Berbicara Tentang Cinta - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat rahimahullah
Vložit
- čas přidán 18. 11. 2011
- Berbicara Tentang Cinta...
Saya teringat sepotong hadith daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang yang mencintaiMu, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMu."
Hadith riwayat Tirmidzi : 3341
Terdapat dua tiga kesimpulan yang dapat kita ambil daripada hadith ini. Pertama, perasaan cinta itu sesuatu yang wujud. Kedua, cuma keutamaannya ialah ia perlu disuburkan ke arah mencintai Allah SWT. Ketiga, jika akan tumbuhlah perasaan cinta kepada seseorang, maka hendaklah orang yang dicintai itu seorang yang juga menyintai Allah. Keempat, orang itu pula biarlah seorang yang sayang kepada semua amalan yang dikasihi oleh Allah.
Lawan kepada cinta ialah kebencian. Secara kebalikan, jika dengan berkembangnya cinta atas diri seseorang itu, tiba-tiba perasaan cinta itu boleh membawa kepada kebencian terhadap Allah dan peraturan Allah SWT, maka cinta jenis ini tidak sihat. Ia boleh membawa kecelakaan.
Dengan muqaddimah ini, bererti saya kini sedang mensyukuri nikmat Allah SWT kerana buku yang agak ganjil ini telah berani membicarakan persoalan cinta yang digali terus daripada al-Quran. Ia telah cuba meletakkan persoalan cinta ke landasan. Saya perlu memuji usaha ini kerana kalau tidak dibawa ke tengah dan disembunyikan-sembunyikan maudhu' cinta itu pun, cinta sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan. Masalah akan timbul apabila cinta yang timbul tidak dipandu. Banyak buku-buku cinta mengambil cinta sebagai barang yang sudah siap dan 'sudah bersifat' dan bagaimana sifat itu dikembangkan dalam bentuk kisah secara cerpen, novel, sajak, pantun atau puisi. Ia tidak diambil daripada umbi tujuan kejadiannya.
Dari sudut inilah buku ini saya lihat sedikit lain daripada yang lain. Ia mengambil contoh terus daripada kisah cinta yang ditampilkan daripada al-Quran. Daripada kisah-kisah itu, ia meletakkan bagaimana kisah-kisahnya itu tidak pernah lari daripada persoalan perhambaan. Jauh daripada terbabas dan bertukar menjadi maksiat, kisah dan kupasan dalam buku ini akan memimpin orang-orang yang bercinta bahkan 'cinta itu sendiri' supaya kembali berperanan sebagai alat pengabdian.
Izinkan saya akhiri aluan ini dengan sepotong maksud firman Allah SWT mengenai cinta yang berbunyi :
Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Pada saya, buku ini adalah sebuah juadah. Nikmatilah bimbingannya secara perlahan-lahan. Wallahua'lam.
"Membangun Bersama Islam"
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar
Kota Bharu, Kelantan Dar al-Na'im
21 Ramadhan 1429
21 September 2008
Ayuhh umat islamku kita calonkan pemimpin negara yg mempunyai ilmu yg tinggi lg luas tetapi yg mana Akhirat ke atau yg Dunia shj...renung2kan lah
Wjh mu tok nek..serupo ayah ku..itulah rahmat allah..kuase..Allah
TGNA dalam kenangan ,..banyak ilmu yang sempat dicurahkan untuk aku amalkan...
Ya Allah, pertemukan daku dengan TGNA di padang mahsyar dan syurga, amin.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Jom Kita Selawat
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
rindu mengenangmu membawa ku kesini.. AL-FATIHAH.
Subhanallah
Allahhuakhbar
Alhamdulillah
MasyaAllah
Rindu tok guru Nik aziz.
Al.fatihah (dibaca)
CINTA TGNA CINTA SEJATI CINTA RABBUL IZZATI
sungguh, org yg bla kta tngok ni mengingatkan kta dgn Allah ni, waliyyulah..
love tok guru..rindu ceramah2 beliau..
งงงวสมมสวย
Al fatihah buat Tok guru
Saya rindu arwah tokguru...
Mudahmudahhan,tuwanguru,dapat,rahmatdannikmat,dari,allah,tuhanyangmahapehyayang,
rindu tok guru😢
Allah la nitik air mato dengar ceramoh TGNA
love u tok guru
Al Fatehah buat Tok Guru
huhu..terbaek TGNA..klau ade org pue tep0n tp cerita alah klaen sy ltak slaluh..haha.,stg betul TGNA kpd isteri dia..
Sy sentiasa merindui mu. Kehilangan mu amat d rasai. Aku akan ikut jejak langkah.
YaAllah.. YaTuhanku Tempat kn Tok Guru Nik Aziz.. golongan yg beriman...Aminn..
Aamiin
Aku akan ikut jejak langkah mu utk mencintai Allah & Rasulullah .
ameen
Alhamdulillah
Amin..paling penting ridha Allah dan hidayah dari nya.. Banyak sabar..
TGNA memang pandai berbicara ape sekali pun ungkapanya senang di fahami
ya Allah... rahmatilah tok guru nik aziz
Love
@@mohamadasri9089 .
8
Amin2
❤️
berdakwah kerna cinta😍, sungguh sopan lantunan ceramah tok guru nik Aziz,membuatkan hati cenderung pada pekara² untuk berbuat kebaikan😍❤️❤️❤️❤️ semoga Allah menerima amal soleh dan imannya Ammiin Ya Allah
Maaf Datuk aku di pukit api' selatan di kampung ini aku cium alkur aku bole liat di tanah ini patin banak orang yang lai duduk
👨👩👦🙏
Dai di biki Bali kampung
Kode oram miski malu
ALLAH ALLAH ALLAH
Betu semuna
Semoga Allah merahmati kami. Amin
🙏😭😭
Terima kasih♡♡♡♡♡♡♡perkongsian sangat bagus
akhir2 vdeo Tok Guru nmpok skit malu2 royak pasal surat cinta dia hehe
Terimakasih buat video ni
Comelnye tuan guru Nik Abdul Aziz Nik mat....
Dah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW hari ni? 🥰 Allahumma solli `ala muhammad wa`ala ali muhammad ❤️
Al Fatihah buat TGNA
Ma shaa Allah benar
🙏🙏🙏
Betu
Betul
Ade satu gak pernah aku gak sake dari pondok di kebon aku Siti uji Duni boleh suaranya apa aku bigug Taft itu di kebon
2016
mata masuk habuk...
Nampaknya jejak tgna tiada pengganti lagi setakat ni... Yg ada sekarang mulut puaka dan pentingkan kerjaya..
Map Pana kaki datu
Terima kasi datu Bali kampung
Map sama orang sini gak mu
Terima kasih aku tidu
Jangan cari keuntungan dari orang yg dah mati..!!??
I9
r
α ѕ ѕ α ℓ α м υ α ℓ α ι κ υ м ω я ω ϐ
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
α ℓ н α м ∂ υ ℓ ι ℓ ℓ α н נ z κ κ τ g 🤲