Dondang Sayang Joget Tanjung Keling

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 13. 06. 2020
  • Video ini merupakan salah satu usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka bagi melakukan transkripsi lagu-lagu Dondang Sayang dlm bentuk video muzik. Dondang Sayang Joget Pantai Tanjung Keling adalah nyanyian Tokoh Dondang Sayang Negeri Melaka - Datuk Mohd Baharim Md. Sharif dan Mak Esah dengan iringan Kumpulan Dondang Sayang Mawar Biru. Video ini juga mengambil footages dari pihak Melaka In Fact dan Footages di youtube secara rawak yang ada sesetengahnya menampilkan rakaman dokumenterai berkenaan Pantai Tg Keling era 60an yang terkenal pada waktu itu menjadi lokasi "Mandi Safar" salah satu budaya pada waktu itu yang merupakan amalan turun-menurun masyarakat Melayu secara temasya mandi-manda. Amalan ini dilakukan pada hari Rabu pada akhir bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Orang ramai akan mandi di pantai atau sekurang-kurangnya meminum air yang telah direndam kertas Safar atau papan kecil yang ditulis kalimat suci. Untuk menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting di mana semasa perarakan ke pantai, kereta lembu akan diiringi dengan gesekan biola, gendang, gong dan disusuli dengan nyanyian serta berbalas pantun. Upacara ini kemudiannya menjadi bertambah meriah sehingga menjadi temasya hiburan dengan pelbagai acara sukaneka.Disebabkan kepercayaan yang telah ‘berakar-umbi’ dalam diri masyarakat Melayu pada zaman dahulu, hal ini telah menyebabkan segala bentuk majlis keraian seperti pertunangan, perkahwinan tidak boleh dilakukan pada bulan Safar kononnya untuk mengelakkan jodoh tidak kekal panjang. Malah orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka untuk sentiasa berhati-hati dalam melakukan sebarang pekerjaan pada bulan Safar sekiranya tidak ingin ditimpa malapetaka dan bala. Bagi negeri Johor dilaporkan amalan Mandi Safar ini telah diharamkan berdasarkan keratan akhbar Berita Harian 9 Julai 1963. Pemangku Mufti Johor pada ketika itu, Dato’ Dr. Abd. Jalil Hassan menyatakan bahawa Mandi Safar dan amalan minum air wafak pada ketika itu sebagai bid’ah dan karut semata. Bagi negeri-negeri lain diseluruh negara tidak dapat dipastikan bila ia diharamkan. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, amalan ini sudah mula ditinggalkan oleh masyarakat Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Mungkin disebabkan oleh faktor kefahaman terhadap Islam dalam kalangan masyarakat sudah meningkat dan menyebabkan amalan yang bertentangan dengan agama ini mula ditinggalkan.
  • Zábava

Komentáře • 61

  • @cikpuanlimbong2923
    @cikpuanlimbong2923 Před měsícem +4

    Bila dengar dondang sayang,, arwah nenek sy baru meninggal,, AL Fatihah buat nek busu sy,,nona Osman penyanyi Dondang sayang negeri Melaka😢

  • @rizallatiff3566
    @rizallatiff3566 Před 6 dny

    saya anak kepada arwah latiff bin aman,arwah babah dulu memang aktif dlm dondang sayang...bak kata org mane tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..kan😊..saya memang minat lagu dondang sayang,serampang laut,lagu asli,60an..mewarisi dari arwah babah..banyak kwn2 arwah babah yg saya kenal,mcm dato bahrin,arwah nona osman,dato maaroff,nyonya tan,abas katan..arwah babah pernah masuk pertandingan akhir dondang sayang bersama arwah nona osman di ayer keroh tahun berapa dah lupa...

  • @tehtarikmalaysia9169
    @tehtarikmalaysia9169 Před 2 lety +3

    Gegau melaka Gegau dengau jangan tak dengau hawau hahahhahahha salam dari Tengkera

  • @fakhrulwafi2414
    @fakhrulwafi2414 Před rokem +2

    I love tanjung KELING very much❤ very very KELINGFULL

    • @Leee34
      @Leee34 Před 10 měsíci

      Keling keling

    • @fakhrulwafi2414
      @fakhrulwafi2414 Před 9 měsíci

      @@Leee34😂😂😂😂😂 u love keling ?

  • @joljambang9719
    @joljambang9719 Před 3 lety +5

    Rindu melaka lahai..

  • @berbylv
    @berbylv Před 3 lety +4

    Dongdang syg melaka terbaik.. 👍👍👍👍😆

  • @hairizammoodfarid2753
    @hairizammoodfarid2753 Před 3 lety +12

    Terbaik... Lagu tradisi melaka

  • @samsudinsam5700
    @samsudinsam5700 Před 2 lety +3

    Tan tahan kaki hama rasa nak goyang bersama,👍👍👍👌💟💞

  • @eddinakmar2516
    @eddinakmar2516 Před 4 lety +14

    Terbaik terus hidup dondang sayang dan joget

  • @jailani637
    @jailani637 Před 4 lety +6

    Terbaik..

  • @muslimyunus4439
    @muslimyunus4439 Před 3 lety +4

    Terbaik....👍👍👍

  • @selendangsuterasarawak914

    Gendang melayu sarawak sampai sekarang irama ini masih dimainkan

  • @nashstudent5005
    @nashstudent5005 Před 3 lety +5

    👍👍

  • @yusmalmsteen77
    @yusmalmsteen77 Před 3 lety +12

    Saya cucu arwah atuk kamis bin daiman..mak esah pula mak sedara akak pada mak saya..biola arwah saya simpan sbb sya satu2 nya cucu yg main muzik..

  • @benkasimo8345
    @benkasimo8345 Před 3 lety +1

    Mantap... tetap segar walau masa berlalu... 💕 💕

  • @selendangsuterasarawak914

    Kala di Sarawak ini dipanggil irama igan beranyut

  • @generasidatukbaharimdondan8980

    alhamdulillah

  • @finalcurtain6199
    @finalcurtain6199 Před 3 lety +6

    Datang lah ke Melaka bee
    Tanah suci melayu
    Disini semula bermula

    • @ammarsyahmi3752
      @ammarsyahmi3752 Před 2 lety

      Tanah suci melayu yg sebenar ada kat besut

    • @tehtarikmalaysia9169
      @tehtarikmalaysia9169 Před 2 lety +1

      @@ammarsyahmi3752 abang la yang buat istana Melaka dan ceritakan sejarah istana Melaka di minecraft kan saya peminat abang🤗🤗🤗

    • @ammarsyahmi3752
      @ammarsyahmi3752 Před 2 lety +1

      @@tehtarikmalaysia9169 Ya, abang sekarang main Roblox, kalau nak join bagi discord dengan roblox. Insyallah abang bawa adik join group

    • @tehtarikmalaysia9169
      @tehtarikmalaysia9169 Před 2 lety

      @@ammarsyahmi3752 oh abang saya ada roblox tapi
      Nama saya frostyfire nanti saya cari nama abang nama abang di roblox siapa eh sebab saya minat abang daripada minecraft sampai roblox harap dapat jumpa abang di roblox

    • @tehtarikmalaysia9169
      @tehtarikmalaysia9169 Před 2 lety

      @@ammarsyahmi3752 abang saya tak tau discord tu apa tapi nanti saya cari group abang 🤗🤗🤗

  • @cuckookhakey63
    @cuckookhakey63 Před 3 lety +3

    Patut buat semula pesta safar

    • @ayipjahar7544
      @ayipjahar7544 Před 3 lety +1

      Kenapa pesta safar X dibuat

    • @cuckookhakey63
      @cuckookhakey63 Před 3 lety +1

      @@ayipjahar7544 katanya syirik

    • @berbylv
      @berbylv Před 3 lety +2

      Tu dulu.. bdk2 skang sibok dgn HP x dilayanya mandi Safar..😄😄

    • @ammarsyahmi3752
      @ammarsyahmi3752 Před 2 lety

      Syirik... Sebab Safar ni orang jahiliyyah je yg buat menurut mufti...

    • @wakdoj
      @wakdoj Před 2 lety

      @@ayipjahar7544 pesta safar tu syirik sebab pesta itu bertujuan memuja semangat jin laut supaya nelayan selamat dan banyak dapat ikan. orang mandi laut untuk buang sial dsb

  • @samdindin7290
    @samdindin7290 Před 3 dny

    👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

  • @coll_hot5888
    @coll_hot5888 Před 2 lety

    Ah wan masuk

  • @wanmelissadiyanawannormazl7940

    Katanya INSWA melaka ini bukan Dondang sayang. Mohon percerahan

  • @fighterfighter9340
    @fighterfighter9340 Před rokem +1

    Ade lagi ke Geragau di Melake?

  • @kasturikijangkijang874
    @kasturikijangkijang874 Před 3 lety +1

    Tanjung Keling tempat nyai tonggeng Mandi Safar..

    • @berbylv
      @berbylv Před 3 lety +1

      Ngok... 😄😄😄 Meh sini aku mandikan kau.. 🤣🤣🤣

    • @tehtarikmalaysia9169
      @tehtarikmalaysia9169 Před 2 lety +1

      La hawau hajah dengau jangan tak dengau 😂😂😂😂

  • @kembaraoverlandexplorer7689

    Apa kabau..?

  • @azizahali9219
    @azizahali9219 Před 3 lety

    AR Ki

  • @mendanperkase7223
    @mendanperkase7223 Před 2 lety +1

    dah india terasa hati dah kenape?........................dah nama tempat mcm tu ko nak kata rasis nape plak?????

    • @wakdoj
      @wakdoj Před 2 lety

      betul. nama tu dah ada sejak zaman kesultanan melaka lagi. kalau diselidik kaum keling zaman melaka dulu maksudnya kaum pedagang dari india daerah Kalinga yang kasta tinggi dan kaya raya . ramai yg masuk istana jadi pegawai dan menteri pun. tiada hinanya keling. Kata orang india , yg hina ialah bangsa india dibawa masuk inggeris sebagai buruh ladang getah sebab ramai yg kasta rendah , sudra dan pariah. bukan dari Kalinga pun. So bila panggil keling , orang india ingat kita kaitkan mereka dgn yg kasta rendah tadi.

    • @mohdaswan7807
      @mohdaswan7807 Před rokem

      Tanjung keling kg Saya bro

    • @fakhrulwafi2414
      @fakhrulwafi2414 Před rokem

      @@wakdoj HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHhhhahahahahahheeew😂😂

  • @zuezue9448
    @zuezue9448 Před 3 lety

    Ppe