Kenapa Pemain Terbaik Tinggalkan Sabah FC?

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 10. 09. 2024
  • www.youtube.co... confirmation=1
    Join this channel to get access to perks:
    / @sabahrhinotv
    p/s ini adalah untuk hiburan kita bersama dan pendapat peribadi saya mengenai perlawanan, pemain dan terhadap sesuatu benda dan keadaan... akan ada wujud percanggahan pendapat tetapi itu adalah perkara biasa kerana kita mempunyi sudut pandangan yang berbeza....
    Semoga anda semua terhibur...
    #srtv #sabah #ligasuper #malaysia #bki #kk #kotakinabalu #sabahrhinotv #sabahfc #saddil #ligasuper #ligasupermalaysia

Komentáře • 83

  • @gellyambun9188
    @gellyambun9188 Před 2 měsíci +1

    Direct to the point bro..

  • @faithfreedom6969
    @faithfreedom6969 Před 2 měsíci +2

    Selangor FC juga menghadapi masaalah kewangan sebelum diambilalih oleh PKNS(Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor),apa kata kalau Sabah FC diterajui oleh SEDCO (Sabah Economic Development Corporation),saya yakin tidak menghadapi masaalah gaji.😂

  • @khadeejadja
    @khadeejadja Před 2 měsíci +5

    Hanya Allah yang Maha Mengetahui kenapa Ramon pergi begitu sahaja.
    Pun begitu, segala yang Tuan Admin kongsikan tu tidak mustahil menjadi sebab2 yang saling terkait satu sama lain bersama-sama sebab utama yang penuh rahsia.
    Bukan senang berulang alik antara Kota Kinabalu dan kampung halaman di Brazil. Laluan paling dekat pun guna direct flight dari Sao Paulo atau Rio de Janeiro ke salah satu bandar besar di New Zealand atau Australia dan kemudian sambung flight ke Singapura atau KL. Bayangkan letihnya dan kos kewangan yang bukan sedikit.
    Apapun, sebenarnya ada sudah bayangan calon pengganti Ramon. Ubi muda JDT 2 dari Sarawak yang namanya Gabriel Nistelrooy. Memang ada potensi untuk jadi seperti Ramon di masa depan, jika tiada halangan. Mudah-mudahan Sabah FC boleh perolehi Gabi secara pinjaman.

  • @hdhhduxd
    @hdhhduxd Před 2 měsíci +2

    bnyk pmain tempatan kita cuma trlalu memilih pmain mahu kan import tdk langsung memikir soal kwangan

  • @arnezhamidi9784
    @arnezhamidi9784 Před 2 měsíci +4

    : Aku pernah cadang supaya kerajaan negeri bantu Sabahfc mewujudkan prasarana bolasepak secara pinjaman kewangan melalui SUDC. Ini kerana anak syarikat SEDCO itu biasanya membangunkan bangunan komersial dan perumahan khususnya kepada bumiputra. Prasarana itu melibatkan sebuah stadium berkapasiti 20K ke 30K penonton. Tidak perlu sangat canggih, yg penting selamat, dan padang adalah terbaik.
    Dalam stadium terdapat ruang cafeteria untuk disewakan, selain ruang niaga juga utk disewakan kepada syarikat perniagaan makanan ringan seperti KFC, dan McDonald yang mana pelanggan bertiket boleh sambil tonton perlawanan bolasepak, Selain Terdapat bangunan hotel 4 bintang yg mana dibawahnya terdapat pasaraya seperti Servey dan seumpamanya. Sekeliling stadium juga boleh disediakan gerai untuk disewa para peniaga kecil.
    Prasarana itu juga terdapat padang latihan tertutup dan terbuka, padang sintatik, futsal dan gym yg boleh diguna para pemain kelab selain disewakan kepada awam. Tidak perlu sebuah stadium state-of-the-art, yg penting serba lengkap dan mudah diselenggara, dan yg paling penting menjana kewangan kpd kelab dan mampu bayar balik kpd kerajaan utk tempoh 30 tahun maksimum.
    Tetapi ada yg mengatakan itu mustahil. Pada saya semuanya tidak mustahil jika kerajaan negeri ada keinginan tulus hendak membangun bolasepak, serta yg paling penting Sabahfc mesti berada tangan mereka yg bukan sahaja tahu mentadbir, tetapi juga ada keupayaan selok-belok dalam hal-hal perniagaan dan hubungkait dengan bolasepak sebagai satu jenis perniagaan. Tidak mengapalah.
    Jika cadangan seperti ini terlalu ambitious, saya juga pernah cadangkan supaya Sabahfc cuba fokus pasaran merchandize Sabahfc di Indonesia. Saya pernah terbaca dalam media sosial sukan di sana, para peminat bolasepak Indonesia suka dengan stail dan rekabentuk jersi Sabah, sehingga ada yg bertanya dimana boleh dapatkan jersi Sabahfc di Indonesia.
    Indonesia mempunyai hampir 290 juta penduduk, Ekonomi negara itu juga sedang berkembang pesat banding Malaysia, bermakna kuasa beli rakyatnya semakin bagus. Dalam masa sama, Ibu negara baharu Indonesia, Nusantara berpindah ke Kalimantan Timur, sementara itu jalanraya Malaysia akses ke Indonesia, melalui Sarawak juga agak baik untuk dilalui.
    Tidak perlu bernafsu besar. Sabahfc hanya perlu sasarkan kira-kira 5% (atau 14.5 juta) penduduk Indonesia, yg penting kuatkan bahagian pemasaran dan promosi. Jika perlu lantik wakil penjual di serata provinsi Indonesia. Bayangkan jika purata marchandize Sabahfc berharga RM35, jika 1-juta peminat Indonesia beli sehalai jersi berharga RM35 setiap tahun, maka perolehan kasarnya ialah RM35-juta. Tolak kos mengurus dan sebagainya ialah RM10-juta, maka pendapatan bersih ialah sekitar RM25-juta setahun. Tapi, jika kita berfikiran negetif, semua NDAK BULE, maka seperti org bijak pandai cakap "orang berjaya mencari jalan, sementara org gagal biasanya mencari alasan' maka susahlah.

    • @sabahrhinotv
      @sabahrhinotv  Před 2 měsíci +1

      mudahan saranan tuan ni boleh di timbangkan oleh org yang bertanggungjawab dalam hal ini...

    • @user-so3rz3bu4c
      @user-so3rz3bu4c Před 2 měsíci

      Part produk jersey itu sangat masuk akal. Sepatutnya lebih berdikari bukan bergantung kepada peruntukan dan 'pengurusan'. Masak magi pun kau kena pengurus Turun padang kah ?

    • @nurhafiezieaziezie
      @nurhafiezieaziezie Před 2 měsíci

      sokong bro...

    • @edgeku7116
      @edgeku7116 Před 2 měsíci

      org tak minat tgk bola dah..tu tak boleh byr gaji. penyanyi kalau tkde penonton boleh hidup?

  • @jeffjeffry3127
    @jeffjeffry3127 Před 2 měsíci +7

    Saya rasa masalah gaji, kalau betul masalah gaji. Saya yakin lebih ramai yg angkat kaki selepas ni oks jugak tak terkecuali

  • @lawrencekock4738
    @lawrencekock4738 Před 2 měsíci +1

    BUKAN NYA RAMON MAHU TINGGALKAN SABAH FC.
    TERTEPI DI PAKSA .
    BAGAIMANA MAHU MAIN, ANDAIKATA GAJI2 TIDAK DI BAYAR . MEREKA INI BERMAIN UNTOK MENCARI MAKAN, DEMI KEPENTINGAN KELUARGA2.
    MENTERI2 PUN TIDAK MAHU KERJA, JIKA TIDAK ADA GAJI .😂😂😂

  • @felixlajiun7905
    @felixlajiun7905 Před 2 měsíci +5

    Mgkin mslah gaji dan ada offer yg lebih baik dari pasukan lain...

  • @user-ArsenalBotolLagi
    @user-ArsenalBotolLagi Před 2 měsíci +4

    Best striker kita sejak Josia seaton keith gumbs.

    • @BNCcomny
      @BNCcomny Před 2 měsíci

      Hancur Sabah fc😢

  • @jasonwishere3121
    @jasonwishere3121 Před 2 měsíci +2

    Good sharing tuan...RM16 is one of the player yg mempunyai personaliti yg menarik, aura yg bagus ketika diturunkan di first 11 dan juga memberikan komitmen 101% ketika bermain...unfortunately i believe kalau bukan isu gaji, saya rasa RM16 akan stay dgn Sabah FC sehingga kontrak dia habis tahun depan...masalah ni berpunca dr podcast si gaman yg mendedahkan segala masalah kewangan Sabah FC dibawah kendalian beliau which not only affected the fans emotion tp juga players moral...bayangkan every player di Sabah FC skrg suda kerisauan selepas mendengar duit sponsor tu sekadar itu yg diumum and selainnya mengharapkan fans penuhkan stadium...as a fan, how much money can Sabah FC dpt walaupun kedatangan menjadi 20k? Rm4 mil at best...masih tidak cukup utk menanggung perbelanjaan semusim utk Sabah FC...pengurusan masih perlu mencari sponsor lain utk make up for the shortfall...merchandise? How much can Sabah FC make sekiranya semua fans beli original? Kita punya market tidak besar, sekadar domestik level saja...kita bukan mcm man utd yg mempunyai fanbase seluruh dunia...liga super malaysia is a money losing business, its purpose hanya utk menyatukan masyarakat utk menyokong team tempatan mereka, not a place to make money...thats why sponsor2 dr glc atau syarikat swasta masih amat diperlukan utk subsidize perbelanjaan setiap team...imagine jdt spend rm30-40 mil semusim utk price money rm2.5 selaku juara liga super...it doesnt make any business sense tetapi it makes the johorean happy and that what matters most for TMJ..itupun price money yg jdt menang di dermakan..itulah istimewanya TMJ...dia umpama roman abrahamovic zaman chelsea dulu...difference is chelsea main di epl dan jdt main di liga super..im sure kalau jdt main di epl, byk owner dr arab mau beli team tu becos pengurusan yg luarbiasa...

    • @feison3669
      @feison3669 Před 2 měsíci +1

      Btul..cuma tmj ni latar belakng dia ni dri kerabat diraja paham paham la kalau soal duit bgi diorang tiada hal..dia blh sekali boost duit utk maju club mcm bina stdium bru dan lain2..berbeza dgn negara luar mcm eropah diorang setakat hrp jutawan2 dan sponsor sdh blh tampung club sbab kekayaan diorng ni mmg gila2..klau d malaysia mmg susah sbab jutawan & sponsor tdk sampai tahap itu,agak-agak klu johor tiada tmj blh kh diorang mcm skrg ada stadium baru,padang cantik,beli player star, fasiliti dll?🤔

    • @jasonwishere3121
      @jasonwishere3121 Před 2 měsíci

      @@feison3669 bagi saya, at the end of the day, setiap team perlu melantik auditor kerana melalui pengauditan akaun dan nasihat auditor, barulah management boleh mengatur budget serta squad utk setiap musim..ataupun for example, sekiranya auditor bilang mcm short budget and mungkin akhir musim tiada duit,management boleh berusaha mencari balance shortfall tersebut..tgk management skrg ni lantik apa? Dr sana boleh tau suda mmg tidak pandai/ teratur..akibatnya, sabah fc mengalami masalah kewangan yg serious di awal musim...

    • @edgeku7116
      @edgeku7116 Před 2 měsíci

      @@feison3669 org tak minat tgk bola dah..tu tak boleh byr gaji. penyanyi kalau tkde penonton boleh hidup?

  • @pirateshunter66
    @pirateshunter66 Před 2 měsíci +3

    Susah ooo...
    Sendiri mau ingat la...
    Tepuk dada tanya mau mkn apa😉

  • @user-bb1wx3qu4u
    @user-bb1wx3qu4u Před 2 měsíci +1

    Tidak payah tanya min, tanya tu pengurusan Sabah, kenapa x byr gaji pemain, jgn salahkan pemain klu pemain semua cabut,

  • @FelixIka
    @FelixIka Před 2 měsíci +3

    Sabah masih ada kemampuan untuk bersaing cuma perlu masalah harus diselesai kan dulu tunggakan gaji

    • @abdullelaabdhamid8443
      @abdullelaabdhamid8443 Před 2 měsíci

      BEtul la.. klo btul ada 4lagi pemain mhu tingalkn sabh fc sy rasa team sabah fc akan jdi team mcm dulu lgi team belasahan

  • @rivkblues685
    @rivkblues685 Před 2 měsíci +3

    Sejak pengurusan bertukkar tangan hancur sabah fc

  • @dollahapbinMusram
    @dollahapbinMusram Před 2 měsíci

    Kita minta En Merzuki balik mengurus pasukan Sabah FC ini Sebab beliau lebih baik daripada Joh wid dan pengurusan lain minta sengat2 En Merzuki balik pengurusan pasukan Sabah fc

  • @RockersGnR
    @RockersGnR Před 2 měsíci +4

    Sabeh aken kembali ke Era kegelapen .. we want MARZUKI

    • @yohanesparas5853
      @yohanesparas5853 Před 2 měsíci

      @@RockersGnR marzuki Kasi tggl tggkn gaji 2 bulan. Ni yg BLM lunas..skrg ni

    • @christopherajos5893
      @christopherajos5893 Před 2 měsíci

      Marzuki tolong selamat kan sabah fc datang lah kembali untuk pegurusan

    • @RockersGnR
      @RockersGnR Před 2 měsíci

      @@yohanesparas5853 what de Fuk la Helmie Doraemon. Si Jon tu ape die buak?? Areh kan die Ngor-Ngor le kime jahanem

  • @JamesIkat2
    @JamesIkat2 Před 2 měsíci +1

    Risau juga klu cifu angkat kaki

  • @dollahapbinMusram
    @dollahapbinMusram Před 2 měsíci

    Pengurus Sabah FC tidak payah benyak alasan kata Ramon tidak boleh bantu Sabah FC ini lah dinama ckp serupa bikin minta pengurus pasukan Sabah jgn terlalu bengang sengat ckp bukan masalah gaji tidak payah menapis memang masalah tunggakan gaji Sebab Ramon tinggalkan pasukan benyak Alasan pula Semua pengurusan pasukan Sabah kalau mcm ini sempai bila2 pasukan Sabah tidak akan pergi jauh

  • @ze.empire
    @ze.empire Před 2 měsíci +1

    Jgn ckp gaji...jln raya di sabah pun hangkang...

  • @user-ur5tn1ry4u
    @user-ur5tn1ry4u Před 2 měsíci +1

    Untuk apa tinggal d Sabah kalau gaji tidak ada

  • @hanayahj3531
    @hanayahj3531 Před 2 měsíci

    buka buah durian tanya sendiri.pasal gaji lah.nanti satu persatu permain sabah akan berhijrah.amin

  • @specim7666
    @specim7666 Před 2 měsíci +2

    Bagi saya mungkin disebabkan masalah gaji.. Disebabkan pengurusan yang incompetent, hancur team Sabah yang telah dibina sejak beberapa tahun ni.. Apa yang dapat dilihat ialah morale pemain turun 100%.. Pemain tidak bermain sepenuh hati.. Betul-betul rasa kecewa dengan Sabah FC.. Paling mengecewakan pengurusan baru Sabah FC ni nak menyalahkan pula pengurusan lama.. Kalau sudah berani ambilalih pengurusan bererti diorang sepatutnya ambil tanggungjawab menyelesaikan semua masalah dengan bersungguh-sungguh dan bukan menuding jari kepada pihak lain.. Sayang sekali Ramon terpaksa dilepaskan dalam perjalanan liga yang belum pun sampai separuh.. Sepatutnya pengurusan Sabah FC berusaha pujuk Ramon untuk stay atleast sehingga perpindahan pemain dibuka semula.. Kecuali Sabah FC menyelesaikan semua masalah dalaman dan semua gaji tertunggak dengan segera serta mencari pengganti yang setaraf atau lebih baik daripada Ramon Machado, saya tidak nampak Sabah FC akan dapat mengulangi pencapaian top 3 musim lalu mahupun dapat top 5 dalam liga.. Kalau dapat pun dapat mungkin disebabkan luck atau team lain pun mengalami masalah yang sama seperti Sabah FC..

  • @aplus9320
    @aplus9320 Před 2 měsíci +3

    Mantap gais 👍 sama dengan sangkan saya gaji Ramon terlalu tinggi

    • @sabahrhinotv
      @sabahrhinotv  Před 2 měsíci +1

      betul tuan... begitu la lumrah nya kan... mau hebat kena belanja lebih...

  • @lesl7l750
    @lesl7l750 Před 2 měsíci +2

    mungkin gaji tu bos. walau pun aku kurang gemar dengan pengurusan skrg sbb kuat berpodcast tapi tak boleh salahkan beliau juga. kehadiran penyokong tidak memberangsangkan. pada aku lebih baik selesaikan gaji pemain dan lepaskan mereka (yang bergaji tinggi) next transfer window supaya sabah fc tidak terbeban dengan hutang, naikkan pangkat pemain2 di piala mfl. itu sahaja cara untuk sustainkan pasukan. memang banyak kalah la tapi ia lebih baik daripada pasukan berkubur spt sarawak dan sarawak united. dengan kehadiran penonton yang sekadar 3k-5k memang tak boleh la mau dapatkan pemain2 berkaliber. mana lagi gila mfl mau ada 4 pasukan (senior, mfl, memang sakit la klu pasukan dari borneo. away day sahaja bakakai membayar tambang kapal terbang

  • @doittangkim2306
    @doittangkim2306 Před 2 měsíci +1

    Akibat pengerusan tidak bertanggung jawap.Dalam satu keluarga bapa dlm keluarga harus bertanggung jawap tidak kira berapa banyak yang harus di tanggung.demikian juga dalam keluarga berapa banyak pun harus dpikul.skarang ramai bapa2 yg x bertanggung jawap. selalu cari jln singkat bila ada masaalah cari jln singkat dengan alasan itu dan ini.demikian lah manusia yg dipilih tuk jadi pemimpin, dlm keluarga x blh urus jangan cuba pegang jawatan mengurus orang ramai. jawap

  • @Amin-pz7mq
    @Amin-pz7mq Před 2 měsíci +2

    Teruk pengurusan sabah fc ni😢😢😢

  • @Hololulu
    @Hololulu Před 2 měsíci +7

    Ubah la teknikal Sabah byk star. sifu kasi kerap la main..

  • @abdullelaabdhamid8443
    @abdullelaabdhamid8443 Před 2 měsíci +1

    Sayang seribu kali sayang... Susah mahu carik mcm ramon yg berbisa gais.. mau pemain baik kn la labur lebih sikit . Suda dpt pemain baik lepas lgi . Nanyi ambik lg balik yg mahal tp tdk selevel ramon.. lgi la sayang...

  • @kyohazard9354
    @kyohazard9354 Před 2 měsíci +1

    Semua pasal gaji..klu gaji sangkut player mana ada hati mau main..gaji durang tu bkn sikit2..lebih 1M utk setiap bln...main home pun fans bknnya dtg kasi penuh stadium..tp sapa juga mau dtg kalau performance ke laut..ini realiti..jgn cerita main utk lencana d dada..skrg semua sbb duit..

  • @keningaujuta
    @keningaujuta Před 2 měsíci +1

    Para pemain Sabah FC klu x ada gaji tinggalkan sja Sabah 2 merugikan pemain

  • @user-im1mo1re9j
    @user-im1mo1re9j Před 2 měsíci +1

    PENGURUSAN SABAH FC D PERTANGGUNG JAWAB.KALAU SUDAH SAIN AGGREEMENT.SABAH FC MESTI CARI DANA. BIKIN MALU.LETAK JAWATAN LAH

  • @karagunisfc
    @karagunisfc Před 2 měsíci

    Jurulatih pun nob...x tau di mana position yg ngam dgan player

  • @user-df4jx9dn3f
    @user-df4jx9dn3f Před 2 měsíci +1

    Sabah main lawa tapi peluang yg terhidang tidak boleh menjaringkan gol harian jua ya😂

  • @tommytommy7921
    @tommytommy7921 Před 2 měsíci +1

    Ramon balik berzil ka atau pinda pgi kuala lumpur ramon pamain yg terbik..knpa kc lapas dia sadih nya...

    • @sabahrhinotv
      @sabahrhinotv  Před 2 měsíci +1

      @@tommytommy7921 ikut interview hri tu c ramon mau balik brazil... Apa2 kita tunggu la apa plan ramon seterusnya

  • @zimanzimanemma2814
    @zimanzimanemma2814 Před 2 měsíci +1

    Masalah gaji yg selalu berlaku pada pemain Sabah....

  • @zimanzimanemma2814
    @zimanzimanemma2814 Před 2 měsíci +1

    Selepas Ramon mungkin ada lagi yang menyusul nanti......

  • @ronnieoyol974
    @ronnieoyol974 Před 2 měsíci

    Ko kwang ming ,telmo out Ramon patut kekal jimat duit

  • @rozersikwal5446
    @rozersikwal5446 Před 2 měsíci +2

    Mgkn gaji

  • @azt_s14
    @azt_s14 Před 2 měsíci +4

    Harap dengan ketiadaan Ramon ni dapat la diserap sda Rozaimi ke skuad utama untuk jadi back up Darren/Jafri

    • @arelai3725
      @arelai3725 Před 2 měsíci +2

      Mgkin tahun depan😂

    • @sabahrhinotv
      @sabahrhinotv  Před 2 měsíci +2

      insyallah tuan

    • @khadeejadja
      @khadeejadja Před 2 měsíci +2

      @@azt_s14 Kita tunggu dan lihat. Jika Wan Zack Haikal yang lebih kurang sebaya masih boleh bermain untuk Perak FC, apa salahnya kan ? Cuma satu sahaja... Rozaimi ni lebih kepada posisi playmaker/player number 10 berbanding penyerang tulin/player number 9. Dan ada attitude lebih kurang Akhyar Rashid, terlalu lama pegang/gentel2 bola. Dalam bola sepak moden, bola perlu dihantar selekas mungkin.

  • @karagunisfc
    @karagunisfc Před 2 měsíci

    Main rambang

  • @ghazalihairum3690
    @ghazalihairum3690 Před 2 měsíci +8

    Sabah FC sepatutnya perlu mengukuhkan dulu kewangan kemudian baru menyusun mengambil pemain² berpotensi tanpa mengeluarkan perbelanjaan yg besar. Pemain² muda milik Sabah FC septtnya diberikan peluang sekali sekala menunjukkan bakat utk menyinar. Skg kita ada farhan, firdaus, irfan, kumahraan, dll dan tempatan spt maxius, azad dll mrk ini cukup berpotensi cuma kurang pendedahan utk mencari pengalaman dan keserasian.

    • @khadeejadja
      @khadeejadja Před 2 měsíci +3

      Boleh jugak dapatkan pemain muda dari kelab lain secara pinjaman. Sebab ada aspek dan ruang lingkup yang kurang terjangkau oleh saiz fizikal pemain tempatan Sabah FC. Maklumlah takdir DNA majoriti orang Sabah ni kan, melainkan mereka yang ada rezeki berjodoh dan berzuriat dengan etnik2 luar bersaiz besar.
      Sekadar reality check.

    • @arelai3725
      @arelai3725 Před 2 měsíci +3

      😂 mgkn klu lwn jdt 10-0 & team lain mgkin dlm 4/5-0 klu pemain2 anda maksudkn

    • @ghazalihairum3690
      @ghazalihairum3690 Před 2 měsíci +2

      @@arelai3725 Ko ni bukan jenis komen membina bro. Jangan pandang remeh anak muda bro sekiranya mrk serasi bermain. Contohnya: Penang, Perak, Kelantan dan Kuching city...pemain muda mrk sudah menunjukkan peningkatan. Macam MUFA walaun pun tewas dgn JDT mereka memiliki pemain yg berbakat dan berdisiplin.

    • @ghazalihairum3690
      @ghazalihairum3690 Před 2 měsíci +2

      @@khadeejadja Tak juga semestinya tu....pemain cilik ni boleh mengejutkan seperti Faizal Halim terkini, Hassan Sani dan Matlan sebelumnya. Maradona, Roberto Baggio semuanya bertubuh kecik. Apa pun saya setuju saiz juga memainkan peranan tp perlu sesuai dgn posisi permainan.

    • @khadeejadja
      @khadeejadja Před 2 měsíci +3

      @@ghazalihairum3690 maaf dipohon terlebih dahulu jika kata2 saya ini menyakitkan hati.
      Jika diperhatikan susunan nama2 lejen tu dengan penuh hati-hati, itu adalah jentera serangan. Lionel Messi pun chomel cinonit saiznya😊. Memang lumrah ketinggian pemain hebat di bahagian serangan rata2 sekitar 5'4" -5'9". Yang saya maksudkan adalah barisan pemain pertahanan dan pemain tengah bertahan/DM serta penjaga gol. Sebaik2nya berketinggian 5'10" dan ke atas, sedangkan pemain2 lokal Sabah rata2 tinggi di bawah 5'9". Sebab tu mengapa ada Dominic Tan sebagai progressive CB, walaupun mungkin ada yang berhujah Fabio Cannavaro adalah CB yang lebih rendah dari Dominic.
      Semoga generasi baharu Sabah ni saiznya lebih besar berkat kahwin campur dan bekalan nutrisi yang lebih baik.

  • @makdin6668
    @makdin6668 Před 2 měsíci +1

    Mngkin faktor gaji kot...

  • @oas8619
    @oas8619 Před 2 měsíci

    Kita tgok smpi brpa lama baru sabah dapt lgi striker sehebat ramon..

  • @dollahapbinMusram
    @dollahapbinMusram Před 2 měsíci

    Ramon tinggal kan Sabah sebab pengurusan Sabah tidak betul tidak beyar gaji pemain gaji pemain tertunggak 2 bulan sempai sekarang pengurusan Sabah tidak beyar gaji.minta joh wid letak jawatan lebih baik pengurusan Sebelum ini en Merzuki lagi baik dari joh wid

  • @karagunisfc
    @karagunisfc Před 2 měsíci

    Sabahfc nob

  • @user-jx7wf7gs2y
    @user-jx7wf7gs2y Před 2 měsíci

    Jgn politik campur tangan memang hancur team sabah

  • @hersonason9131
    @hersonason9131 Před 2 měsíci

    Padan muka Ramon lari

  • @user-xv7qm4uv3d
    @user-xv7qm4uv3d Před 2 měsíci +4

    Pengurusan lemah'

  • @dollahapbinMusram
    @dollahapbinMusram Před 2 měsíci

    Pengurus Sabah FC tidak payah benyak alasan kata Ramon tidak boleh bantu Sabah FC ini lah dinama ckp serupa bikin minta pengurus pasukan Sabah jgn terlalu bengang sengat ckp bukan masalah gaji tidak payah menapis memang masalah tunggakan gaji Sebab Ramon tinggalkan pasukan benyak Alasan pula Semua pengurusan pasukan Sabah kalau mcm ini sempai bila2 pasukan Sabah tidak akan pergi jauh