Tempat menarik Taiping | Spritzer Ecopark, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Bazar Cross Street

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • Jom jalan jalan Taiping! Ikut kami bercuti di Taiping selama 2 hari 1 malam melawat tempat menarik di Taiping. Jika sesebuah kawasan boleh digelar sebagai harta karun di negara ini, Taiping adalah tempatnya. Di sinilah tersimpannya pelbagai tempat-tempat menarik yang ‘pertama’ wujud di Malaysia.
    Seperti yang telah direkodkan oleh Majlis Perbandaran Taiping sendiri, secara totalnya, terdapat sekitar 40 perkara yang pertama terdapat di Tanah Melayu di dalam daerah ini.
    Dari stesen keretapi, zoo, penjara, muzium hinggalah ke taman tasik dan banyak lagi menjadikan Taiping destinasi percutian yang penuh dengan nostalgia.
    Jika Taman Tasik Taiping adalah taman yang pertama di Malaysia, Zoo Taiping pula adalah zoo yang pertama yang wujud ni negara ini. Zoo yang berkeluasan 30 ekar ini memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang dibiarkan bergerak bebas di dalam habitat semula jadi mereka. Bagi pencinta haiwan, di sinilah anda dapat mendekati dan mempelajari banyak tentang sifat dan suasana persekitaran sebenar mereka.
    Selain dari Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping, kami ke sebuah taman yang unik. Tahukah anda, air mineral Spritzer yang sering diminum ini juga ada tamannya sendiri yang diberikan nama sebagai Spritzer EcoPark. Taman yang dibuka secara rasmi pada tahun 2015 ini menempatkan lapangan golf mini berbayar untuk anda berseronok bersama keluarga sambil menikmati udara nyaman.
    Jika anda ingin menikmati suasana malam di Taiping, anda boleh ke Bazar Cross Street dan Dataran Warisan. Tempat ini menjadi tumpuan warga Taiping dan pelancong untuk bersantai pada malam minggu.
    Akhir sekali kami juga akan kongsikan tempat makan yang menarik di Taiping yang anda boleh singgah jika anda berada di Taiping. Anda boleh menjamu selera di Kenduri Village dan Rumah Makan Nasi Talam Taiping. Selamat menonton!
    #tempatmenarikmalaysia #taiping #jalanjalan #visitperak #zootaiping #zoo #tamantasiktaiping #bazarcrossstreet #spritzer #spritzerecopark #ecopark #kendurivillage #nasitalam #rumahmakannasitalamtaiping #swanpaddleboat #minigolf

Komentáře • 11