13 Larangan Ihram. Last Ada Soal Jawab. Panduan Umrah Ringkas.

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 10. 10. 2022
  • 13 Larangan Ihram.
    1. Dilarang memakai pakaian berjahit bersarung - Lelaki
    2. Dilarang menutup kepala atau sebahagiannya - Lelaki
    3. Dilarang menutup muka - Wanita.
    4. Dilarang memakai sarung tangan.
    5. Dilarang memakai atau mencium bauan, wangian.
    6. Dilarang memakai minyak di kepala atau janggut.
    7. Dilarang menanggalkan rambut atau bulu.
    8. Dilarang mengerat kuku.
    9. Dilarang menebang, memotong, mencabut pokok.
    10. Dilarang memburu binatang buruan.
    11. Dilarang berkahwin, mengahwinkan, mewalikan.
    12. Dilarang melakukan pendahuluan perserubuhan.
    13. Dilarang bersetubuh.
    Penjelasan lanjut boleh rujuk ke mutawif masing². Jika mutawif tidak pasti, insyaaAllah mereka akan panjangkan kepada Ustaz Ustazah yang lain.
    Melakukan larangan dengan sengaja adalah dosa. Tidak sengaja, perlulah rujuk ke mutawif dan nilaikan nilai "dam" yang perlu dibayar.
    Ingat, memahami ilmu adalah perlu.
    Was² itu adalah sahabat syaitan, banyakkan isghtifar.
    Segerakan umrah mu.
    InsyaaAllah. Yang salah adalah semua dari saya sendiri.
    Sila komen jika ada pertanyaan.
    #umrah #panduanumrah #laranganihram #mekah #madinah

Komentáře • 23

  • @lenkamal
    @lenkamal  Před rokem

    Perbelanjaan ke Umrah (Berapa Duit Nak Bawa).
    czcams.com/video/FWXc68NCrX8/video.html
    Ke Umrah, Nak Masuk Mekah Atau Pilih Madinah Dulu?
    czcams.com/video/0TgOv7a3jT4/video.html
    Nak Pergi Umrah, Tapi Saya Tak Pandai Mengaji.
    czcams.com/video/Oa4TvVmBvWg/video.html
    Takut Ke Umrah, Was-was Kerana Dosa Lepas.
    czcams.com/video/9IVw9JrY_YY/video.html
    Ke Umrah Dan Kawan-kawan Kirim Doa, Macamana?
    czcams.com/video/zSoZhTNvBNk/video.html
    Tawaf Di Mataf,Terbatal Wudhu, Apa Nak Buat?
    czcams.com/video/zSoZhTNvBNk/video.html
    Wudhu Pakai Spray. Cara Mudah.
    czcams.com/video/dZ7KHTzUtUc/video.html

  • @rihassheikh9241
    @rihassheikh9241 Před rokem +2

    JazakAllahu Khairan Puan ♥️

  • @starbloomeria8475
    @starbloomeria8475 Před 6 měsíci

    Assalamualaikum wbt...kalau kita pakai serum kena bersih x?

  • @nurfarhana2139
    @nurfarhana2139 Před rokem +1

    Kalau pkai eyebrow n lipbalm(nuraysyah ) tu bole ke ustazah ?

    • @lenkamal
      @lenkamal  Před rokem +1

      Maaf, saya bukan Ustazah, panggil len sahaja. Eyebrow dan lipbalm, boleh saja. Pastikan pakai selepas wudhu. Dan pastikan nak ambil wudhu semula mesti bersihkan sebaiknya walau nuraysa. Eyebrow dan lipbalm bukan kategori pakaian yg menutup.

  • @chepahchepa6069
    @chepahchepa6069 Před rokem +1

    Salam ustazah apa hukum seorang yg umrah nya rusak kerana tawaf nya tidak sah kemudian bertahlul dan pulang ke kampung tanpa bayar dam kerana tak tahu hukum.

    • @lenkamal
      @lenkamal  Před rokem

      Waalaikumsalam. Pertama sekali saya bukan Ustazah. Jadi saya akan menjawab dari sudut pandangan mengikut kemampuan ilmu yang saya berguru. Dalam kata di atas, pelaku dikatakan tidak tahu hukum. Apabila kita tidak tahu hukum, ada pelbagai pendapat mengenai ini, tiada sepakat tetapi khilaf, antaranya ialah terlepas dia dari kesalahan. Tetapi, apabila pelaku tahu akan datang, wajiblah dia melangsaikan hukuman kesalahan tersebut. Berbalik kepada soalan asas, jika kita melakukan ibadah, terutama Haji dan Umrah dalam soal ini, perlulah kita melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang ibadah tersebut. Di mana ilmu inilah yang membuatkan kita faham rukun dan larangan dalam ibadah ini. Jika seseorang itu ibadah tawafnya rosak, maka tidak selesailah umrahnya walau dia telah bertahalul. Sebaiknya jika kita tahu kesalahan yang dia lakukan, kita wajib menerangkan dan minta dia selesaikan dengan membayar dam. Jika tidak, maka tergantunglah ibadahnya ini, tidak selesai. Dan jika kita berdiam diri, kita juga menanggung tanggungjawab kerana kita mempunyai ilmu, tetapi kita berdiam diri. Sampaikan kepada pelaku sebagai menyelesaikan tanggungjawab kita sebagai orang berilmu. Selebihnya biarlah dia selesaikan bagaimana sebaiknya. Dam perlu dibayar di tanah haram, kirimkan kepada jemaah yang hendak pergi, atau pada mutawif mana² travel agensi. Ingatlah pesanan Nabi saw junjungan kita, "sampaikanlah walau satu ayat..." bermaksud juga di sini, sampaikan ilmu, sampaikan teguran, sampaikan pesanan. Sesungguhnya orang yang berilmu yang menyampaikan pada yang lain itu adalah lebih baik dari orang yang berilmu tetapi berdiam diri. InsyaaAllah.

    • @chepahchepa6069
      @chepahchepa6069 Před rokem +1

      @@lenkamal terima kasih puan kerana sudi menjawab kami. Semoga Allah membalas budi puan. 🥰

  • @mokhtarihsan
    @mokhtarihsan Před 11 měsíci +1

    Kalau tak sengaja tertanggal rambut tak mengapa

    • @lenkamal
      @lenkamal  Před 11 měsíci +1

      Ada khilaf, pendapat pertama, tidak sengaja tetapi kita nampak rambut tersebut tercabut. Perlu dam. Pendapat kedua, tidak sengaja dan kita tak perasan, tak mengapa. Saya sendiri mengambil pendapat kedua.
      Contoh Situasi lain, memang fitrah harian kita tiap hari ada rambut gugur, setiap hari di rumah, di mana pun akan gugur, dan kita faham itu sifat rambut kita - tidak mengapa.

  • @siti5214
    @siti5214 Před rokem +1

    Assalamualaikum kak, sy beli sabun dan moisturiser tanpa wangi yg bnyk jual di shoppee, khas utk ihram dan haji, boleh kan kak.

    • @lenkamal
      @lenkamal  Před rokem +3

      Waalaikumsalam. Boleh. Iya sama sy juga. Ada banyak brand sekarang. Ada tisu basah juga. Produk islamik, memudahkan kita. Syukur.

    • @siti5214
      @siti5214 Před rokem +1

      Terimakasih kak atas penjelasan ny, video akak smua mmg clear and straight forward, Alhamdullillah sy cepat absorbed, smoga Allah swt memberkati akak dan kluarga, salam syg dari sy di singapura❤️

    • @lenkamal
      @lenkamal  Před rokem

      Alhamdulillah.. terima kasih sangat.. peluk cium dari kami di sini ❤

    • @addawiyy
      @addawiyy Před rokem

      @@siti5214 boleh tak share nama produk tu? Atau share link? Terima kasih😄

  • @addawiyy
    @addawiyy Před rokem +1

    Ustazah, sekali pergi berapa kali umrah boleh dibuat? Sehari blh buat 2x ke?

    • @lenkamal
      @lenkamal  Před rokem +5

      Pertama sekali sy bukan ustazah. Panggil len saja. Boleh buat 2x sehari tak masalah. Tetapi ikut perkiraan sy, miqat terdekat ialah Tanaim, Masjid Aishah. Jika ke sana selepas subuh, alhamdulillah dapat selesaikan umrah sebelum zohor. Kemudian, jika nak keluar lagi selepas zohor atau selepas maghrib, agak rugi kerana mungkin akan terlepas waktu² solat fardhu di Masjidil Haram. Kecuali jika keluar miqat selepas Isyak. Tetapi agak memenatkan badan sendiri. Allah tak suka yang berlebihan. Allah sayang kita, Rasul sayang kita, kita pun kena sayang diri sendiri. Jika tanya pendapat saya, cukuplah sehari sekali berumrah. Walaupun sebaiknya ialah selang sehari. Sehari umrah, sehari beriktikaf di Masjid. Apapun sy tak tau situasi puan, mungkin berada di Mekah cuma 3 hari jadi betul² kena ambil peluang sehingga buat umrah sehari 2x.
      Memjawab soalan : boleh buat umrah sehari 2x, tiada larangan.
      Cuma bersederhana, pastikan solat fardhu ada di Masjidil Haram berjemaah, pastikan kesihatan terjaga (makan dan tidur mencukupi).
      InsyaaAllah, yg terbaik untuk Puan

    • @addawiyy
      @addawiyy Před rokem +3

      @@lenkamal baik puan.. terima kasih ya. In shaa Allah bulan 12 nanti akan berangkat ke sana. Xde pengalaman tu yg merisaukan. Melalui video puan len, byk bantu sy.. nanti sy tgk² lagi video yang lain. Terima kasih puan 😄

  • @immarya.5452
    @immarya.5452 Před rokem +1

    Salam. Cermin mata tu dianggap menutup muka ke? Sekian terima kasih.

    • @lenkamal
      @lenkamal  Před rokem

      Wsalam.
      Dalam ihram
      Untuk perempuan : Cermin mata tidak dianggap menutup muka. Boleh pakai. Itu penting, keperluan dan tidak melekap ke muka.

    • @az5628
      @az5628 Před rokem +1

      Kalau dilarang pakai spek, umpama org buta la. Xnmpk apa.. 😅😅