Soutul Amal - Anugerah Ramadhan [انوݢره رمضان] (Official Music Video)

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 27. 08. 2024
  • Bismillah
    Anugerah Ramadhan ialah satu karya yang berinspirasikan "Risalah Ramadhan karangan Imam Badiuzzaman Said Nursi serta menyelitkan tafsiran surah al-Qadr serta maksud Hadis Rasulullah SAW tentang puasa yang hakiki
    Manakala melodi Anugerah Ramadhan adalah terinspirasi daripada karya kami yang berjudul "Barisan Hadapan".
    #AnugerahRamadhan Membawa mesej bahawa Ramadhan merupakan satu bulan indah yang dipenuhi nur, rahmat, nikmat, dan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada kita Umat Islam dan kepada Dunia. Bahkan Ramadhan juga hadir bersama kurniaan dan anugerah-anugerahnya yang tersendiri seperti:
    Doa, Zikir, 'Ubudiyyah (Pengabdian) dan Ibadah.
    Rububiyyah dan ketaatan.
    Sabar, Redha dan Syukur.
    Kesatuan Ummah, Mahabbah (kasih-sayang), Ukhuwwah (Persaudaraan), Kekeluargaan dan Prihatin Kemanusiaan.
    Keikhlasan dan Tazkiyyatun Nafsi (Penyucian Jiwa) menuju Ketaqwaan.
    Anugerah Ramadhan menegaskan bahawa Ramadhan adalah Bulan Al-Quran.
    Dan pastinya Anugerah terhebat di dalam Ramadhan ialah Lailatul Qadar yang nilainya melebihi seribu bulan..
    Alangkah beruntungnya mereka yang menghidupkan Ramadhan dan keimanan dan pengharapan yang bersungguh-sungguh kepada Allah. Semoga kita dapat menghayati, menikmati dan menghidupkan Ramadhan kali ini sebaik-baiknya kerana tiada kepastian bahawa kita akan menemui kembali Ramadhan yang akan datang.
    Ayuh bermuhasabah!
    Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan Terbaik kita semua!
    Amin...
    انوݢره رمضان
    رمضان كيني تيبا لاݢي
    ممباوا رحمة نور الهي
    رمضان نعمة دان انوݢره
    ايستيميوا تندا كاسيه الله
    رمضان بولن سوچي اينده
    ڤداڽ عبادة دان أخوة
    ڤداڽ سوبور ڤڠعبدين
    ڤداڽ جلس قدرة توهن
    برسحور برلاڤر دهاݢ
    مڠكڠ نفسو يڠ مراج
    سوچي لاهير باطين
    برسيه دوسا نودا
    منوجو شكور جوݢ تقوى
    رمضان منجولڠ القرءان
    رمضان سوبور كأخلاصن
    رمضان لمبڠ ڤپاتوان
    رمضان بكل ڤرجالنن
    انوݢره ليلة القدر
    سجهترا سهيڠݢ فجر
    بهݢيا همبا يڠ صبر
    مرا۶يه نعمة يڠ دݢنجر
    برسحور برلاڤر دهاݢ
    مڠكڠ نفسو يڠ مراج
    سوچيكن هاتي يڠ برنودا
    منجولڠ فرمان جوݢ سبدا
    رمضان ڤستي كن برلالو
    رمضان ڤستي كن كمبالي
    نامون كيت يڠ بلوم تنتو
    ماسيهكه ڽاوا كن برباقي؟
    ANUGERAH RAMADHAN
    Intro: Doa
    Ya Allah!
    Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun!
    Engkau sangat sukakan keampunan...
    Maka ampunilah kami...
    Ya Allah!
    Sesungguhnya kami cintakan Ramadhan
    Maka, kurniakanlah Ramadhan berikutnya kepada kami...
    Wahai Yang Maha Pengasih!
    Verse 1:
    Ramadhan kini tiba lagi
    Membawa Rahmat Nur Ilahi
    Ramadhan nikmat dan anugerah
    Istimewa tanda kasih Allah
    Chorus 1:
    Ramadhan bulan suci indah
    Padanya ibadah dan ukhuwwah
    Padanya subur pengabdian
    Padanya jelas Qudrat Tuhan
    Verse 2:
    Bersahur berlapar dahaga
    Mengekang nafsu yang meraja
    Suci lahir batin
    Bersih dosa noda
    Menuju syukur juga taqwa
    Chorus 2:
    Ramadhan menjulang Al-Quran
    Ramadhan subur keikhlasan
    Ramadhan lambang penyatuan
    Ramadhan bekal perjalanan
    Chorus 3:
    Anugerah Lailatul Qadar
    Sejahtera sehingga fajar
    Bahagia hamba yang sabar
    Meraih nikmat yang diganjar
    Chorus 4:
    Bersahur berlapar dahaga
    Mengekang nafsu yang meraja
    Sucikan hati yang bernoda
    Menjulang firman juga sabda
    Chorus 5:
    Ramadhan pasti kan berlalu
    Ramadhan pasti kan kembali
    Namun kita yang belum tentu
    Masihkah nyawa kan berbaki?
    Penutup: Doa
    Ya Allah!
    Terimalah Doa kami
    Puasa kami dan Solat kami!
    Ya Allah!
    Jadikanlah puasa kami, puasa yang sejati
    Jadikanlah solat kami, solat yang hakiki
    Dan sedarkanlah kami, daripada lena kelalaian...
    Ya Allah!
    Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun!
    Engkau sangat sukakan keampunan...
    Maka ampunilah kami...
    Wahai Yang Maha Mulia!
    Perkenankanlah...
    Wahai Pentadbir sekalian alam!
    Lirik : Firdaus Sahiddin, Megat MS, IM Fakhrul
    Lagu: Firdaus Sahiddin, Abu 'Affan, Abu 'Aasim
    Penerbit: Dr Megat Suhaimi Megat Idrus
    Susunan Musik: Alfa Booty Kesuma
    Vokal : Soutul Amal
    Bacaan Doa: Firdaus Sahiddin
    Susunan Vokal: Bard Muffin
    Studio: Badrul Hisham Studio
    Jururakam: Bard Muffins
    Mixing & Mastering: Rumie Booty Kesuma
    Penyunting Video: Mohd Najib Mohd Amin
    Semakan & Tulisan Jawi: Ustaz Abdul 'Alim Zakaria
    Hakcipta: Soutul Amal Records 2020
    #RamadhanTerbaik #AllahSayangKita
    Pautan Audio: backl.ink/1424...
    Penghargaan dan Terima kasih kepada para peminat dan sahabat Soutul Amal dan Soutul Amal FC yang sudi kongsikan video masing-masing untuk dikompilasikan di dalam Video Muzik Rasmi ini.
    Antaranya:
    Abang Bard Muffins & Syafiq Hit (Drum)
    Akhi Zainey Roslan
    Along Ramzul Ikbar dan anak-anak
    Cikgu Rostam Malek
    Boy Amal Yong Peng
    Kumpulan Energy: backl.ink/8071225
    Kumpulan Ashabul Kahfi: backl.ink/1303...
    Ustaz Saifullah dan anak
    Amirul Shafiq
    Ahli keluarga kami dan sahabat-sahabat lain..
    Jazakumullahu Khairan

Komentáře • 49

  • @SoutulAmalOfficial
    @SoutulAmalOfficial  Před 4 lety +30

    Alhamdulillah! Akhirnya dapat dilancarkan juga lagu bertemakan Ramadhan pertama kami. Semoga dapat memberi sedikit suntikan motivasi dan muhasabah kepada kita semua untuk menjadikan Ramadhan yang kita lalui saban tahun sebagi Ramadhan Terbaik kita semua. Amin.
    Terima kasih kepada anda yang menyebarkongsikan mesej dari karya ini di mana-mana jua. Jazakumullahu Khairal Jazaa'!
    Terimalah... Anugerah Ramadhan!

  • @MencariErtiKehidupan
    @MencariErtiKehidupan Před 5 měsíci +2

    rindu apabila melihat wajah arwah ustaz zainey. إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. semoga arwah jai tenang disana. aameen Ya Rabb.

  • @adie2694
    @adie2694 Před 4 lety +3

    Lagu² Shoutul Amal xpernah mngecewakan..😘😘

    • @SoutulAmalOfficial
      @SoutulAmalOfficial  Před 4 lety +1

      Alhamdulillah. InsyaAllah, selagi diizinkan Allah kami akan terus berkarya. Doakan kami

  • @mrdhyh567
    @mrdhyh567 Před 4 lety +3

    Allahu... Rindu nya Ramadhan pkp. Rasa baru ja..

  • @sham.allone
    @sham.allone Před 4 lety +3

    Tahniah Soutul Amal

  • @bakrihashim8542
    @bakrihashim8542 Před 2 lety +2

    Lagu padu, mesej terbaik... drummer layan .... terbaikkkkk Soutul Amal

  • @MurabbiSiber
    @MurabbiSiber Před 4 lety +4

    Terbaik

  • @utrujahnisa3169
    @utrujahnisa3169 Před 5 měsíci +2

    Penuh makna, sedap sangat❤

  • @nuradel4653
    @nuradel4653 Před 4 lety +7

    Masyallah...best...deep #BekalanAkhirat #MatiituPasti #SalamRamadhan💚

  • @arifazizan9585
    @arifazizan9585 Před 4 lety +10

    Lagu2 soutul amal mmg terbaik...❤

  • @fathullahmujahid4698
    @fathullahmujahid4698 Před 4 lety +4

    👍👍👍👍😍😍

  • @aminrezqy
    @aminrezqy Před 4 lety +10

    Alhamdulillah... terbaik... tempo barisan hadapan...

  • @mediasoutulamalrecords
    @mediasoutulamalrecords Před 4 lety +9

    Alhamdulillah terbaik

  • @Wan_Segamat
    @Wan_Segamat Před 3 lety +2

    Ooo rentak ni utk lagi ramadhan ye.. tp rentak ni lebih terkesan dgn lirik Barisan hadapan.

  • @husnahasnan3694
    @husnahasnan3694 Před 4 lety +2

    Saya suka 😭

  • @farahfaqihah4233
    @farahfaqihah4233 Před 4 lety +6

    Terbaik Soutul Amal 💓💓

  • @kdboy8707
    @kdboy8707 Před 2 lety +2

    Mantap lagu.. sdp ddgr..

  • @zackswano7573
    @zackswano7573 Před 4 lety +5

    👍👍👍💓

  • @khalilhjismail
    @khalilhjismail Před 4 lety +5

    Wah menarik lirik dalam tulisan jawi. 👍👍👍

  • @muhammadaedel6204
    @muhammadaedel6204 Před 4 lety +6

    Alhamdulillah.. Melodi yg Sgt Indah 😍😍...

  • @Black-qs3zj
    @Black-qs3zj Před 4 lety +5

    Anugrah Ramadhan dan Barisan Hadapan, kedua-duanya sama mantap!

  • @akfilm9763
    @akfilm9763 Před 4 lety +7

    Minat betul Soutul Amal ni 💕 .

  • @gatal00
    @gatal00 Před 4 lety +3

    Alhamdulillah..sedap sgt lagu ni..15 kali ulang stakat ni

    • @SoutulAmalOfficial
      @SoutulAmalOfficial  Před 4 lety +1

      Masya-Allah. Alhamdulillah. TErima kasih kerana terus mendengar berulang kali... semangat kami untuk terus berkarya..

  • @zaidanabduh8746
    @zaidanabduh8746 Před 4 lety +8

    Terbaik soutul amal 👍👍
    Best boleh dpt slalu pasang lagu ni lagi2 tgh bulan puasa ni 😄😄

  • @QamarulAqramin
    @QamarulAqramin Před 4 lety +3

    MasyaAllah tabarakallah. Tahniah Soutul Amal. 😍😍😍😍😍

    • @SoutulAmalOfficial
      @SoutulAmalOfficial  Před 4 lety

      Alhamdulillah. Terima kasih akhi... BEkalan semangat untuk kami..

  • @anamunazahra934
    @anamunazahra934 Před 4 lety +7

    Masya Allah terbaikk

  • @rostamalekmalek5037
    @rostamalekmalek5037 Před 4 lety +6

    Alhamdulillah, tengah tengok kali ketiga ni

    • @SoutulAmalOfficial
      @SoutulAmalOfficial  Před 4 lety

      TErima kasih banyak Cikgu! TErima kasih juga kerana kongsikan footage..

  • @asraflukmanulhakim1357
    @asraflukmanulhakim1357 Před 4 lety +6

    Allahu lirik sangat mendalam

  • @-cikedut26
    @-cikedut26 Před 4 lety +9

    Alhamdulillah best sngat dari segi rentak dan isi2 dalam lirik, menyentuh hati.Semoga amalan kita dibulan Ramadhan ini diterima olehNya..Amin🤲🏻

  • @ahmadhaninmohd8363
    @ahmadhaninmohd8363 Před 4 lety +5

    Alhamdulillah...mmg betul2 terbaik...penuh mesej.. sari kata dlm jawi juga turut menarik minat di mata ini..lps ni boleh pasang dan dgr selalu..mmg terbaik soutul amal 👍🏼👍🏼👍🏼

  • @MrSapela
    @MrSapela Před 4 lety +5

    Bapak sedapp

  • @sodiqin7892
    @sodiqin7892 Před 4 lety +4

    👍

  • @Amirsf99
    @Amirsf99 Před 4 lety +4

    💜💜

  • @Mujaa22
    @Mujaa22 Před 4 lety +6

    Terbaik 👍🏻

  • @uastube9447
    @uastube9447 Před 4 lety +6

    Terbaik SA
    MOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA

  • @fathiahmuzzamil
    @fathiahmuzzamil Před 4 lety +7

    Love it 😍

  • @ainnur7456
    @ainnur7456 Před 4 lety +4

    Alhamdulillah..👍👍❤

  • @khairulanwar1880
    @khairulanwar1880 Před 4 lety +4

    mantap soutul amal.
    sangat memberi inspirasi. semoga baki Ramadan yang ada ni, kita dapat beramal dengan lebih banyak dan berkualiti.
    semoga berakhirnya Ramadan nanti, kita tidak terus melupakan amalan-amalan harian yang dilakukan.

    • @SoutulAmalOfficial
      @SoutulAmalOfficial  Před 3 lety

      ALhamdulillah. TErima kasih. Moga Allah terima semua amalan kita.. Moga direzekikan lagi Ramadhan-Ramadhan seterusnya. Amin

  • @faizismail7807
    @faizismail7807 Před 4 lety +2

    Terbaik