Rendang Daging Lembu Hari Raya 2023

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 8. 09. 2024
  • Resepi rendang daging yang dipaparkan dalam rancangan Makanpedia TVOkey RTM. Selamat mencuba! Resepi di www.nasserskit... #rendangdaging #resepiraya
    Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah rendang daging. Satu masakan istimewa yang biasanya dihidangkan semasa musim perayaan seperti Hari Raya. Di sini saya kongsikan satu resepi yang mudah tetapi lazat untuk dinikmati bersama keluarga. Tonton hingga ke akhir video untuk tips rendang seperti ini. Tanpa berlengah lagi, jom kita ke dapur!
    Bahan utam yang kita perlukan, 2kg daging lembu. Saya gunakan daging pejal biasa sahaja. Untuk memasak rendang, gunakan potongan daging yang agak liat kerana rendang perlu dimasak untuk masa yang agak lama. Bahagian seperti batang pinang yang lembut tidak sesuai untuk dimasak rendang.
    5 biji bawang merah. 11 ulas bawang putih. Potong kecil supaya senang dikisar. 200g kerisik ( 2 pek) 1 cawan (250ml) santan pekat. 6 sudu besar (60g) rempah kari. 3 inci halia dihiris kasar dan 2 inci lengkuas dihiris kasar. 10 btg serai , diketuk. Sidikit daun limau purut ( 15g). 4 helai daun kunyit dan 1 keping asam keping. Daun limau purut dan daun kunyit di hiris seperti ini.
    Masukkan bawang merah , dan bawang putih ke dalam blender. Tambahkan sedikit air. Kisar sehingga halus. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu panas kerana bahan kisar banyak air. Jika kita masukkan bahan yang banyak air kedalam minyak yang sangat panas, minyak akan meletop-letop dan agak merbahaya. Lebih baik gunakan api yang sederhana sahaja supaya air dapat tersejat perlahan-lahan.
    Bila bahan tumis sudah garing sedikit, masukkan rempah kari. Pastikan tak ada yang tertinggal. Gualkan supaya menjadi pes. Kemudian masukkan halia dan lengkuas. Di ikuti cili kisar. Gunakan spatula silikon supaya mudah untuk mengaut baki cili. Gaulkan supaya sebati. Masukkan serai yang telah dititik. Tumiskan dengan api sederhana selama 10 minit, pastikan anda kacau bahagian setiap 2 minit bawah supaya tidak berkerak.
    Sekarang kita masukkan daging. Gaulkan rata. Tambah 3 cawan air (750ml). Masukkan kerisik. dan juga santan. Gaulkan supaya sebati dan bahan-bahan larut. Kacau! Jangan Tak Kacau!
    Masukkan daun kunyit sahaja dahulu. Gaulkan rata. Masukkan 5 sudu kecil garam. Dan kacau supaya rata. Memasak rendang sebenarnya sangat mudah, tetapi memerlukan kesabaran kerana memerlukan waktu yang lama untuk masak. Daging dan rempah dibahagian bawah perlu digaul selalu supaya tidak berkerak atau hangus. Selepas 40 minit Rendang akan semakin pekat. Tambahkan 1 cawan air dan Teruskan menggaul setiap 5-10 minit. Daging juga akan mula menjadi lembut dan empuk. Tapi masih lama lagi. Sekarang kita masukkan daun limau purut. Dan Asam keping. Seperti biasa gaulkan supaya rata. Tambah 5 sudu besar gula sebagai pengimbang rasa. Gula juga akan memberikan warna gelap yang menarik kepada rendang.
    Teruskan merenihkan rendang dengan api yang kecil sehingga daging lembut dan gaulkan untuk memastikan tidak berkerak.
    Begini rupanya rendang selepas 2 jam, bergantung kepada daging ada kala memerlukan lebih masa, dan ada juga daging yang empuk lebih cepat. Sebelum dihidangkan keluarkan batang-batang serai.
    Rendang daging siap untuk dihidangkan bersama ketupat, lodeh, lemang atau apa-apa hidangan kegemaran anda. Selamat mencuba!

Komentáře • 31

  • @hidayatijaafar9790
    @hidayatijaafar9790 Před rokem

    Tq chef,mudah faham dgn vdeo ni.

  • @nabilnasser6964
    @nabilnasser6964 Před 2 lety +1

    Easiest rendang recipe. Can't wait to try it!

  • @oniborhan7689
    @oniborhan7689 Před 2 lety +1

    Terbaik lah

  • @zaharahjasman1560
    @zaharahjasman1560 Před 2 lety

    Resepi yg chef bagi nie semua terbaik..

  • @rubiahbahari9848
    @rubiahbahari9848 Před 2 lety

    Masak kan chef saya cuba senang ikut resepi nya👍

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 Před 2 lety

    Dua tiga kucing belang. Sedang berdating tepi perigi. Banyak rendang perkara rendang . Rendang hati sedap sekali. Pernah makan tak chef. Aaa kena cuba dulu baru tau..tq chef

  • @dikziechestopa
    @dikziechestopa Před 2 lety +1

    Jika resepi yg sama tp guna ayam sesuai tak Chef?

  • @fizalfini
    @fizalfini Před 2 lety +1

    Terbaik chef hope 1m sub soon..

  • @julyjuly9338
    @julyjuly9338 Před 2 lety +1

    Klu gula ditukar serbuk perasa lagi sedap kan chef

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  Před 2 lety

      Gula dalam resepi ini fungsinya bukan penambah perisa tetapi pengimbang rasa. Perlu ada sedikit kemanisan dalam rendang. Kalau nak tambah serbuk perasa boleh. 😃

  • @noneyyyyy721
    @noneyyyyy721 Před 11 měsíci +1

    Tqqq pak cheff nok bikin y000 enakk bangett lahh😮😮😮

  • @silverbells4732
    @silverbells4732 Před 2 lety +1

    chef, is the rempah Kari rempah daging? tq

  • @Aduhh33165
    @Aduhh33165 Před 2 lety +1

    Teruja plk tgk..cuma nk tahu..knpa serai..halia dn lengkuas x dkisar brsama bhan2 kisar..? Itu yg Sy prnah tahu ..blh bro jlaskn....wlaubgaimna Sy subscribe bro ...Salam dri Singapura ...

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  Před 2 lety

      Halia dan lengkuas saya tidak kisar kerana tidak mahu rendang mengandungi banyak serat ( fibre ). Halia dan lengkuas hanya digunakan semasa memasak dan bukan untuk dimakan. Jika dipotong kasar, lebih mudah untuk dikeluarkan setelah dimasak dan sebelum dihidangkan. 😀

    • @Aduhh33165
      @Aduhh33165 Před 2 lety

      @@nasserskitchen Tq..bro atas pnjlasan nya..

  • @rahimahsurattee752
    @rahimahsurattee752 Před 2 lety +1

    Chef kalau nak pakai pressure cooker bolih kan? Bila masa yg sesuai

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  Před 2 lety +1

      Gunakan pressure cooker untuk merebus daging dahulu sementara memasak rempahnya. Rebuskan daging 1/2 masak dan gunakan separuh daripada air rebusan untuk menggantikan air biasa dalam resepi untuk memasak daging dalam rempah. Jangan masak daging sampai lembut dalam pressure cooker kerana kita mahu daging menyerap rasa rempah rendang.😀

    • @rahimahsurattee752
      @rahimahsurattee752 Před 2 lety

      Tnks chef

  • @rozanahmohd
    @rozanahmohd Před 2 lety

    Kalau resepi sama tapi menggunakan ayam boleh ke ?

  • @kaknor6617
    @kaknor6617 Před 2 lety +1

    Salam chef. Saya pernah masak rendang minang hampir 2 jam nak lembutkan daging batang pinang dua kilo. Last sekali orang ajar gunakan daun nangka baru lembut. Tak tau kenapa. Daging yg bersalah ke atau saya yg bersalah. Akhirnya saya rebus daging dulu sampai empuk tapi chef, kurang rasa enaknya. Terpaksa pilih jln pintas. Hahaha. Tq chef

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  Před 2 lety

      Daging batang pinang tak sesuai untuk masak rendang kerana terlalu lembut dan cepat masak, sedangkan rendang perlu dimasak lama. Lebih baik guna daging pejal sahaja, lebih mudah dan lebih sedap untuk masak rendang 😀

  • @nurulhilal7490
    @nurulhilal7490 Před 2 lety +1

    Sejarah rendang tak citer ke bang😁😁..

    • @nasserskitchen
      @nasserskitchen  Před 2 lety

      Hari tu dah cerita dalam Makanpedia, kali ni fokus pada resepi 😅

    • @nurulhilal7490
      @nurulhilal7490 Před 2 lety

      @@nasserskitchen tula...aritu tgk kt makanpedia,baru tau sejarah rendang ni mai kot india😁😁
      Pe2 padu chef👍👍🤤😋