SAJAK GURU OH GURU- USMAN AWANG, SELAMAT HARI GURU

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 8. 09. 2024
  • Selamat Hari Guru kepada semua guru. Terima kasih mendidik kami semua. Semoga kehidupanmu guru sentiasa dipermudahkan dan mendapat keberkatan. Terima Kasih Cikgu

Komentáře • 58

  • @qer9252
    @qer9252 Před měsícem

    ❤️

  • @AliceElise-wc4wb
    @AliceElise-wc4wb Před 3 měsíci +1

    Terima kasih cikgu

  • @nazatulshimmaathirahbintim9176
    @nazatulshimmaathirahbintim9176 Před 4 měsíci +6

    16 mei nanti saya kena baca doakan yee😊

  • @zatindroslan6191
    @zatindroslan6191 Před 2 lety +10

    TERIMA KASIH CIKGU LYANA. SELAMAT HARI GURU YG PERTAMA BUAT DIRIMU… SEMOGA TERUS BERSEMANGAT DAN DEDIKASI MENABUR BUDI DLM DUNIA PENDIDIKAN❤️🌹

    • @craaeden1706
      @craaeden1706 Před 2 lety +1

      Mantap suaranya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

    • @craaeden1706
      @craaeden1706 Před 2 lety

      Jhshsjhshshshshshsshshshdhdh

  • @nurfarhanadina-vj6ru
    @nurfarhanadina-vj6ru Před 3 měsíci +1

    Jalan jalan-jalan ke Melaka
    Jangan lupa menjadi murid terbaik
    Selamat hari guru semalaysia dan
    Happy teacher day semoga bahagia

  • @syameliyad
    @syameliyad Před 2 měsíci

    Esk saya kena baca ,sempena majlis perpisahan terima kasih cgg

  • @akmal611
    @akmal611 Před 2 lety +7

    Esok Saya kene baca sajak ni..doakn sayaa

  • @SazrulLoyo
    @SazrulLoyo Před 2 měsíci

    Sajak ini akan membuat saya ke peringkat negeri

  • @ralinemohd3758
    @ralinemohd3758 Před 5 měsíci +17

    Berburu ke padang datar,
    Dapat rusa belang kaki;
    Berguru kepalang ajar,
    Ibarat bunga kembang tak jadi.
    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    Pelita dan lampu segala
    Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
    Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
    Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakill seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.
    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulang ilmu
    Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
    Menjadi kenangan ke akhir hayat.

  • @izkandarpubg7669
    @izkandarpubg7669 Před 3 lety +6

    Sedih juga sajak ni cikgu

  • @CgRazziChannel
    @CgRazziChannel Před 2 lety +5

    Terbaik cikgu. sedap suara

  • @izkandarpubg7669
    @izkandarpubg7669 Před 3 lety +8

    Saya nak menangis dengar

  • @CikguLiza
    @CikguLiza Před 3 lety +4

    terbaik cikgu.. 👍

  • @TheJulyiea
    @TheJulyiea Před rokem +1

    Berkualiti sungguh. 😍

  • @haseefadzly
    @haseefadzly Před 3 měsíci +1

    Salam cikgu izinkan sy guna video cikgu ni sebagai montaj ye terima kasih cikgu

  • @drextor8993
    @drextor8993 Před rokem +2

    Cgu izinkan saya gunakan sajak ini untk montaj sempena hari guru

  • @norkhasimahbintiabdulghali6121

    Aslkm, boleh saya guna sedikit video ni utk didiktv untuk sesi pdpc saya

  • @user-mp7yv3zk4k
    @user-mp7yv3zk4k Před rokem +1

    Assalamualaikum cikgu sy nk guna sajak cikgu untuk lawan bole cikgu?

  • @aaish10
    @aaish10 Před 9 měsíci +1

    2:13

  • @buahtomato5219
    @buahtomato5219 Před 2 lety +2

    Salam.sy nk bckground music.bleh bg link x

  • @hamizahrazak9979
    @hamizahrazak9979 Před 2 lety +3

    Salam cg..blh sy tau di mne nk dapatkan background music ni?

    • @izzatulaqila4024
      @izzatulaqila4024 Před 2 lety +1

      CZcams, Embun (flute)

    • @nurlyanaezani
      @nurlyanaezani  Před 2 lety

      czcams.com/video/MEaspY-Sam8/video.html

    • @rahmanahmad9581
      @rahmanahmad9581 Před 2 lety +2

      tetiba hati ku jadi sebak.... teringat jasa guruku yg tak pernah mengenal lelah persis seperti kata penyajak Dr. Usman Awang..... aku masih ingat lagi bagaimana guru ku bertungkus lumus mengajar kami sehingga ada pada suatu hari tu.... ketika beliau turun dari kereta... ketika baru sahaja, kami menyambut seikat buku latihan, beliau tiba2 rebah pengsan. Menurut kata doktor, guru kami terlalu kuat bekerja...tapi jangan bimbang cikgu2 di luar sana... anak2 muridmu pasti ada yg tidak akan mengecewakan mu....bila keputusan peperiksaan diumumkan... buat pertama kali sekolah kami telah terpilih sebagai sekolah terbaik di daerah kami.... kini anak2 murid kamu sudah berjaya guruku di persada dunia..... mereka telah menjadi pemimpin2 yang berjasa kpd masyarakat.... terimakasih Cikgu, jasamu tetap kami ingat dan akan kami panjangkan haruman wanginya ke dalam generasi kami...

  • @ieraiman260
    @ieraiman260 Před 2 lety +3

    Cikgu nk lirik dia boleh?

    • @nurlyanaezani
      @nurlyanaezani  Před 2 lety +6

      Berburu ke padang datar
      Dapat rusa belang kaki
      Berguru kepala ajar
      Ibarat bunga kembang tak jadi

      Dialah pemberi paling setia
      Tiap akar ilmu miliknya
      Pelita dan lampu segala
      Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
      Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
      Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
      Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
      Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
      Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
      Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
      Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
      Jika hari ini seorang ulama yang mulia
      Jika hari ini seorang peguam menang bicara
      Jika hari ini seorang penulis terkemuka
      Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
      Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
      Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
      Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
      Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
      Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
      Dia adalah guru mewakili seribu buku;
      Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
      Semakin bererti tugasnya kepada negara.
      Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
      Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
      Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
      Menjadi kenangan ke akhir hayat.

  • @nurhanisahhashim5765
    @nurhanisahhashim5765 Před 2 lety +17

    Assalamualaikum, boleh tanya mana nak dapatkan background music sajak ni

  • @kyt3845
    @kyt3845 Před 9 měsíci +1

    0:10

  • @izkandarpubg7669
    @izkandarpubg7669 Před 3 lety +4

    Saya rindu cikgu

  • @shamazman191
    @shamazman191 Před 2 lety +2

    apa nama muizik ni cikgu

  • @izkandarpubg7669
    @izkandarpubg7669 Před 3 lety +4

    Cikgu ke baca

  • @AliceElise-wc4wb
    @AliceElise-wc4wb Před 3 měsíci

    चगथठणठलठयट😢