[Drive] Tapah Perak To Tanah Rata Cameron Highlands || 4 December 2021

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 3. 12. 2021
  • Hanya pada 1 Januari 1928 barulah sebatang jalan raya dibina dari Tapah ke Tanah Rata di atas laluan denai lama tersebut dengan kos sejumlah $3 juta, satu angka yang dianggap sangat mahal pada zaman penjajah British. Projek jalan raya tersebut siap pada 14 November 1930.
    Jalan Tapah ke Cameron Highlands adalah Jalan Persekutuan 59 yang bertaraf R3 (Mountains). Manakala maklumat berkaitan dengan laluan ini saya perolehi bersumberkan Wikipedia yang boleh anda lihat terus ke carian tersebut.
    Selepas Willian Cameron menemui kawasan yang rata di puncak gunung ganang sekitar ekpedisinya untuk pemetaan sempadan negeri antara Pahang dan Perak pada tahun 1885, beliau telah menghantar laporan pemetaan tersebut kepada Sir Hugh Low, Residen Perak (1887-1889) yang berhasrat untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai sanatorium, resort kesihatan dan kasanan pertanian.
    Namun tiada tindakan yang bersungguh-sungguh secara besar-besaran diambil kecuali hanya laluan kecil untuk ke tanah tinggi ini.
    Hanya selepas 40 tahun kemudian iaitu sekitar 1920, penilaian semula dilakukan diketuai oleh Sir George Maxwell yang telah mengunjungi semula tanah tinggi yang ditemui ini dan menghabiskan masa selama 9 hari meninjau kawasan ini yang kemudian disifatkan sebagai berbetuk oval.
    Beliau akhirnya memutuskan kawasan tanah tinggi ini akan dibangunkan sebagai "Station Bukit" dan dinamakan sebagai Tanah Tinggi Cameron sebagai jasa penemuan kawasan ini oleh William Cameron.
    Mulai dari itu pada tahun 1925 , Stesen Percubaan Pertanian di wujudkan iaitu kini dikenali sebagai Stesen MARDI di Tanah Rata.
    Pada tahun 1926, penzonan kawasan dilakukan bagi mengenalpasti kawasan untuk pertanian, pertahanan, pentadbiran, perumahan dan rekreasi dibuat.
    Kemudian laluan ke Cameron Highlands mulai dibina dengan lebih sempurna dengan pembinaan jalan raya kekal yang berharga RM 3 juta bermula dari Batu 19 Jalan Tapah dan berakhir di Ginting "B" iaitu Tanah Rata.
    Kontrak pembinaan ini diberikan kepada Tetuan Fogden, Brsibane and Company dengan pendahuluan pertama dibuat sebanyak RM 250,000 pada tahun 1926.
    Projek pembinaan dimulakan pada 1 January 1928 dan siap pada Jumaat, 14 November 1930, awal 47 hari dari jadual asal.
    Kerja pembinaan jalan ini amat mencabar di mana bukan sahaja berdepan dengan cuaca yang tidak menentu tetapi perlu berhadapan dengan risiko dijangkiti malaria.
    Seramai 375 pekerja telah dijangkiti deman malaria sepanjang tempoh pembinaan yang menggunakan seramai 500-3000 pekerja.
    Cabaran utama pembinaan adalah membawa naik mesin dan jentera besar ke kawasan pembinaan kerana keadaan mukabumi yang sangat mencabar. Namun ianya berjaya diatasi dengan kaedah lokomotif stim yang direka khas untuk bekerja di kawasan yang bercerun.
    Kontraktor menggunakan semburan air bertekanan tinggi untuk memecahkan batu dan membina laluan jalan yang dirancang di samping membina jambatan konkrit bagi merentasi Sungai-sungai dan alur air yang terdapat di sepanjang 51 batu ini dan ianya masih kekal sehingga kini.
    Bila jalan ini disiapkan pada tahun 1931, penempatan di Cameron Highlands mulai bertambah dengan peladang teh dan juga kebun sayur mulai bertapak. Malah kawasan tanah tinggi ini menjadi kawasan berehat ekspatriat Eropah yang terdapat di Malaya ketika itu.
  • Zábava

Komentáře • 47

  • @JAKETKUNING
    @JAKETKUNING Před 2 lety +2

    Asyik sekali Drive nya👍

  • @martinampang3505
    @martinampang3505 Před 6 měsíci +1

    Enjoy drive kerita di jalanan yang cantik❤❤

  • @kiwenmargaret7526
    @kiwenmargaret7526 Před 6 měsíci

    2014...selalu lalu kat sini sebelum tau jalan lalu ipoh tuu..muar..kl...lepas jeee...cameron..buntuttt panas gileee😂😂😂😂

  • @tokunang1235
    @tokunang1235 Před 2 lety +1

    Konten vedeo ini sungguh menarik. Terbaik

  • @kazanorasyedabdulkarim6073

    Assaalamualaikum , dh lama tk p cameron, last sy kat sana tahun 2012. Sbb tugas.. smpai lanie tk p dah, nmpk semakin cantik ada perubahan... mesti seronok lau dpt p lg... terima kasih buat vidio nie sekurangnya lepas rindulh juga bila dok tengok vidio nie... terima kasih

  • @DarmanPrancis
    @DarmanPrancis Před 2 lety +3

    pemandangan nya baggus
    sukses selalu

  • @abdaziz9433
    @abdaziz9433 Před 2 lety +2

    Seronok tengok permandangan semulajadi yg indah

  • @freddysantin1822
    @freddysantin1822 Před 2 lety +2

    Jauh perjalanan.. layan pemandangan sepanjang jalan..

  • @jamilamitchell6761
    @jamilamitchell6761 Před 2 lety +2

    Beautiful Malaysia!!💖 Great visual stimulation... always..... thanks 🙏🕊️

  • @alpacinojb8570
    @alpacinojb8570 Před 2 lety +1

    Teringat kenangan tahun 80an kena kejar dgn peronda dr kuala woh sampai gate keretapi tapah road..selamat memori masa muda.😁

  • @ayoebcaster
    @ayoebcaster Před 2 lety +2

    Pemandangan sepanjang jalan indah sekali shobat👍👍👍🙏

  • @norazahnorazah9616
    @norazahnorazah9616 Před 2 lety

    Wow..lipat kiri kanan..sesekali pening jugak nengoknyer..comel laluannyer..tang slisih dgn lori ngerii..😳

  • @user-cq7vr1mo3o
    @user-cq7vr1mo3o Před 2 lety +3

    Masha’allaah tabaarakallah 👍🏼👌🏼

  • @maksrinuty429
    @maksrinuty429 Před 2 lety +1

    Pemandangan yang sangat indah ni sobatqu

  • @norissauminchannel
    @norissauminchannel Před 2 lety

    Perjalanan yang indah ni... GBU.

  • @laxmiraisai4398
    @laxmiraisai4398 Před 2 lety +1

    macam kita pulak drive Tq

  • @azmanmamat8040
    @azmanmamat8040 Před 2 lety +1

    Baru isnin lepas sy lalu..byk kesan2 tanah runtuh..lbh 20 tempat jgk laa tp pihak JKR dah stanby jentera2 di hot spot tertentu.

  • @tetyadila7274
    @tetyadila7274 Před 2 lety +1

    Sy org Tapah, rmh membesar depan told Tapah , suka tengok channel awak

  • @normalabuyong9451
    @normalabuyong9451 Před 2 lety +3

    Nampak rumah saya di sebelah kanan bertentang dgn sekolah rendah👍 d

  • @Gulfcamel
    @Gulfcamel Před 2 lety +1

    Super video

  • @hafizrahman3926
    @hafizrahman3926 Před 2 lety +1

    Mohon admin buat video Dari simpang pulai ke kampung raja

  • @zainurinjamaluddin
    @zainurinjamaluddin Před 2 lety +2

    😁👍 nampak rumah saya...hihihi..Sy kerja di Taiping...buat rumah kampung kat tapah ..Kpg batu 3 Jln pahang..

  • @fadzlizainuddin7586
    @fadzlizainuddin7586 Před 2 lety

    Jln2 ari berkaitan koje...layan corner

  • @gamingdanstory5425
    @gamingdanstory5425 Před 2 lety +1

    Jalannya perlu diturap semula

  • @IbunyaJuna
    @IbunyaJuna Před 2 lety +1

    MET beraktifitas

  • @af85
    @af85 Před 2 lety +1

    40:08 quarters tnb bt 19 tempat aku tinggal dlu

  • @rtbijak4555
    @rtbijak4555 Před 2 lety +1

    Asalamualaikum bosqu🙏

  • @hassankhuzmawi2834
    @hassankhuzmawi2834 Před rokem

    Perlu Upgrade Tapah ke Cameron

  • @dhldhia5155
    @dhldhia5155 Před 2 lety +1

    Super

  • @superman5341
    @superman5341 Před 2 lety +2

    wah... jauh jln¤ bang.. ade tugas ke kt tapah tu .. 1.30 nmpak larang u turn.. blh ke u turn tu 😄

    • @tunacameron
      @tunacameron  Před 2 lety

      Bila senang biasanya saya memandu jala. Jalan kadang sampai gua munsang, Ipoh, Raub saja hilangkan boring...Tunggu surat saman sampai tuan😂😂😂

  • @deathlovenote6867
    @deathlovenote6867 Před 2 lety +1

    Jalan selekoh tajam tak seteruk macam di balik pulau atau di gerik-kelantan (laluan kecil ja dan muat2 dengan kereta ja) 🤔🤔

    • @shuhemitalib8701
      @shuhemitalib8701 Před 2 lety

      Laluan grik - Kelantan mana ada sempit, lebar² jln dia.. 😅 😅 Kalau ke balik Pulau, Mungkin..

    • @deathlovenote6867
      @deathlovenote6867 Před 2 lety

      @@shuhemitalib8701 banyak ja kemalangan kat situ... Dah lah lampu tepi jalan tak pasang....

    • @shuhemitalib8701
      @shuhemitalib8701 Před 2 lety

      Btoi byk kemalangan, tapi, sebab laju, lori² byk laluan tu

  • @missbloom8534
    @missbloom8534 Před 2 lety +2

    Jalan dari tapah ke cameron Highlands dah buka ke?

  • @seramikkita
    @seramikkita Před 2 lety +1

    Laluan dari simpang pulai dah boleh lalu ka tuan.

    • @tunacameron
      @tunacameron  Před 2 lety +2

      9.12.2021 Dikabarkan akan dibuka semula laluan tersebut. Maklumat ini saya dapat dari grup homestay Cameron Highlands

    • @reallife4019
      @reallife4019 Před 2 lety

      Assalamualaikum..tuan jadi sekarang dah boleh lalu ke?

  • @mz6228
    @mz6228 Před 2 lety

    Mana boleh buat U turn di Plaza Tol.. Ade signage tu.. 🤦‍♂️

    • @af85
      @af85 Před 2 lety

      itu memang ada simpang masuk g kanan pejabat plus ngan kawasan awam...dia u-turn kat simpang jalan masuk tu

  • @akhmalhisham7545
    @akhmalhisham7545 Před 2 lety

    Untung British.nama tempat di nama kn dgn nama nya sendiri.cameron.