HELMET BASIKAL | PATUTKAH BELI YANG MAHAL ATAU MURAH SAHAJA?

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 5. 10. 2021
  • Helmet basikal boleh mencecah beribu-ribu ringgit walaupun ianya hanya diperbuat dari polisterin (plystyrene).
    Mengapakah ianya begitu mahal? Adakah berbaloi membeli helmet basikal beribu-ribu ringgit ini? Adakah membeli helmet murah tidak selamat? Apakah keistimewaan helmet-helmet seperti Kask, POC, Abus dan Thousand?
    Semuanya persoalan berkenaan helmet basikal akan terjawab dalam video ini, berdasarkan kepada pengalaman dan pembacaan saya sendiri.
    Saksikan video ini sehingga penghujungnya!

Komentáře • 102

  • @syamsularifinmohamadyunus8144

    Terbaik perkongsian.keselamatan diri penting.

  • @miziy5241
    @miziy5241 Před 2 lety

    Terima kasih….. sangat bermanfaat 👍👍👍

  • @bahdinnasri1966
    @bahdinnasri1966 Před 2 lety

    Terbaik maklumat yang diberi ..... semoga berjaya.

  • @amershahrinamin2177
    @amershahrinamin2177 Před 2 lety

    Terima kasih bang untuk jawapan dan pandangan. Jika boleh digunakan sehingga 10 tahun dengan penjagaan yang betul, saya rasa berbaloi untuk belanja kepada helmet yang berkualiti dan sedikit mahal.😃

  • @kixzix1469
    @kixzix1469 Před 2 lety

    Mantap perkongsian nye bossku👏👏👏

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Terima kasih atas sokongan padu 💪🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @bestkiller202
    @bestkiller202 Před 2 lety

    Mantap tuan 👍

  • @danialsyahrizal9268
    @danialsyahrizal9268 Před 2 lety

    Semangat bang 🔥🔥

  • @shahzane855
    @shahzane855 Před 2 lety

    Nice info. As a noob, mmg dok fikir pasal isu ni jugak. Haha

  • @abudol666
    @abudol666 Před 2 lety

    Assalamualaikum abg nan, terbaik! Boleh tak buat review pendapat tentang Basikal Brand Biasa tapi groupset power V.S Brand mahal Groupset biasa

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Walaikumsalam adik. Menarik topik ini, saya pernah pergi ke kedai jual frame OEM tapi groupset dan komponen lain original bagi mengelirukan rakan2. Mungkin saya boleh bagi pendapat. Terima kasih 👌🏼👍🏼

  • @itdoesntmatter8529
    @itdoesntmatter8529 Před 2 lety +1

    Tak kisah mahal ke murah... Yg penting geng2 basikal tu menunggang kat jalan raya jangan mcm lembu hilang arah.... Peace yo....

  • @PP-sp6ec
    @PP-sp6ec Před 2 lety +2

    Terbaik la koleksi helmet Abg Nan. Sy ade 2 soalan, boleh tak bt video tentang cara2 pgunaaan brek basikal RB khususnya(xkesah rim brek atau disc brek)? waktu bila harus guna brek depan, waktu bila harus guna brek blkg atau guna dua2 tak kira masa atau situasi?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Terima kasih atas soalan dan cadangan yg sungguh baik ini 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @broriz531
    @broriz531 Před 2 lety

    As salammualaikum....terbaekk info nie bang basikal Mahal boleh Beli kepala tk nk Jaga heheee ...apa pon semoga maju Jaya bang

  • @azharulkamil7551
    @azharulkamil7551 Před 2 lety

    sorry bang, helmet kask team sky tu mcm Avatar Aang tu hahahahah tapi apa pun info yg bagus !

  • @telem0th
    @telem0th Před 2 lety +1

    Mmg beza pakai helmet biasa dan mahal sikit tu. sy biasa pakai helmet brand decathlon tp bila ada rezeki sikit sy beli poc omne tu rasa kepala lg sejuk je sbb good ventilation (selain design yg cun). Tp rasa pelik jg harga agak mahal compare helmet motosikal jika kita fikir rnd yg dikeluarkan😅.
    Yg bestnya, sy beli from rapha tp ada masalah sikit sbb ada small dent dan request penukaran sbb manufacturering defect dkt rapha. Pada mulanya rapha mcm nak tak nak je replace tapi sy guna cara kasar sikit email poc utk proses penukaran dan alhamdulillah berjaya disebabkan campur tgn poc.
    Guys, jika nak beli dkt website rapha ni kena tegas sikit dgn CS dia. Pengalaman berkomunikasi dgn mereka, layanan agak kurang sikit sbb kita tersilap pilih saiz tak boleh nak cancel terus biarpun dlm jangka masa yg singkat selepas mmbuat pembayaran.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Terima kasih atas perkongsian yg baik ini 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @Faez57
    @Faez57 Před 2 lety

    Nice info for beginners bang nan. 👍🏻
    Lps ni bole review kasut plak…😬

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Nanti ada yg kecam tak? 😅

    • @Faez57
      @Faez57 Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE kecaman itu biasa bang. Peduli tara…😝

  • @jomkitakayuh5230
    @jomkitakayuh5230 Před 2 lety

    Cerita bang Perbezaan V brake, C brake dan Disk brake

  • @dinzdelta6852
    @dinzdelta6852 Před 2 lety

    Teruskan sharing iu bang. Terbaik.

  • @dsolocyclist4299
    @dsolocyclist4299 Před 2 lety

    Saya rasa baik juga kita buat pembelian dengan merujuk senarai score helmet rating Vergenia Tech. Dalam senarai itu ada beberapa helmet budget yang berjenama yang mempunya rating tinggi (Contohnya Spz Align 2). Merujuk pula kepada crash replacement, biasanya hanya akan diganti jika crash berlaku dalam tahun pertama pembelian. Selain itu, dan yang selalu kita abaikan, helmet wajar ditukar antara 3 hingga 5 tahun, mungkinan saya silap, saya tak perasan tuan ada sebutnya dalam video tuan. Sekian, maaf jika terkasar bahasa.

  • @jingbang2
    @jingbang2 Před 2 lety +1

    Please buy original helmet and possible dgn mips. My helmet saved my life one time tayar letup and slide out....kepala hentak jalan dulu sebelum body landing atas jalan. Helmet hanya satu last line of defence sama ada jadi sayur or live to cycle another day. Walaupun harga mahal sikit, safety is key. Beyond that, takdir menentukan

  • @FatBoyzGaming
    @FatBoyzGaming Před 2 lety

    Bulan lepas terjatuh langgar lubang dan kepala terhentak dengan barrier jalan yg diletakan disebelah lubang jalan tu,kepala alhamdulillah ok cuma leher sakit smpai seminggu selain calar balar anggota badan, helmet crack.. speed time tu mmg slow bawah 19km/h je.. walaupun slow impact tetap kuat .. ade rezeki lebih terus angkat helmet poc rapha beli direct store jimat sikit dri beli di local store.. sefety 1st kawan2 rider sekalian labur lebih sikit takpee.. teringat ayat kawan " basikal ribu2 boleh beli, nak protect kepala 30-40 ringgit jee? "

  • @haniszaris7653
    @haniszaris7653 Před 2 lety

    Tuan, tolong buat video berkenaan sunglasses. Adakah berbaloi beli yg mahal dan berjenama atau boleh beli yg mampu milik seperti yg ada di Shopee (Cateye,Rockbros dll)

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Terima kasih atas cadangan yang baik ini 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @syamlee5556
    @syamlee5556 Před 2 lety

    Assalammualaikum… boleh cover pasal hub road bike…😄😌

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Walaikumsalam wah hub RB ni saya tak pernah tukar. Saya servis aje. 😉👍🏼

  • @amilmohamat9963
    @amilmohamat9963 Před 2 lety +1

    Asalamualaikum dan selamat pagi.
    Boleh bagi tips dan cadang kan jenis krim muka yang bagus untuk hindari dari sun burn di muka tak 🤣?. Sejak kayuh ni muka dah hitam..🤪

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Walaikumsalam terima kasih atas cadangan yg unik tapi permasalahan yang benar. 👌🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @marcdervish3940
    @marcdervish3940 Před 2 lety

    bang review helmet enduro n downhill

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Maafkan saya tuan, ini bukanlah kepakaran saya. Jika saya menjumpai cyclists yang menggunakannya mungkin saya akan temuramah. Terima kasih.

  • @pemuda134
    @pemuda134 Před 2 lety

    Assalamualaikum..tn, boleh ke share pasal jenis tiub roadbike
    Dipasaran ada yg jenis Latex,butyl n lain2.
    Mintak tuan review pasal tube pulak spt dnyatakan diatas..
    Adakah berbaloi pakai tiub mahal vs murah..

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Walaikumsalam Insha Allah. Nanti saya share tips pasal tayar clincher ni termasuk saranan tiub. Terima kasih 👌🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

    • @pemuda134
      @pemuda134 Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE tq bang..

  • @RoquetteAttaquer
    @RoquetteAttaquer Před 2 lety

    Suggestion buy original helmet with mips and angi crash detection hahaha

  • @fayezalle43
    @fayezalle43 Před 2 lety +2

    Assalamualaikum bang..
    Saya sebenarnya tertanya2 kenapa barang2 basikal terlalu mahal.. Kalau dikatakan R&D, saya percaya R&D automotive lebih robust, standard quality dan keselamatan yg lebih ketat & belanja lebih mahal tetapi harga selling masih lagi effective..
    Kalau dikatakan size market kecil vs overall product cost before profit menyebabkan mahal, mungkin dulu boleh dikatakan reason ni. Tetapi sekarang pergi kedai je, basikal sentiasa out of stock. Malah basikal bertambah mahal disebabkan demand melebihi supply utk waktu sekarang, jadi reason market size kecil not valid anymore.
    Adakah harga basikal ini semata2 disebabkan market hype?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Walaikumsalam dalam teori ekonomi memang ditentukan oleh permintaan (demand) dan pengeluaran (supply). Sama juga dengan harga emas, petrol dan sekarang ni basikal fenomena dunia. 😉👍🏼

    • @fayezalle43
      @fayezalle43 Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE Baik bang, nampaknya ia berbalik kepada fundamental ekonomi... Terima kasih atas reply..😁

  • @cloudenimbus3163
    @cloudenimbus3163 Před 2 lety

    Tq sharing bang. Cuma nak tau, semasa kita pakai helmet dan berkayuh, adakah wajib/essential kita pakai cycling cap, bandana etc..? Minta bang Nan share sikit pro/cons/thoughts. Saya pakai cycling cap antara sebabnya nak kurangkan peluh masuk mata, walaupun kadang2 tak berjaya juga, pedihhhh haha

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Tak wajib bro. Selalunya kalau cuaca amat panas biarlah tanpa Cap. Tapi ada kelebihan juga pakai Cap atau Bandana sebab kita boleh basahkan jika cuaca panas. Lega juga bila kepala sejuk. 👌🏼👍🏼

    • @cloudenimbus3163
      @cloudenimbus3163 Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE Ooo macam tu. Tq for the advice bang 😊

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      @@cloudenimbus3163 cuba tengok ultra running, bandana tu diorang basahkan memang tengokpun kita boleh bayangkan nikmat cuaca di Msia ni 😉👌🏼👍🏼

  • @user-xl9ez4gk5r
    @user-xl9ez4gk5r Před 2 měsíci

    Helmet basikal yang selalu saya gunakan brand ROCKBROS

  • @sanjisan4166
    @sanjisan4166 Před rokem

    Abg nan, minta pendapat sikit sbb sy dlm dilema nak pilih antara kask protone dan kask valegro. Baru ada rezeki lebih nak beli yg mahal. Lama jgk nak buat keputusan lepas survey helmet ni. Just nak tau antara dua kask tu yg mana lebih baik dgn duit yg dibelanjakan? 😂🙏🏻

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před rokem +1

      Kalau adik ada budget cukup better go for Kask Protone sebab kualitinya lebih premium. Kask Valegro pun ok dan lebih ringan. Bezanya hanya beberapa ratus ringgit. Terima kasih 👍🏼

  • @nikzulhafiq1679
    @nikzulhafiq1679 Před 2 lety

    Assalamualaikum bang. Selepas saya cuci rantai menggunakan wd40 lepastu kene letak chain lube x

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Walaikumsalam amalan saya, katalah esok nak kayuh malam ni baru letak chain lube bergantung pada ramalan cuaca. Ataupun pagi2 tu baru letak. Kalau letak awal chain lube ni, masalahnya habuk dan kotoran melekat pada rantai dan ada chain lube khas untuk cuaca tertentu. Kalau all weather lube boleh letak 1 hari awal. Terima kasih 😉👌🏼👍🏼

  • @rosmanalimaran3343
    @rosmanalimaran3343 Před 20 dny

    Mcm mana nak buka lampu helmet tuk ganti batri

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 20 dny

      Helmet yang Thousand tu? Lampu tu memang ada magnet dan boleh tanggal. Boleh charge ke elektrik lampu tu.

  • @RazCast90
    @RazCast90 Před 2 lety

    Abus Gamechanger tu beli dari mana ? Beli dri bikeinn atau dri local seller mne yg lebih murah agak2 nye ?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Sebenarnya kawan saya bagi hadiah. Dia tak suka pakai sebab panas. Tuan boleh beli di Shopee atau kedai, harga tak jauh beza rasanya. 😉👍🏼

  • @shidahashimhashim2074

    boleh segest tak brand harga mampu milik

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před rokem

      Boleh pertimbangkan helmet dari Korea seperti CRNK dan HJC, harga patut. Terima kasih

  • @faiznordin3529
    @faiznordin3529 Před 2 lety

    Assalamu alaikum abg,sy pun mcm berminat utk beli drpd bikeinn.delivery mudah je ke?xde sebarang masalah?biasa berapa lama masa delivery?terima kasih..

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Walaikumsalam sejak 3 tahun dulu saya dah beli dari Bikeinn. Alhamdulilah takde masalah dan mereka professional. Delivery akan dinyatakan masa checkout. 👌🏼👍🏼

  • @RahmatAbdulManap
    @RahmatAbdulManap Před 2 lety

    Macamana saya nak dapatkan helmet jenis aero macam tt tu?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Ada jual... terutamanya di luar negara boleh beli online. Cuba cari di bikeinn.com

  • @CTCK-ey4nn
    @CTCK-ey4nn Před 2 lety

    Salam sejahtera tuan. Saya beginner dlm berbasikal & peminat channel tuan. Saya tengah mencari helmet yg ori & dlm bajet saya. Setelah membuat online searching, saya jumpai jenama ni, CRNK dari Korea. Helmet ni agak ringan jika dibandingkan dgn jenama lain yg sama harga. Adakah ia selamat dipakai & berbaloi? Model yg saya pilih ialah Veloce & tengah buat pilihan antara ia dgn Giro Isode, yg mana lebih baik? Terima kasih tuan.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Salam sejahtera... Terima kasih atas soalan yg menarik ini. Ada 2 faktor penting dalam pemilihan helmet selain style atau gaya, iaitu KESELAMATAN dan KESELESAAN. Untuk keselamatan, Giro lebih terkenal sebagai pengeluar helmet bermutu tinggi dan Giro Isode mempunyai versi MIPS teknologi keselamatan terkini. Walau bagaimanapun Giro Isode adalah lebih berat dan kurang ventilasi maka ianya tidak SELESA. Kelebihan CRNK Veloce pula adalah KESELESAAN, ia mempunyai lebih banyak lubang dan ventilasi yang baik dan antara teknologinya 23% sahaja bahagian dalam helmet menyentuh kepala, ini memberikan keselesaan seolah-olah anda tidak memakai helmet dan ianya lebih ringan. Dari segi keselamatan CRNK ini walaupun tidak dinyatakan teknologi MIPS tapi bahagian belakang helmet lebih menutup untuk keselamatan di bahagian belakang kepala seperti helmet MTB. Ini juga satu kelebihan dari segi keselamatan. Maka bagi saya CRNK sekiranya original adalah pilihan yang lebih baik berbanding GIRO Isode. Terima kasih sekali lagi 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

    • @CTCK-ey4nn
      @CTCK-ey4nn Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE Terima kasih tuan atas nasihat tuan yg cukup detail & bermanfaat ni, terbaik! You're my no. 1 sifu👍👍👍

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      @@CTCK-ey4nn Alhamdulilah semoga success selalu 👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼👍🏼

  • @Rdlavender
    @Rdlavender Před 2 lety

    Bagaimana nak tahu original dan fake helmet. Yang jual di shopee tu ori ke

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Selalunya kalau harga murah sangat tu mungkin fake. Kena beli dari Authorised Seller 👌🏼👍🏼

  • @cloudviper1794
    @cloudviper1794 Před 2 lety +1

    Ada apa2 suggestion utk helmet original yg rm500 below?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +4

      Boleh cari dalam Shopee Shop Cyclelogy Bangsar, helmet jenama Bell dan Giro boleh dapat, cuba survey link ni shopee.com.my/cyclelogybangsar?smtt=0.0.9

    • @kerdak
      @kerdak Před 2 lety +1

      for 500 perhaps ye could recce the PMT or MET range..

    • @Mamzieblues
      @Mamzieblues Před 2 lety +1

      PMT K15 with mips..baru kluar pasaran... Masih harga mampu milik....

  • @acapkhai2392
    @acapkhai2392 Před 2 lety

    Bang sye nak tnye😅kalau basikal mtb boleh ke sarung rest handle bar sebab kat malaysia sye tk pernh tngok lgi walaupun dalam youtube😂teringin nak pasang

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      Pendapat saya macam tak kena. MTB ni terkenal untuk kemahiran (Skills) jadi menggangu rest handlebar tu. Rest handlebar ni idea dari TT bike untuk aero dan kelajuan. Kalau RB lebih sesuai. 😉👍🏼

    • @acapkhai2392
      @acapkhai2392 Před 2 lety

      Ooooo begitu,patutla tkde orang srung kt mtb,btw terima kasih respon

  • @mohdnajmi5898
    @mohdnajmi5898 Před 2 lety

    Bang Nan. Nak tanya. Helmet POC tu bang Nan pakai size apa ye? Thanks

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Size M. 😉👌🏼

    • @mohdnajmi5898
      @mohdnajmi5898 Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE baik bang Nan thanks!

    • @telem0th
      @telem0th Před 2 lety

      Kena ukur kepala dlm cm baru decide, salah beli online menyesal😅. Poc ada utk kepala yg wide asia jg.

  • @johannharith2595
    @johannharith2595 Před 2 lety

    Salam, nak tanya, soalan ni bkn pasal helmet 🙏😅 tp psl bike comp. Mana okay Magene 420 atau Bryton 320 utk beginner ?

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety +1

      Apa2 bike computer yg boleh ukur speed, elevation, heart rate dan cadence adalah bagus. Tapi antara 2 jenama ni, Bryton adalah lebih popular.

    • @johannharith2595
      @johannharith2595 Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE okay baik tuan, sbb beza harga tu jauh jgk dkt 400 jgk.

    • @SEMBANGBASIKALISFREE
      @SEMBANGBASIKALISFREE  Před 2 lety

      @@johannharith2595 oh tapi Bryton pun ada model yg murah macam Bryton Rider 15 Neo dalam RM300.

    • @johannharith2595
      @johannharith2595 Před 2 lety

      @@SEMBANGBASIKALISFREE okay2 baik tuan 👍🙏

  • @ruddy4168
    @ruddy4168 Před 2 lety

    Belilah yg original..

  • @Whoami12000
    @Whoami12000 Před 2 lety

    Please jagan la beli barang palsu

  • @blackball86
    @blackball86 Před 2 lety

    N M
    I A
    C N
    E T
    A
    P