Kursus Umrah 2019 | Ketibaan Kota Suci Mekah - Ustaz Huzairi Umrah

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 24. 03. 2019
  • #ustazhuzairiumrah
    Kursus Umrah Bersiri Minggu Ke Lima Tahun 2019 Bab Ketibaan Di Kota Suci Mekah.
    Venue - Masjid Jamek Al Ariffin Permatang Nibong Seberang Perai Tengah Pulau Pinang
    Date - 24 Mac 2019 / 17 Rejab 1440
    NOTA RINGKAS PERJALANAN MENGERJAKAN IBADAH UMRAH
    *Tidak dibenarkan menjual atau membuat salinan tanpa izin pemilik risalah ini, jujurlah pada diri sendiri, ALLAH melihat apa yang kita lakukan.
    KETIBAAN DI KOTA SUCI MAKKAH
    Sebaik sahaja Jemaah tiba di HOTEL penginapan, pastikan semua barangan Jemaah telah diambil dan diturunkan. Jemaah diminta berkumpul dan mendengar arahan dari pihak Petugas untuk proses urusan masuk ke biik hotel. Kerjasama dari semua Jemaah amat-amat dihargai. Perlu diingatkan, Jemaah sedang berada di dalam Ihram Umrah. Jadi banyakkan bersabar dan bertalbiah.
    Setelah semua urusan bilik selesai, Jemaah akan diberi masa untuk berehat seketika, dan selepas itu Jemaah akan di pimpin oleh MUTAWIF untuk rnengerjakan UMRAH.
    Oleh itu sebelum Jemaah ke Masjidil Haram, pastikan perkara-perkara seperti berikut :-
    1. MEMASTIKAN BADAN BERSIH DAN SUCI
    2. PAKAIAN IHRAM DAN BEG YANG DIGALAS BERSIH DAN SUCI.
    3. MENGAMBIL WUDUK DENGAN SEMPURNA.
    4. MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA BAGI JEMAAH LELAKI DAN WANITA.
    5. MEMASTIKAN TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG DILARANG SFMASA DALAM IHRAM.
    6. MEMAKAI TAG / TANDA PENGENALAN DIRI SERTA BAWA KAD HOTEL.
    7. MEMBAWA SEDIKIT WANG TUNAI.
    8. PASTIKAN KUNCI / KAD BILIK HOTEL DAN TINGGALKAN KUNCI DI KAUNTER HOTEL.
    9. BERJALAN SECARA BERKUMPULAN / BERJEMAAH KE MASJIDIL HARAM SAMBIL BERTALBIAH.
    10. MEMBAWA UNCANG / BEG KASUT UNTUK MENGISI KASUT DAN SIMPAN DI RAK YANG DISEDIAKAN.
    11. MEMBAWA BUKU DOA JIKA PFRLU.
    12. BAWA UBAT-UBATAN JIKA PERLU.
    CATATAN :-
    Bagi Jemaah wanita yang uzur (HAID) wajib juga berniat di MIQAT pada permulaannya, tidak boleh mengikut Jemaah yang lain masuk ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf / Saie dan bergunting / bercukur.
    Bagi Jemaah yang menghadapi masalah kesihatan untuk melaksanakan TAWAF / SAIE secara bersendirian , tidak perlu tergesa-gesa untuk melaksanakannya. Melainkan setelah mendapat rehat yang cukup dan dibantu oleh ahli keluarga sendiri atau mengupah orang lain menolak kerusi roda.
    Jemaah yang uzur tidak boleh mengupah orang lain untuk melaksanakan TAWAF / SAlE untuk dirinya sendiri, melainkan Jemaah itu mengupah orang lain untuk melaksanakannya dengan Jemaah disorong. (KENA UPAH ORANG LAIN UNTUK TOLAK KERUSI RODA)
    BAGIJEMAAH YANG ADA MASALAH KESIHATAN, SILA BAWA BERSAMA UBAT JIKA PERLU.

Komentáře • 22