Return of The Perak Man

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 30. 10. 2020
  • Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
    Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
    Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
    Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
    Galeri Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Galeri Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang Kelapa Sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong dan berada dalam Daerah Hulu Perak iaitu 8 km ke selatan dari Pekan Lenggong dan 2 km dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik. Keluasan keseluruhan kawasan Galeri ini di anggarkan seluas 8.16 ekar dan yang telah dibangunkan seluas 2 ekar dengan 2 blok bangunan yang mempunyai 2 Galeri Pameran, Pejabat, Bilik Audio Visual, Bilik Mesyuarat dan Bilik Penyelidikan.
    Galeri Arkeologi Lenggong ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dibawah Kementerian PelancongN, seni dan Budaya Malaysia dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2000 serta telah dibuka untuk kunjungan awam pada tahun 2001 dengan menyediakan pameran sementara. Kerja-kerja merekabentuk dalaman dan pengisian bermula pada tahun 2001 dan siap pada 2003.
    Lokasi pembangunan Galeri ini dibina berdasarkan kepada signifiken tapak arkeologi zaman Paleolitik yang wujud 74,000 tahun B.P. dan merupakan penemuan tapak terawal bermula di Kota Tampan iaitu tapak Galeri kini setelah mendapati Lembah Lenggong adalah sebuah Daerah yang banyak menyumbang data kepada pengetahuan prasejarah negara dari 1,000 hingga 300,000 tahun dahulu berdasarkan interpretasi budaya material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno.

Komentáře • 11

  • @alangrejabrejab6412
    @alangrejabrejab6412 Před 2 lety

    …Rangka tulang ny..masih kecil...

    • @nakponakyo
      @nakponakyo  Před 2 lety

      Bukan sekadar nama, manusia mati juga meninggalkan tulang

  • @saifulirwan8417
    @saifulirwan8417 Před 3 lety

    Sape hidup dulu.. Perak man ke nabi adam

    • @flyguy-wn2nh
      @flyguy-wn2nh Před 3 lety

      Nabi adam la.. Quran dh sebut

    • @nakponakyo
      @nakponakyo  Před 3 lety

      @@flyguy-wn2nh mungkin itu Perak Jin? Bukan Perak Man?

    • @ahmad.8475
      @ahmad.8475 Před 3 lety +2

      Perak man itu adalah orang asli yg hidup ribuan tahun dahulu.

    • @bobakikoaiyakuza4393
      @bobakikoaiyakuza4393 Před 2 lety

      Aku ketrunan perak melayu.man...
      Kebenaran tidak dapat ditutup walaupun dgn Al quran atau kitab2 lain.
      Bila perakman timbul usianya dikira melebihi usia nabi adam jika dikira umur 25 rasul...tapi ada pulak keluar kenyataan yg umur nabi berbeza...ada 1000 tahun ada beratus tahun..pastu dikukuhkan dgn nabi sebenarnya ada beribu tapi wajib tahu hanya 25 org ..fuhh lega..tup2 jumpa fossil gajah mammoth yg masih elok didalam timbunan salji dan masih berkulit..dikulitnya terlekat sebatang lembing yg membunuhnya...zaman ais adalah berusia berusia 50 juta tahun...nak otter jumlah nabi jadi puluh juta pulak ke....
      Tapi takpe anggaplah benda tu setan yg buat..atau perbuatan yahudi jer ..tutup kes.

    • @RuleRules-bc5bj
      @RuleRules-bc5bj Před 4 měsíci

      ​@@nakponakyoke pdtg mlyu nk claim Perak man😂😂😂