(SIRI I) PEDANG CURA SI MANJA KINI | Malam Kemunculan Sang Sapurba di Bukit Si Guntang

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 6. 06. 2020
  • Alat-alat kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan regalia yang paling unggul dan dihormati. Perak mewarisi alat-alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka yang di bawa dari Kampar, Sumatera oleh Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah pada tahun 1528. Antaranya ialah Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu alat kebesaran purba yang hebat, berasal dari kisah 3 Putera Raja bersaudara dari Bukit Si Guntang
    menurut naskhah Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin.

    Untuk mengetahui asal-usul pemilik Pedang Cura Si Manjakini, kita tidak dapat lari dari memahami kisah kemunculan 3 Putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Kisahnya bermula
    di Bukit Si Guntang, Palembang.
    “Alkisah, maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang Namanya. Nama Rajanya Demang Lebar Daun. Muara Tatang nama sungainya. Di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah di sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang. Di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan”.
    Dengan takdir dan kuasa Allah S.W.T jua, ketiga-tiga Putera Raja bersaudara ini muncul di atas Bukit Si Guntang pada waktu malam berserta nyalaan seperti cahaya api. Ia disedari oleh Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal berdekatan. Keesokan paginya mereka berdua memanjat puncak bukit tersebut dan menemui 3 orang lelaki muda yang memakai mahkota dan persalinan diRaja bertatahkan permata. Wan Malini dan Wan Empuk curiga dan bertanya; “Siapa tuan hamba bertiga ini?” Maka sahut Nila Pahlawan;
    "Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa Indera. Bahawa kami ini adalah manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, Raja Masyrik dan Maghrib. Pancar kami daripada Raja Sulaiman alaihis-salam”.
    Putera Raja sulung, Nila Pahlawan yang dikenali sebagai Sang Si Perba membawa Curik Si Mandang Kini miliknya. Nila Utama, putera bongsu memiliki pedang Badram Belawa di samping senjata lain seperti kayu Cap Kerupa dan Lembing Lembuara yang dipercayai kepunyaan Krisyna Pandita. Berita tergempar tersebut diketahui oleh pemerintah Palembang, Demang Lebar Daun yang menyambut kemunculan 3 Putera Raja tersebut dengan hati gembira.
    Syahadan, kisah ini menjadi mahsyur di seluruh Alam Melayu. Raja Minangkabau hadir ke Palembang memohon supaya salah seorang putera diangkat menjadi Raja. Maka, Sang Si Perba bersetuju dan berhijrah dengan alat kebesaran miliknya termasuk Curik Si Mandang kini untuk dirajakan di sana. Kerajaan Minangkabau dinamakan Pagar Ruyung kemudiannya. Pun begita, Putera Raja kedua, Krisyna Pandita dirajakan di Tanjung Pura setelah Rajanya dikhabarkan hilang. Maka, tinggallah Nila Utama yang kemudian ditabal sebagai Raja Palembang bergelar Seri Teri Buana.
    Berbalik kepada kisah Curik Si Mandang Kini milik Sang Si Perba. Di Pagar Ruyung, terdapat seekor ular Sakti Mona (sesetengahnya menyebut naga) yang mengancam nyawa dan hasil tanaman penduduk. Sang Si Perba mengarahkan hulubalang Baginda, Permasku Bambang membunuh ular tersebut dengan mengunakan Curik Si Mandang Kini. Lalu ular tersebut dipenggal tiga dan mati, tetapi Curik Si Mandang Kini telah sumbing 190 menurut Sulalatus Salatin.
    Terdapat percanggahan mengenai sosok Sang Si Perba dan Nilam Utama dalam versi A. Samad Ahmad, John Leyden dan William Shellabear. Versi pertama mengakhiri kisah Sang Si Perba dan Curik Si Mandang Kini di alam Minangkabau, sementara adik bongsunya Nila Utama dirajakan di Palembang dan kemudian membuka Singapura. Manakala, versi Leyden dan Shellabear pula menyebut Nila Utama adalah putera kepada Sang Si Perba. Tetapi kedua-dua versi tersebut bersetuju bahawa pemilik asal Curik Si Mandang Kini adalah Sang Si Perba.
    Setelah 5 generasi berlalu, waris terakhir yang memiliki Curik Si Mandang Kini adalah Raja Iskandar Shah atau dikenali sebagai Parameswara. Baginda melarikan diri dari Singapura ketika serangan Majapahit, lalu mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1400.
    SUMBER:
    Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) - A. Samad Ahmad (1979)
    Malay Annals - John Leyden (1821)
    Sejarah Melayu - Shellabear (1975)
    MUSIC BACKGROUND:
    Whitesand - Poseidon [Epic Cinematic]
    Composed by Martynas Lau (Whitesand)
    Release: 2018
    Album: Monsters
    Subscribe on CZcams: goo.gl/au5GJK
    Facebook: / martynlaur
    Twitter: goo.gl/otEqJC
    Instagram: goo.gl/JN3LUb (@martynas_lau)
    Discord: / discord
    Support My Work -
    Patreon: / whitesand
    Paypal Donation: www.paypal.me/Whitesand
    #SulalatusSalatin #SangSapurba #Palembang
  • Zábava

Komentáře • 526

  • @jarayahjais7178
    @jarayahjais7178 Před 4 lety +123

    Apabila divideokan memang menarik...Masa zaman Persekolahan dulu Tingkatan 6...memang menggunakan Sejarah Melayu Dalam pengajian Bahasa Melayu tetapi sukar difahami namun apabila dalam bentuk begini amat mudah difahami.
    Terima Kasih...
    Semoga generasi muda lebih ramai mengkaji Sejarah Melayu Purba Dan mempersembahkan dalam bentuk yang terkini.

    • @raudhatuljannah1290
      @raudhatuljannah1290 Před 4 lety +6

      pembelajaran dalam bentuk digital lebih menarik dan mudah difahami serta dihayati. berbeza dgn pembelajaran yg melihat buku teks semata, cepat bosan dan mengantuk. guru2 perlu lebih kreatif utk menarik minat anak2 murid di dalam kelas. menjadikan sekolah tempat yg menyeronokkan dan bukan membosankan.

    • @MendongakKeLangit
      @MendongakKeLangit Před 4 lety +2

      Tau xpa, matilanak buat esei sejarah Form 6...

    • @norizawanchik6493
      @norizawanchik6493 Před 4 lety +2

      Saya bangga dengan generasi muda melayu..

    • @warriorredanggold9998
      @warriorredanggold9998 Před 3 lety +2

      Itu menunjukkan pulau Sumatera lebih dekat dgn semenanjung tanah Melayu termasuklah bahasa.
      Zaman dahulukala penduduk kedua wilayah ini seringkali berulang alik, kunjun mengunjungi

  • @anggarahmana8571
    @anggarahmana8571 Před 4 lety +36

    Sejarah melayu ni banyak dan luas, melayu ni bangsa besar, kita sebagai orang melayu harus bangga dengan peninggalan para sultan kita, kami sumatera semua melayu, aceh, padang, riau, jambi, palembang
    Saya dari melayu jambi sangat bangga dengan raja kami terdahulu rajo datuk paduko berhalo, rangkayo hitam, dan pahlawan kami sultan thaha
    Salam dari melayu jambi untuk malaysia, saudara serumpun

    • @yumita6980
      @yumita6980 Před rokem +1

      @TOP MOVIE kami dimalaysia..melayu adalah bangsa ..bangsa yang besar dan dibawah bangsa melayu terdapat bermacam suku ...

    • @yumita6980
      @yumita6980 Před rokem

      @TOP MOVIE betmakna tafsiran melayu malaysia adalah tepat dan benar

  • @info_diterima
    @info_diterima Před 4 lety +106

    Ya Allah. Semoga pemegang akaun channel SULALATUS SALATIN dapat pahala kebaikan kerana telah memberi banyak ilmu kepada kami.

    • @musafirbisu3984
      @musafirbisu3984 Před 3 lety +1

      Sulalatus salatin byg tipu sejarah

    • @info_diterima
      @info_diterima Před 3 lety +2

      @@musafirbisu3984 itu catatan tun sri lanang. Bukan channel ni

    • @info_diterima
      @info_diterima Před 3 lety +1

      Channel ni terbaik

    • @dmxb8258
      @dmxb8258 Před 3 lety +2

      @@musafirbisu3984 dia tidak mengikut buku tu... Nama Channel sahaja Sulalatus Salatin

    • @risaltulniza4652
      @risaltulniza4652 Před 2 lety

      @@musafirbisu3984 awak pasti kaa..keseluruhan buku tu adalah bohong...sejarah perlu didengar..difahamkan...dianalisis..dicatat..didendangkan..dan dipanjangkan..supaya anak cucu dapt mengetahui kisah lampau dgn betul..mna yg baik diambil contoh...mna yg xelok..dijadi teladan supaya yg xelok..tidak terus diikut..

  • @mzimmdi8489
    @mzimmdi8489 Před 4 lety +80

    Nak rosakkan tanaman, Hancurkan akarnya
    Nak rosakkan bangsa, Hancurkan sejarahnya

  • @danielanwar8677
    @danielanwar8677 Před 4 lety +72

    Kisah2 melayu purba mmg menarik sebenarnya.. ianya perlu di angkat ke dalam pendidikan masyarakat malaysia.. mungkin langkah pertama kisah2 ini harus dijadikan buku cerita kanak2, di peringkat sekolah juga dan kemudian siri tv atau filem.

    • @riyantv5222
      @riyantv5222 Před 4 lety +6

      betu tu di film kan pak cik salam dari siak

    • @majasatri
      @majasatri Před 4 lety +12

      Kalau nak filemkan..biar buat betul2..cari pengarah dan penerbit yang handal..jgn nanti buat filem jd bhn jenaka plak

    • @i_fitry3702
      @i_fitry3702 Před 4 lety +6

      Betul..mendidik biar dari anak kecil,biar anak kecil tau serba sikit sejarah/lagenda bangsa melayu.lepas tu diangkat sikit ke animasi,drama tv dan filem..

    • @crazyname1462
      @crazyname1462 Před 4 lety +4

      Percaya tak .. Filem mat kilau arahan shamsul yusuf akan keluar nanti

    • @danielanwar8677
      @danielanwar8677 Před 4 lety +2

      @@crazyname1462 tau lama dah. Filem tu tggu tayangan je

  • @PAK_SYIEKH
    @PAK_SYIEKH Před 4 lety +38

    Sapa mau rujuk sejarah bangsa Melayu, Rujuk lah dengan prof.mu'ati

  • @riyantv5222
    @riyantv5222 Před 4 lety +102

    itu lah alat musik nobat sultan sultan di semanjung asal alat musik nobat kerajaan sriwijaya di palembang dan kampar riau tapi di sini udah tidak ada lagi main musik nobat kerna tidak ber sultan lagi
    tidak kan melayu hilang di dunia 🙏🏻🙏🏻. . .

    • @kairinase
      @kairinase Před 4 lety +26

      Salam dari Perak. Kita ada persamaan... keturunan asal dan susur galur yang sama. Buktinya, ramai orang di Perak pantang memakan ikan Tapah. Diceritakan turun-temurun yang keturunan asal kami dari Riau. Kampar juga nama tempatnya.
      Walaupun tak bersultan, Melayu masih ada daulatnya! Keturunan kita kan asalnya dari susur-galur Nabi Sulaiman dan Iskandar Zulkarnain. Oleh sebab itu Melayu walaupun tidak digeruni, tapi masih dihormati oleh umat manusia di Dunia.
      Adat kita orang Melayu, "Di mana Bumi dipijak, di situ Langit dijunjung". Jika tiada Sultan... taatlah kepada pemerintah. Namun begitu, taat pada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik.
      Hidup Melayu!!!

    • @tuanbela85
      @tuanbela85 Před 4 lety +10

      @@kairinase ape yang di katekan tuan itu benar adanya. Salam melayu nusantara dari kepulauan riau.

    • @hugomalaya2055
      @hugomalaya2055 Před 4 lety +2

      Demang lebar daun ni org bertanggung jawab melantik raja Melayu. Kalau amk karomah 3 anak raja ni seorang pahlawan. Sbb tu la laksamana bentan kene daulat sultan Mahmud mangkat di julang. Dia Akhirnya menderita sakit Sbb bunuh sultan yg mempunyai keturunan susur galur luar biasa

    • @mohdfadli086
      @mohdfadli086 Před 4 lety +3

      Negeri Kedah Nobat asal. Nobat pertama yang dibawa masuk dari Parsi

    • @riyantv5222
      @riyantv5222 Před 4 lety +2

      yang main musik nobat itu orang kalur dari palembang dan kampar dan di bawa ke semanjug sultan malaka kedah

  • @eddykaizen8768
    @eddykaizen8768 Před 4 lety +14

    Sy anak melayu kampar...dari pahang.. jaga lah adat2 ketimuran,bangsa & agama Kita..semoga jadi tatapan buat anak cucu kita..biar mereka bangga dgn kehebatan moyang Kita ..

  • @siaranytube6925
    @siaranytube6925 Před rokem +5

    semoga sejarah melayu terus di lindungi dan berjaya di sampaikan kepada generasi baru..

  • @awekrockers
    @awekrockers Před 4 lety +7

    Melayu mmg bangsa yg hebat berjunjungkan islam didalam jiwa...

  • @muizismail4844
    @muizismail4844 Před 4 lety +40

    Channel ni terbaik, siap ada ilustrasi dan ini saya minat. Memang saya peminat sejarah melayu.

    • @mohdyus1147
      @mohdyus1147 Před 3 lety +1

      Alhamdulilah sejarah purba melayu ni yg menaikan smgt Nasionalisme sy zmn remaja.

  • @grimsoul4708
    @grimsoul4708 Před 2 lety +8

    terus jaye chanel ini,sampai melayu di tanah kami palembang di ceritekan😍

  • @dayak27
    @dayak27 Před 4 lety +15

    Bagi aku ne la chanel terbaik dalam sejarah mengenal melayu... Of

  • @hokap
    @hokap Před 4 lety +87

    Gilo sejarah melayu ni power bangat boleh buat komik lebih hebat dari Dewata Raya dan Pedang Setiawan

    • @kairinase
      @kairinase Před 4 lety +15

      Dewata Raya dan Pedang Setiawan banyak unsur fiksyen, walaupun ada sedikit sejarah dalamnya.
      Bagi aku, Sejarah Melayu patut buat cerita Manga macam 'Professor Munakata' (Munakata Kyouju Denkikou), yang membongkar ceria-cerita dongeng Jepun, dan membandingkannya dengan fakta sejarah sebenar... lalu, pertembungan kedua-duanya berjaya membuktikan apa yang dianggap dongeng tu, pernah berlaku pada masa dahulu.
      Bagi aku, Malaysia ni kena ada seorang watak seperti Professor Munakata, yang mengkaji sejarah Nusantara dari perspektif kisah mitos, lagenda dan dongeng.
      Dalam cerita Professor Munakata, dia juga bandingkan kisah Jepun, dengan kisah dari negara lain. Hasilnya, didapati banyak interaksi berlaku antara Jepun, dan tamadun lain pada masa kisah itu berlaku, dan integrasi budaya pun berlaku, dan menyebabkan banyak versi untuk kisah yang sama.
      Kalau teori itu dipakai oleh Sejarah Melayu... maka kita boleh kata, banyak cerita hikayat dan mitos kita dipengaruhi oleh India, China dan negara sekitar Nusantara.
      Berbincang tentang hal ini saja dah cukup seronok! Agaknya kalau ada garapan dari orang yang pandai berkomik, lagi hebat, ye!

    • @sharkwasangka5952
      @sharkwasangka5952 Před 4 lety +2

      dewata raya dan pedang setiawan. dah lama tak dengar nama komik ni. entah apa citer pelukis komik ni skrg. ada buat komik lain ke

    • @kairinase
      @kairinase Před 4 lety

      @@sharkwasangka5952 Dah kaya raya dah mamat tu! Mana taknye, duit royalti cukup makan 7 keturunan.
      Orang buat game pakai karekter yang dia cipta, buat movie guna siri komik dia, belambak orang bayar duit!
      lagi dahsyat, kat China komik dia dalam 50 mukasurat satu isu... bila translate ke BM, 25 mukasurat je! harga pun lagi mahal.
      Bayar royalti untuk satu majalah, sampai sini jadi dua pulak!
      Kalau dia tak bersyukur kat Dewata dia, rugi betullah!

    • @hugomalaya2055
      @hugomalaya2055 Před 4 lety +5

      Kalau org ada keturunan susur galur 3 raja ni secara automatik akan dpt titisan leluhur 3 raja ni. Mungkn pandai berlawan amk karomah dari Allah 3 beradik raja ni. Jangan main2 sejarah Melayu tu xctr lagi ibu Melayu nama keturah..

    • @malhamahalqubra373
      @malhamahalqubra373 Před 3 lety

      @@kairinase jika dipelajari lebih dalam ianya bukanlah fiksyen. Semua itu wujud. Bangsa melayu adalah bangsa yang penuh mistik. Dan setiap ilmu ghaib yang tidak bersimpang dari agama islam dapat di amalkan. Tapi ilmu yang bersimpang dari ajaran islam dibuang. Bangsa melayu adalah bangsa dari keturunan nabi Ibrahim bersama isteri ketiga. Boleh dikatakan bangsa melayu adalah saudara kepada bangsa yahudi kerana dari salasilah nabi Ibrahim. Manakala bangsa yahudi dari isteri pertama nabi Ibrahim. Bangsa melayu bangsa akhir zaman. Disebabkan bangsa melayu hebat lah penjajah datang menjajah malah lebih dari 2 penjajah datang menjajah tanah melayu.

  • @le-q2501
    @le-q2501 Před 4 lety +7

    Alhamdulillah makin byk channel yg membongkar sejarah melayu. Trskan usaha murni ini agar anak cucu kita kenal akan bangsanya yg sbnr...Kembali membina jati diri islam dn melayu

  • @mohdnajib7049
    @mohdnajib7049 Před 4 lety +20

    minang, melayu dan borneo sah memang bersaudara sebenarnya...

    • @arx117
      @arx117 Před 4 lety +7

      Kat astro oasis cerita pasal hamka, diorang pergi minangkabau dan makcik minang kat sana cakap melayu dan minang ialah adik beradik, bezanya cuma adat sahaja minang dengan perpatih

    • @lobakputih202
      @lobakputih202 Před 2 lety +3

      Bangsa Melayu, beretnik Minangkabau.

    • @chesombtputih4688
      @chesombtputih4688 Před 2 lety +2

      Dunia Melayu itu luas..

    • @yumita6980
      @yumita6980 Před rokem

      @@lobakputih202 betul,macam saya,bangsa melayu beretnik minang

    • @rizalmanmustapa-qq7hv
      @rizalmanmustapa-qq7hv Před měsícem

      ​@@yumita6980Saya suku tiga Batu 50 kota luak johol anak waris atau biduanda,ada darah bendehara sekudai daulat tun jenal baginda paduka raja

  • @mohamadzulfadhlishahmibinm4615

    teringin tengok banyak movie melayu gini....

    • @jesselingard4033
      @jesselingard4033 Před 4 lety +5

      Aah teringin sangat.Apakah daya kita.Dunia perfileman di Malaysia tidak ingin menghasilkan filem berkaitan sejarah.

    • @mohamadzulfadhlishahmibinm4615
      @mohamadzulfadhlishahmibinm4615 Před 4 lety +1

      @@jesselingard4033 tu la... asyik2 gengater gaduh2... 😅

    • @sipuntum6557
      @sipuntum6557 Před 4 lety

      Hahaha.. mmg susah la nak ada movie mcm nie..

    • @arx117
      @arx117 Před 4 lety +1

      Takkan jadinya, tengok filem merong mahawangsa dah cukup. Filem yang gagal sebab tak ikut 100%.

    • @mohamadzulfadhlishahmibinm4615
      @mohamadzulfadhlishahmibinm4615 Před 4 lety

      @@arx117 filem terlampau banyak CGI pon tak sedap jugak nak tengok.. nampak fakenye..

  • @syednasrullah938
    @syednasrullah938 Před 3 lety +3

    Harini aku baru tahu, kisah ni ada diadaptasi dalam bentuk lagu bertajuk Hati Kama. Nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.
    Konon-konon macam Siti dan Kak Ani tu macam Wan Malini dan Wan Empuk la.
    Menarik. 😍 best!

  • @matbajang6923
    @matbajang6923 Před 4 lety +42

    Disebabkan nama pedang itulah (cura simanja kini) maka lahirlah darjah kebesaran Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM), Dato Paduka cura Simanja Kini (DPCM) yg membawa gelaran 'Dato Seri' & 'Dato' yg d kurniakn DYMM Sultan Perak shj. Sekian maklumat.

    • @israelamericabastard9572
      @israelamericabastard9572 Před 4 lety

      Mengarut

    • @matbajang6923
      @matbajang6923 Před 4 lety +2

      @@israelamericabastard9572 apa kau merepek ni BAJANG?? Salah alamat ke???

    • @v3rstyl3
      @v3rstyl3 Před 4 lety

      @@israelamericabastard9572 ketum ke?

    • @sipuntum6557
      @sipuntum6557 Před 3 lety

      Buat pala..

    • @GardeniaInc
      @GardeniaInc Před 3 lety +3

      Lah betul la tu..mesti x pernah tengok list pembesar perak..😥google jew la bukan susah..aje jew nye..macam dia pulok orang perok.

  • @zack-one3936
    @zack-one3936 Před 4 lety +7

    terbaik!!!! banggalah dgn asal usul mu wahai melayu

  • @jamizal4522
    @jamizal4522 Před 4 lety +7

    Menanti siri seterusnya....
    Persatuan Rekreasi dan Alam Semulajadi Gerik

  • @18muhammadhaziqaiman61
    @18muhammadhaziqaiman61 Před 4 lety +9

    Wahh sungguh epik sekali lagenda melayu

  • @inovismillers8343
    @inovismillers8343 Před 4 lety +16

    2 tahun cari Sungai Melayu di Sumtra, baru dapat jejak kaki di sana.

  • @nuriantato9440
    @nuriantato9440 Před rokem +3

    Seronok tengok...asal usulraje2 melayu....rupanye raje2 dkt tanah melayu bersal dari bukit siguntang....palembang sumatra....terima kasih admin...

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před rokem

      Sama-sama Tuan, semoga bermanfaat untuk kita semua.. Aminn..

  • @amirashraf6422
    @amirashraf6422 Před 4 lety +28

    Berkenaan Raja Nusyirwan Adil dalam SS, ada seorang rasa empayar Parsi Sassanid, Anushirvan the Just (Anushirvan yg Adil) namanya. Ada juga nama beberapa rasa Sassanid lain dalan SS seperti Kobat Syahriar (Kavadh Shiroya), dll. Walaupun susunan garis masanya tak teratur, dapat difahami bahawa Tun Sri Lanang hanya compile nama2 tersebut berdasarkan naskhah yg dia ada.
    Selain itu, nama Parameswara/Permaisura (ڤرميسورا) hanya disebut oleh Tome Pires dalam Suma Oriental. Semua versi SS tak menyebutnya, seharusnya watak ini diragui, sementelah Suma Oriental mengatakan Parameswara straight dtg dari Palembang, Singapura, Muar dan akhirnya Melaka, sedangkan dalam semua versi SS mengatakan kerajaan Melaka hanya wujud setelah beberapa generasi raja2 kerajaan Singapura memerintah.
    Teruskan usaha tuan2. Terbaik.

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před 4 lety +21

      Salam Saudara, ada beberapa penemuan terkini membuktikan versi SS lebih tepat berbanding SO berikutan penemuan arkeologi di beberapa tempat di Singapura. InsyaAllah saya akan huraikan.

    • @idham9379
      @idham9379 Před 4 lety +2

      @@SULALATUSSALATIN terbaik admin😘

    • @tuanbela85
      @tuanbela85 Před 4 lety +3

      @@SULALATUSSALATIN terimakasih tuan dengan adanya channel ini sejarah bangsa melayu nusantara bisa diluruskan kembali.

    • @harry77998
      @harry77998 Před 2 lety +2

      Bermakna Zulkarnain yg di maksudkan adalah King Cyrus the great la kan , sebab Nobat pun berasal dari Parsi !

    • @TingTong2568
      @TingTong2568 Před 3 měsíci

      Bagaimana pula dengan sumber Ming Cina?

  • @mohdyus1147
    @mohdyus1147 Před 3 lety +2

    Teringat cikgu sulaiman cerita kisah Wan empuk Wan malini.. Dan demang lebar daun.. Terer cikgu BM boleh sembang pasal sejarah lama mcm ni secara santai je.. Hebat cikgu dulu2

  • @alexklly
    @alexklly Před 4 lety +31

    dari dulu sy tertanya2 dari Nabi mana asal usul bangsa Melayu ni,.lpas tgk ni terjawb dah persoalan sy,kita dari keturunan Raja Zukarnain n dari Nabi Sulaiman a.s,.terima kasih atas perkngsian ini

    • @pikoloreal2205
      @pikoloreal2205 Před 4 lety +4

      Keturunan nabi ibrahim lah melalau isteri baginda iaitu keturah..keturanan nabi sulaiman kat ethopia bkn nusantara

    • @jamilahfirdaus4337
      @jamilahfirdaus4337 Před 4 lety +2

      alexkily tgk ceramah ustaz auni ade menerangkan asal keturunan melayu secara detail...
      Singkatannya melayu asal dr nabi ibrahim melalui isteri bnama kenturah...

    • @hugomalaya2055
      @hugomalaya2055 Před 4 lety

      Keturah la ibu kau ibu org Melayu

    • @izzatzain4773
      @izzatzain4773 Před 4 lety +7

      Rasanya keturunan raja je yang ada hubungkait dengan raja Zulkarnain.

    • @rizukimura5409
      @rizukimura5409 Před 3 lety +1

      Pada umumnya bangsa melayu dari nabi Ibrahim..secara khususnya nabi sulaiman bagi yang berdarah raja

  • @IKRAM31390
    @IKRAM31390 Před 4 lety +4

    MELAYU mmg hebat dr dulu kala lg..bangsa MELAYU MMG hebat

  • @SangSapurba
    @SangSapurba Před 3 lety +3

    Teruskan kajian anda hamba selalu di belakang anda

  • @abdullahosman8545
    @abdullahosman8545 Před 4 lety +8

    Terbaik Chanel Sulalatus Salatin.....sy sentiasa menyokong Chanel kisah sejarah melayu.......

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před 4 lety +7

      Alhamdulillah terima kasigh Saudara, saya buat mana yang termampu, harap rakan2 share video ini untuk berkongsi ilmu.

  • @akuyus3663
    @akuyus3663 Před 3 lety +2

    3 diraja , yang tiba² datang dari bukit , masya Allah , orang orang lagenda 😍😍😍😍😍😍 emotion ....

  • @abdulhadiabdullah1217

    allahumma salli ala sayidina muhammad, DAULAT TUANKU, takbir allahuakbar allahuakbar allahuakbar,al-fatihah kepada almarhum sultan yg telah kembali kerahmatullah ,pengorbanan dan kasih sultan pada rakyat jelata tidak mungkin dilupai selagi dibawah naungan baginda sultan PERAK DARUL RIDZUAN yg diwarisi .ya allah berkahi negeri perak dan kurniakan kesihatan dan mudahkan urusan ditahap yg terbaik sekali amin yarabbal alamin.allahuakbar

  • @nurainmohdyassin2532
    @nurainmohdyassin2532 Před 2 lety

    Kenangan pd bulan 0gos 2013 mlm Jumaat sy asal Sabah bsma dgn 2org asal dari Bagan Datoh Perak DR telah pergi ke Betin Beras Basah utk melihat lebih dekat dlm pejalanan balik sempat singah 1 pondok yg d namakn Panca Pesada d blkg nya ada sebuah perigi bila sy menjenguk ke dalam nye tetiba keluar haruman SERAI tapi hanya seketika hilang..kesimpulan nya Kesultanan Perak DR berdaulat mengikut penceritaan dari rakan2 setiap Sultan yg d tabal kn mst ke sana... AL Fatihah

  • @pantainipah5606
    @pantainipah5606 Před 2 lety +2

    Tua sekali sejarah Minangkabau pantas pusat kerajaan pagaruyung dijuluki pusat mistis oleh thomas dias.

  • @shahidfullahazizan
    @shahidfullahazizan Před 3 lety +3

    Manuskrip ni adalah asas dalam Sejarah Tanah Melayu dan juga asas teks kesusasteraan Melayu.
    Selain manuskrip ini antara manuskrip lain yg wajib baca ialah Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis

  • @sarafiansalleh6200
    @sarafiansalleh6200 Před 4 lety +9

    Selepas 5 generasi = 5 Raja ? Terbaik. Terimakasih

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před 4 lety +12

      Sang Sapurba / Nila Utama > Paduka Sri Pikrama > Seri Rakna Wikrama > Paduka Seri Maharaja > Raja Iskandar Shah

    • @thenaifus1
      @thenaifus1 Před 4 lety +3

      @@SULALATUSSALATIN tak silap saya admin Paduka Seri Maharaja ni lah iaitu bapa parameswara yang berlaku kisah Singapura dilanggar todak.minta pencerahan sedikit tq.

    • @lobakputih202
      @lobakputih202 Před 3 lety

      @@SULALATUSSALATIN aik... Nila Pahlawan kan Sang Sapurba...... Bukan Nila Utama

  • @hasnizamhaliza8317
    @hasnizamhaliza8317 Před 4 lety +12

    Dgr cerita lagu siti nurhaliza anta permata ada kaitan dgn putera bukit siguntang

    • @mayamayapersona
      @mayamayapersona Před 3 lety +1

      Lagu Hati Kama....cerita ttg wan empuk dan wan malini pertama kali bertemu sang sapurba di Bukit siguntang

  • @malhamahalqubra373
    @malhamahalqubra373 Před 3 lety +2

    Ya Allah. Peliharalah bangsa ku melayu iaitu satu2 nya bangsa yang memiliki satu agama iaitu islam. Dan satu bangsa yang bertuhankan satu tuhan. Itu lah melayu. Kini engkau pertemukan kembali kehebatan bangsa ku melayu yang telah dipunahkan oleh penjajah. Mungkin ada hikmah nya supaya dunia tidak terlalu tahu tentang bangsa melayu iaitu bangsa akhir zaman.

  • @inovismillers8343
    @inovismillers8343 Před 4 lety +3

    Teringat 2 tahun di Pontianak, tinggal nama Universitas Tanjung Pura yg aku jumpa. ... Muzium yg ada pun macam tak di jaga.

  • @tanjakpusaka2291
    @tanjakpusaka2291 Před rokem

    Wahh baekk jgk wan impuk gn wan malini

  • @meyceedz
    @meyceedz Před 4 lety +2

    Background music dia dengan suara, meremang buluu

  • @hambatuhan5751
    @hambatuhan5751 Před 4 lety +4

    Sekongkong tanah minangkabau
    Selilit pulau perca
    Dilingkung ular saktimuna
    -Peranggan ini ad kaitan dgn logo silat gayung-
    -Mantera yg dibaca ketika sultan muzaffar sampai di kuala sungai perak.

    • @namroncham5161
      @namroncham5161 Před 4 lety +1

      Ibu sultan muzafar shah tu puteri onang kening anak raja kelantan

    • @no_name8363
      @no_name8363 Před 4 lety

      @@hastamanana5226 Kecuali d ajang sepak bola dan olahraga yg lainnya

    • @adityavarman6880
      @adityavarman6880 Před rokem

      Silat gayung itu diajarkan putra raja pagaruyung yg mengawal sultan muzzafarsyah ke perak

  • @hambanya164
    @hambanya164 Před 4 lety +4

    Sulalatus salatin chanel terbaekkk...

  • @hasbullah878
    @hasbullah878 Před 4 lety +1

    Terbaik👍

  • @i_fitry3702
    @i_fitry3702 Před 4 lety +4

    Tak sabar nk tggu sambungan kisah ni..

  • @bradergogo7163
    @bradergogo7163 Před 3 lety +1

    seronok juga ya melihat kisah penglipur lara melalui teknologi moden nih . .

  • @ainulbasyira6461
    @ainulbasyira6461 Před 3 lety

    Sepatutnya kementerian pendidikan da boleh buat penyampaian digital seperti chanel ni..terutama selibes2 yg jarang2 di dengar..mudah di fahami dan boleh di acces bila2 masa..

  • @idham9379
    @idham9379 Před 4 lety +2

    Terbaikk admin . Iloveyou voice . 😘 .

  • @penyelamatkhazanahpurba

    Terbaik Dan mantap

  • @daddyraffles7083
    @daddyraffles7083 Před 4 lety +1

    terbaikkkk
    👍👍👍👍👍

  • @sunnysky7577
    @sunnysky7577 Před 2 lety

    Masyaallah..

  • @nurulizzah8917
    @nurulizzah8917 Před 3 lety

    Menarikkk

  • @no_name8363
    @no_name8363 Před 4 lety +1

    Baru tau rupanya Melayu yg ade skg ni asal usulnya dari Indonesia. Tq berbagi ilmu yg sgt bmanfaat

    • @udinsrero8231
      @udinsrero8231 Před 4 lety

      Melayu ada di seluruh Nusantara bkn asal dari Indonesia saja bro

    • @mayamayapersona
      @mayamayapersona Před 3 lety

      Dulu Alam Melayu...mana ada nama Indonesia atau Malaysia....jgn sempitkan Sejarah dgn Sempadan Geografi skrg...

    • @nuruddinjaafar7926
      @nuruddinjaafar7926 Před 3 lety

      Demang lebar daun saudara kpd sultan brunei yg pertama awang alak betatar

  • @parkzard6494
    @parkzard6494 Před 4 lety +8

    Teringat plak pada cerita lang buana 🤣

  • @megatzuhairihiothman6765
    @megatzuhairihiothman6765 Před 3 lety +2

    Nama asal sebenarnya "curapatram si pandittam mani" Pedang asal dari seorang pandit di india yg tersohor katanya pedang ini lagi tua kepunyaan nila tri buana... Ini lagi tepat.
    Sebab tu Pedang ni boleh bergerak2 bila di baca bait bait mantra sunskrit. Kerana ada pengaruh pemujaan terdahulu serta keterlibatan makhluk halus.
    Nama cula si manja kini telah di melayu kan. Supaya sedap di dengar.
    Sejarah pedang ni panjang sebelom sampai ke tangan raja raja melayu kat sini..
    Melayu kita hebat satu masa dulu..

  • @zairudinzairudin873
    @zairudinzairudin873 Před 4 lety +2

    Rindu tengok muka Jason King before start video.

  • @jijjo_pakai_nektai
    @jijjo_pakai_nektai Před 4 lety +6

    Kalau laah syamsul yusuf & skop production kluarkan filem2 tentang tema sejarah raja2 melayu awal ni..punya banyak siri raja boleh diangkat.. Kalau buat filem perihal riwayat setiap raja2 ni mau boleh kluar 100 filem.. Kalau lah syamsul yusuf dengr & brminat nak buat.. Bestnye lah.. Hmmm

    • @afdalfarhan8861
      @afdalfarhan8861 Před 4 lety +2

      Mereka dah start dgn filem mat kilau.... kalau ditayangkan nnt dan dpt sambutan... mungkin akan ade byk lg filem2 melayu lama.

    • @pakyuscempaka8023
      @pakyuscempaka8023 Před 4 lety

      Syamsul yusuf biase sibuk ngan filem sal trend skrg, org gila drift dia buat cter drift. Org nk jd gangster dia wt cter gangster. Cter rempit,

    • @alifaiman0821
      @alifaiman0821 Před 4 lety

      mat kilau akan keluar , mungkin akan berterusan dlm perfileman sejarah melayu , "kot"

  • @captainmattkassim6661
    @captainmattkassim6661 Před 4 lety +1

    Mantap lagenda👍

  • @amermucid6611
    @amermucid6611 Před 4 lety +2

    good

  • @mhwahyu6801
    @mhwahyu6801 Před 4 lety

    Tak sabar tungu Siri 2.

  • @gemasri5954
    @gemasri5954 Před 4 lety +21

    saya orang perak...

  • @syam-ul4ov
    @syam-ul4ov Před rokem

    Aamin melayu trbaik

  • @mraachannel7218
    @mraachannel7218 Před 4 lety

    Tak sabar nak tunggu siri ke 2

  • @AR11B
    @AR11B Před 4 lety +1

    Minat sangat dengan video mcm nie..

  • @jawasedoo2483
    @jawasedoo2483 Před 3 lety

    Hebat sejarah kiteni..

  • @rohanaibrahim8747
    @rohanaibrahim8747 Před 4 lety +4

    HIASAN TIADA TERRR NILAI ...💖💖💖
    ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI ... 💖🌕💖

  • @shevagiggsy
    @shevagiggsy Před 4 lety +1

    Sayangi sejarah kita.. Kita bangsa hebat.. 💪💪💪.. Sape dislike sorang tu.. 😏☹️

  • @beyoung7925
    @beyoung7925 Před 4 lety +4

    Risau la bang Mat Salleh belajar lps tu dia guna utk Keganasan...Rahsia biarlah Rahsia...rungkai kan benda yg Basic...Aq pn terkejut Melayu sehebat itu...Tp Melayu skrg...

    • @jamilahfirdaus4337
      @jamilahfirdaus4337 Před 4 lety

      Ape yg nk dirisaukan....mat salleh dah lame tau...diselewengkan melalui orentalis...mcm2 dibranw...bnyk manuskrip dn buku2 melayu dulu diorg simpan...matsaleh bnyk ciplak teknologi melayu dulu hbt2 belaka...tengok jelah sape yg genius asal dri org2 islam...bkn matsaleh ciplak pastu claim diorg yg cipta

  • @nazrulfitri2386
    @nazrulfitri2386 Před 4 lety +2

    Next video tentang sejarah

  • @ikmalsyafiq8978
    @ikmalsyafiq8978 Před 3 lety

    Tetiba minat sejarah after tgk channel ni

  • @jijojijo7461
    @jijojijo7461 Před 4 lety

    Bagus buat video Mcm ni.. Menarik.. Ptut Dr dulu ..tp sejarah melayu dipdam ole Yehudi... Ptut kene bykan video Mcm ni

  • @Fluppy534
    @Fluppy534 Před 4 lety +1

    Oii alhamdulillah asal mula pedang ini dibawa dari pada Kampar tempat raja Melaka terakhir, sehingga Kampar tersebut dalam sejarah. Putra Kampar

  • @anassalim4881
    @anassalim4881 Před 4 lety +1

    Salam admin. Alangkah baiknya jikalau tuan admin membuat video mengenai asal usul kejadian negeri perak.

  • @inovismillers8343
    @inovismillers8343 Před 4 lety +10

    Aku pernah sampai di Sungai Melayu, Palembang

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před 4 lety +4

      Beruntunglah Saudara, saya dah lama pasang niat ke sana, tapi banyak pula aral melintang

    • @inovismillers8343
      @inovismillers8343 Před 4 lety +5

      @@SULALATUSSALATIN saya & anak-anak peminat setia channel anda. Pernah bekerja di hampir seluruh pelusuk pendalaman Indonesia & Thailand. Sering terjupa tempat/situs sejarah Melayu lama.

    • @inovismillers8343
      @inovismillers8343 Před 4 lety +2

      @@SULALATUSSALATIN Tuan boleh ke Jambi juga, Muaro Jambi, ada universiti Melayu Kuno. Sebelah sungai Batanghari kurang 1 jam dari Kota Jambi.

    • @inovismillers8343
      @inovismillers8343 Před 4 lety +2

      @@SULALATUSSALATIN Boleh ke Muaro Sabak, Tanjung Jabung & Tembilahan lihat legasi peninggalan perang Johor-Jambi

    • @inovismillers8343
      @inovismillers8343 Před 4 lety +5

      Sungai Melayu masuk dari Simpang Gas, Bayung Lincir 10 jam dari Palembang, Jalan Lintas Sumtra. Very adventuring place..... Tak terbayang zaman dulu, sekarang masuk ke Sungai Melayu pun rasa patah pinggang.

  • @fikrimohamad9401
    @fikrimohamad9401 Před 4 lety +1

    Min nanti ulas pasal taming sari pulak

  • @samsah6447
    @samsah6447 Před 2 lety

    hadirrr,,,,,malaysia timur sabah♥️

  • @projekorangkampung9279

    Pertahankan #institusidirajamelayu #daulattuanku #kesetiaankepadarajadannegara

  • @najmiaimanas-salaghory1528

    Salam admin. Nanti buatkan video jihad di nusantara. Termasuk Perang Kastila Brunei 1578. Sbb pada amati saya. Perang ini antara perang yg menarik dimana orang Melayu berjaya menghalau penjajah barat sepanyol selepas kejatuhan Melaka.

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před 4 lety

      InsyaAllah Saudara, baru pertama kali saya dengar Perang Kastila ni, pasti menarik.

    • @najmiaimanas-salaghory1528
      @najmiaimanas-salaghory1528 Před 4 lety

      @@SULALATUSSALATIN betul. Jika tuan admin baca kisah perang ini. Nasib Brunei hampir seperti Melaka. Dimana Kota Batu pusat pemerintahan Brunei waktu itu jatuh ketangan Sepanyol dan seluruh isi kota tersebut dihancurkan termasuklah masjid besar brunei, kubur sultan dan istana sultan. Namun brunei berjaya dapatkan kembali kota batu dan berjaya halau sepanyol sehingga di perbatasan Sabah.

  • @badrulazam1293
    @badrulazam1293 Před 4 lety +5

    Background music kuat sgt

  • @dolik5940
    @dolik5940 Před 3 lety

    aaahh yg betul Aja nich

  • @Plk393
    @Plk393 Před 3 lety +1

    Silalatus salatin.. buku yang ditulis oleh tun seri lanang. Pengkianat bangsa melayu. Yang membantu portugis menawan melaka.

  • @sinar7257
    @sinar7257 Před 4 lety

    Kitajagakita🇲🇾

  • @ayamisdelicious3600
    @ayamisdelicious3600 Před 4 lety +1

    👍👍👍👍👍

  • @baharuddinabdullah97
    @baharuddinabdullah97 Před 4 lety +9

    Assalamualaikum Tuan kalau boleh adakah dahulu Bangsa Melayu mempunyai Senjata Pedang... kalau lah sudah ada tolong cerita kan lah....Tuan Hamba sangat ingin mengetahui dan memahami sejarah

    • @info_diterima
      @info_diterima Před 4 lety +2

      Pedang kita setaraf lain. Malah lebih lagi.

    • @baharuddinabdullah97
      @baharuddinabdullah97 Před 4 lety

      @@Androthegoth ya saya sudah tahu melayu dulu ada senjata api....

    • @baharuddinabdullah97
      @baharuddinabdullah97 Před 4 lety +1

      @@info_diterima betul tu pedang sangat sinonim pelbagai negara dan suku bangsa lain seperti pedang Zulfakar.. pedang Damascus... pedang al-ma'thur... Katana Jepun... pedang Arthur dan lain-lain

  • @hafezsakarno7003
    @hafezsakarno7003 Před rokem

    Saya mohon share di tiktok. Terima Kasih.

  • @tokakimoss6167
    @tokakimoss6167 Před 2 lety

    Ayuh Semua Kita Pertahankan Raja-Raja Melayu Kita , jika Kita tiada Raja2 Melayu/ Sultan maka kita bukan LA , Bangsa Melayu. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

  • @malayateam546
    @malayateam546 Před 4 lety +1

    selalu dengar manja kani rupanya manja kini

  • @orangkampung1162
    @orangkampung1162 Před 3 lety

    Allahuakhbar.... Daulat... Daulat.. Daulat

  • @agusto5824
    @agusto5824 Před 3 lety

    Tak ada video baru ke???

  • @kingkong5062
    @kingkong5062 Před rokem

    THUNDERCATT....HOOOOOO....

  • @misterphotatoes7166
    @misterphotatoes7166 Před 4 lety

    teringat Form6...😭😭

  • @thefoundation5537
    @thefoundation5537 Před 3 lety +1

    Keturunan dari Sang Nila Utama
    Tun Perak [Bendahara Melaka ke-5 1456-1498],
    Tun Perak "Bendahara Paduka Raja"[1426], *ibn*
    Bendahara Sri Wak Raja Tun Perpatih Sendang, "Seri Wak Raja 2 @ Seri Awadana"[1361 & 1421], *ibn*
    Bendahara Seri Wak Raja Tun Perpatih Permuka Vijaya,"Seri Wak Raja 1", Raden Bangkas @ Bagus ibni Raja Ahmad,"Prabu Purvisaso Bravijaya",[1329 & 1421], *ibn* Raja Ahmad ibni Sultan Megat Iskandar Shah, [1349 & 1395], *ibn* Sultan Megat Iskandar Shah [Sultan Melaka ke-2 1413 - 1423], Sultan Megat Iskandar Shah, "Paduka Sri Ratna Adivikrama di-Raja", "Seri Rama Adikerma Raja",[lahir: 1344], *ibn*
    Maharaja Parameswara (Raja Iskandar Shah),Maharaja Parameswara @ Raja Iskandar Shah Paduka Sri Ratna Vira Vikrama di-Raja, Dharmaraja (The last sultanate of Temasik from Srivijaya clan), *ibn*
    Sri Ratna Wikrama [Raja Singapura ke-3 1386-1399],
    Sri Ratna Vira Vikrama di-Raja "Paduka Seri Rana Wira Kerma" -Temasek,[Lahir:1279] *ibn* Sri Perkerma Wira Diraja(Raja Singapura/Temasik ke-2 1372-1386), Sri Bikrama Vira di-Raja [Pekerma Wira] -Temasek,[Lahir:1218], *ibn*
    Sri Tribraja Sang Nila Utama Parameswarahwana,Sang Nila Utama / Sang Sapurba / Sri Tri Buana Sang Sapurba Bichitram,"MahaRaja Sri Tribuana Raja Mauli Varma Dewa Sang Nila Utama Parameswara/ Raja singapore pertama",[1258],Dharmasraya, Sumatera Barat (Kabupaten Dharmasraya), Indonesia, *ibn* Maharaja Malayu II - Tribhuwanaraja (1286-1316),"Sang Si Perba", "Sangsapurba Trimarti Trib'Huvena", "Sri Mat Tri Bhuwana Raja Mauli Warma Dewa", "Sri Nila Pahlawan", "Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa",[1209], *ibn*
    Raja Langkasuka Sultan Suran,RAJA LANGKASUKA Raja Suran, Raja Tersi Perderas,Maharaja Malayu I - Trailokyaraja (1183-1286, "Suran Padshah", "DharmaWira IndraWarman(Brahma) (Malim dewa) maharaja imbang jaya", "Maharaja Imbang Jaya", "Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa",[1169],Dharmasraya, Sumatera Barat (Kabupaten Dharmasraya), Indonesia, *ibn* Raja Sulan Indrawarman, [1104], Kraton Indrawarman, Dharmasraya, Sumatera Barat (Kabupaten Dharmasraya), Indonesia, *ibn* Sri Maharaja Indrawarman, [1004],
    Demang Lebar Daun Mangkabumi of Andelas Palembang, Raja Demang Lebar Daun[1283], *ibn* Prince Raja Sang Aji Kala,[1248 and 1302] Singapore,[Temasik] (Brunei Darussalam) *ibn* SRI MAHARAJA SANG NILA UTAMA, Temasik

  • @nikmustafa6171
    @nikmustafa6171 Před 4 lety

    Pernah belajar masa form six

  • @braderbest3740
    @braderbest3740 Před 4 lety +1

    walau terdapat 3 jenis versi buku yang diterbitkan, aku lebih percaya pada hasil garapan A. Samad Ahmad dengan pengakhiran Sang Nila Utama di Singapura.

  • @amirulhakim3442
    @amirulhakim3442 Před 4 lety +6

    Proud to be PERAKIAN

  • @zahirariff6077
    @zahirariff6077 Před 3 lety

    Mudah jd Raja

  • @nuruddinjaafar7926
    @nuruddinjaafar7926 Před 3 lety

    Demang lebar daun adik kepada sultan brunei yg pertama awang alak betatar..baginda berhijrah ke sumatra..

  • @ichaicha7069
    @ichaicha7069 Před 4 lety +3

    Terbaik SS. Tumpang tanya. Video ttg Sultan Mahmud Shah jatuh gering selepas diangkat jadi Sultan Melaka & dijaga dgn rapi oleh Tun Perak & Hang Tuah dah takde ke? Sy search tapi dah tak jumpa.

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před 4 lety +7

      Salam, video telah diturunkan oleh CZcams atas claim produksi PGL. Saya akan terbitkan sekali lagi dalam masa terdekat.

  • @adityavarman6880
    @adityavarman6880 Před 2 lety +1

    Ssng sapurba adalah suri maharajo dirajo pertama di minangkabau,ia lah pemegang keris churak simandang giri dan teris tsb masih disimpan diistana pagaruyung darul.qorror.kesultanan2 melayu di semananjung sering2 lah tengok pagaruyung darul qorror karna disitulah peradapan modern melayu/minangkabau/aceh😃

    • @rockmoongaming6280
      @rockmoongaming6280 Před rokem

      Hahahah mana pula Sangsa purba maharaja minangkabau, sejarah drimna??

    • @adityavarman6880
      @adityavarman6880 Před rokem

      @@rockmoongaming6280 kamu slahsatu orang terkonyol di aku temui dinternet..

    • @adityavarman6880
      @adityavarman6880 Před 5 měsíci

      ​@@rockmoongaming6280telinga mu apa tak mendengar penjelasan di video ini?

    • @jktingkir
      @jktingkir Před 3 dny

      ​@@adityavarman6880Sang Sapurba itu dari bukit Siguntang, kemudian mendirikan kerajaan di sumbar. Nama etnis Minangkabau dulu belum muncul masih etnis-etnis yang belum ada nama penyebutan. Aslinya etnis di sumbar itu satu rumpun dengan Gayo, Karo, Batak yang pada dasarnya menggunakan kebudayaan sosial silsilah keluarga seperti marga

    • @adityavarman6880
      @adityavarman6880 Před 3 dny

      @@jktingkir marga2 di daerah yg kamu sebut itu mengklaim berasal dari Pagaruyung ibukotanya Minangkabau.

  • @tengkumuazbahizalsah8038
    @tengkumuazbahizalsah8038 Před 4 lety +1

    Mohon untuk lanjutkan Video untuk semua alatan kebesaran Di Raja perak

    • @SULALATUSSALATIN
      @SULALATUSSALATIN  Před 4 lety +1

      Ya, saya bercadang untuk bikin 3 siri, InsyaAllah.

    • @pisangseikat2997
      @pisangseikat2997 Před 4 lety

      Mohon tambahkan lagi juga peranan,asal usul Toh Seri Nara Diraja yg menabalkan 35 Sultan Perak ..