Ziarah Badar Part 2: Melawat Makam Syuhada dan Bukit Malaikat

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 30. 06. 2022
  • Tanggal 17 Ramadhan selalunya kita diingatkan dengan peristiwa Nuzul al-Quran. Namun sebenarnya terdapat satu lagi peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perang Badar.
    Perang Badar (Badar al-Kubra) berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah bersamaan dengan tarikh 13 Mac 624 Masihi di suatu kawasan yang bernama sumur Badar. Seramai 313 orang tentera Islam dari Madinah menyertai peperangan ini, termasuklah Rasulullah s.a.w sendiri sebagai Panglima perang. Sementara pihak musuh dari kalangan puak Musyrikin Quraisy Makkah turun menyertai peperangan dengan kekuatan seramai 1000 tentera termasuk 100 tentera berkuda dan 70 tentera menaiki unta.
    Dalam perang ini, pihak tentera Islam mencapai kemenangan besar. Pihak tentera Musyrikin Quraisy telah kehilangan nyawa sebanyak 70 orang, termasuklah ketua tenteranya sendiri iatu Abu Jahal (Umar bin Hisham), manakala 70 tentera lagi ditawan oleh tentera Islam. Pihak tentera Islam hanya gugur (syahid) seramai 14 orang sahaja.
    basrihusin.wordpress.com/2018...
    Masjid Areesh merupakan tapak di mana Rasulullah meminta pertolongan daripada Allah. Areesh bermaksud bayang pokok kurma. Kisah lebih details di link di bawah.
    www.islamiclandmarks.com/saud...
    Boleh juga rujuk kisah yang lebih details di sini.
    www.myislaam.com/history/fact...
    islamhashtag.com/when-i-stood...
    #battleofbadr #perangbadar

Komentáře • 7