Beza & Cara Guna Baja Sebatian NPK 15-15-15, NPK 16-16-16, NPK 17-17-17, NPK 18-18-18

Sdílet
Vložit
  • čas přidán 9. 09. 2024
  • Apakah perbezaan NPK 15-15-15, NPK 16-16-16, NPK 17-17-17 dan NPK 18-18-18? Bagaimana pula cara nak gunakannya? Jadi TAC cuba menerangkan persoalan-persoalan ini secara mudah. Hayati video ini...
    Penggunaan baja sering dipraktikkan oleh petani untuk menyuburkan tanaman. Antara baja yang biasa digunakan adalah baja NPK. Apakah itu baja NPK? Baja NPK adalah baja sebatian bukan organik yang digunakan oleh para petani untuk memperoleh hasil pertanian yang lebih baik. Penggunaan baja NPK pada kadar yang bersesuaian telah direkodkan mampu meningkatkan hasil tanaman seperti jagung, pisang, cili dan pelbagai tanaman lain.
    Penggunaan baja NPK mampu meningkatkan kesuburan tanah. Tanah yang lengkap dengan nutrien mampu meningkatkan aktiviti, penggandaan dan pembesaran sel untuk pertumbuhan yang subur. Pertumbuhan yang subur kesan dari penggunaan baja mampu meningkatkan penghasilan bahan kering kerana pokok berupaya menyerap lebih banyak tenaga daripada cahaya matahari dan nutrien untuk tumbesaran dan perkembangan.
    Apakah yang terkandung di dalam baja NPK? Seperti yang tertera pada namanya sendiri, NPK bererti baja ini mengandungi tiga unsur makronutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembagan pokok seperti Nitrogen (N), fosforus (P) dan Kalium (K).
    Nombor yang tertera pada pembungkusan baja NPK pula adalah peratusan unsur-unsur tersebut dalam sebatian baja. Sebagai contoh baja NPK 15:15:15 yang sering digunakan dalam penanaman cili bermaksud baja itu mengandungi 15% Nitrogen, 15% Fosforus dan 15% Kalium yang membawa kepada 45% sebatian baja. Selebihnya iaitu 55% lagi adalah bahan bahan lain seperti unsur micronutrient seperti Magnesium (Mg), Kalsium (Ca), Boron (B) dan sebagainya seperti unsur lengai (pasir, tanah atau media tanaman).
    Bahan bahan lain diperlukan untuk membentuk sebatian baja ini adalah penting untuk mengelakkan kesan buruk terhadap tanaman seperti melecur pada batang pokok. Semakin tinggi nombor baja, semakin pekat sebatian unsur makronutrien dalam sebatian tersebut.
    - Petikan daripada 'Root Of Science'
    Semua video tentang durian dan penanaman durian boleh ditonton di link di bawah:
    • ALL ABOUT DURIANS
    Maklumat asas:
    Setakat ini di kebun saya ada 13 Varieti Durian:
    1 - D200 - Duri Hitam, Ochee, Black Thorn
    2 - D198 - Golden Phoenix, Kim Hong
    3 - D197 - Musang King, Raja Kunyit
    4 - D175 - Udang Merah, Ang Hay
    5 - D159 - Monthong, Bantal Mas
    6 - D101 - Bangkok T16
    7 - D99 - Kop Kecil
    8 - MDUR 88 (D190)
    9 - D24 - Sultan
    10 - D145 - Beserah
    11 - Telur Buaya - Puangmanee
    12 - D214 - Tupai King, Tupai 226
    13 - Tekka
    Terima kasih dari TAC🌹🌹🌹. Cara support saya ialah komen di video berkenaan atau video yg tajuknya hampir sama. Semua yg saya tahu & amalkan saya share dlm youtube. Klu ada soalan yg berkaitan video sy lebih selesa tanya kat situ terus. Ramai sahabat2 kita akan dpt manfaat bersama. Jika ingin ‘private message’ boleh juga like Facebook Tok Alang Channel & PM Messsenger kat situ. Insyaallah saya akan cuba balas pd masa yg bersesuaian.

Komentáře • 285