Teknik Menyelamat Nyawa Dengan CPR

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 20. 08. 2024
  • CPR adalah satu teknik menyelamatkan nyawa mangsa yang tidak sedarkan diri. Ilmu yang amat berguna ini seharusnya dipelajari oleh setiap orang. Video ini bertujuan bagi memberikan panduan didalam cara-cara memberikan CPR dengan betul.
    SILA BACA INI DAHULU :
    Sejak dari dahulu lagi penyelamat diajar untuk memberikan CPR dengan menggunakan formula ABC - Airway, Breathing, Circulation, dimana CPR dimulakan dengan hembusan kemulut mangsa. Namun pada tahun 2010 (dan sekali lagi panduan disemak pada 2015), American Heart Association (AHA) US mencadangkan perubahan kepada teknik yang baru iaitu CAB - Circulation, Airway, Breathing, dimana kali ini CPR dimulakan dengan tekanan didada mangsa.
    Alasan kepada penukaran turutan ataupun sequence dari ABC ke CAB adalah kerana melalui kajian dan maklumbalas penyelamat-penyelamat mereka berpendapat tekanan didada (C-compression) memberikan peluang yang lebih untuk menyelamatkan mangsa berbanding dengan hembusan mulut ke mulut (B-breathing). Jadi, CPR perlu dimulakan dengan tekanan didada terlebih dahulu. Video panduan ini mengaplikasikan teknik terbaru ini.
    Dan didalam kursus-kursus yang saya jalankan saya selalu menekankan penggunaan teknik baru ini.
    Video ini juga memberikan panduan bagi orang yang tidak pernah mengikut kursus CPR dengan teknik tekanan didada sahaja (hands only CPR)
    Dibawah adalah topik-topik utama dalam video ini :
    01:02 : Sistem peredaran darah
    02:05 : Jantung terhenti
    02:47 : Apa itu CPR
    04:00 : Teknik CPR
    10:55 : Demo CPR
    12:13 : CPR 2 orang penyelamat
    13:12 : CPR tangan sahaja (bagi yang tiada latihan)
    Sila lawati saluran youtube saya, ia mengandungi pelbagai topik berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (occupational safety & health) yang boleh dijadikan sebagai panduan semasa bekerja.Banyak lagi video akan dimuatnaik dimasa akan datang.
    / @dynamicconceptjb
    Sila like, subscribe, share dan comment.
    Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut : Azman Abd Rahman [E-mail] dynamic.conceptjb@gmail.com
    Kami menyediakan perkhidmatan latihan dan konsultansi dengan pengkhususan didalam bidang keselamatan dan kesihatan industri.

Komentáře • 1