Mahal Total Kos Charging Balik Terengganu ! đŸ”„

SdĂ­let
VloĆŸit
  • čas pƙidĂĄn 19. 11. 2022
  • Tesla | Fast Charging | Gentari | ChargEV
    Malaysia sudah mula pesat membangunkan infrastruktur pengecasan di laluan yang penting dan ramai bertanya berapa kos untuk mengecas sebuah kereta elektrik dalam perjalanan jarak jauh. Tengok Video Penuh
    Beli Accesories Kereta di Shopee
    Dashcam 70Mai A500s - shope.ee/99qlCSQUUK
    Pump Tayar Portable - shope.ee/4phm2cvM3O
    Social Media:
    Twitter: / fazlihalimmedia
    Insta: / fazlishahhalim
    Psn ID: fazlishahhalim
    Snapchat: fazlishahhalim
  • Věda a technologie

Komentáƙe • 856

  • @carlosnest
    @carlosnest Pƙed rokem +192

    Wang itu masalah kecil, masa yang dibuang untuk menunggu charging itu masalah besar. Betapa kaya pun, wang tu memang tak boleh beli balik masa yang dibuang! Hahahaaa

    • @saufichewan
      @saufichewan Pƙed rokem +38

      Tepat sekali. Sekali caj, kalau dah tinggal 10-20%, nak penuh ke 80%, kurang kurang 15-20 minit.
      Di Malaysia ni, charger banyak yang 22kWh, 50kWh, 60kWh memang sejam lebih la tunggu.

    • @mohdfulzimuzi4467
      @mohdfulzimuzi4467 Pƙed rokem +5

      @@saufichewan dekat situ la Dorang nk buat duit..

    • @teslaUSliveX
      @teslaUSliveX Pƙed rokem +7

      Sbb tu masa itu emas...kerana ia sgt2 berharga dr wang...

    • @aimankowalewicz4815
      @aimankowalewicz4815 Pƙed rokem +2

      Akan ada fast charger utk kereta ev 😊

    • @minma02262
      @minma02262 Pƙed rokem +1

      Why not both. Lol

  • @khairulannuarahamid3623
    @khairulannuarahamid3623 Pƙed rokem +92

    Xberbaloi.
    - Harga kereta mahal.
    - Nk charge mahal.
    - Longer time to recharge
    - end up spending more on food while waiting.

    • @akashicrecords369
      @akashicrecords369 Pƙed rokem +4

      betul2...setuju..charge tunggu lama la...bazir masa😂😂kena tunggu 10-20 tahun baru jadi kebiasaan kot...

    • @oreorebus
      @oreorebus Pƙed rokem +7

      memang mostly tesla user kt malaysia ni org kaya, bukannya rakyat marhaen yg biasa2 lol bagi dorg duit isn’t a problem

    • @adiescover38
      @adiescover38 Pƙed rokem +13

      untuk orang takde duit memang rasa tak berbaloi haha , tapi pada yang ada duit ianya tkde masalah . jadi sila sedar diri 😂😂 jangan tanya la dia sedekah ke tidak. of course la diorng tahu bende tu, dia hanya nak share pengalaman

    • @khairulannuarahamid3623
      @khairulannuarahamid3623 Pƙed rokem +2

      @@oreorebus mcm hp. Bila new technology Mmg mahal. Lama2 hopefully bila mature, maybe harga murah sikit. Mcm Byd dh nmpk harga murah sikit.

    • @kombaplay91
      @kombaplay91 Pƙed rokem +5

      Betul. Agak mahal. Dan masa terbuang mcm tu je. Aku selalu balik terengganu dari johor duit minyak rm70 je. Ni nak g saja da rm2++ đŸ€ŁđŸ€Ł belum kira balik lagi agak mahal jugak laa. Masa perjalanan pun 4Jam je. Sampai rumah minyak 2-3 bar.

  • @emranemran9850
    @emranemran9850 Pƙed rokem +96

    Buat masa ini kereta EV utk orang yg duit tidak menjadi isu. Seronok tengok ramai orang kita yg dah mampu. T.kasih kerana berkongsi pengalaman.

    • @zzmmz3789
      @zzmmz3789 Pƙed rokem +11

      EV tu utk negara yang barat. Sebab minyal diorang mahal. Tapi maintenance EV mahal

    • @saufichewan
      @saufichewan Pƙed rokem +1

      @@zzmmz3789 mahal macam mana tu maintainance EV?

    • @zzmmz3789
      @zzmmz3789 Pƙed rokem +7

      @@saufichewan bateri EV Tesla tu mahal nak tukar. Kalau nak cakap parts kereta mmg kena pakai ori la. Mana ada parts OEM utk Tesla kalau pikir logic la. Kereta ford kat sini pun kena pakai parts ori. Jadi parts ori ni mahal. Bateri Tesla tu mmg mahal. Bukan boleh beli kat bengkel kereta biasa.

    • @zzmmz3789
      @zzmmz3789 Pƙed rokem +8

      @@saufichewan kereta mini EV mungkin lebih murah sebab mmg boleh cas di rumah. Tapi tak sesuai jalan jauh la. Jepun dan china byk beralih ke kereta mini EV. Harga pun jauh lebih murah dari Tesla. Tapi kat Malaysia ni petrol masih murah. Jadi tak berapa cerdik la kita ikut trend depa yang ada sebabnye. Thailand yg minyak mahal pun tak pakai EV. Singapore logik la nak pakai. Negara kecik

    • @fatimahkamelia1393
      @fatimahkamelia1393 Pƙed rokem +2

      @@zzmmz3789 you x perlu tukar lahh batteri tu. Phone you ade tukar battery ke?

  • @emyrahman6038
    @emyrahman6038 Pƙed rokem +268

    kalau kira congak2 balik kos charging,dan masa nak menunggu,jauh lagi jimat pakai petrol 😂
    kena ingat,orang yang duit tak seberapa ni,mungkin banyak masa.manakala orang yg duit banyak berkepuk belum tentu bnyak msa đŸ˜đŸ€­

    • @aufpathor112
      @aufpathor112 Pƙed rokem +13

      Tak juga. Kereta mahal enjin besar, minyak pun 97

    • @Nvernrmal
      @Nvernrmal Pƙed rokem +6

      Tapi ev boleh potong nissan gtr standardđŸ€Ł mahal lagi gtr rsanya nak daily

    • @akmalslash
      @akmalslash Pƙed rokem +27

      kelebihan ev ni ialah kos maintenance..xperlu tukar minyak hitam bagai..tp mahal juga tu kos charging tu huhu

    • @aufpathor112
      @aufpathor112 Pƙed rokem +16

      @@akmalslash tak mahal untuk orang yang memang sebelum ni pakai kereta mahal mahal. Harga kereta pun 400k baiii

    • @mohamadaswad5537
      @mohamadaswad5537 Pƙed rokem +15

      @@aufpathor112 kereta mahal enjin besar pakai ron95 pun tak ada masalah. Jadi kereta besar enjin besar kl-ganu ron95 isi bawah rm250 pergi balik tak habis.

  • @buyutbusuk
    @buyutbusuk Pƙed rokem +11

    Thanks bro Fazli yang cerita full story pasal situasi ev untuk long distance journey. So masing-masing ada point of view. So, jaga adab kita semua guys dalam berkomen. Tq juga pada bro Fazli atas content yang sangat bermanfaat. Keep a good work bro.

  • @choojolvin1073
    @choojolvin1073 Pƙed rokem +8

    Thank you so much for the review brother! 👍👍 Will love more reviews on EVs your personal opinions on it, subscribed and keep you the good work! Love from KL!

  • @ciklululu
    @ciklululu Pƙed rokem +2

    Nampaknya family pakai alza je la. Ada anak kecil jenuh duk saja tggu charging

  • @manya1369
    @manya1369 Pƙed rokem +9

    Terbaik sebb mmg membantu sgt pelancong dri luar yg pakai EV untuk dtg ke negeri terengganu yg sedang membangun.

    • @NrAzlan
      @NrAzlan Pƙed rokem

      HarapÂČ pelancong tak ada masalah dengan halÂČ mengecas EV meraka, Kang dapat bad experience pulak.đŸ€­

  • @hn_my9361
    @hn_my9361 Pƙed rokem +8

    aku sifatkan org2 yg pakai EV ni seorang yg penyabar 😆

  • @Nazim_Aiman
    @Nazim_Aiman Pƙed rokem +11

    HarapÂČ kerajaan Terengganu dapat kembangkan stesen ev di seluruh Terengganu Supaya dapat kembangkan penggunaan kerata ev di terengganu dan supaya penggunaÂČ ev di pantai barat tidak perlu risau untuk mencari charging station untuk datang ke Terengganu

  • @izat24
    @izat24 Pƙed rokem +1

    Masa byk trbuang pakai kete ev ni.. Dr 3jam prjalanan jd 5,6jam prjlnan..belom kira beratur tnggu turn lg..banding kete pakai petrol, masa x smpai 5min utk tuang myk..

  • @R34nismooo
    @R34nismooo Pƙed rokem +1

    Besor dere pas bos😂

  • @faracechannel3020
    @faracechannel3020 Pƙed rokem +1

    lain kali bawak power bank fazli masuk kereta .. 😂

  • @rexyian3432
    @rexyian3432 Pƙed rokem +4

    116 ringgit utk 50% cas total 550km+... Toyota vios aku 60 ringgit je da 500km.. boleh save 66 ringgit dengan masa 1 jam kot.. tp ikut suka hati ko la nk guna apa.. bukan hal aku 😁😁👏

  • @TheDidiButter
    @TheDidiButter Pƙed rokem +5

    Pakai EV ni nampak macam advance, tp in term of lifestyle and practicality, berpatah balik ke zaman semasa guna steam engine dulu. Kena berhenti sana sini utk angkut air sbb steam dah habis.

  • @farisnazmi4300
    @farisnazmi4300 Pƙed rokem +59

    harga charge tu tidak la mahal untuk orang yang guna kereta RM400k, namum masa perjalanan + masa mengecas agak lama.. masa sangat penting

    • @FazliHalim
      @FazliHalim  Pƙed rokem +11

      Jgn tgk sebagai pengguna kereta RM400k. Tgk sbgai pengguna kereta elektrik atau bateri kapasiti yg korg nak

    • @donidaniello21
      @donidaniello21 Pƙed rokem +10

      Betul bro.. xberbaloi gila sekali charge berjam tunggu. Kalau range kl-pen ok la kot xde membazir masa sangat

    • @mohammadamir4486
      @mohammadamir4486 Pƙed rokem +5

      ape yg berjam menunggu kalau pakai fast charging

    • @zzmmz3789
      @zzmmz3789 Pƙed rokem +3

      @@mohammadamir4486 mana ada fast charging. Pi tgk negara barat. Mmg lambat dia charge. Lagi jauh nak pergi lagi lama charge. Sampai satu malam charge. Bateri EV nak tukar pun bapak mahal.

    • @mohammadamir4486
      @mohammadamir4486 Pƙed rokem +1

      @@zzmmz3789 haha adela supercharger dia panggil 30min dh penuh, lama skitla drpd isi minyak tp berbaloi

  • @ammarharith5512
    @ammarharith5512 Pƙed rokem +17

    In my humble opinion, EVs are still in its nascent stage, in Malaysia.
    Keberadaan charger (or lack thereof) di Malaysia sangat perlu ditambahbaik. Supercharger pun tiada. Kereta itu sendiri mahal, kos pengecasan mahal, serta masa yg diluangkan juga amat signifikan. (1 jam 3 minit, itupun daripada 36%, berjanggut bhai)
    Untuk marhaen seperti aku, nak miliki benda berteknologi ini, get/own it for what it can offer for today, not because the promises of the future. Mungkin dalam 10 tahun lagi kot?
    #LongLiveICE

    • @flixs6956
      @flixs6956 Pƙed rokem +2

      Negara barat pn dh start nmpk mslh kete ev. Dr segi nk cas tu nmpk sgt dh. Isi minyak yg 10minit pn nk kena beratur. Klau ev ni nmpknya lg parah la. Kt negara barat kete ev susah/tkleh start klau cuaca terlalu sejuk mcm musim salji sbb ion battery kurg aktif. Kt sni plak cuaca panas. Musuh utama baterry & motor adalah suhu yg tinggi. Dr segi penjimatan tu rsanya tk la kt sni sbb petrol lg murah dr negara barat. Nk overhaul kete pn dh pening. Inikan pulak bateri besar gedabak ni. Npe diaorg tk adaptasikan teknologi formula 1? Tahap efisen yg tinggi untuk sistem ice.

  • @laksmana7
    @laksmana7 Pƙed rokem +1

    aku cas kt hospital ja byq rm4 hg duduk la smpai kmlm pun rm4 tmpat gleneagle hospital parking smua da charging point.byk bmw n merc dok g cas sana rm116 cm tu aku da jimat rm112

  • @hilarylee6270
    @hilarylee6270 Pƙed rokem +62

    ingat plan nak pergi healing ..
    1.tapi kalau dah fikir pasal battery percentage...
    2.tunggu battery siap berjam..
    3.duit charge battery lagy...
    4.esok plak fikir kat mana nak charge...
    kesimpulanya .bukan healing lagi dah tapi lagi stress..

    • @hmznteach
      @hmznteach Pƙed rokem +4

      bgi aq kreta cas ni sesuai utuk second car ja..bukan bwak jauh2 sngt..klo smpai negeri jiran ok lh kut sbb patar balik ke rumah bru cas..contohnya dri slangor ke melaka mcam tu ok lah ulang alik memang tak risau psal cas2 ni

    • @faizdrdeen
      @faizdrdeen Pƙed rokem +2

      @@hmznteach Betul, EV hanya utk daily car.. Pergi kerja/beli barang harian/melancong dalam negeri shj, baru tak stress..

    • @highiq145
      @highiq145 Pƙed rokem

      untuk short distance je. kalau long distance, memang stress.

    • @zzmmz3789
      @zzmmz3789 Pƙed rokem

      Orang USA pun complaint. Kereta mahal. Charging lama. Bateri nak tukar pun mahal giler.

  • @takumi612ud
    @takumi612ud Pƙed rokem +39

    ..why it s so expensive I thought it is supposed to be cheaper than Petrol.. that suck.. the pricing for electrical car is significantly more expensive than the petrol car with better interior. The only advantageous is the power only..

    • @Bangkit1987
      @Bangkit1987 Pƙed rokem +3

      some companies will take huge advantage over this..
      basically, this kind of car is practically for urban areas.. fully charged at home, get to work.. return from work, recharge..

    • @khairulnizam8961
      @khairulnizam8961 Pƙed rokem +7

      Yang biasa kita dengar ev ni lagi murah dari petrol, biasanya dkat luar negaraÂČ western sana, sebab harga minyak mereka sangat mahal diorang takde subsidi untuk minyak dari kerajaan. Sebab tu dekat malaysia nampak mahal sebab kita banding dengan petrol yng harga nya antara yng termurah di dunia

    • @kecikmiao3930
      @kecikmiao3930 Pƙed rokem +2

      @@Bangkit1987 even that.... the initial cost of the cheapest EV is still the price of a full spec altis
      even if there is a cheaper version, but cant go long distance, basically u need another car.. and that is another problem all together.. lol

    • @lone_wolf_XIII
      @lone_wolf_XIII Pƙed rokem +3

      It's expensive because the price is based on time not the amount of energy

  • @zurizam6606
    @zurizam6606 Pƙed rokem +1

    mcm mana hg buat video ye masa dalam keta dengan mcm2 angle pdahal hg sorang ja..bijak la hg fazli

  • @redzabahrefi1273
    @redzabahrefi1273 Pƙed rokem +5

    Business baru TNB la kalau buat charging station. Untung byk la dia. Rate boleh lebih rendah. Boleh upgrade speed charging. Autopay and etc. silap2 dia letak solar je kat bumbung station tu buat solar half-grid system utk EV charger tp org kena bayar. And dengarnya akan ada kereta ev yg akan guna wireless charging jugak. Mcm smartphone. Hahaha

  • @airulnizam9
    @airulnizam9 Pƙed rokem +3

    Best info camni..
    Mmg sagt terbaek bangat, santai dan sgt berinformasi.
    Kalau 5 Bintang saya bagi 6 bintang
    Tapi rasanya masih tak relevan lagi nak pakai sbb mahal bebeno chargingnya..
    Lagi satu takda peace of mind sbb charging station masih tak banyak..

  • @Faan-iv3li
    @Faan-iv3li Pƙed rokem +45

    Terima kasih pada bro fazli sbb share pengalaman dan cost utk charge kereta ev.
    Pasal cost mahal ke tak mahal terpulang kepada owner, bila harga kereta tesla range 400k-500k sepatutnya kos tu x menjadi masalah, sama la dengan owner yang beli kereta bmw 5 series / mercedes e-class... Harga pun lebih kurang sama so minyak 97 mahal pun x jadi masalah.
    Kita yang kurang berkemampuan ni toksah nak banding2 atau kecam. Cukup lah sekadar menambah ilmu pengetahuan dan usaha supaya dimurahkan rezeki seperti diorg.
    Tq

  • @umangplastik9288
    @umangplastik9288 Pƙed rokem +5

    Kena guna technology tukar battery yg deplete dgn baru yg dh siap charged penuh, tukar terus jalan.
    Harga kereta dan bateri perlu subsidi utk rendahkan harga supaya ramai blh pki.
    Naikkan duti kereta fosil atau kenakan cukai karbon.
    Jgn kecam projek2 rare earth Lynas etc sbb bahan tu blh guna utk buat bateri kereta. Klu banyak kt sini blh la murah sikit.

    • @lookup90
      @lookup90 Pƙed 3 měsĂ­ci

      yang ni logik spatutnya, and sistem ni brand motor EV dari china ada buat, dh masuk pasaran malaysia pun. Smpai dekt tmpat station minyak, just swap je dgn batteri yang disediakan di situ, so tak prlu tgu lama. Cuma buat masa ni bnda ni blum meluas lagi. cuma trfkir, kalau kereta EV mcm mana nak guna sistem swap batteri, brapa byk pulak station kena sediakan batteri swap.

  • @zulkhairiaris437
    @zulkhairiaris437 Pƙed rokem +2

    bateri hp nak habis pun stress.. ni kan pulak bateri kereta..ghisau haha

  • @OroChiMarah
    @OroChiMarah Pƙed rokem +1

    keeeta ev masih xreleven kt mlysia ni..eloknya mana yg ada duit lebih boleh la beli ev utk kereta kedua hanya skdr jln2 dkt town n utk berlagak..kereta utama or jln jauh cri je kete murah2 mcm axia..

  • @opnwatta4775
    @opnwatta4775 Pƙed rokem +4

    EV car ni sebenarnya sgt sgt practical untuk jln dekat2 radius 40km ... kn ada spare ice punya kereta untuk long distance, lainla kalau kaya sgt, rumah ada amik pakej tesla super charger yg dgn solar roof panel tuh

  • @poyot879
    @poyot879 Pƙed rokem +3

    walaupun pakai petrol 2 primitif tp palai minyak xperlu tnggu lama mcm nk cas kete tesla 2 😂
    lg 1 smakin tnggi rintanga smakin cpt betri 2 habis , pada masa akn dtg letrik akn btmbh mahal sbb adenye ev ni,

  • @mohdhasmaviismail6417
    @mohdhasmaviismail6417 Pƙed rokem +5

    Logiknya...Contoh:
    Skg ni nisbah EV 1:1000 petrol car. Sebab Tu bateri Mahal, cas Mahal, kereta pun Mahal. Akan datang bila nisbah 500:500..kat situ baru Kita nampak...dah sampai masa berpindah ke EV....bila...??..maybe 10-15tahun lagi...Tu pun kalau Kita ni panjang umur. Masa Tu minyak Akan berkurang Dan jadi Mahal .alternative...ialah battery Dan solar.

  • @mustafaidrus3951
    @mustafaidrus3951 Pƙed rokem +4

    Info sangat2 berguna tu Fazli.
    Rasanya lebih baik guna petrol..itu belum maintenance bateri lagi..mahu lebih 100k bila tukar bateri

  • @mohdkhir76
    @mohdkhir76 Pƙed rokem +7

    Thanks for the sharing bro. Mmg minat sgt dgn EV. Skrg pakai PHEV. Cuma masih tak nampak kelestarian penggunaan EV di Malaysia selagi kerajaan tak beri subsidi. sy masih advocate penggunaan fossil fuel .

  • @AP-ew6pf
    @AP-ew6pf Pƙed rokem +1

    syabas tuan jadi perintis utk EV. kita rakyat biasa ni mampu tgk je, tggu dalam masa 10 - 20 tahun lagi kita join eh đŸ€Ł

  • @wanatiey8797
    @wanatiey8797 Pƙed rokem +3

    Buang masa kena tunggu sejam setengah nak isi 45% jeđŸ˜­đŸ˜‚đŸ€Ł

  • @mhfizbhr
    @mhfizbhr Pƙed rokem +1

    Apa aq perasan, knp cas kt kl lebih mhl. Kt kl (50%+ - 100%) = rm116, kt gambang (30%+ - 100%) = rm116. Pdhl cas per minit kt stesen gambang lebih mhl.

  • @ahmadfaisolfaridil6702
    @ahmadfaisolfaridil6702 Pƙed rokem +1

    Yang konvoi moto ramai2 to.
    Macam geng kita ja
    Ceqah bercahaya 😂😂👍💚

  • @abdulraub8640
    @abdulraub8640 Pƙed rokem

    Dah tahu cara pelupusan bateri kereta nanti.lps lima tahun,berlambak pencemaran kimia bateri

  • @shahrizalmasli4464
    @shahrizalmasli4464 Pƙed rokem +27

    Setakat ini, EV masih lagi belum praktikal untuk perjalanan jauh. Perlukan masa tambahan sebanyak 2jam lebih untuk cas dan kos tenaga dalam rm240 untuk 450km perjalanan.

    • @buyutbusuk
      @buyutbusuk Pƙed rokem +1

      Benar.. rm0.50/km..masa dan risiko. Kalau prt charging tak boleh access, siap beratur, naya....

    • @shahnizar89
      @shahnizar89 Pƙed rokem +2

      ada EV yg boleh pegi jauh..mercedes eqs 450+ .. range 780km.. caj kat rumah 100% pastu boleh balik kg tanpa singgah charging station..

    • @saufichewan
      @saufichewan Pƙed rokem +2

      @@shahnizar89 kalau factory claim jauh tu, memang tak boleh sampai nye. Kalau laju, 50% dari tu pun tak sampai. Kalau drive hiway biasa, 70% dari range tu boleh pakai. Kalau dalam bandar, mungkin lebih lagi.
      Charging plug biasa di rumah, 3.7kWh, sebenarnya dalam 2kWh je. Kalau bateri 100kWh, berapa jam tu nak penuh? Tak kira faktor voltage pada State of Charge tertentu lagi

    • @shahnizar89
      @shahnizar89 Pƙed rokem +3

      @@saufichewan mmg la xkan sampai ikut range.. tapi kalau dia leh pegi 50% pun dah 350++ km.. 350km++ utk single charge.. mmg okay sgt2 dah.. dan dah dibuktikan pun dalam video kt youtube... satu lagi nak charge kat rumah kalau tarik wayar dr DB untuk rumah single phase boleh pegi 7.4kw/h.. utk rumah 3 phase boleh pegi 22kw/h.. dah ade dah pakar terangkan bab2 charge ev kat rumah ni..ade dlm youtube..

    • @saufichewan
      @saufichewan Pƙed rokem

      @@shahnizar89 350km tu kalau official claim 700km. Tesla model 3 claimed baru 600km kalau LR. Tu tak tahu ikut WLTP ke EPA ke.
      350km tu bawak betul betul ikut speed limit 110kmh
      Pengalaman dengan Y, kalau laju, 140-180kmh, dapat 200-280km je.

  • @azamshahidanshop9711
    @azamshahidanshop9711 Pƙed rokem +4

    Berminat pula pas tengok kemenarikan Tesla ni. Check price di Google, RM300k ke RM500k. Charge sejam lebih, harga recharge dlm RM100 lebih. Terus lupakan impian cita2 nak mencuba memiliki. Stay on course nak R35 je lah

    • @saufichewan
      @saufichewan Pƙed rokem +1

      Setakat ni, caj tengah jalan, untuk top up sampai rumah, tak sampai RM40 pun. RM2.20/minit. Boleh jalan 75km. Dan ada reserve 10-15%.
      Harga, tak ada la sampai RM500k. Model 3 Performance, baru RM380k dapat. Second, RM300k dapat.
      Dari segi maintenance, Model 3 Performance, jauh murah dari R35. R35, model awal awal, gearbox selalu rosak. Tak ada repair, tukar terus gearbox.
      Model 3 Performance, boleh pecut 0-100kmh 3.3s.
      Ada kata boleh 3.1s.
      Top speed kalah la dengan R35, tapi tak teruk sangat, 260kmh.
      Dan pecutan dia, linear.
      Satu yang confirm kalah teruk dengan R35: range.

  • @oneashralph4076
    @oneashralph4076 Pƙed rokem +3

    Harga charge boleh bawak bincang lagi tapi nak menunggu charging time tu ambe xleh.not my virtue la nak tunggu total dekat 2 jam & rasa nervous tengok battery percentage kalu perjalanan jauh terutama charging stations kurang kena planning betul-betul nak berjalan

  • @Milocat
    @Milocat Pƙed rokem +3

    Kalau ada kereta elektrik murah dan berkualiti teringin juga guna bawak jln jalan.

  • @danieladam2231
    @danieladam2231 Pƙed rokem +1

    Wow Mahal...tu Kita 50 percen dah...Tak berbaloi

  • @huaweitabt5391
    @huaweitabt5391 Pƙed rokem +1

    terbaik review kereta... ilmu yg bermanfaat.. teruskn berkontent bro

  • @mohamadshah4514
    @mohamadshah4514 Pƙed rokem +6

    Nk btul2 long range EV car, harga pmulaan dah atas rm7++k ke atas mgikut brand.
    Kbanyakan p'dapat, ev car dlm malaysia hanya sesuai dlm bandar atau jarak yg sedikit jauh.
    Tunggu ada stesen tukar battery mcm kat China baru sesuai malaysia nk guna pakai ev car, masa nk tukar battery pon xlama dlm 15minit saja.

    • @zaryl2k
      @zaryl2k Pƙed rokem

      tunggu nissan Ariya SUV EV masuk malaysia. max range ~600km. sesuai utk long range interstate driving.

  • @cycloneromeo4430
    @cycloneromeo4430 Pƙed rokem +1

    Kita yg marhaen masa bnyk digunakan utk kejar mcmÂČ..tesla ni org dh solid kewangan je yg pakai..bisnes running je..so boleh hbskan masa relaxÂČ je tggu kete cas berejam..

  • @asifyusoff5377
    @asifyusoff5377 Pƙed rokem +12

    Terima kasih Fazli atas review kereta EV. Sgt bermanfaat. Buat masa skarang ni, teknologi fast charging utk kereta elektrik masih lg xcukup pantas. Mujur xramai kereta EV lg, kalau x, mau tunggu berjam2 semata2 nk charging je...

    • @zeroiman
      @zeroiman Pƙed rokem

      Kat Malaysia je, teknologi fast charging xde lagi. Singapore, America, HongKong, semua dah ade, Malaysia je kuno lagi. Beza mat, kat sama, dorang charge 15 minit je, kat sini boleh cecah satu jam. Mmg betul kebelakamg teknologi kt Malaysia ni. Syedih

    • @ammarharith5512
      @ammarharith5512 Pƙed rokem

      @@zeroiman EV masih niche, belum jadi mainstream lagi. Masalah pengecasan itu dah satu hal, harga kereta itu sendiri dah mahal. Kena fikir benda itu.

  • @babyLD
    @babyLD Pƙed rokem +1

    Cukuplah stress dengan battery HP je huhuhu

  • @ZamriARahman
    @ZamriARahman Pƙed rokem +5

    Berdasarkan pengalaman abg, caj dari 30% ke 80% berapa minit bang? Bila stesen caj DC banyak nanti, caj sebegini paling praktikal utk elak buang masa "trickle charge phase".

  • @esamPio
    @esamPio Pƙed rokem +1

    kalau nk jimat bawak power bank byk2 😂😂😂

  • @kay_rule9441
    @kay_rule9441 Pƙed rokem +3

    ✘ tenang jiwa pakai keta mcm ni.

    • @duanhusain7801
      @duanhusain7801 Pƙed rokem

      Asyik terpikir nak caj kat mana, sempat ke sampaiđŸ€”

    • @kay_rule9441
      @kay_rule9441 Pƙed rokem

      @@duanhusain7801 hahah tu la. Mgkn lg 10 tahun okay la kot

  • @minma02262
    @minma02262 Pƙed rokem +11

    Thank you for the review, a lot of good information. Gas is still king and much much cheaper (and fast).

  • @xtmrio9081
    @xtmrio9081 Pƙed rokem +2

    Powerlah... Tapi banyak pembaziran disitu, maybe lagi 2-3 tahun ada improvement. So ramai2 lah pakai kereta ni. 😁

    • @ammarharith5512
      @ammarharith5512 Pƙed rokem

      You mean, bila harga kereta EV dah berpatutan? Sebab kalau harga meraban, EV akan kekal menjadi niche.

  • @vladimirputin1079
    @vladimirputin1079 Pƙed rokem +55

    TNB patut ada charging station sendiri berdasarkan harga tariff TNB, sebab bila privatise, cost charging akan meningkat.

    • @flyinghigh2000
      @flyinghigh2000 Pƙed rokem +2

      Tarif kediaman ada subsidi. Bila tambah kos infra mmg akan mahal. Selagi minyak ada subsidi dan tiada oil tax mcm kat luar negara kos kereta elektrik mmg susah nak balik modal utk setiap keadaan.

    • @iwan5a
      @iwan5a Pƙed rokem

      Dah ada dahh.

    • @nurnazihah8515
      @nurnazihah8515 Pƙed rokem +3

      tnb tgh kerjasama dgn gamuda land untuk usahakan station bernama "Electron"

    • @flixs6956
      @flixs6956 Pƙed rokem

      Bila demand tenaga elektrik dh tinggi nnti kos elektrik pn naik.

  • @rasidialias1517
    @rasidialias1517 Pƙed rokem

    mahal juga kos charge ev ni ye...cm lg mahal dri petrol...

  • @kodokhitam6750
    @kodokhitam6750 Pƙed rokem +7

    Teknologi EV belum sampai lagi untuk golongan petengahan kebawah sebab harga kete mahal, charging station limited, cas charging yg mahal (lain kalo cas kat rumah) kos alat ganti.. (bateri ada hayat), nak tunggu cas lama lagi...
    Even kalo aku ada duit EV masih bukan pilihan.. Aku akan beli kete petrol lagi mahal.. Kete moden ni pun dah fuel efficient.. Maybe 5 - 10 tahun lagi ok kot baru teknologi EV akan evolved dan semua orang boleh beli. 😆.. Tapi terbaik la konten at least dapat ilmu pasal TESLA..

  • @rukiroka1827
    @rukiroka1827 Pƙed rokem +4

    Tech ni masih baru dan bukan utk the masses lagi. Sebab tu kos dan masa menunggu hanya boleh di consider kalau nk guna ev car buat masa ni. Tunggu la Perodua ka apa yg buat ev yg mampu milik. bila sampai time tu, maybe cas utk lain2 nya makin murah dh.

  • @ratatajk7187
    @ratatajk7187 Pƙed rokem +1

    Pemilik kereta elektrik atau apa2 yg guna bateri dan motor elektrik akan mula ada masalah selepas tahun pertama. Masa tu akan mula fikir lebih baik guna kereta ICE

  • @bolladeen
    @bolladeen Pƙed rokem +3

    Penyelesaian utk masa caj bateri; beli generator sebiji letak dlm kereta. Boleh caj sambil bergerak..atau tampal body penuh dgn solar panel...hehhehe.
    Banyak perkara yg tak diberitahu sepenuhnya ttg EV. Di US byk EV yg tersadai setelah eksiden, kerana hanya pengeluar yg boleh repair EV dan kosnya mungkin bersamaan dgn harga sebiji kereta baru.
    Secara praktikal, EV tak mungkin ganti majoriti kereta petrol atas sebab kapasity grid elektrik buat masa ni tak mampu tanggung jika pemilik2 caj kereta dlm masa yg sama; spt balik kerja.
    Cuba selidik purata jangka hayat EV di US...mungkin tak selama kereta petrol.

    • @Netviewer376
      @Netviewer376 Pƙed rokem

      Drpd beli generator baik beli engine terus modified letak dlm tesla tu 😂😂😂 nk lg mudah., beli sebiji proton saga baru.. settled your wasted time waiting full charge 😅😅

  • @redwolf92
    @redwolf92 Pƙed rokem +6

    aku nampak kat sini ramai yang tak nak sentuh pasal bateri EV tu sendiri.
    Tesla punya bateri tu lebih kurang macam bateri Samsung Galaxy saja, tunggu masa nak kaput.
    Kemusnahan alam sekitar semata2 nak lombong raw material untuk sejibik bateri saja dah lebih dari setong petrol - toksah nak sembang eko friendly la.
    'Tauke petrol monopoli harga sebab takmau hilang profit' - no, ni statement bangang. kita cakap bab praktikaliti. hangpa ingat letrik yang dok guna caj bateri enjin Tamiya hangpa tu mai dari mana? fossil fuel jugak mostly. daripada duk pusing sana sini menjadikan cost dia lebih kurang sama saja, baik guna method konvensional iaitu petrol saja.
    after sale EV (Tesla) saja pon dah nightmare. kita tanak sembang EV milik bangsa kayangan - it is what it is. kita nak tengok sustainability EV regardless brands kat M'sia itu sendiri, termasuk practicality dan of course economics and envi-friendly (that's the whole selling point of EV itself).
    jujur aku cakap, EV at this current point of time a big NO tak kira hang dok negara mana.
    eko friendly? pegi mampos.
    jimat petrol dan duit? sembang lubang jamban.
    tunggu finalized version of EV - sekarang ni EV macam time first basikal dicipta, brek takdak tayar depan besaq dari tayar belakang. tapayah nak ikut FOMO sangat.
    and ofkos, ada duit beli, takdak duit beli guna loan AEON.

  • @songohanbinsongoku8555
    @songohanbinsongoku8555 Pƙed rokem

    sshnyaa pakai keta ni.. Nk tnggu utk charge pun dh dkt sejam atau lebih đŸ€Ł pastu, nk cr kemudahan charge tu lg.. klu xjumpa, ada x pelan kontigensi yg bole guna pakai mcm pakai petrol plak ke?

  • @encikteegutmen3970
    @encikteegutmen3970 Pƙed rokem +1

    Secara peribadi bg aku kos utk charge cukup mahal belum smpi kpg dh 2x charge kos dh Rm200++,mungkin sbb aku xbanyak duit mcm org lain, masa menunggu pun main peranan penting & bg aku bnyk buang masa.. Aku guna Gen2 jee Rm50 boleh jalan 320km kalau maintain 90-100kmj...laaagi jimat...

  • @Ahtiu
    @Ahtiu Pƙed rokem +1

    wow nice fazli

  • @shafiqabdullah7616
    @shafiqabdullah7616 Pƙed rokem +1

    teknologi masih belum matang.. atleast kalo nnt dh boleh charge 10 minit full.. baru la boleh ganti 90% fuel car

  • @waizcanabes
    @waizcanabes Pƙed rokem +1

    keta EV ni yg aku dgr kalau accident trbakar xde cara effective utk padamkan api dengan selamat. just tngu api habis baru abg bomba boleh buat kerja

  • @krill5328
    @krill5328 Pƙed rokem +3

    Aku jenis malas nak stop.. Nak charge. Byk kali. So aku prefer dgn kenderaan yg aku pakai.. Sekali isi diesel euro 5 b7 dari bhp full tank lebih kurang 150..dah dapat 800km...

  • @hensiembuoy9607
    @hensiembuoy9607 Pƙed rokem +3

    Lepas ni cerita pasal maint,top speed handling kereta ev pulak bang fazli

  • @beras639
    @beras639 Pƙed rokem +1

    Seorang Jutawan pernah letupkan kereta ini yang kononnya canggih đŸ€Ł

  • @hotkickin363
    @hotkickin363 Pƙed rokem

    jd mahal sbb caj by minutes.. ptut kne cas by watt.. sbb klu tgh cas, tmpt tu x fully power, rugi la user ... cas lama, tp x naik mne pn percentage

  • @faizsalleh4998
    @faizsalleh4998 Pƙed rokem

    Tak kisah pon pakai kete bateri ke pakai kete petrol pasal sume terletak pada poket masing2

  • @reeysz608
    @reeysz608 Pƙed rokem +5

    Fazli halim my idol đŸ„ș

  • @kelatrendang8697
    @kelatrendang8697 Pƙed rokem

    Pakai enjin hibrid lebih jimat. Kerajaan Imposed carbon tax. In turn boleh beri subsidi charged bateri kereta.

  • @ikhwanmangsor
    @ikhwanmangsor Pƙed rokem +4

    IMHO, next 5 years maybe dah ok sikit dari segi car pricing and charging fees. not so pocket friendly at the moment.

  • @MHY397
    @MHY397 Pƙed rokem +2

    fazli. nak tanya. apa yg kau buat dalam kereta bila long drive macam dalam video ni? dengar podcast or layan any spotify playlist?

  • @lazdfadammahom7488
    @lazdfadammahom7488 Pƙed rokem

    charging station macam tak praktikal ,waiting time lama.Kalau masa akan datang,battery swap lebih bagus.

    • @ratatajk7187
      @ratatajk7187 Pƙed rokem

      Bateri swap tu sapa nk tanggung kos bateri? Contoh awak ada bateri Kong, tiba-tiba awak pergi swap bateri baru. Dan semestinya pemilik tempat swap bateri kena sentiasa pastikan bateri yg ready utk swap tiada satu pun yg Kong. Jadi siapa nak tanggung kos ni?

    • @lazdfadammahom7488
      @lazdfadammahom7488 Pƙed rokem

      @@ratatajk7187 bro,pegi tengok company NIO battery swap.Konsep dia semudah macam tong gas kat umah kita.Byr capacity gas shj.Battery pack kereta kena universal lah,sama utk tiap design kereta

  • @ramdhanwardhian3347
    @ramdhanwardhian3347 Pƙed rokem

    Nampak fazli tak pakai rim cover. Tak silap mengganggu aero kereta.

  • @makcikkiahtv9064
    @makcikkiahtv9064 Pƙed rokem +2

    Thanks Fazli dedahkan kelemahan ev. Mak cik dah cancelled loan dgn AEON Credit. Tak jadi ambil Tesla. Mak cik nak ambil Honda Wave.

  • @jaiboy21gunz81
    @jaiboy21gunz81 Pƙed rokem +1

    Sabah tak boleh nak ada Kereta Tesla ni tibaÂČ terbang ke Bulan nanti

  • @amirulkarim1486
    @amirulkarim1486 Pƙed rokem

    Rim tayar abg mmg Gemparkz la! Cantik giler!❀

  • @rahimzainal8619
    @rahimzainal8619 Pƙed rokem

    Mesti jantung dup dap mana la charge ni naye woi kalau abis tengah2 jalan yg sunyi

  • @mazz1506
    @mazz1506 Pƙed rokem +1

    Bos,deme memang kemah keming👍👍

  • @pahatpahat9566
    @pahatpahat9566 Pƙed rokem +1

    Good introduction to the new owners of EVS!

  • @fafnor
    @fafnor Pƙed rokem +1

    Kalau bawa cermat skit, mungkin boleh save lebih banyak bateri. Ada juga yg review berbeza baki bateri kalau bawa 90km/j dgn 110km/j.
    Jadi kalau save dekat situ, save juga la nak kena charge kan. Lagipun ni kes charge sampai 100% ambil masa yg lama tu kos lebih tinggi. Kalau x charge sampai penuh, boleh jimat masa dan RM jgk tu.
    Mungkin next trip admin boleh cuba cara pemanduan yg lebih menjimatkan bateri, tapi xda la terlalu perlahan kan. Masih normal la org kata

  • @RayMak
    @RayMak Pƙed rokem

    Kena charge agak lama

  • @mohdmustaqim4117
    @mohdmustaqim4117 Pƙed rokem +2

    Lebih jimat pakai hybrid lagi lah..full tank dr usj ke kuala terengganu 450km. Se tengah tank je petrol..full tank honda jazz baru rm82 40L.

  • @LifeLikeFikrieE
    @LifeLikeFikrieE Pƙed rokem +2

    Rasanya belum praktikal lagi untuk semua pakai ev, katakan tgh emergency nk ke hospital,tapi kereta ada 20% bateri, nk menunggu cas tu agak lama

  • @adriannathaniel4015
    @adriannathaniel4015 Pƙed rokem +1

    Do you pre condition your battery before charging since you don't use or can't use Tesla on board navigation.

  • @AffyNoX
    @AffyNoX Pƙed rokem +1

    Kerajaan perlu regulate harga per kw
 untuk mengalakkan pengunaan kereta letrik. Tetapi satu deal breaker bagi saya ia lah harga replacement bateri
 bayangkan 2nd hand value kereta letrik nanti macam mana bila orang tahu harga replacement bateri.

    • @zzmmz3789
      @zzmmz3789 Pƙed rokem

      Tulah diorang ni tak pikir. Bateri kereta EV ni mahal nauu. Orang2 USA pun komplen. Majoriti diorang pun dah nampak kelemahan EV ni

  • @budakae1116
    @budakae1116 Pƙed rokem +1

    Mantap...
    Mungkin ada beza tak bang....
    Mugkin content lepas ni...
    Drive waktu siang....dengan malam...mn tahu kot2 ada beza heheehe....

  • @shahrulizhan6189
    @shahrulizhan6189 Pƙed rokem

    Abg balik terengganu ke pergi thailand ? Saya ambik masa pergi terenggnu dlam 5 jam paling lambat

  • @mghafaasmoin5261
    @mghafaasmoin5261 Pƙed rokem +1

    Inn syaa Allah TNB dlm usaha menyediakn setiap RNR serta murah..Wallahu A'lam

    • @ratatajk7187
      @ratatajk7187 Pƙed rokem

      Bil elektrik domestik pun x murah2... Asyik naik je... Awak ingat akan jadi murah ke? Diorang ni meniaga. Hahaha

  • @ajixslayergaming5359
    @ajixslayergaming5359 Pƙed rokem +1

    Terbaikkkkk laaa bossss 👍👍👍👍👍👍

  • @arili86
    @arili86 Pƙed rokem +1

    Gmbr ats tu guna drone ke

  • @muhdfaizzuddinidris3141
    @muhdfaizzuddinidris3141 Pƙed rokem +1

    Nk tahu lh juga kereta tesla bila lebuhraya jem mcm mn? Dia charge mcm hibrid ke? Ye lh klau kereta ni bawa time perayaan okay ke? Dengan traffic jem smpai brjam2

  • @aeryysa1672
    @aeryysa1672 Pƙed rokem +1

    Semoga selamat pulang dan selamat kembali bang

  • @sparkjr4164
    @sparkjr4164 Pƙed rokem +1

    Buat masa sekarang hanya orang yang berkempuan saja guna kereta EV ni.. berkemungkinan 10 atau 15 Tahun lagi barulah orang yang biasa boleh gunakan nya.. kita hanya mampu melihat dan menilai kebaikan dan keburukan kereta Ev buat masa Sekarang. TQ Keran memberi input yang berguna kepada semua.

  • @amirpiya1408
    @amirpiya1408 Pƙed rokem

    org tranung kite rupanya.. slmt maju jaya geng...

  • @rifaieahmad6958
    @rifaieahmad6958 Pƙed rokem +1

    Buat masa ni pakai NGV je, pergi balik kl dari taiping rm50 utk 2.0 cc :). Kalau dulu pakai kereta 1.3cc sekali isi penuh rm12 boleh la pi 220km :)

  • @quietdraft
    @quietdraft Pƙed rokem +2

    efficient charge sampai 80% je, klu nak charge 100% buat overnight charge kat rumah sendiri je

  • @hazrulsafargo2384
    @hazrulsafargo2384 Pƙed rokem

    xminat la nk kena charger smpai 1jam..isi myk 5 mnt pnuh dh ..baik pakai hybrid car..

  • @aedanaki4248
    @aedanaki4248 Pƙed rokem +7

    Great content! Thanks for sharing. It seems driving an EV for long distance travel in an oil producing nation like Malaysia is still not viable. Safety is another issue where you might get robbed while waiting for your vehicle to be fully charged for long duration at 4x higher the charging price compared to charging at own residence.đŸ‘ŒđŸŒđŸ‘đŸŒ