Bila Kilat sikit RCCB dah TRIP (Feedback Customer kata dah OK) | Pembumian / Earthing Bukan Punca

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 7. 09. 2024
  • Assalamualaikum. Untuk video kali ni aku kongsikan sedikit kes atau punca apabila berlakunya TRIP semasa Kilat walaupun dari jauh dah Trip. Jiran aku Cikgu Lan adalah antara pelanggan tetap aku dan sebagai CSI mmg suka kes-kes sebegini. :p.
    Alhamdulillah aku dapat feedback yang positif daripada Cikgu Lan mengatakan dah tidak trip walaupun ada kilat drp jauh..
    Jadi kesimpulan aku blh bgtau Earthing bukan dibawah 10 ohm bukanlah punca kenapa RCCB mudah trip apabila kilat sikit.
    Aku juga ada membuat beberapa research dan panduan daripada Standard UK, Manual daripada pengeluar RCCB seperti Schneider, Hager dan aku blh rumuskan untuk earthing bagi 100mA RCCB blh menggunakan formula 50V/100mA=500 Ohm. Ini bermakna nilai rintangan pembumian adalah pada kadar 500 ohm maksimum. Merujuk kepada Standard UK walaupun pengiraan Earthing ini maksimum pada 500 ohm adalah lebih baik mendapatkan nilai Earthing dibawah 200 ohm. Biasanya 2 batang Rod Copper nilai rintangan pembumian dah blh dapat dibawah 100 ohm.
    Walaubagaimanapun mengikut panduan ST yang terkini Earthing perlulah dibawah 10 ohm (Edisi 2016).
    Bagi aku secara peribadi pembumian 10 ohm ok tetapi jika dipasang dengan Surge Protection Devices (SPD) adalah lebih baik untuk perlindungan daripada KILAT jika kawasan rumah anda selalu berlakunya kilat.
    (Maaf ada muziknya terlalu kuat sbb digantikan oleh youtube atas isu copyright)

Komentáře • 51

  • @belitong
    @belitong Před 2 lety +4

    alhamdulillah tambah lg channel yg bagus utk electrical knowledge. cara troubleshooting yg mantap dibantu dgn peralatan yg sesuai 👍👍👍video pun ringkas dan padat tak meleret2.. terbaikk cikgu!!

  • @ir1613
    @ir1613 Před 9 měsíci +1

    Setuju. SPD sebenarnya utk protection nuisance tripping dlm DB disebabkan panahan kilat (indirect) di kawasan sekitar.

  • @mymal2002
    @mymal2002 Před 2 měsíci

    Socket tester tak boleh tripkan RCCB sebab RCCB tu kadar kepekaannya leakage nya 100mA (Actual 80mA), socket tester hanya mampu bagi leakage sehingga 30mA +- sahaja. Sebab tu, RCCB lampu dan kipas diasingkan dengan RCCB socket. Lampu & kipas masuk ke RCCB 100mA, manakala socket pula masuk ke RCCB 30mA. Seperti saranan ST.

    • @mymal2002
      @mymal2002 Před 2 měsíci +2

      Kenapa pulak RCD tester tak trip sebelum troubleshoot walaupun dah buat Ramp test?. Ada dua sebab yang saya boleh bagi. Pertama: Earthing resistance terlalu tinggi (106 Ohm). Kedua: Ada kebocoran pada Neutral dan Earth (Seperti dalam troubleshooting). Waktu kita buat RCD test, alat pengujian akan divertkan sedikit current dari Neutral ke Earth. Disebabkan ada kebocoran antara Neutral dan Earth dan juga Rintangan pada Earthing system terlalu tinggi, current yang divertkan oleh alat pengujian masuk balik ke dalam neutral (Arus akan memilih laluan yang kurang rintangan.) Jadi, RCD dekat DB tidak dapat mengesan ketidak seimbangan antara arus antara cable Live dan Neutral. Sebab itu Ramp test sebelum troubleshoot jadi OL (Over Limit). Kenapa selepas troubleshooting dan betulkan kebocoran antara neutral dan Earth dekat lampu boleh tripkan RCD? Sebab tuan dah singkiran sebab Kedua tadi (Kebocoran Neutral dan Earth). Bila buat Ramp test, current yang divertkan ke Neutral akan pergi ke bumi walaupun Nilai rintangan bumi Tinggi (106 Ohm), sebab current yang divert tadi sudah tiada alternative lain selain pergi kebumi. RCD kat DB akan detect ketidakseimbangam arus antara cable Live dan Neutral, maka RCD pun boleh trip pada 80mA selepas troubleshoot.

    • @mymal2002
      @mymal2002 Před 2 měsíci +2

      Untuk masalah trip bila kilat dan tidak trip waktu normal sebelum troubleshoot dan baiki kebocoran neutral-earth kat lampu. Sebelum buat pembaikan, waktu normal, Clamp Leakage tester dah detect leakage berjumlah 60mA. Tapi RCCB tidak trip sebab RCCB perlukan leakage current sebanyak 80mA (Rujuk RCD tester). Waktu kilat, berlaku sedikit kenaikan pada voltan bekalan dari TNB (Kita panggil Transient Surge). Ingat balik rumus Ohms law, Arus = Voltan/Rintangan, bila voltan meningkat, arus juga akan meningkat. Bila berlaku kenaikan pada voltan bekalan (Transient Overvoltage Surge) waktu kilat, arus leakage juga akan meningkat melebihi kepekaan RCCB (80 mA) menyebabkan RCCB trip. Bila tuan dah baiki kebocoran tadi( Neutral fault), leakage waktu normal(2.4mA) dan waktu kilat juga berkurang dibawah kepekaan RCCB (80mA). Jadi RCCB tidak trip waktu kilat selepas kerja pembaikan.

  • @ZahranEngineering
    @ZahranEngineering Před rokem +1

    terima kasih atas perkongsian cikgu

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před rokem +1

      Sama sama tuan Zahran. Ambo pon follow kerja2 tuan jg.

    • @ZahranEngineering
      @ZahranEngineering Před rokem +1

      @@cikguheng9079 terima kasih cikgu.. di beri kesempatan nk blja elektronik dgn cikgu

    • @Robin-Shin
      @Robin-Shin Před rokem +1

      @@ZahranEngineering Harap bos Zahran buat satu video wak mudoh faham, lagumano benda gini blh jadi.. walau tanam rod bawah 10 ohm, still rccb mudah trip kalu kilat. Puncanya sbb ada wayar leakage, harap dpt buat video..

    • @ZahranEngineering
      @ZahranEngineering Před rokem +1

      @@Robin-Shin cikgu heng dh tunjuk tuan

  • @ahmadnumankamil2546
    @ahmadnumankamil2546 Před 2 lety +1

    Jelas encik 👍🏻

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety +1

      Tq. Sy demam kerja sorang xleh nk rekod sgt video. Ambil ckit utk share

    • @ahmadnumankamil2546
      @ahmadnumankamil2546 Před 2 lety

      @@cikguheng9079 takpo encik..pehe molek doh walaupun soro serok2 sikit hehe

  • @abgsai
    @abgsai Před 2 lety +1

    Kalau 3phase cmner nk clamp neutral dan live

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety +2

      semua skali RYBN atau blh juga clamp N dgn setiap phase cuma leakage tambahkan ketiga-tiga phase. 1 lg clamp terus kat kabel Earthing sebab smua leakage akan ke Bumi melalui Earthing Cable.

  • @harunhm9214
    @harunhm9214 Před 2 lety +1

    Utk test leakage,,,, single phase kena clamp LN ke? Bila masa nak clamp cable Earth?

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety

      blh juga clamp kt Earth sbb leakage smua akan ke kabel earth. tapi ada wireman yg sambung kabel earth melalui besi beam dan melalui rod jd leakage akan terbahagi...jadi utk lebih accurate clamp kt LN...

  • @razifbahari242
    @razifbahari242 Před měsícem

    cikgu Heng ada office ke ? kat mana ? ada kat area bangi ke

  • @princejupiter7775
    @princejupiter7775 Před 2 lety

    sama juga isu mcm ni , bila hujan kilat jauh selalu je trip , adakah sebab leakages atau bumi ?
    dah panggil org eletrik tp smua guna otak je test tk pakai alatan pun check leak ke bumi ke
    kilat nun jauh di sana dah trip , byk kali lak tu sehari , boleh share sikit cara nak tangani ?

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety

      utk kes mcmni bg sy ada prosedur nk kena check.
      1) rccb tu sendiri kena test
      2) leakage pon akan effect /kena check leakage ..utk leakage ni blh jd dari alatan elektrik, kabel dan short antara N dan E
      3) pembumian pon blh jd juga tp dlm kes sy ni earthing 100 ohm bukan punca
      apapun kena ada meter tester utk check benda kt atas tu.

    • @temp06j723-pmeighttq
      @temp06j723-pmeighttq Před 9 měsíci +1

      Nuisance tripping ini banyak puncanya, antaranya:
      1.RCD murahan (tidak immune kpd transient current daripada kabel supply tnb yg terdedah kpd kilat)
      2.Standing Leakage Current @ Earth Leakage Current yg sudah menghampiri Ambang/Threshold Tripping Current RCD
      3.Boleh berpunca daripada kegagalan Penebat kabel @ wayar yg terdedah kpd elemen luaran Cth kabel autogate, lampu pagar dll
      (arus² liar panahan kilat jauh yg wujud dlm tanah akan 'meresap' ke konduktor² samaada fasa, neutral atau PE dan masuk ke DB utk mengganggu RCD.)
      4.Telah wujud fault (leaking) antara Neutral ke Bumi dlm premis. Namun Rintangan Pembumian yg tinggi seperti beratus² @ beribu² Ohm pada tanah kering tidak mewujudkan Residual Current yg cukup besar utk trip RCD ketika tidak hujan. Tetapi ketika hujan, dan tanah basah, Rintangan Elektrod Pembumian menurun, Dan RCD trip gila².

  • @zaimi5240
    @zaimi5240 Před 2 lety +1

    Assalaamua'laikum. Nk tanya. Dah ada leakage, tapi kenapa bila diuji dengan rccb tester, tak trip? Rccb tester tu bertujuan membocorkan sehingga 200mA, betul ke?

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety

      Waalaikumsalam. Masa sy nk g buat test tu mmg itulah yg sy fikir akan berlaku sebab dah ada leakage current katakan dlm 30mA. Bila inject dengan rccb tester sepatutnya trip dlm 50mA tetapi sebaliknya berlaku. InsyaAllah ada student sy suh buat kajian pasal leakage ni utk projek diorg nk tgk apa respon rccb tester jika ada leakage, guna nilai earthing yg berlainan dan mskkan dlm report. Video InsyaAllah akan sy postkan untuk menjawab kpd soalan ni.

    • @zaimi5240
      @zaimi5240 Před 2 lety

      @@cikguheng9079 baik terima kasih. Boleh tahan harga leakage current tester, seribu lebih saya tengok kat lazada. Kalau setakat hobi tak berbaloi beli😅. Wireman ok lah

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety +1

      @@zaimi5240 Sy buat sebagai hobi je ni...:p. Video utk share dengan kawan2 yang wireman.

    • @zaimi5240
      @zaimi5240 Před 2 lety

      @@cikguheng9079 saya ada reply comment, masukkan link alat tester tu tapi comment tu tak "masuk". Ke sebab guna link lazada😁. Boleh ke nak pm messenger fb, nak tanya. Apa nama fb? Kalau boleh

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety

      @@zaimi5240 fb tuan add sy cari Boiboi Boen..prof pic yg sama dgn utube

  • @mohdsafwan5098
    @mohdsafwan5098 Před 2 lety

    Lepas dah repair, ada test guna soket tester tak? Adakah RCCB tetap tak trip juga?

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety

      Rccb dan socket tester smua dh blh trip slps troubleshoot..

    • @mohdsafwan5098
      @mohdsafwan5098 Před 2 lety

      @@cikguheng9079 kesimpulan tu mcm mana cikgu?
      1) Kilat sikit, rcccb akan trip.
      2) soket tester, semua lampu menyala, tapi tekan button, rccb tak trip.
      3) bila kabel neutral leakage bersama dgn kabel neutral lain, soket tester tak mampu nak trip kan rccb, tp bila kabel bermasalah tu diasingkan, soket tester boleh trip kan rccb.
      Mcm mana conclusion ni cikgu?

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před 2 lety

      @@mohdsafwan5098 yg ni sy akan buat satu video lain yg melibatkan leakage apa kesan kepada rccb tester/socket tester sbb masa troubleshoot aritu masa ada leakage mmg x trip bila guna rccb dan socket tester. Kalau ikutkan secara teorinya jika ada leakage rccb sepatutnya trip lebih awal tetapi sebaliknya. Jadi utk kaji masalah ni sy ada pelajar tahun akhir yang akan buat projek tahun akhir yang akan buat analisis melibatkan leakage, earthing, jenis rccb dll

    • @cikguheng9079
      @cikguheng9079  Před rokem +2

      1) ye btl kilat sikit je dh blh tripkan rccb, 2) utk kes sy ni masa sy buat test guna socket tester dan rccb tester mmg x trip...masa tu sy ukur leakage agak besar sehingga 60mA. pada kadar 60mA rccb x trip lg sbb biasanya 80mA baru trip..jadi jika berlakunya leakage yg agak besar ni blh katakan bahaya kpd pengguna terutama yg ada water heater sbb x trip. 3) leakage tu kabel Neutral dan Earthing. itulah result yg sy dpt dan mmg diluar jangkaan sy sbb ni 1st time jumpa yg rccb x blh trip jika ada leakage besar. Sy x jumpa lg mana2 wireman yg buat video isu ni

    • @mohdsafwan5098
      @mohdsafwan5098 Před rokem +1

      @@cikguheng9079 betul, sy tgk video2 wireman yg lain, jarang jumpa rccb tak trip bila test dgn soket tester dlm keadaan semua lampu menyala. Biasa yg berlaku gini, mereka suruh rewiring satu rumah.

  • @cikguheng9079
    @cikguheng9079  Před 2 lety

    Utk rekod skali lg aku tanya jiran aku adakah tiada masalah trip melibatkan kilat selepas troubleshoot haritu dan Alhamdullillah masalah itu dah selesai..pembumian wlpon bukan dibawah 10 ohm bukanlah punca masalah kilat sikit trip (blh rujuk youtube ABR Usaha czcams.com/video/OKv0aFR3BJo/video.html walaupun earthing 1.21 ohm tetap trip juga walau kilat sikit. Cuma ada satu persoalan semasa ada leakage pada kadar yang agak tinggi tp tidak sampai 100mA atau tak sampai trip apabila menggunakan rccb tester dan juga socket tester, rccb tak trip tetapi jika test button pada rccb ditekan, rccb trip seolah-olah macam normal. Adakah current trip yg diinject oleh rccb/socket tester dialihkan kebumi terus tanpa menyebabkan imbalance current pada rccb 100mA

    • @temp06j723-pmeighttq
      @temp06j723-pmeighttq Před 9 měsíci +1

      Merujuk kpd «Cuma ada satu persoalan semasa ada leakage pada kadar yang agak tinggi tp tidak sampai 100mA atau tak sampai trip apabila menggunakan rccb tester dan juga socket tester, rccb tak trip tetapi jika test button pada rccb ditekan, rccb trip seolah-olah macam normal. Adakah current trip yg diinject oleh rccb/socket tester dialihkan kebumi terus tanpa menyebabkan imbalance current pada rccb 100mA»

    • @temp06j723-pmeighttq
      @temp06j723-pmeighttq Před 9 měsíci +1

      Apabila terdapat path antara Neutral & Earth yg bukan 0 Ohm shorting direct(rintangan tinggi) , maka residual current yg ditimbulkan oleh RCD Tester pada PE (konduktor perlindungan) akan ada "Pilihan Alternatif" utk menuju kembali ke punca Neutral PADA TITIK shorting bukan 0 Ohm (rintangan tinggi).
      Oleh kerana punca Neutral adalah lebih padu Ground Resistance (menghampiri zero Ohm) di titik Star Transformer jika dibandingkan dengan Rintangan Pembumian Premis yg beratus Ohm, maka, kebanyakan Residual Current yg ditimbulkan oleh RCD Tester @ SSO Tester yg ada pada PE akan 'divert' atau patah balik di titik shorting Rintangan Tinggi KE Neutral.
      Oleh itu, Residual Current yg ditimbulkan dari Live akan kembali ke Neutral secara tidak disangka, dan maka itu RCD tidak akan ada Imbalance yg cukup tinggi utk capai ambang Tripping Thresholdnya.
      Oleh itu RCD tidak dapat Trip.

    • @temp06j723-pmeighttq
      @temp06j723-pmeighttq Před 9 měsíci +1

      Test Button pada RCD dapat Trip kerana Residual Current yg dibuat adalah didalam Circuit RCD itu sendiri, yakni Live pada Incoming Terminal ke Neutral Outgoing Terminal oleh 1 Perintang yg bersesuaian agar wujud Imbalance pada Differential Coil (sensing coil) RCD.
      Ini TIDAK melibatkan Residual Current dilepaskan ke PE.
      Oleh itu, RCD tetap dapat Trip.
      Perlu diingatkan bahawa, Test Button hanya menguji kebolehoperasian Mekanisme & Sensing Coil RCD sahaja.
      Ia tidak menguji samaada Rintangan Rod Pembumian cukup rendah/wujud floated Earthing utk berjaya trip atau sebaliknya.

    • @mymal2002
      @mymal2002 Před 2 měsíci

      ​@@temp06j723-pmeighttqMantap bro! Saya pun berpendapat macam tu. Kelemahan pada RCD/Socket Tester bila ada masalah Earth Resistant tinggi dan ada touching antara Neutral & Earth. Nak tambah sikit, kalau Earth Resistance rumah ni cantik, RCCB akan trip waktu tidak kilat. Sebab dengan earth resistant lebih 100 ohm pun dah dapat leakage 60mA. Kalau Earthing Resistance lagi rendah dari 10 Ohm, confirm2 standing Leakage lebih 80 mA(Kepekaan RCCB sebenar). Tak boleh naik langsung RCCB. 😂