perlu risau! Pilihan penginapan di Langkawi? Usah dirisaukan. Pulau Langkawi ini sangat terkenal seantero dunia, justeru pilihan homestay, resort mewah atau pun hotel murah memang banyak pilihannya. Turut tersedia di bawah, peta lokasi, jarak perjalanan, waktu operasi, harga tiket & penginapan terdekat untuk rujukan anda.
    #langkawi
    #cenangbeach

Komentáře • 1